Kawan-Kawan Saya

Nak Cari sesuatu?

Loading...

Monday, August 30, 2010

Lokasi Bazar Ramdhan 2010

ALhamdulillah lebih kurang 10 hari jer lagi kita nak berpuasa... Cepat betul masa berlalu.. Syawal pun bakal menjelma tak lama lagi.. Sekarang ini, masing2 sibuk buat persiapan raya. 

Dalam sibuk orang membuat persiapan raya, aku laks sibuk mencari bazar ramadhan.. Sekali aku terjumpa list bazar ramdhan 2010 area lembah klang. Dan ini listnya :

PARLIMEN : BANDAR TUN RAZAK
  • Kawasan Tempat Letak Kereta Velodrom Cheras
  • Pekan Sungai Besi
  • Kawasan Bandar Tasik Selatan, Cheras KL
  • Tempat Letak Kereta Taman Tasik Permaisuri berhadapan sekolah Menengah Sains Selangor
  • Dataran LRT Stadium Bukit Jalil
  • Sepanjang Lorong 21/146 Bandar Tasik Selatan
PARLIMEN : CHERAS
  • Jalan Susur off Jalan Pasar / Pudu
 PARLIMEN : LEMBAH PANTAI
  • Tapak Pasar Tani Taman Bukit Angkasa
  • Jalan Telawi 1, Bangsar
  • Jalan Bangsar Utama
  • Taman Desa Kerinchi, Pantai Dalam, Kuala Lumpur
  • Brickfield, Kuala Lumpur
  • Tapak kosong bekas setinggan Kg Pasir Kiri, Pantai Dalam
  • Tapak Pasar Malam Taman Sri Sentosa
PARLIMEN : TITIWANGSA
  • Perkarangan Tempat Letak Kereta Pasar Datuk Keramat
  • Bahu jalan PPR Laksamana off Jalan Peel
  • Jalan Desa Pandan (JALAN 3/76C)
  • Sebelah Stesen Petronas, Jalan Cochrane, Kuala Lumpur
PARLIMEN : SETIAWANGSA
  • Setapak Jaya
  • Jalan Rejang 11, Setapak Jaya (Tapak Tradisi)
  • Tempat Letak Kereta, Jalan Rampai Niaga 5, Rampai Business Park (Tapak Baru)
  • Jalan Air Keroh, PPR Semarak, Setapak, Kuala Lumpur (Tapak Baru)
  • Persiaran Setiawangsa, Taman Setiawangsa (tapak tradisi)
  • Kawasan Perumahan Awam Desa Rejang (Persiaran Rejang)
  • Jalan Wangsa Melawati 3 (tapak tradisi)
  • Rampai Business Park, Jalan Rampai Niaga 6 (tapak tradisi)
  • Jalan Wangsa Delima bersebelahan Wangsa Walk
  • Jalan Semarak (6 x 3) / Jalan AU2C Taman Setiawangsa (8 x 8)
 PARLIMEN : WANGSA MAJU
  • Jalan 1A/6, Setapak Indah, Danau Kota
  • Kaki lima Plaza Idaman
  • Jalan Wangsa Setia 2, Wangsa Melawati
  • Kawasan Pejalan kaki berhadapan Kuil Thirumurugan, Jalan Langkawi, Danau Kota
  • Tapak berhadapan Kawasan Ong Tai Kim, Jalan Gombak, Kuala Lumpur
  • Siar Kaki Kawasan Danau Kota, Setapak
  • Kawasan berhadapan Kompleks Idaman Ong Tai Kim
  • Seksyen 1, Wangsa Maju
  • Rumah Pangsa Seksyen 2, Wangsa Maju
  • Jalan Taman Melati 12 dan Jalan Taman Melati 13, Taman Melati, Setapak
  • Jalan Melati Utama2, Taman Melati, Setapak
  • Jalan Cengal hadapan Masjid Zaid bin Haritshah
  • Siar kaki Jalan Danau Kota, Setapak
 PARLIMEN : BUKIT BINTANG
  • Jalan Benteng (Bersebelahan Restoran Burger King)
  • Pasaramakota (Hadapan Bus Stand Klang)
  • Siar kaki persimpangan Jalan Tun Tan Cheng Lock / Hang Kasturi, Kuala Lumpur
  • Siar kaki dari Stesen Monorail hingga Pasaraya Maiden, Jalan Tuanku Abdul Rahman (Chow Kit)
  • Sepanjang Jalan Berangan, Bukit Bintang
  • Ruang bahu jalan di Lorong Medan Tuanku Satu, Kuala Lumpur
  • Kawasan Lapang belakang Bangunan HSBC/Quill 6 off Jalan Lebuh Ampang, Kuala Lumpur
  • Jalan Haji Taib
PARLIAMENT : SEGAMBUT
  • Tapak Pasar Muhibbah Kg. Sg. Penchala
  • Kawasan Taman Tun Dr Ismail
  • Jalan 1/38J Susur SUHATI
 PARLIMEN : BATU
  • Dari persimpangan Jalan Tengah antara Jalan 4/2B dan Jalan 15/2A
  • Taman Dato Senu
  • Taman Wilayah Selayang Fasa 3
  • Rumah Pangsa Awam, PKNS Jalan Kuching
  • Batu 3, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur
  • Kawasan Sem Siong Sdn. Bhd, Batu 3, Jalan Ipoh. Kuala Lumpur
  • Tapak Pasar Malam PPR Batu Muda
PARLIMEN : SEPUTEH
  • Jalan Desa, Taman Desa
  • Kiri dan kanan Jalan Radin, Bandar Baru Sri Petaling
 PARLIMEN : KEPONG
  • Jalan Prima 5, Metro Prima, Kepong
  • Taman Segambut Aman (Kepong)
* Sumber : Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

