Kawan-Kawan Saya

Nak Cari sesuatu?

Loading...

Thursday, December 31, 2009

Tag : Menggamit Kenangan 2009

Salam dan Selamat pagi semua.
Di hari yang ceria untuk kita menyambut kedatangan Tahun 2010,
aku nak buat satu TAG untuk kawan-kawan semua.
Semuanya mengenai kenangan-kenangan di tahun 2009.

Jadi, silalah jawab soalan-soalan ini yea..

  1. Apakah peristiwa-peristiwa yang menarik berlaku pada bulan :
  • Januari : Anak buah aku Muhammad Zaqwan dilahirkan
  • Februari: bulan terakhir cukup 6 bulan dapat nyusukan iman
  • Mac : keguguran untuk kali pertama. D&C dijalankan
  • April : 5 April 09 - Zafran BabyAndKids Collections Enterprise di daftarkan
  • Mei : Menyambut 2nd anniversary di Cherating, Pahang
  • Jun : My Wishlist tercapai
  • Julai : My besday day
  • Ogos : besday party Iman Zafran dan nain serta majlis cukur jambul zaqwan
  • September : Dapat income raya RM4k untuk 1hari.. Alhamdulillah.. rezeki bulan itu.
  • Oktober : Dapat kunci masuk rumah baru. Keguguran kali ke-2..
  • November : Percutian ke Langkawi
  • Disember : Sambutan hari jadi my hubby di palace of golden horses
** kalau tak ingat, u all refer pada post u all yang lepas


2. Peristiwa yang tidak mungkin di lupakan di tahun 2009?
~~ Dapat masuk rumah baru


3. Peristiwa yang amat memalukan di tahun 2009?
~~ Telah dimalukan seseorang di depan .....................


4. Peristiwa yang menyedihkan di tahun 2009?
~~ Keguguran 2x untuk tahun ini. Ini yang amat sedih sekali dalam hidupku.. Dan membuatkan aku FOBIA... :-(


5. Peristiwa yang paling menggembirakan anda?
~~ Dapat hp sony Ericsson W705. setelah sekian lama pakai hp cabuk.


6. Whishlist untuk tahun 2010..?
  • UPGRADE umah untuk menjadi serba lengkap
  • Sony Vaio or Apple Macbook
  • Handbag baru

7. Azam tahun 2010
~~ Nak Kurus balik... hehehe..


8. Umur anda di tahun 2009?
~~ 25 tahun

9. last sekali, sila tepekkan picture anda di awal tahun dan di hujung tahun ini.

Ada beza ker..??


10. Aku nak tag...
~~ semua kawan-kawan di dalam bloglist aku..
Sila siapkan tugasan yeaa...


PhotobucketPhotobucket

Wednesday, December 30, 2009

For the 2nd Time.....


Ingat entry 1st time dulu..??
selepas 1st time, akan terjadi 2nd time, 3rd time dan seterusnya..
aku harap begitulah.. Ianya akan berterusan sampai bila-bila..

Semalam terjadinya kejadian yang sama untuk kali ke-2..
sonoknya aku.. Beza kali ini, aku sampai umah asben aku lum masak lagi..
tapi, yg 1st time dulu, dia dah siap masak dan dah siap dihidangkan..

Semalam aku balik bawalah petai.. ingat nak masak sambal petai + ikan selar kecik goreng jer..
tup tup.. sampai jer rumah asben aku tanya:

Hubby : nak masak apa ekk..??
tak sempat aku jawab.. asben aku terus jawab:
Hubby : abang nak masak la.. abang ada beli kobis tadi. Kobis masak apa sedap ek..?
aku :kobis wat masak lemak la.
Hubby : betul gak kan..?

dan

dah siap masak semuanya... aku tgk sayur sawi + carrot yang masak lemak. masak lemak cili api pulak tue..terus aku tanya :

aku : abang kata nak mask kobis? napa tak masak..?

hubby : tue.. tukan dah masak tue..?

tercenggang aku sekejap..

aku : la... ini sawi la bang.. bukan kobis.. terus aku tergelak sekejap.. hehehe..
hubby : ooo iyerke..? salah ekk.. hehe
aku : eh..!! resepi baru ker.? tak pernah ayg tgk org masak sawi masak lemak cili api..
hubby : Belasah jer la.. Resepi baru.. hehehe.. janji leh makan..

