Kawan-Kawan Saya

Nak Cari sesuatu?

Loading...

Sunday, January 31, 2010

Hari Ini, Aku nak..........


Yaaaa...
Hari ini... Aku nak...
DUDUK RUMAH sahaja.

Kami ingin mengemas rumah yang tak berkema, yang tak bersusun dan yang berselerak ini.. hehe..


Antara barang yang di beli semalam. 

Semalam dah puas memborong di kitchenware & bathroom, IKEA dan Nursery di Sungai Buluh...

So, arini masa untu mengemas.. Sorang mengemas di luar dan sorang lagi mengemas di dalam sambil bertenet.. Boleh tak..??? 

Iman pulak buat apa..???
Iman tolong aku mengemas rumah a.k.a tolong menyelerakkan semula mainan2 dia... huwaaa..!!
aku dah mula menjdai TARZAN.. OK...??
hahahahaha....!!~ Bila lah iman nak tido nieee...
susah aku nak mengemas...
Takut terleka nnt...... sat2 kena 2 tgk diaaa...
budak nie tak leh caya sangat.. Benda bahaya suka masuk mulut..
Itu yang aku takut..

Dari tadi ngemas dapur tak siap2 lagi...
hahahaha...!!~
Pukul berapa agaknya siap semua ini..??

Friday, January 29, 2010

A$TRO....


Semalam balik rumah..
aku ternampak kuali di atas rumah aku...

 
itulah kuali siapa ntah tersesat kat situ..
Yuhuuu..!! udah pasang Astro rupanya rumah aku..
Asben aku pasang astro rupanya semalam..
Terkejut dennnn..


Sudah di letak kat diatas itu..
Amik Astro B-yond ker..?? Idoklaaa..
Amik package paling muraaahhhh.. sebab nak jimat $$$$$..
RM37.95 punya..

Okla.. janji leh tengok Raja lawak dan AF nnt... 
khkihkih..!!
gambar pun clearrr... itu yang penting..

Halaman Rumahku....

Dah lama tak cerita pasal rumah ker..? Mesti semua duk nanti2kan.. hehehe..
bukan apa.. sekarang nie, nak menangkap gambar saja2 tak rajin da..
sejak menjak camera compact ku rosak aritu. Alhamdulillah.. camera ku dah baikdaa.. So, lepas nie projek menangkap gambar boleh lah..

So, kali nie aku nak tunjuk sesuatu yang ada di halaman rumah ku... Firstly, nak tanam rumput rumah dulu..
But, sebelum nak tanam rumput, kita kena bersihkan laman dulukan. Dulu, kat laman rumah nie penuh dengan lalang.. tetapi telah di hapuskan dengan racun pemusnah... sehinggalah ia makin bersih...

semalam aku balik rumah.. aku nengok laman aku berketul2.. hehehe...
rupanya.. asben aku dah start nak menanam rumput dah.. dia sedang meLEVELkan tanah..
Aritu ada beli rumput.. nama rumputnya 'RUMPUT TAIWAN". Ingat nak amik Philipines jer.. But.. selepas dicadangkan oleh penjual tersebut.. aku amik Taiwan punya.Sebab aku cakap, aku nak rumut yang tahan panas, senang di jaga,dan mudah tumbuh serta boleh di pecah2kan... So, nnt tak perlu beli banyak kan..
sekeping RM2.00 sahaja. Kalo yg philipines lagi murah RM1.50 sekeping. Aritu beli rumput taiwan sebagai tester jer.. So, nampaknya OK.. janji kena siram hari2...

Aritu.. takder rumah 2hari, rumput aku kering.. Tapi, selepas siram ari2.. Dia tumbuh balik laaa... waahh..!! memang senang di jaga.. Ingat minggu nie nak ke Sungai Buluh untuk membeli rumput itu lagi..


Sesi meratakan tanah... Mengumpulkan tanah2 yang berbatu.. Asben aku yang wat semua ini.

nampak tak yang aku bulat tue..? itu pokok pinang.. ada ker asben aku tanam kat depan rumah tepi parking kereta.. aku gelakkan.. ada ke tanam situ.. aku dah alihkan daa..

 
 aku tanam kat hujung tepi tuee..

 dan.. inilah rumput jenis Taiwan.. dah naik hijau da...


p/s : semalam terlupa nak tangkap gambar laman belakang rumah.. ada pokok nenas, pokok serai, pokok pandan... entry lain kali la ekk...

Thursday, January 28, 2010

TAG : From Ryn

Tag daripada Ryn..
TQ very much and much yeaa..
hehehe..
.
1. insert this badge or the pic above to inform u have been awarded.