p/s : kadang2 hujung puasa nie kita suka ke PARAM kan..?? so, kalo sempat korang terjah la mana2 lokasi di atas ini.. Selamat beramal.. hehe...

Friday, August 27, 2010

Rutin Terbaru....

Iman... Oh Iman...
sekarang suka sangat melukis, menconteng kerjanya..
Dimana2 saja dia suka menconteng..
Sejak menjak atoknya ajar melukis, pantang nampak pen, marker, white board...
silalah layan dia melukis yeaaa....

Tak cukup itu, setiap hari.. balik umah.. terus menghadap whiteboardnya..
tgh kami berbuka, silalah bentang whiteboardnya di atas meja makan..
time sahur, pagi2 buta dah menghadapa whiteboardnya dalam keadaan mata terkebil2 baru nak buka. belum sempat pandang kiri kanan, dah ada i depan whiteboardnyaa..

Jika tak di layan, akan menjerit2 lah dia suruh kita melukis..
aku rasa suaranya 2belah umah jiran dengar...
huhuhuhu.. itulah rutin terbaru iman..

 seeee...
sahur pagi tadi.. terus ngadap whiteboardnya..
apa yang di kata..??
"mataaa.. idungg.. mulutt..."

ini hasil mural darinya.. siap tunjuk kat atuk dia masa atuk dia dtg umah kelmarin..

 kat tmpt nie pun jadi juga.. Nasib yg kat pintu dan kusi leh padam....


p/s : rutin harianku sekarang.. kul 8mlm dah pun kebaaabbbom.,.!! tidurrrrrrrrrrr.. kadang2 tak tau apa yang iman buat... tau2 dia dah tido sebelah.. hehe.. ibu dia tido lagi awal daari diaaa... MOOD BLOGGING >> DOWN!!!

Monday, August 23, 2010

Semangat Nak Raya....

Berpuasa aritu baru masuk hari ke-10 tetapi ada orang dah semangat bebenor nak raya dah..
dia tak kira dah belum masuk malam 7 likur tapi dah semangat nak pasang panjut..
Aritu asalnya ke kedai untuk beli barang dapur..
sekali nampak ada jual panjut..
terus di belinya.... Sampai rumah, terus la pasang...
memang semangat bebenor ayah iman nie..
 Iman pun suka sangat siap kata "lampu.. lampu..."
 Rumah kitorang satu2nya yang dah pasang lampu panjut... hehe...
peh nie leh pasang lampu lip lap pula..

panjut yang siap di pasang

Pandangan dari depan umah

Pandangan dari belakang rumah

Budak yang suka tgk lampu.. dia tak dapat lintas ke panjut sebab ada longkang.. hehe.. as a benteng dr dia ke api.



Sunday, August 22, 2010

Contest : WARDAHWARDROBE 1ST GIVEAWAY

Name of Contest :
Organized by :
Slogan saya :

Saya nak menang blaus dari wardahwardrobe kerana blaus yang terdapat dalam WW memang sangat cantek dan sedap di pakai.

Tag 3 org kawan :
  • K.nor
  • Na
  • k.wawa

 Kepada kawan2 lain nak joint, jom singgah ke :


Tarikh tutup :
9 Ogos 2010 - 31 Ogos 2010

Masakan Sahur Yang Simple....

