Kawan-Kawan Saya

Nak Cari sesuatu?

Loading...

Thursday, October 28, 2010

Saingan untuk adik Iman

Actually tahun 2011 nie, ramai kawan2 aku akan beranak termasuk kakak aku sekali. Jadi, tahun nie agak meriah sebab ramai saingan untuk adik iman. kebanyakan yang akan beranak pada bulan Februari dan bulan Mac... nanti HP akan tak putus2 dgn khabar bersalin dari kawan2..  hehehe.. sonok pulak rasanya bila di kelilingi dgn kawan2 yg seiring dan sejalan nieh..

Dalam Kalendar dah siap tick dah nama2 yang akan bersaing nnt. Nie nak tunjukkan antara saingan paling dekat.. Kawan2 yang akan bersalin pada bulan March 2011 iaitu saingan dgn adik iman.. hehe


K. Fida - Member blogger
Sue - opismate
leen - Member blogger
Zaila - member blogger
Azlin - Opismate (due tak jauh dah dgn bulan mac.. hehe)



p/s : Ada tak sesiapa lagi yang nak masuk saingan bulan March nie..?? hehehe..

Wednesday, October 27, 2010

glemer sat aku.... hehehe

Last week, sinar harian dan sinar.fm ada datang ke pejabat aku. Untuk siaran sinar@ pejabat. Disebabkan pegawai aku yang arrange, jadi kami anak2 buahnya pun mestilah kena melibatkan diri untuk memeriahkan agenda tersebut. So, dlm tak di diduga pada sabtu lepas kuarlah kat suratkhabar sinar pasal agenda tersebut.. huhuhu..!! yang tak leh blah tue.. terpampang muka besar aku nieh.. glemer sat aku walau tak seglemer artis popular.. hahaha....

 
sinar harian Sabtu 23/11/10 ms 27

bersama agen sinar dan skuad sinar.fm

Mak buyung mana lah niee.. hehe
Then, tak sangka pulak pada paper ahad pulak terpampang muka aku sekali lagi dalam ruangan siapa anda..?? hehehe.. dalam bulatan itu muka aku rupanya... hehe

 itu dia... siapa wanita berkenaan?? silalah tuntut adiah yang mereka nak berikan.... :-)

Monday, October 25, 2010

Saat bila ingin rasakan sesuatu...


Selalunya kalo orang mengandung nieh, tekaknya lain macam.. ada jer benda yang rasa nak di makannya..Dulu, masa mengandungkan iman, tekak aku adalah tekak western. Tak abis2 nak kan kenny sahaja. Boleh di katakan tiap2 bulan nak makan kenny.. tak kenny, nandos pun belasah juga. nasib kali ini tak setekak dulu.. hehehe...

Tetiba kali ini, aku nak benda yang simple sahaja. Mula2 masa dtg raya umah makcik aku, aku makan lah benda ni. ada lah dalam 1blang tue.. sedar tak sedar, 1/2 balang aku makan... hehehe.. masalahnya bukanny kuih raya yang terhidang aku makan. benda yang tak terhidang pulak aku pi makan. Sekali, satu hari tue, aku teringat2kan benda nie.. so, apa lg.. dgn segeranya aku sms makcik aku minta buatkan.. heheheh..

esok harinya aku pi amik juga.. Nak tau apa dia..??? Inilah diaaa..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
bawang goreng ranggup... hehehe..
sedaaaappp..!!

Sunday, October 24, 2010

Nak buat tapi lum terbuat lagi...


Bagaimana nak memulakan anak untuk FREE DIAPERS yea..? Free diapers tue, anak bebas dari memakai diapers tau.. bukan dapat diapers percuma.. hehehe... Masa check up iman 2y aritu, nurse dah suruh ajar anak untukfree diapers.. But, aku lum terbuat lagi. Nak buat tapi lum terbuat lagi. Sebab every weekend tak melekat kat umah.. itu yang susah sikit.

But, kalau ada kawan2 yang dah berjaya buat anak free diapewrs. bagilah tips dan petua sikit eekkk...?? hehehe...kot leh jadikan panduan buat aku yang tak reti nie... Baru2 nie, kak wana ada tanyakan pasal potty training pants.. But, aku sendiri pun xtau apa bendanya tue. Katanya seluar untuk ajar anak free diapers. Mcm CD gaks tapi dia tak setebal CD. Aku tak pernah nengok. Katanya ada kat mothercare. Tapi, aku dah try tanya kat supplier. Kot kalo ada, leh lah aku shaaring2 ngn semua..

