Kawan-Kawan Saya

Nak Cari sesuatu?

Loading...

Thursday, August 28, 2008

My Baby

Sicomel dan permata hati keluarga atanayu bernama Muhammad Iman Zafran. namanya bermaksud Yang terpuji, beriman dan berjaya. Muhammad diawalnya semoga ia sentiasa mengikuti sifat-sifat terpuji Rasullullah kita Nabi Muhammad Sallallhu Alaihi Wasallam. Iman semoga ia sentiasa beriman dengan setiap tingkahlaku dan perbuatannya mencerminkan seorang yang beriman dan beriman kepada rukun-rukun iman yang ENAM dalam Agama Islam.

Alhamdulillah kehadirannya memberi sinar kebahagiaan dan rasa syukur kepada Allah. Thank You Allah for give us a geat khalifah. Semoga membesar iman kelak akan memberi seribu erti kepada ibubapanya, datuk dan neneknya, agamanya, bangsanya, dan tanah air tumpah darahnya. InsyaAllah.


Sicomel Iman disamping hadiah-hadiah pemberian dari saudara-saudara dan rakan-rakan ayah dan ibunya lah. Pemberian hamper hadiah ini sedikit sebanyak mengurangkan perbelanjaan untuk keperluan Iman siHero anak Ibu dan ayah. tangan iman tu sebenarnya angkat tangan menadah syukur kepada Allah. hehehe..



Lena sungguh sicomel Iman ni tidur sampai tabik tangan kiri pulak. hehe. Anak laki mesti kuat kan. Tanggunggjawab sebagai seorang anak lelaki amat besar dan antaranya ialah :

1. Bertanggungjawab terhadap diri sendiri.
2.Bertanggungjawab terhadap ibu kandungnya yang melahirkan dan mengasuhnya sejak kecil.
3. Bertanggungjawab terhadap isterinya jika ia berkahwin.

Selain tanggungjawab-tanggungjawab yang lain seperti mendoakan kesejahteraan untuk kedua ibu bapanya, warisi keluarga dan mengembangkan dengan zuriatnya sendiri kelak, menjadi pembela dan menjaga agama Islam, menjadi ketua dan khalifah mengetuai hal-hal dalam kehidupan seharian tidak kira sosial masyarakat, pentadbiran negara, ibadah solat, majlis ilmu atau ilmiah dan berbagai macam lagi tanggungjawab yang sedia menanti.

Ibu dan ayah mendoakan Iman agar membesar dengan didikan agama yang akan menjadi benteng kehidupan, membesar dengan banyak mempelajari perkara baru dan bakal menjadi pemimpin yang hebat seperti mana hebatnya Imam Sayid Hassan Al-Banna Pengasas Ikhwanul Muslimin di Mesir, Panglima perang Iskandar Zulkarnain The Great, Panglima Perang Islam Salahuddin Al-Ayubi dalam Perang Salib, Laksamana Cheng Ho Utusan Dagang China, Ibnu Battuta Pelayar dan penjelajah Islam yang lebih hebat dari Marco Polo, Khalifah Umar Abdul Aziz dari Empayar Islam Umayyah , Raja Faisal Ketua Negara Arab Saudi, Sultan Muzaffar Syah Empayar Melaka, Panglima perang Khalid Ibnu Al-Khuwailid, Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat, sebijak pemikiran Tun Dr Mahathir serta sepetah Dr Anwar Ibrahim dan lain-lain pemimpin Islam yang terpuji. Semoga ia dapat memberi banyak sumbangan di duniawi membantu dan mempertahankan agamanya, saudaranya dan negaranya kelak. Insyaallah.


Ayah Iman : Shahrulizam bin Subari
Ibu Iman : Juliyana binti Abdul Raman
Iman : Muhammad Iman Zafran bin Shahrulizam

Percutian Bulan Madu

Ini adalah gambar semasa bercuti honeymoon di Cameron Highland. Dekat je tak jauh.

At least tak lah terkejar-kejar dan tergesa-gesa nak pergi ke sana dan nak balik. Kata orang orang kalau baru memulakan perkahwinan berbulan madu di tempat yang sejuk-sejuk, nyaman dan dingin. Jika nak pergi ke luar negara mestilah banyak perkara kena buat selain pasport, duit tambahan, kad kredit, peta perjalanan dan mungkin juga kena tahu juga sedikit sebanyak tentang tempat yang kita nak lawat tu. Meski pun banyak Syarikat pelancongan Travel and tours sana-sini kita pasti lebih gemar yang ada unsur persendirian atau privacy lah. Tak de gangguan, keterbatasan dan kita lebih berdikari mengurus perjalanan kita tetntu lebih menyeronokkan. Tetapi ia bergantung juga dengan soal kos atau bajetnya. kalau pergi melancong atau bercuti dengan travel tours ni pulak baiknya segala urusan perjalanan, tambang flight, accomodation, dining, attractive places and so on diurus oleh syarikat. Kita just bawa dan sediakan duit je. Terpulang lah kepada individu atau masing-masing punya tujuan dan perancangan.

Ini pun gambar semasa bercuti di Cameron Highland.

Kalau tak silap ini adalah gambar di Honey Bees Farm. Ok lah tu tengok gambar macam ala-ala kat tempat sejuk kat luar negara jugak. hehe. Berlibur dan bercuti meraikan hidup berkeluarga.

Ini pula gambar posh kiteorang suami isteri dekat dengan Air Terjun Robinson.

Berdekatan dengan kebun blackberry atau buah yang boleh dibuat jem untuk roti. Ingat nak mandi manda ke ape tapi hampeh je mane ade orang nak mandi. Dah le sejuk-sejuk kat Cameron Highland ni sendiri mau ingatlah. Nanti kang kaku jadi fros dalam air terjun yang memangnya sejuk kalau pun mandi air terjun macam kat Lata Kijang, Lata Iskandar, Bukit Belacan dan banyak lagi.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...