Kawan-Kawan Saya

Nak Cari sesuatu?

Loading...

Tuesday, November 30, 2010

Salak tinggi bertukar Menjadi Cameron Highland...


Selamat Pagi..

Harini memulakan dengan senyuman yang sempurna. Sungguh nyaman hari ini mungkin sebab semalam dan malam tadi hujan agaknya. pagi tadi, masa nak keluar gie kerja, aku tengok kawasan rumah aku berkabus laaa.. Ingatkan dalam mimpi yang aku masih berada di Cameron Highland.. ekekeke.. rupanya tidaaaakk.. Aku masih di Salak Tinggi yeaaa..

Sungguh indah menghirup udara yang berkabus.. Rasa minda sungguh tenang pagi nie... 

 Sungguh tebal kabus pagi tadi... Area taman seroja nie

dah menghala jalan besar. kabus masih tebal lagi..

Nyamannya tgk suasana pagi nie... :-)

p/s : sedang snap environment yg indah nie, sang suami sebelah berkata " haaa.. nak letak dlm blog lah tue"... ekekekeke... mcmlah x tau, isterinya nie reporter tak bertauliah... hehehe..

Sunday, November 28, 2010

Iman With new Hair....


Iman dah bertukar wajah dari Ultraman Taro ke Ultraman Ace.. ekekeke.. tetiba jer ultraman.. Almaklumlah.. weekend nie byk sgt tgk citer ultraman melayankan anak2 di umah.. Ramai pulak anak aku nie.. hehehe.. aahh.. termasuk anak2 buah aku 2org nieh.. si nain dan si wan debab.. 

Last week kami menjaga 3org anak.. ekekeke.. ginilah gamaknya kalo ada 3org anak.. tak menang tangan di buatnyaaa.. iyer taakk..?? Actually, niat untuk memendekkan rambut iman dah lama di tanam.. Dek kerana sayangkan rambutnya yang curly2 tue, aku simpan kan dulu hasrat tersebut. Sayangnya nak potong rambut si iman nieee.. dah la lambat tumbuh, pastu curly2 nie my feveret.. nak tak nak terpaksala di korbankan.. Kerana ramai yang dah confuse girl or boy..?? oh tidak! my baby is boy... walaupun dia tak selasak baby boy yang lain... huhuhu..

Bila dah dipendekkan rambutnya, aku rasa dah macam org lain lah pulak.. ekekeke.. boleh tak, sampai anak sendiri pun tk perasan.. hehehehe.. lain benor pulak muka dia bila berambut pendek nieh.. Jom kita saksikannyaaaaa....

 before rambutnya di gonjelkan.. ekekeke.. ayahnya pun baru lepas potong rambut..

Get ready yer imaaann...

Separuh jalan telah di gonjelkan.. ekekeke...

Siaappp...!! baru selesai dan di kemas kinikan..

Amacam..?? Ok tak..? Barulah nampak ENCEM BOY.. hehehe..

 ada perubahan taakkk..??


Murah jer potong rambut dak tecik nie.. RM5 jerr.. pastu, less RM1 pulak.. so, RM4 jerrr... hehehe.. Lain beno dah muka anak aku nieehhh.. lama giler tak potong rambut dia.. last potong masa dia 3-4 bln dulu....

Saturday, November 27, 2010

Berita yang tak best di dengar...


Pada 15/11/10 lepas, ada satu berita yang kami tunggu2kan.. dan keputusan itu dah pun di umumkan. ramai para guru menantikan keputusan ini termasuklah kami suami isteri. Nampak gayanya, keputusan yang kami terima, sungguh mkendukacitakan..

Permohonan pertukaran ke PPD Sepang tak diluluskan. Apakah sebabnya? aku pun tak pasti.. Nak kata sek tak lepas, asben aku kata sekolaah dah sokong. Adakah mungkinj takde kekosongan untuk opsyen sains dan math...?? i'm not sure... apa perlu buat yeaa..??? Kalau korang, sedih tak..??? huhuhuhu..!!

Tak bestnya tengok keputusan nie.. Rasa nak tukar jer jadi DILULUSKAN...!!



Thursday, November 25, 2010

Iklan yang sangat berguna untuk kita semua....

video

Wednesday, November 24, 2010

Mei Tai

Selepas di surevy2... antara banyak2 babywearing, aku berminat untuk membeli mei tai. Aku nengok cara pemakaian yang lebih fleksible dan mantap. Aku pernah nampak seorang ibu menggendong anaknya dgn menggunakan mei tai nie. dgn relax dan slumber jer sedang mengendong anak sambil tgn di kiri kanan penuh dgn membawa barang.