Camner bentuk potty trainin pants nie..??

Waterproof Potty Training Pants. Bentuk seperti Cloth diapers

lebih kurang mcm nie juga la..


kegunaannya :

Training pants help motivate your child
  • They are NOT diapers; they are designed to aid in the potty training process
  • Training pants are great for containing leaks, but don't mask the wetness
  • They are designed for child who are ready to start heading for the potty, such as the ability to:
1. follow simple instructions
2. understand words about the toileting process
3. control the muscles responsible for elimination
4. express a need to go verbally
5. keep a diaper dry for 2 hours or more
6. get to the potty, sit on it, and then get off the potty
7. pull down diapers, disposable training pants, or underpants

Friday, October 22, 2010

Seronoknya bilaaaa,,,

Ya.. seronoknya sekarang.. memang seronok.. kerna aku dah merasa pergerakan baby dalam perutku. Seawal 3bulan aku dah rasa ada gerakan dalam perut nie. Sekarang dah masuk 5bulan ia semakin kerap aku merasakannya. Syukur Al;hamdulillah.. Pregnant kali ini menjadi.

Hopefully akan berterusan sehingga selamat lahir. tak sabar rasanya nak melahirkan anak.. hehehe.. excited dan teruja pulak aku kali nieh. Skang baru aku boleh yakin dgn kandungan kali ini.. 1st trimester dah pun berlalu. Sekarang aku mengalami 2nd trimester. tak sabar nak tunggu 3rd trimester pulak. 

Bila mengandung pertengahan tahun nie, rasa cepat pulak masa berlalu. sekejap jer dah nak masuk bulan November. tak lama lagi masuk hujung tahun dan akan bertemu dengan tahun 2011.

Ingat lagi.. dulu ngandungkan iman, 7bulan baru aku rasakan gerakan baby. Begitu lama aku menantikan gerakan baby sehingga merisaukan aku. Betul org kata. kalo anak ke-2 cepat kita akan rasa gerakannya. Bezanya kali ini. perut aku tak sebesar mengandungkan iman dulu. Dulu 5bulan, orang kata   dah macam nak meletup dah.. Skang,. kebesaran perut masih stabil lagi. kalo silap pakai baju, mungkin  perut ini akan nampak besar semacam.. hahahaha..!!

Tak sangka ini rupanya kandungan aku yang ke-EMPAT... hehehe

Thursday, October 21, 2010

Buku Sekolah Iman dan teman baiknya.


Semalam balik kerja iman tunjukkan hasil kerja sekolah dia. Dalam minggu nie iman tak ke nursery kerna embah dia ada umah. Jadi, dia duduk dgn embah dia jer sebab dia sendiri tak nak ke taska jika embah dia ada. So, sepanjang hari dia sibuk membuat kerja sekolah. Selalunya dia akan mencontneg white boardnya. Tetapi, semalam ayah dia bagi satu buku untuk dia belajar nulis atas buku pulak...

Sungguh tak di duga dalam 1 hari sahaja buku sekolah dia dah penuh dah. Bak kata nenek dia, Iman nie kalo bagi kerja sekolah cepat siap nieh.. hehehe.. Memang iye la tue.. 1 hari shj, buku sekolah dia dah penuh dgn pelbagai lukisan muka org. Sampai ke kulit buku pun dia conteng.

Skang dia tengah belajar lukis muka orang. Dari stat lukis bentuk panjang2, pastu bulatan.. Now, dia dah pun leh hasilkan muka orang siap dgn mata, hidung, mulut, telinga dan rambut.. Completela juga sampai leh buat muka tue jadi nangis.. hehehe....

Buku sekolah iman. Penuh dah buku nie... hari ni tukar buku lain pulak.

antara hasil lukisannya. Yang nie tak lengkap dgn telinga dan rambut lagi

sampai ke kulit buku pun abis di contengnya. 24jam sentiasa dgn pen.. tak leh di pisahkan.

dan ini peneman baiknya.. "OOmeeenn!!" katanya..


p/s : selepas balik zoo tempohari.. sampai ke hari ini, mulutnya tak lepas sebut Zhi-ra-pah.. (zirafah). Minat benar dia dgn zirafah..