asben aku memang cam gini kalo u all nak tau.. dia memang suka wat menu sendiri dan main belasah jer nak masak... tak tengok resepi pun. janji leh makan katanya.. Ada sekali tue.. dia masak telor dadar campur dengan kicap. apa jadi..? Itam legam la telornya.. tak lalu pula aku nak makan.. dia kata sedap... dengan muka-mukanya sekali menunjukkan betapa sedapnya telor itu..

so, kali nie aku sempat snap picture makanan yang di masaknya...

Inilah lauk yang dikatakan kobis masak lemak cili api. (sawi dikatanya kobis....hehehe)

di samping itu... ada makanan lain.. yang nie express punya..

ayam goreng tepung

french fries

pencuci mulutnya:

jering (aku) vs petai (asben)


*** sawi dah menjadi kobis.. hehe dulu mak aku suruh beli lengkuas.. di bawa baliknya sengkuang.. hahahaha..!! banyak benda lagi asben aku tak kenal rupanya... :-)





PhotobucketPhotobucket

@ KLCC


Ni entry lama tapi tak publish jer.. sebab ada jer benda lain yg kena publish dulu.
12.12.09 yang lepas kejadian ini. Selepas kami menghadiri majlis persandingan Marina & Sham tempohari.

Selepas selesai majlis, aku terpikir sebentar untuk membawa iman mandi pool kat KLCC la.. di sebabkan Nain ada kat sini, apa kata aku ajak sekali. Dulu nak bawa masa pergi PC Fair haritu.. Tetapi baju tak bawa naik pula. Tertinggal dalam kereta.. Jadi, tertangguh la plan itu.. Nain sampai merengek2 nak maindi pool gaks masa tue..

then, aku berjanji dengan dia nnt lain kali kita datang mandi kat sini yea.. last-last bawa dia dan iman main kat playground ajer.. So, kesempatan yang ada aku ajak akak dan mak aku sekali yang kebetulan masa tue nak keluar.

do, kita layan gambar jer la ekk..

tatihkan iman jalan.. jauh gaks dia jalan.. dari pintu masuk sampai nak sampai ke pool.

awal-awal dah jumpa kawan

nain siap baring-baring lagi

mandur kepada budak-budak itu..

sonok tul iman dapat main air

naper iman..?

suka tul dia pukul2 air tue..

gather togather

uikksss..!!~ wat per tu ha..??

berenang la budak-budak oi..

dah.. jom balik.. masing-masing tak nak balik.. tgk iman tue.. lembik2kan badan dia. Tak mau balik.. Takpe.. aku bg masa tambahan 5 minit.

sambung main air balik.

berlatar belakangkan KLCC

Lastly,

Nain sebelum balik.. Iman laks tgh minum susus sebab dah keletihan agaknya..


PhotobucketPhotobucket

Tuesday, December 29, 2009

Dah sampai, TAPI...


** soalan : ramai yang tanya aku dah pindah ker..? kenapa tak buat entry pasal rumah lagi..? nak tgk dalam rumah, kitchen cabinet and so on.

** jawapan aku : sorry la kepada semua readers aku.. bukan tak nak tepek dan cerita.. tetapi.. sibuk sgtlah.. sampai tak sempat nak snap picture.. Lagipun keadaan rumah yang masih terumbang ambing.. tak der buat deko apa-apa lagi.. Nanti aku dah deko sikit2 aku akan UPDATE ekkk... di samping still tgh tunggu budget 2010 nie... hehe Faham-faham jer la dah ujung tahun nie kan..


Last week... yang di tunggu-tunggu dah sampai..
alhamdulillah.. sampai jua ke rumahku ini..
hehehe... apa yang sampai ekk..??