Waaahhh..!! nampak sungguh selesa. Baby yg di dalam pun sungguh selesa.. Memang cantek dan tertarik. Memandangkan masa iman dulu takde beli babywearing nie, so untuk 2nd baby nie, aku nak jadikan sebagai wishlist untuk di beli... Lagipun 2nd baby nie aku xder nak membeli baju dahhh.. baju dulu pun ada yang belum di pakai lagi... ekekekeke...


Contoh mei tai :



Sekarang tgh survey2 bloghsop yang jual mei tai nie. Walaupun tak banyak blogshop yang jual, but aku akan terus survey sampai betul2 berkenan di hati. Ada pelbagai harga dan corak.. Anggarn harga yang ada dari RM65 - RM350. Aku tak sure kenapa ada yang mahal dan ada yang murah. Masih mencari jawapannya... hehehe.. Bijak membeli bijak memakai.. Iyer tak..??

Tuesday, November 23, 2010

Tak berkesempatan..

Actually, mcm2 cerita nak update tp tak berkesempatan. Kisah weekend kami, wishlist 2nd baby, info tkini pasal pregnancy, kisah iman dan so on. Semuanya tak smpt. Nak berfb pn dah kurang. Sbb ms terhad. Nak buka lappy pn dah tak smpt. Cafe world tak berapa tjaga dah skang. Lg2 akaun bb maxis aku prob. Xtau la nape maxis xupdate. Padahal tak de pending payment pun. Nyampah pulak rasanya.

Now, ada kat klinik. Smpt update melalui SE je.. Iman lum recovery. Kena buat daily fcb. Hopefully everything its ok. Doakan yg baik2 yea kwn2...

Thursday, November 18, 2010

Raya di mana..?? Raya di mana2...


Selamat Pagi.. Salam Aidiladha..
Semua masih bercuti raya lagi ker..?? Aku tak cuti raya pun tahun nie. Jadi raya tak kemana2 yeaa..
hanya lepak di rumah adik ipar sebab ada menda nak di selesaikan.. nak balik umah mak kat ampang pun tak berkesempatan even mak masak sedap2... huhuhuhu..!!!!

Pagi raya asben aku ke masjid untuk menunaikan solat raya sementara tu, aku hanya buat b1st nasi lemak saja. tak berketuipat, tak berendang.. ekekeke.. layankan saja nasi lemak.. hehe..

So, pas sarapan, kami terus ke Putrajaya rumah adik ipar..Hari ray kami hanya dib Putrajaya, Pasar borong dan alamanda.. itu jerr.. makan malam adalah pizza.. hehe

 di rumah saja... Aksi iman sementara kami sedang sibuk wat kerja....
Iman buat konsert.. sedang menyanyi lagu nasyid... hehehe... kabus di buat pentas.. Mouse di buat mic.. ekekekeke.. ada2 jer dak nie..

 Hasil kerja untuk satu hari kami di rumah....

pas selesai buat benda alah nie, kami ke pasar borong pulak nak membeli barang sedikit.. pastu ke Alamanda. Igt nak tengok wayang.. Tapi tak jadi pulak.. sebab takde citer yg sesuai untuk bw masuk iman.. nak tgk takers under 18 takleh masuk.. huhuhu..

 sedang jalan2.. asben ke speedy nak cari avatar... yang si anak nak sibuk mencari CD ultraman dan upin ipin.. udah pandai memilih tuuu. Then, nampak patung ultraman beso.. suka bebona iman niehh... excited tueee..

Then, kitorg ke pizza hut untuk makan malam.. pas makan, balik ke umah adik ipar.. siap2kan iman.. terus gerak balik ke sepang. sementara tue, singgah masjid Putrajaya untuk ambil2 angin malam... dating katakan.. ekekekeke...


p/s : Tak sabar nak tunggu weekend nie..

Monday, November 15, 2010

Penantian Hari Ini..

Salam Semua...

Hari ini 15 Novermber 2010 adalah saat2 yang di tunggu2 oleh kami suami isteri. Penantian itu satu penyeksaan.. Aduhai.. Semakin berdebar2 pulak rasanya macam nak amik periksa SPM.. huhuhu..!!
Hopefully penantian ini memberikan kami senyuman yang bermakna..

Apakah penantian itu..?? Akan di ceritakan selanjutnya selepas mendapatkan keputusannya....
Jawapan yang akan di terima memberi seribu makna..
\
Adakah akan menerima :



Senyuman...?
 