Wednesday, October 20, 2010

Petua untuk dapatkan anak lelaki atau anak perempuan....


Salam Semua.

Sesiapa yang mengandung mesti akan berdebar2 bila nak mengetahui jantina anak kan..? Then, bila dah ada anak lelaki mesti anak selepas itu nak anak perempuan pulak dan begitu dgn sebaliknya. So, terdapat pelbagai teori, cara dan tips yang boleh di ikuti untuk mendapatkan jantina anak yang di hajati.. Bagi aku, aku tak kisah. Jika dapat lelaki lagi, aku sangat2 suka.. kalo dapat girl, kira satu boinus untuk aku sebab dah ada sepasang.

So, kat sini aku leh share kan sedikit petua untuk dapatkan jantina anak yang di hajati. aku copy from :


* Untuk dapat anak perempuan *

Suami hendaklah baca ayat berikut (*baca di dalam hati) ketika kemuncak syahwat, iaitu ketika air mani terpancut keluar
Maksudnya : “ Dia (ALLAH) mengurniakan anak-anak perempuan kepada sesiapa saja yang dikehendaki-NYA.”

 
* Untuk dapat anak lelaki *

Suami hendaklah baca ayat berikut (*baca di dalam hati) ketika kemuncak syahwat, iaitu ketika air mani terpancut keluar.
 Maksudnya : ” Dia (ALLAH) mengurniakan anak-anak lelaki kepada sesiapa saja yang dikehendaki-NYA.”

Bagi pihak isteri pula, sentiasalah berdoa di dalam hati, agar ALLAH mengurniakan anak perempuan atau lelaki. Doa juga supaya ALLAH mengurniakan anak yang soleh dan solehah yang akan membahagiakan anda dunia dan akhirat.

Sekian, semoga hajat kita semua diperkenankan oleh ALLAH Ta’ala. Aminn.

Kisah Menilik Jantina Anak


Semalam petang sebelum balik kerja.. time kemuncak menunggu detik2 nak balik. tetiba kami (opismate) meneka2 jantina anak2 mak buyung yang sedang di kendong sekarang. Ada 3 org mak buyung dalam opis aku nie.. iaitu aku, sal dan lin. Dalam tgh dok meneka.. tetiba opismate (kavitha) mengiyakan mengenai tilik anak melalui rantai emas. Sebab katanya sepanjang family dia buat tilik melalui rantai emas, semuanya betul.. Nampak menarik nieh!.. Jom kita cuba.. sesiapa ada pernah cuba tak..???? Caranya mudah saja.. Betul atau tidak.. Wallahualam...

Bahan :
Rantai Emas tulen

Caranya :
  1. Letakkan rantai emas (ada loket) di tapak tangan kiri.
  2. Niat nama anda dan pasangan
  3. Tarik rantai ke atas menggunakan tangan kanan
  4. tengok arah loket tersebut. Kalau kearah depan belakang bermaknan anak LELAKI, kalau pusing dalam bulatan anak PEREMPUAN
 contoh

 dan pabila kawan aku buat untuk aku dan aku buat sendiri, aku menerima hasil yang sama la.. Itu yang menariknya.. Ini aku punya hasil :
  1. tak gerak (agaknya tembakan tak kena kot.. hahahaha)
  2. tak gerak (samalah niee.. tak menjadi)
  3. Lelaki (Iman)
  4. Gugur
  5. Gugur
  6. Perempuan
  7. Gugur
  8. Lelaki
  9. Perempuan
kesimpulannya, aku ada 4 anak. 2 lelaki 2 perempuan..So, ini bermaknan aku mengandungkan anak perempuan la yeaa..?? hehehe... wallahualam.. Tunggulah hasil scan nnt yeaa. ataupun tunggu baby lahir nnt.. :-).. Lagi satu, bab gugur pun dia tunjuk lah....errmm.......

P/s : Jangan percaya 100% yea.. nnt syirik pula.. Just suka2 jer nieh!!..