TQ bg Award Ini 


2. Make sure u take the pic n said it is from Ryn..
yesss.. TQVM
.
3. You should tell 10 facts or hobbies about yourself.

  1. hobi : Jalan2, siar2, ronda2..
  2. hobi : Cuti2 Malaysia
  3. Aku susah untuk difahami kottt..
  4. dan aku jenis susah nak bercerita pasal masalah aku pada org lain.
  5. Jiwa Sensitif >> khusus untuk suamiku.. xtau nape.. dengan dia nia, aku mudah MERAJUk.. hahaha..!!
  6. Aku jenis tak amik peduli.. haha..!! malas nak pikirr..
  7. Tak suka lipat baju dan gosok baju.. Tapi.. WAJIB kena buat.
  8. Suka MAKAN waktu DRIVE
  9. Aku suka MAKAN >> bak kata suami ku.. hehehe
  10. Aku TAK SUKA nyusahkan orang....
.
4. You should choose 5 other bloggers (easier the ones who follow you)
and tell their names in your blog
  1. Alfidah
  2. Az Rina
  3. Natt
  4. Lea
  5. Mimiey

5. Dont forget to go to their blog and tell them they have been tagged !!!
OK...DENGAN PANTASNYA...


 award nie boleh amik ker..?
aku amik juga la ekk..??
TQ.. hehe

Cerita Panasssssss....!!

Cerita Panas bulan ini.....
Kisah Fahrin Ahmad dengan Linda Onn..
Siapa ada tengok video mengenai FA buat sidang media untuk menyaman Linda Onn tue..??
Kalo sesiapa tak tengok lagi, boleh lah tengok kat Facebook Fahrin Ahmad..

Syahdu laa.. time airmata dia dah bergenang tue..
dan terus airmata seorang lelaki berjujuran..
siapa tak sedih bila orang kata kita macam tu kan?
FITNAH...
satu benda yang sangat perit untuk kita hadapi..
Tak kira FITNAH itu perkara BENAR ataupun yang di reka...
sebab itu FITNAH ini lagi teruk dari orang yang membunuh..

semua dia bawah aku petik dari GUA.



 Airmata FA

aku pun tumpang sedih bila dia cakap ini :

Setelah lama bertahan dan mengambil pendirian mendiamkan diri walaupun dituduh panas baran dan kaki pukul oleh bekas kekasih Linda Onn, akhirnya Fahrin Ahmad, pelakon lelaki yang berimejkan jejaka macho, gagal mengawal perasaannya. Di sidang media notis tuntutan terhadap Linda pagi semalam, Fahrin telah mengalirkan air matanya. "Saya tak macam tu. Apa perasaan awak kalau adik-beradik awak terima panggilan telefon, mak awak yang sakit di hospital di datangi orang yang bertanya, 'Makcik, betul ke anak makcik tu kaki pukul?' Apa perasaan awak? Saya dah lama bertahan. Sorry lah," katanya yang gagal menahan sebaknya.

Bila sebut nama MAK.. itulah buat aku sedih weeeiiiii... Sebak aku...

dan apa kata Linda..??



“Semua kenyataan yang keluar daripada mulut saya adalah untuk menjawab persoalan yang diajukan oleh pihak media. Bukan saya sengaja hendak bercerita. Saya bercakap perkara yang benar.



Bagi aku.. Tak kisahlah perkara benar atau tidak.. tak perlulah kita menceritakan hal orang lain kepada umum yang boleh menyebabkan kredebiliti org boleh jatuh dan maruah orang tercemar,,, Teringat aku masa belajar law dulu.. ada suject "LAW OF DEFAMATION". Seseorang itu boleh menyaman orang yang fitnah dia atas sebab menjejaskan maruah, kredebilitinya sehingga menyebabkan orang akan pandang hina kepadanya.. FA adalah siswazah Law.. dan sebab itu dia berani menyaman Linda Onn.. sebab dia tahu di mana Hak dia untuk membersihkan maruahnya. Dan aku rasa, sebagai artis mereka perlu tahu semua ini supaya untuk mempertahankan dirinya dari di fitnah..

Ini aku ada pastekan petikan dari DBP.

 
.

Selain itu, perkara ini juga sebagai peringatan untuk aku sebagai blogger supaya berhati2 ketika ingin menulis.Ya... Fitnah itu bukan setakat perkara yang direka-reka.. tetapi perkara yang benar pun akan jadi Fitnah bila kita menyampaikan dan menyebabkan MARUAH seseorang tercemar...