ATAUPUN

kesedihan..??

Friday, November 12, 2010

Looking For 2nd breastpump


Sekarang aku sedang survey untuk mencari 2nd breastpump. 1st breastpump Spectra 3 masih ok lagi dan boleh di gunakan. Spectra3 mmg the best dan aku suka sgt.. But, aku perlukan 2nd breastpump yang flexible untuk kemana2. 2nd baby aku nak breastfeed sebaik mungkin.. Insyallah.. doakan impian aku berjaya yea kawan2...

Sebab utama aku memerlukan 2nd breastpump (BP):
  • aku memerlukan BP yang elterick + battery operated
  • Lebih kecil dan flexible
  • BP nie untuk aku tinggalkan di opis. So, aku tak perlu bawa ulang-alik opis ke umah.
  • memberi semangat untuk bF anak nnt... :-)
So, aku berkenan pada brand Medela sebab nampak lebih kecil dan mudah di bawa kemana2... Dan aku pun dah survey specifications nya. Sesiapa tgh survey2 BP nie, aku paste kan kat sini :

spesifikasi dan types untuk Medela Breastpump

Yang ini antara senarai pilihan yang mungkin menjadi pilihan ku :


This small electric breastpump offers optimal comfort for expressing breastmilk at home or on the go. Ideal fort short-term and occasional use.
  • Easy to assemble, use and clean
  • Gentle and efficient expression
  • Full range adjustable vacuum
  • Electric or battery-powered
  • The Mini Electric was rated the best battery breastpump by a number of baby magazines.

 

This compact breastpump provides the convenience of double pumping. Ideal for expressing breastmilk occasionally when at home or on the go.
  • Single or double pumping
  • Full range adjustable vacuum
  • Gentle and efficient expression
  • Electric or battery use




The only single electric personal use pump with breakthrough 2-Phase Expression Technology for maximum milk flow. First researched and developed for hospital breastpumps, 2-Phase Expression is an advanced pumping pattern that mimics a baby's natural nursing rhythm by pumping in two distinct modes.

Stimulation mode: To simulate your baby's initial rapid sucking to start your milk flowing
Expression mode: To simulate your baby's slower deeper sucks to express your milk gently and efficiently.
  • Swing is designed for Moms On the Go!
  • One touch let down button designed for faster milk flow
  • Convenient, easily fits into a purse or briefcase
  • Efficient, adjustable speed and vacuum
  • Comfortable, come with SoftFit Breastshield
  • Mobile, use on a laptop, belt clip or shoulder/neck strap
Dan sesiapa nak tgk brand Spectra dan Ameda, aku pastekan kat sini :


Spectra3 akan di hantar servis sebelum aku deliver nnt... Sebab lama dah tak gunakannya after iman dulu.. Insyallah akan di gunaka masa dlm pantang nnt...


p/s : Tq yang sudi viewing my blog. Alhamndulillah dgn rezeki nuffnang akan ku gunakan untuk beli breastpump nie... 

source : http://www.littlewhiz.com/ and google

Tuesday, November 09, 2010

Kedai Romantika @ Galaxy Ampang

Sesiapa kat sini peminat kepada English Style dalam decoration umah? Silalah angkat tangan. Kerana aku ingin memperkenalkan satu kedai yang korang leh terjah untuk membeli barang2 yang berkaitan dgn english style nie.

Nama kedai nie : Kedai Hiasan Romantika. Ala2 macam KK home deco juga la.. Orang kata kat KK Home deco murah kan..?? But aku kata kat kedai romantika nie lagi murah tauu.. Tak caya? try lah gie.. mmg murah.. Barangan dia semurah RM1 onwards...

Jom terjah tgk apa yang ada kat dlm kedai nie.

 Pintu masuk kedai ni. Kedai ni berada di tingkat 3 @ galaxy Ampang

Jam dinding nie semurah RM15 shj. Ada yang RM29, RM35 juga

 Mug ni berharga RM5 shj. Besar tau.. boleh wat minum air milo lagi..

Ada juga set pinggan mangkuk, botol2 dan sebagainya. Tea set nie harganya dari RM35
Murah kan..??? muraaahhh.. mcm2 design ada..

Frame poster mcm2 ada. semurah RM15 jer. Yang besar pun paling mahal RM54 jer tau...

 Bunga2 pun banyak sangat pilihan. Kalo org nak buat bunga hiasan, leh pilih dan dorang akan buatkan.. bunganya semurah RM2 jer sejambak.