Monday, October 18, 2010

Iman Melawat Zoo Negara


Sabtu lepas, seperti yang di rancang, kami ingin membawa iman ke Zoo Negara memandangkan dia tgh suka dengan binatang dan dah mula mengenali binatang2 yang ada.. Antara binatang yang sentiasa tersemat di mulutnya ialah, kucing, fish, lembu, ayam, anjing. So, di sebabkan keterujaannya itu, pasti dia akan lebih seronok bila sampai ke Zoo negara nnt... Walaupun sekarang musim agak kepanasa, berfikir 2-3 kali juga la pergi atau pun tidak. Selepas di fikir2.., kami kelaur rumah seawal 8.30 pagi. Kul 9pg zoo buka terus kami terjah masuk,. At least berada kat zoo nnt taklah sampai matahari terik...
Yaaaa... sampai shj di pintu masuk, iman agak pelik dengan tempat tersbut.. mcm takut2 pun.. The, bila nampak aja zifarah.. Terus teruja ya amattt..! Suka benar dia bila nampak bermacam2 lagi binatang.. Sangat2 teruja dan sonok.. Sepanjang berada di Zoo, iman berjalan kaki sampai la ke pintu keluar.. Alhamdulillah.. memandangkan kami mmg tak bawa stroller.. hehehe..

Masa nak balik, dia ajak tgk zirafah semula.. oleh itu, untuk tidak menghampakan dia.. bawalah dia tgk  zirafah... duduk lama sikit kat situ supaya dia puas tgk zirafah. Sampai ke umah atok dia.. dia minta atok dia lukiskan zirafah.. kaaaahhhh!! mmg kuat ingatan nama2 binatang yang ada kat zoo tadi... Masa nie lah sonok bawa budak2 ke zoo sbb dia dah kenal binatang... :-)

Sangat suka pada zirafah (pandai pulak 2 ekor zirafah nie posing).. ehhe


dgn gajah pun Ok gaks..


Multi animal show

kuda kecik... sedang mengatakan sesuatu


apalah yang di arahkan pada kambing nie. Kambing nie pun mcm faham jer.. hehe


dari jauh nak ular.. nak ular.. tak takut dia ngn ular.. lagi nak pegang adalah.. aku yang takut.. hahaha..!!

 ada gaya mcm empunya zoo tycoon tak..?? feveret game ayah iman

last sekali sebelum balik.. aku yang dah keletihan.. Syabas untuk iman sebab berjaya berjalan mengelilingi zoo dgn jayanya tanpa meragam panas dan sebagainyaa.. Pasni leh bawa iman jalan2 lagi..

Lepas ke zoo, sempat lagi kami ke MBO tgk wayang. Ayah iman yang ajak.. aku follow.. tapi, sayangnya.. awal movie aku dan iman dan tertido kerna keletihan.. Nasiblah tak tido sampai ending.. tgh jalan cerita kami bangun.. hehehe.. Iman pun layan jer.. Kali ke-2 bawa iman tgk wayang - BERJAYA! :-)


p/s : rasa dah lama tak cuti2 malaysia.. bila agaknya dapat bercuti nieh..?? hamik! cuti bersalin 3bulan nnt... :-)

Friday, October 15, 2010

40 Minggu Nan Indah ku... Schedule For Me....


Ini adalah schedule 40 minggu untuk aku. Ini aku amik dari sini http://www.majalahpama.com.my/
So, kepada ibu2 mengandung leh la calculate due korang kat situ....


Cuma tang due jer tak sama.. doktor bg due untuk aku ialah 14/3/2011... tak kisah lah.. janji tak lari jauh.. Ini sebagai rujukan aku jer nak tau berapa miggukah aku pada minggu tue... :-)

Thursday, October 14, 2010

18 week @ 14 Okt 2010


* Minggu 18


Bayi Anda
Kulit bayi anda ketika ini masih lagi berkedut kerana mereka belum pun mengumpul lemak. Dia juga sangat aktif bergerak. Bayi anda juga mula peka terhadap bunyi-bunyian daripada luar. Oleh yang demikian, janganlah terperanjat jika tiba-tiba bayi anda menendang setelah terdengar bunyi kuat yang tidak anda duga. Bayi anda kini berukuran kira-kira 21 sm dengan beratnya 235 gm.