IN CUBE KITCHEN in da house.
selepas 2minggu buat tempahan dengan incube kitchen, akhirnya last week sampai juga ke rumah untuk buat pemasangan. Pening juga nak buat kitchen cabinet nie..
macam-macam hal berlaku semasa dalam proses.. Dari start nak buat table top sehinggalah semasa nak buat installation. Itulah antara dugaan yang terpaksa di tempuhi supaya ianya dapat memuaskan hati aku. Alang-alang buat, nak pakai lama mestilah kita nak yang terbaik kan...?? so, terpaksalah menghadapi segala dugaan yang datang.

Actually, installation belum complete lagi.. sebab ada satu part lagi yang belum dipasang. di bahagian peti aisnya.. So, continue by next week. sebab diorang tertinggal nak bikin bahagian situ.. apa la diorang nie.. macammana boleh terskip bahagian itu.. sabar je la aku.. nak masak pun susah..

so, untuk post kali ini sori yeaa.. aku tak dapat nak letakkan picture kitchen cabinet aku lagi. Nanti dah siap sepenuhnya.. akan ku tepekkan kat sini...

itu dia lorinyaaa...


inilah dia dapur asal aku..

apakah yang akan terjadi pada dapur sekangkang kera ku ini yea..?? tunggu hasilnya nnt..



p/s : thanks kepada kak yana @ BabyIbu kerana memberi Tips kepadaku.. :-)


PhotobucketPhotobucket

Monday, December 28, 2009

Email From NUFFNANG..


** Aku dapat emil dari pihak Nuffnang mengenai CONTEST yang aku Joint kelmarin :


Invitation to Nuffnang Friso Gold Family Day Out
...
Sun, December 27, 2009 3:24:15 PM
From:
Nuffnang
...
Add to Contacts
To:pinky_gal25@yahoo.com

Hi parents!

You and your family (2 adults and 2 children) are officially invited to the Nuffnang Friso Gold Family Day Out happening on;

Date : 2 January 2010
Time : 10am till 2pm
Venue : Kizsports & Gym, 1 Utama (Old Wing)

The Nuffnang Friso Gold Family Day Out is this weekend and one lucky family will be winning a trip to Disneyland Hong Kong thanks to Friso Gold! On top of that, 10 parent bloggers will win themselves cash vouchers from Toys R' Us which is certainly useful for your children. ;)

Expect a day of fun filled activities for your children and yourself. There will also be goody bags and various hampers to be given out on the day itself. Don't be late as the fun does not wait and neither do the prizes.

Cheers
Blogger Relations Department
Nuffnang Sdn Bhd



*** kepada kawan-kawan, sempat lagi nak joint contest ini kerana di lanjutkan sehingga 29 December 2009 ini.. Jom la joint sekali.. :-)


nak joint, just klik
DI SINI



PhotobucketPhotobucket

Adam Rifqi's Besday Bash

Sabtu lepas kami menghadiri majlis hari jadi salah seorang anak member kawan blogger aku @ member M.com. Acara bermula pada jam 3petang. Tetapi sebelum itu kami ke KLCC untu membawa MIL aku jalan2 di sana dahulu...

Di samping memeriahkan besday bash si cilik, aku dapat juga berjumpa dengan blogger-blogger yang lain. Ada yang pertama kali jumpa dan ada yang dah pernah jumpa. Antara kawan-kawan blogger yang hadir Kak Zura, Kak Nome, Kak Bed, Kak Aieza & alya.. Sonok dapat jumpa dorang yang semuanya happening belaka....

Jom layan gambar la ekk.. xlarat nak taip panjang2 sebab gambar pun dah panjang lebar.. Ia dah dapat menghuraikan apa yang berlaku sepanjang party tersebut...

Buat Adam Rifqi :

" Happy Birthday To U"


aku & iman. Baru pas makan.

Ryn & Adam besday boy a.k.a tuan rumah

sempat berposing dulu dengan tetamu yang baru sampai.. hehe

tiba-tiba shasha nangis.. terkekut Nia dan Iman..

posing lagi..

Saat-sat nak memotong kek

nyanyi ramai2

knape tue adam?

potong kek..

pandai adam..

present from chicky

iman pun dapat laa..

posing depan banner pula

Family kami


with kak bed & shasha


with ryn


dan yang last sekali..
aku suka tgk picas ini..
happening sangat..

all the bloggers & son
but.. ryn jer yang single.. hehe


PhotobucketPhotobucket

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...