Sahur... Sahur..
Alhamdulillah takat nie sahur masih lagi penuh..
Lum penah tinggal lagi..
sebab azam nak berpuasa penuh..
Amiiinnnnnn...

Setiap Kali sahur aku akan masak..
Aku masak sahur jer.. Sebab time sahur jer aku ada selera makan.
Waktu berbuka puasa memang aku tak masak sebab aku takde selera nak makan.
Dan asben aku kata makan luar jerr.. tak pun ke Param...
sebab dia pun xbape lalu makan sgt....

so, pagi nie aku masak sahur yang sangat simple memandangkan barang dapur dah abis.. 
hehe



Ikan Bilis kicap

 Kubis goreng

 Ikan pun tggl seekor jer dan telur masin
Cukup untuk kami berdua...

Tuesday, August 17, 2010

Alhamdulillah dengan Kurniaan dari-Nya..

Assalamualaikum wbt buat semua.

Berbalik kisah pada ENTRY yang lepas, YES or NO...?? Jawapannya YES...!!~ Alhamdulillah sekali lagi aku mengandung kembali. Tak di duga dan tak di sangka yang kala ni, aku mengandung. Kalau ikutkan perancangan aku, adalah dalam 2 bulan lagi aku nak mengandung. But, rezeki tu datang lebih awal dari itu...

Insyallah due untuk kali ini ialah 14 Mac 2011. Last 2week dah pun wat scan.. Baby berkembang dgn baik dan dah ada pun degupan jantung. Itulah saat yang ku nantikan setiap kali kalo di sahkan pregnant. Selagi aku tak nampak jantung berdenyut, aku akan rasa sangat takuuuttt..! Fobia still ada lagi... But, aku kena sentiasa pikir yang positif!..

Sekarang ini, baru nak masuk 10 week, aku dah rasa pergerakan baby. baby dlm perut sgt aktif. Seriusly, masa iman dulu.. Masa nak masuk 7bln baru aku rasa pergerakan baby.. Kali nie, terlalu cepat aku merasainyaa.. Alhamdulillah.. aku sangat suka.. :-)

Pregnant kali  nie, mcm biasa alah tue mmg xder sgt la. Cuma kali nie berbeza.. aku kurang makan. Selera makan merundum. Berat pun dah turun da.. Masa iman dulu aku sangat kuat makan. Maybe after 1st trimester nie, selera makan bertambah agaknya...

Appointment dah pun di setkan di HUKM pada 19 Ogos ini. Asben aku dah pun wat follow up kat sana. Rekod aku sebelum nie mmg banyak kat sana.. Insyallah, xder aral melintang aku akan bersalin di HUKM.

surat doktor dan buku appointment aku..

My edd.. :-)

berapa minggukah aku sekarang ini?

Lilypie Pregnancy tickers

Semoga kandungan kali ini membuatkan aku lebih berhati2 dan lebih alert. Dan semoga dia selamat sehingga aku bersalin nnt... Amiin.... :-)

Haaaa.. sesiapa nak bersalin kat HUKM, kat sini aku ada kos untuk bersalin di HUKM. Dorang sertakan sekali dlm buku appmnt tue..

Anggaran amat berpatutan... hehe..


p/s : Alhamdulillah.. masuk puasa ke-7 nie masih penuh lagi.. Even xlalu nak makan. Sahur makan pun sikit, buka makan pun yang remeh2 jerr.. Maybe atas berkat kurma aku dapat bertahan.. harap2 dapat puasa FULL..


Monday, August 16, 2010

Puding Caramel

Sabtu berbuka dan bersahur di Sg Besar. Then pagi Ahad dah gerakj balik semula ke Ampang sebab asben ada peksa. So, bila dah sampai ampang, tetiba teringin nak makan puding Caramel. Ingat nak beli jer.. But, kalo dah beli mesti kena beli banyak sebab ramai kat umah. So, aku berkira2 wat sendiri jer la..

dah lama tak buat puding nie. Tetiba jadi lupa. Aku pun melantik mak aku sebagai mentor untuk buat puding caramel nie... hehehe.. menjadik! aku sukaa.. 
My Feveret laaaa....