 Selingan iman berdiri dpn poster gambar besar.. Poster ni RM54 jer..

 Muka selamber jer dia..

kalau sesiapa nak buat kenduri nak cari door gift, bakul2.. kat sini pun ada.. Door gift cantek2.. semurah RM2 jerrr... mmg sesuai untuk wat door gift org kawin.. tak rugi.. sebab beli 500pcs or 1000pcs ada less lagi...
So silalah terjah sesiapa yang berminat. kedai nie terletak dlm Galaxy Ampang di tingkat 3. Kalau bawa kereta, bawa naik atas dan park depan pintu jerr... Parking senang jerr..


Monday, November 08, 2010

Port Baru untuk Iman


Kami ke ikea aritu ada beli set meja untuk iman. Meja untuk iman melukis dan menulis. Dah ada meja nie senang la sikit untuk dia bersenang lenang melukis nanti. Takder la duk tulis kat kerusi makan sebagai meja dia. sian nengok asal nak lukis jer cari kusi makan. Sampai conteng kerusi pulak tue.

Skang inilah dia port baru untuk iman. Pagi tadi bangun tidur terus menggunakan port yang ada.. alhamdulillah dia suka.. hehe sampai tak nak turun gitu..

Set kerusi dan meja untuk iman

siap aku sediakan buku latihan dan magic colour untuk hari ini. Balik kang penuh la tu satu buku dia tue.... :-)


Friday, November 05, 2010

Review Filem Lagenda Budak Setan


Aku suka cerita ini.. Sangat Suka.. Dulu nak tgk wayang citer nie, amatlah susah nak ajak asben aku.. Mcam2 alasan di berikan. But, akhirnya dia ikut juga tgk citer nie. Dalam tak percaya, abis nengok filem nie, asben aku kata kita tgk lagi tak,...?? hahaha.. seee.. kan best citer nie.. Serius, 3x kali aku nengok, 3x aku menangis ok..!!
Sangat2 menjiwai watak lah aku nieh.. hehehe,.. adakah gara watak "AYU" yang kebetulan sama dgn nama manja aku..???
erm.. maybe sebab jalan ceritanya kot yang membuat2 hati aku terusik. memang terusik jiwa seorang girlfriend, isteri dan ibu...

Antara babak2 yang membuatkan aku menitiskan airmata :
  • Watak Ayu apabila di pukul oleh Azmi (Que haidar) yang sangat baran kerana marahkan ayu yang asyik teringatkan kasyah.
  • Saat Ayu nak melahirkan anaknya dengan menggunakan kaedah vacuum. (adakah sebab aku teringatkan saat2 aku nak melahirkan iman dulu..??)
  • Dan saat paling klimaks bila Ayu dah disahkan meninggal. Sedihnya bila si kasyah bawa anaknya bertemu ayu yang dah pun terbujur kaku.. :-( (pada saat nie lah asben aku dah bergenangkan airmata.. adakah mungkin dia terbayangkan aku..?) hehe..
saat yang tak berapa sgt nak best bila AYu bertukar wajah,.. 
Dan jangan tak sangka.. kami dah pun mendapatkan DVD LBS nie.. Asben aku yang beli rupanya. Katanya citer best.. Now, selalu lah juga kami nengok citer nie.. Di samping lagu nya yang sangat BEST dan meruntum jiwa ku...
Kepada u all, silalah tgk citer nie dgn menghayatinya yeaa...


Thursday, November 04, 2010

Orang suka baca blog mengisahkan ...............................................


Salam semua..

Saja jer buat topik nie sebab takde menda nak citer.. hehe.. Semalam sebelum tidur, duk terpikir.. naper orang suka baca blog? kenapa org suka tulis blog? kenapa blog nie best...?? Erm.. banyak sebab blog nie best.. Aku pun suka baca blog org dan aku pun suka berblogging.. Selain dapat sharing kita juga dapat mendapat info dari org lain. So, aku pun ada buat sedikit kesimpulan mengenai kisah2 orang suka baca dlm blog nie... Termasuk juga aku ... :

1. Kisah Shopping
Ramai  orang suka baca blogger yang menceritakan kisah shopping mereka. Barangan apa yang dibeli, dimana beli, jualan murah dimana, tempat menarik untuk shopping dan barang yg unik jarang di jual di pasaran.. Aku suka part nie.. sebab aku leh cari tempat2 yang buat jualan murah.. menarik sangat menarik.. BUT, dalam penulisan tu kena berhati2 yea.. supaya tak menimbulkan perasaan riak.. nnt buat org tak suka pulak.... 