P/s 1: penulisan ini atas peringatan untuk aku supaya berhati ketika berkata2...
P/s 2 : teringat zaman belajar dulu... Menangis2 aku nak menghafal berpuluh2 kes law nieee.. menyebabkan sehingga kini aku tahu benda alah ini.

Wednesday, January 27, 2010

Contest : Sweet Picture Anak Bersama Ibu


Name Of Contest :
Sweet Picture Anak Bersama Ibu

Organized by :
http://eiyakiesah.blogspot.com

- Banner -

Nak masuk contest lagi.. aku suka masuk last2 minute nie.. sebab mood dan idea datang pun last minute.. Aku tgk ramai tul masuk contest nie.. So, saja nak nyibukkan diri untuk ikut masuk contest nie.. hehehe.. bolehkan..?

so, ini gambar SWEET kami..
sweet tak..??
sharing is caring.. right?

Syarat2 adalah seperti berikut...

1) Mestilah gambar tersebut IBU BERSAMA ANAK..umur dari baby sehingga 3tahun..
bilangan anak tidak kisah janji xmelebihi umur yang d'inginkan..
- yeee.. semestinya yang bertudung itu aku (ibu) dan yang si kecik itu anak aku..

2) Nama anda & your anak beserta tarikh lahir..
Nama ibu : Juliyana Abdul Raman (JUE)
Nama Anak : Muhammad Iman Zafran Bin Shahrulizam
DOB : 13 Ogos 2008

3) Letak picture satu SAHAJA yer...coz byk2 nnt pening juri
- dah letak.. 1 pic jer tuee.. jgn pening2 ek.. pilihlah kami.. senang cerita.. hehe

4) Ceritakan kenapa gambar tersebut d'anggap SWEET utk korg..
- Sebab gambar nie sweet...... ini adalah kebetulan dan bukan di buat2.. Masa tue aku tgh makan keropok, then saja jer tunjuk kat iman.. dan terus dia membuka mulut nak amik kopok itu dari mulut ke mulut.. hahaha.... pandai pulak dia tak nak amik dengan tangan. dan kebetulan asben aku memang tgh duk snap picture kami masa tue.. dan terjadilah gambar ini.. Tempat berlaku di Gunung Mat Cincang, Langkawi...

5) Jadi follower untuk blog IBU & blog MYTOMEIOUTLET
- udah follow bukk..

6) Letak banner yang dicipta khas (gambar d'atas) diruang sidebar korang semua
- tu.. ada kat atas tue dan kat sebelah nie kan..??

7) Letak tajuk sperti d'atas jugak yer..Make sure ur entry link back to mine
- Oraitss.. dah LINK Back juga.. Link me back too boleh..? hehe

8) Tarikh tutup penyertaan 29hb Januari 2010
-ok.. take note.. kawan2 yang lain, sempat lagi nak joint.. Jom laaaaa..

9) Last skali,tinggalkan korangnye penyertaan kat dalam comment box entry ni k..
itu jer...senang je..
- ok.. dah tinggalkan jejak ku di sana..

@ Tanjung Aru

Tempat terakhir sebelum balik ke KL
adalah..

TANJUNG ARU


Mana satu kaki aku nie..?
sama jer.. hehe

main lambung2..

xnak jalan.. nak dukung..

dukung jer laaa

last pic from us

bye.. bye.. nak balik dah..

Tuesday, January 26, 2010

Atit... Atit...

Sekarang nie, iman dah pandai mengadu sakit.. Percaya atu tidak.. itu yang dia cakap..

"atit... atit..."
sambil tunjukkan tangan ke lututnya.

Aku pun tengoklah lutut dia. OOooo.. patutlah sakit.. lutut dia dah luka.. nampak kulit dah terkoyak sedikit.

"Itulah iman.. orang jalan dengan kaki.. Kamu jalan dengan lutut."
bebel aku kat iman

Iman masih belum boleh jalan dengan sendiri. Kalo dia nak jalan, dia akan jalan dengan lutut dia. Ataupun dia nak kita pimpim tangan dia.. Kalo kita lepaskan tangan, dia akan jalan selangkah, terus bengkokkan kakinya. pastu, dia panggil kita supaya pimpin dia semula..

ermm.. manja tul lah anakku sorang nieee.. nak berpimpin jer..
Tapi..
kalau kita terlepas pandang, dia boleh nak jalan.. tapi bila pandang kita, saja jer dia bengkokkan kakinya... Sabar jerla aku..

Jika jalan tak bermimpin, dia akan merangkak.. Kalo cakap bab merangkak, memang laju giler dia merangkak.. ketak..ketak..ketakk. dengar dia merangkak.. sepantaas kilat dia dah sampai kat kita. Merangkak dia, selaju budak larilah juga. Mana lutut tak luka.