Puding Caramel 

Resepi mudah dan senang from mak aku :
  • 6 biji telur
  • 1 tin susu cair
  • 6 sudu gula
  • 1 sudu esen vanilla
  • 1 1/2 sudu tepung jagung
 Bahan-bahan di blenderkan sekali semua.
  •  1 senduk gula
 Caranya :
  1. Panaskan loyang dan masakkan gula di atas sehingga menjadi kekuningan.
  2. Masukkan bahan yang telah di blend di atas loyang tadi dan kukus.
  3. Selepas kukus, angkat dan letak dalam peti ais.
  4. Sebelum hidang, telangkupkan puding tersebut di atas pinggan

Mudah dan senang serta tak membazir... hehehe...
Selamat Mencuba

Friday, August 13, 2010

Contest : moment with newborn baby contest

Name Of Contest :

 Jom kita joint contest. Arini saja je aku nak publish contest ini sempena my son besday.

HAPPY BIRTHDAY TO IMAN ZAFRAN 
Sebagai untuk menggamit detik2 bersalin 2thn yang lepas.. :-)

nama :Muhammad Iman Zafran Bin Shahrulizam
tarikh lahir : 13/8/2008
berat semasa lahir : 3.18kg
umur ketika gambar diambil : 4hari di NICU
nama ibu : Juliyana Bt Abdul Raman
cerita disebalik gambar : Renungan yang pertama kami terima after iman bebas dari bantuan oksigen.. Alhamdulillah ketika ini iman dah boleh bernafas sendiri tanpa bantuan dari oksigen lagi.. Syukur Alhamdulillah... :-)


Wednesday, August 11, 2010

Khas Buat Untuk Semua...

dengan ucapan :


p/s : Semoga Kita mendapat keberkatan dari- Nya... aminn...

Saturday, August 07, 2010

Sumthing to share...


Salam semua...

Lama juga tak update blog. Bukan malas cerita.. Bukan berhenti dari berblogging.. Cuma masa skang mmg agak terhad di samping masalah2 yang lain.. sibuk sana sini.. penat sana sini..

Actually, ada sumthing "spesel" nak sharing dgn u all... But, lum leh share lagi sebab belum ada jawapannya lagi.. ada yang dok tertunggu2, ada yang dah dok mengagak, ada yang dah dok mengira, BUT.. jawapannya still aku lum leh sharing lagi.. Insyallah dalam masa terdekat nie aku akan inform...

Yang sedihnya.. ada yang menegur aku kata saja tak nak share dan tak nak cakap.. but, dalam hati aku hanya tuhan saja yang tahu... Perasaan aku kali ini sungguh "berdebar" dari yang sebelumnya.. Perasaan takut? Ya..! lebih dari itu..Sumtimes rasa tak nak mengharap sangat.. tapi dalam hati tetap memberi harapan yang tinggi.. sedangkan family aku sendiri pun tak tau apa "news" yang aku sendiri lum pasti nie... Sebab aku ingin khabarkan berita gembira untuk mereka.. Cuma, my opismate jer yang mmg tahu situasi aku sekarang ini..

Insyallah sampai masa nnt, aku akan kongsi dengan semua.. harapan itu terlalu tinggi buat aku. Ia boleh mengecewakn aku dan ia boleh menggembirakan aku.. Apa yang penting, aku tetap terus berdoa kepadaNya... 
Aminnn...

Beginilah situasi aku ketika dan saat ini..

p/s : orang nampak kita bergembira, org nampak kita bersuka.. tapi, orang tak nampak apa dalam hati kita.. tetiba ari ini aku jadi agak sensitif.. maaaf yea kawan2.. bermacam bermain di fikiran ku ini.

Wednesday, August 04, 2010

Introduce MOMMIES COLLECTIONS


Salam Semua Pelanggan Kami.

Di sini, kami ingin memperkenalkan satu lagi business baru kami iaitu :


Di sini kami menjual pakaian untuk kaum ibu, wanita dan sewaktru dengannya dan lebih focus lagi kepada pakaian mengandung untuk ibu-ibu.  Untuk melihat pakaian yang ada, jom singgah ke kedai kami ini.



Jom jadi FOLLOWER kami :


Stok terbaru akan di UPDATE setiap bulan. 
Terima Kasih 


Tuesday, August 03, 2010

Fresh Dari Dapur...

Mula-mula memang malas masak.. Tetapi. dengan tiba2 teringin nak makan bubur nasi dan ikan pekasam..
So, singgah kejap ke dapur masak bubur dulu...

Pas bubur masak, barulah masak ikan pekasam.. Makan panas2 memang superb! i likeeee.. :-)

Bubur nasi + ayam + carrot..
macam makanan bayi la pulak.. hehe..

di makan dengan ikan pekasam. Ikan sepat dan ikan lampam...
perrrggh.. terasa di jiwa.. hehehe...

p/s : jemput makan yea kawan2... :-)


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...