2. Kisah Rumah
Sejak aku berceritakan hal beli rumah, masuk rumah. tak sangka ramai pula pengikut membacanya. Sudah menjadi lumrah alam... Perempuan suka pada decor.. Mereka mencari idea untuk menghias rumah. begitu juga ngn aku, macam blog aku baca untuk mencari informasi mengenai pembelian rumah dan seterusnya.. 

3. Kisah Anak
Lagi sekali, orang pompuan mmg alert bab anak. Ada yang mencari tips untuk pemakanan anak, kesihatan anak, pemakaian anak dan sebagainya. benda yang baik kita leh contohi. Benda yang tak baik kita hanya jadikan sempadan. Aku pun suka google bab2 ini memandangkan malas nak membaca buku. Sebab suka pada pengalaman org dlm menguruskan anak... iyer tak..???

4. Kisah Kecantikan
Bab kecantikan pun penting untuk kaum wanita. Ada yang nak cari tips untuk muka cantik, badan langsing dan sebagainya. tak sangka betul aku.. Kisah aku mencari SOY COLLAGEN dulu menjadi post tertinggi yang org google. heehe.. rupanya ramai peminat soy collagen nieh...

5. Kisah Percutian
Yang part nie pun best. Sebab kita leh tengok tempat2 menarik blogger pergi bercuti. Mungkin kita tak dapat ke sana, at least kita tau tempat tue berada di mana, Dan mana tau satu hari kita akan ke sana, kita leh jadikab ia sebagai informasi kepada kita. Cthnya aku ke KK, tak sangka ramai yang bertanyakan tempat menarik yang ada di KK walaupun aku bukan org sana. Dan aku suka tgk blogger yang pandai tangkap gambar2 menarik sepanjang percutian mereka.. i like photoshoot.... hehehe
 
6. Kisah Masakan
Delima seorang isteri adalah kebuntuan untuk memasak apa. Kerana hari2 mereka masak. samalah ngn aku. Kadang2 pening kepala pikir nak masak apa sampai takde idea. So, bila ada blogger tunjukkan masakan yang mereka masak, ia dpt membantu aku menyelesaikan masalah tersebut.. hehehe... Kdang2 ada yg bagi resepi baru yang belum kita pernah cuba, seharusnya kita boleh cuba untuk sekali sekala. sonok juga sebab kadang2 kita bosan dgn masakan yang sama sahaja.... So, penting juga untuk keharmonian rumah tangga kan..???

Kesimpulannya, segala cerita yg ingin kita kongsikan adalah bergantung pada niat kita.. Untuk kesukaan kita dan memberi informasi serta sharing dgn org. BUT, ada juga org tak suka dalam berblogging.. Katanya semua nak tunjuk, semua nak bgtau.. Actually, kita berblogging bukan nak meriakkan diri. Kita suka untuk sharing dgn org.. Tolong jgn salah faham yeaa... Sharing is caring... 


ini statistik untuk sepanjang minggu ini

ini pulak statistik untuk ALL TIME
 

p/s : Mudah dan senang untuk kita menaikkan traffic pengunjung kita. Iaitu kita buat entry berkaitan perkara2 orang suka baca.. Yang mana boleh memberi maklumat kepada org lain.. hehehe.. iyer tak..?? sebab tu  aku suka berblogging.. hehe

Wednesday, November 03, 2010

Tahniah Buat Marina Ahmad

Alhamdulillah.. My roomate masa belajar kat Uitm dulu dah pun selamat melahirkan baby BOY pada 1/11/10 lepas di HKL. Awal 2 minggu dari jangkaan due nya. Anak pertama untuk mereka suami isteri. Sonok tengok lepas sorang2 beranak.. Sebelum tue, my roomate Zita Azmi. Skang Marin pulak.. Lepas nie, ada lagi sorang yang menunggu giliran iaitu Azurah Herman...

Semuanya melahitrkan baby 2010...


Nama : BOBOY (sebab nama belum diberikan lagi)
DOB : 1 Nov 2011
POB : HKL
Berat : 2.9kg

Ini lah pasangan suami isteri kepada anak tersebut.. marina dan J.Sham
Perjumpaan terakhir masa raya lepas.