Kalau suruh lompat, dia lompat.. Tapi, dia akan lompat pakai lutut. Dapat tak korang bayangkan mcmane iman lompat pakai lutut..?? hehehe... kelakar pun ada gaksss...

itulah luka yang dikatakan atit.. atittt...

Mulai pagi ini asben aku ditukarkan mengajar sesi petang semula.
dan mulai hari ini juga iman akan menangis setiap pagi sebab dia akan tgk aku tinggalkan dia.. hehehe ibu nak pergi keje la sayang.. dia ingat aku nak pergi jalan tinggalkan dia..
Selalunya tiap pagi, dia yang akan keluar dulu dengan ayahnya seawal 6.30pg. Kali ini, aku pulak yang akan keluar dulu....


** aku rasa better asben aku ngajar pagi. Petang banyak sikit masa. Tapi, nak wat camnerr.. atas arahan kan..


Monday, January 25, 2010

@ Cocoa Butter

Sebelum nak balik, sempat lah singgah kat kilang coklat.. tapi tak dapat masuk kilang.. sebab kilang tutup aritu. dapat masuk kedai coklat jer.. boleh laa.. kat situ pun ada tunjuk proses coklat di hasilkan.. dan dapat tgk pokok coklat, buat coklat dan proses coklat di hasilkan..

Kalo ikutkan, kitorg nak ke ladang coklat gaks.. tapi ladang coklat jauh di Tawau sana.. Asben aku lah yang duk gila coklat.. aku biasa2 ajer..

di depan pintu

coklat penyu

orang coklat

Gunung KK coklat

penceramah coklat..

orang coklat lagi

proses coklat dihasilkan

kaum bapa boleh lah beli coklat ini yeaa.. nnt spare part ilang leh ganti.. huhuhu..!!

bersama dengan pokok coklat, buah coklat, biji coklat..

banyak tul org coklat kat situ.. memang di buat dari coklat tau.

bersama dengan Kak nor.

Friday, January 22, 2010

@ Pasar Filipino


Pagi Ahad kami ke pasar Filipino, Sunday Market (Gaya Market) dan Pasar basah.
pagi sampai ke tghari kami di ketiga-tiga pasar ini sahaja, Masa untuk memborong dan membeli belah.. Macam boleh beli. Lagi2 mutiara dan kristal. macam aku nie, kurang minat sangat dengan kristal dan mutiara.. Jadi, kuranglah memborong benda alah nie semua. Apa yang aku banyak borong adalah di Pasar ikan masin jer.. nak kata banyak tak lah juga.. Cukuplah aku nak bagi untuk family aku dan keluarga aku jerrr....

So, kalau kawan2 dtg Kota Kinabalu.., memang wajib korang datang ke tiga2 pasar ibi. Banyak benda yang boleh di beli untuk di bawa pulang ke semenanjung..

Jom layan gambar lagi...

@ Pasar Filipino

pasar filipino @ pasar kraftangan

geng-geng wanita berposing sebelum shopping..

di depan pasar filipino nie ada tukang jahit..

apalah yang dibincangkan oleh kami ekk..??

aku sedang sibuk membeli baju. Yang si kecik pulaa..?? tolong caikan baju ker tuee..??

@ Pasar Ikan Masin

Bersedia untuk serbu itu ikan2..

beratur nampak.. hehe

Didalam pasar inilah yang paling lama kami mengambil masa untuk membeli belah..
sebab kat sini kena tawar menawar sehabis-habisan.. Baru di anggap dapat dengan harga murah. Kalau korang nak pergi sini, pastikan korang tawar lebih dari 1/2 harga yang di tulis pada barang tersebut. Contohnya : ikan bilis dia tulis RM65.00, tawar sampai RM30.00.. Mesti dapat punya.. hehehe

kaum lelaki yang dah mula kebosanan..??

Iman macam dah busan jer nunggu.. hehe
cian diaaa...


@ Pasar Basah

bergambar sekejap

tempat ikan baru naik..

itu pasar basah yang ada jual ikan basah dan ikan frozen


@ sunday Market or Gaya Market

Jika korang pergi KK pada hari minggu, jangan lupa ke Sunday market. Kerana di sunday market lagi murah dari pasar filipino. Boleh tawar lagi banyak dari pasar filipino...
Macam-macam ada kat pasar nie..

sedang memilih-milih ker?

Cuci-cuci mata...

posing di depan pasar

dan.. ini hasil rompakan... hehehe..


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...