Tubuh anda
Ketika ini anda sudah semakin dapat rasa pergerakan anak. Dalam masa yang sama, ibu hamil juga mungkin mengalami masalah untuk bernafas. Hal ini terjadi kerana semasa hamil, membran dalam hidung akan membengkak seterusnya mengganggu peredaran udara masuk ke dalamnya. Selain itu, lelehan faraj juga semakin bertambah. Sepanjang trimester kedua ini, anda akan dapat mengesan beberapa perubahan sampingan yang ketara pada tubuh selain daripada pertambahan berat badan. 

yaaaa.. betull..!! skang rasa baby sungguh aktif bergerak2 dalam perut nie..
 Pagi tadi dah buat check up di HUKM.. Semuanya ok... Cuma uri still kat bawah lagi.. Dlm scan nampak baby tgh bergerak2.. sungguh aktif sekali kamu yeaa.. :-) 

Dgn seronoknya.. aku tak perlu buat MGTT di HUKM.. Tunggu result dari KK jerr.. Alhamdulillahhh.. Part paling aku suka sekali... hahaha... Tak payah minum air gulaa...

Skang tgh banyak blogwalking about pregnancy... sonok.. mcm2 info ada.. 

Next check up : 23 Disember 2010

Wednesday, October 13, 2010

Penjagaan muka semasa mengandung...


Salam semua..
kembali bersiaran semula setelah sekian lama menyepikan diri..
dah mcm biskut pulak kejap ada kejap takde.. hehehe...

Actually, seawal pregnant aku mengalami alahan yang tak tau nak cakap mcmaner..
muntah, loya, pening.. semua ada.. cuma tak teruk sgt laa.. then, alahan malas pun membukit gaks masa tue..
alahan mengantuk pun sama juga..

dan yang paling aku rasa tak BEST.. alahan muka naik jerawat yang agak teruk juga...
waaahhh!! tak sanggup nak nengok muka kat cermin... muka dah pun meninggalkan kesan yang susah untuk di hapuskn.. bila muka dah berjerawat, nak tepek bedak pun malas.. so, setiap kali kuar, muka tak bermakeup.. sampai pegawai ada tegur.. nape muka mcm org berpantang..???? waakakakaka..!! Tak sanggup maaaaaa..... Nak bergambar apatah lagi.. takde mood memanjang.. so, camera tak berusik lah jawabnyaaa.. heehehhe.. itu yang mood nak mengupdate mood takde..

NOW....

ketumbuhan jerawat makin kurang but kadang2 still kuar lagi yang kecik2.. So, untuk langkah berjaga2 dan langkah merawatnya.. aku dah decide nak pakai set penjagaan muka setelah sekian lama aku tak menggunakan sebarang set penjagaan muka kecuali aku membasuh muka dengan pencuci Neutrogena sahaja...

Dan aku pun dah memilih set ini :

Set Safi Rania GOLD tajaan from my hubby.. hehehe..

Amik ko..! sekali 3 pakej aku amik.. hehehe.. asben kata amik jer la semua tue.. dok pikir2 nak amik yang mana... so, untuk menjaga derhaka... aku pun amik.. hehehe... Kata set ini, perubahan akan di alami dlm masa 3week.. so, kita tunggu dan lihat jer la ekk..

Adakah set ini serasi dgn ku...?? tunggguu. akan ku tunjukkan hasilnyaa...

antara produk yang pernah aku gunakan sebelum nie :
  1. BML (produk 1st yg di gunakan.. sponsor by my mum)
  2. Nouvelles Visages
  3. Sendayu Tinggi
  4. De Wajah
  5. Olay
  6. Loreal
  7. Tia Amelia (produk last aku gunakan)
Dalam banyak2 produk di atas, yang paling berkesan dan memberikan perubahan kepada muka aku ialah Nouvelles Visages. Tp, awal2 pengunaan pemakaian, kena tahan kesan nya.. mengelupas. dan lepas tue.. OK dahh.. Muka ku mcm baby doll dulu (waahh! perasan gitu).. hehehe.. bukan aku kata.. org lain yang kata tau.... Tapi, sejak berhenti pakai, muka ku dah tak seperti baby doll daa... so, kena pakai berterusan la jawabnyaa.. Tak sanggup dah maaa.. nak tahan kepedihan yang di alami masa permulaan pemakaian set tersebut... Beautiful is pain.. TAK SANGGUP daaahhh..!!

Muka terkini yang tak ber make up.. Nampak sangat kesan2 jerawat timbull..
menimbulkan kesan hitam pada mukaaa.. huhuhu..!!Kan best kalo kulit secantek kulit iman... hehe

p/s : bila muka bersih tulus mulus baru sonok nak bergambar.. hehe

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...