Sebab nama anak belum diberikan?

heehehe.. rasa nak gelak pun ada gaks.. Sebabnya, masa dia ngandung ramai yang predict dia dapat baby girl dan dia pun rasa dapat girl. So, mereka siapkan nama girl sahaja. But, aku predict anak boy sebab dia kena gatal2 macam aku dulu.. hehehe.. dia kata aku sorang jer kata baby boy.... yang lain semua kata baby girl..

hehehehe... ramalanku benar belaka yea marin.. next time, ready dua2 nama tauuuu... skang dia tgh tunggu ayah dia berikan nama untuk baby nie.... 

Lastly,

TAHNIAH
untuk 
MARINA dan J.SHAM

Tuesday, November 02, 2010

Kau buat ku bersedih...

Semalam aku bersedih kerna dikau
semalam aku menangis kerana dikau
semalam aku tak tidur kerana dikau
dikaulah membuat hatiku bersedih... :-(

Semalam kemuncak iman demam.. sangat sedih.. kebiasaanya bila dia demam, dia sangat aktif. riang ria bermain.. Tetapi, semalam di sebaliknya... Dia hanya mampu terbaring sahaja dari pagi sampai ke malam,. Ajak bermain tak nak, ajak melukis pun tak nak. hanya boleh memandang dengan mata sipinya shj.. sehingga membuatkan aku tak keruan....

dia tak menangis, dia tak merengek.. dia hanya terbaring sahaja. susu pun tak di minta. Bila di sua beberapa kali baru di ambil itu pun tak di habiskannya... sangat sedih bila tgk keadaan iman semalam... yang terlalu lemah.. mungkin kesan dari nub dan ubat bontot...

Malam tadi, membuatkan aku tak boleh tido.. Dalam masa aku nak tido, aku dgr bunyi pernafasannya yang sangat laju. Sangat merunsingkan aku. Hanya berbekalkan vicks dan ventolin, pernafasannya dah mula redha.. walobagaimanapun ia tetap tak menyakinkan aku... Aku tetap tak boleh nak melelapkan mata sehinggalah aku sendiri terlelap... Walaupun aku terlelap.. sekali sekala aku melihat dia.. check pernafasannya dan check suhunya...

Syukur alhamdulillah.. pagi ini aku mampu tersenyum semula. Kerana dia dah boleh bangun seperti biasa. terus bangun mengajak ayahnya melukis.. Melukis adalah hobinya.. aku seronok tengok perubahannya dari semalam dgn hari ini.. Semoga iman terus sihat hendaknyaaa. 

Aminnn..

Lukisan terkini iman sebelum demam...  Lukisan pembuat rinduku... :-)

dan ini hadiah dari maklong untuk iman. Baru jer terima kelmarin.. Tq maklong..
nnt iman mengaji yea......


Monday, November 01, 2010

Nebulizer Again...


Hari ini masuk hari ke-3 Iman demam di samping kami suami isteri pun tak baper sihat kerana cuaca yang panas sekarang ini. Antara kami bertiga, iman lah yang paling teruk sekali demamnya sebab demam bersama batuk, selsema dan juga dada pernafasannya yang tak stabil....

Yang membuatkan aku runsing adalah, dia asyik nak tidur sahaja. Mata sentiasa mengantuk. Kalo di sorongkan bantal sure dia terlena punya.. Nak makan ubat mmg susah sgt.. tak nak ubat katanya..

Pagi nie, terpaksa bawa juga iman ambil nubelizer sebab pernafasan dia terlalu kencang even ventolin yang ada tak dapat nak merawatnya... Nasib dia ok jer masa bagi nub.. relax dan boleh tertido lagi... So, arini kami bertiga duduk di rumah saja untuk rehatkan diri yang tak berapa sihat nieh..

serba sedikit info mengenai penggunaan Nebulizer :

1. Pengertian Nebulizer

Nebulizer adalah alat yang dapat mengubah obat yang berbentuk larutan menjadi aerosol secara terus- menerus dengan tenaga yang berasal dari udara yang dipadatkan atau gelombang ultrasonik.

2. Tujuan pemberian Nebulizer
Untuk mengurangi sesak pada penderita asma, untuk mengencerkan dahak, bronkospasme berkurang/ menghilang.

 budak demam asyik terbatuk2 jer...

Ini shj ubat untuk Iman.. Medical untuk kitorg shj arini mencecah RM1++ juga laa.... 

jadual ubat untuk Iman.. Mesti cover untuk 2days. mc untuk kami dapat sehari jer.. esok? sapa nak monitor ubat iman..? 
Akulah kena sambung amik EL pulak...

Semoga Iman cepat sembuh.....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...