Kawan-Kawan Saya

Nak Cari sesuatu?

Loading...

Monday, February 28, 2011

Bersarapan Pagi @ Mcdonalds!

Malam Jumaat dah terpikir dalam kotak pikiran nak buat apa esok harinya (Sabtu).. hehehe. memandangkan dah lama tak makan b1st pagi @ mcdonalds, terus cakap ngn asben awal2.. esok kita ke Mcd yeaa.. Nak makan PANCAKE @ HOTCAKES.. lama tak makan.. hehehe

So, seawal 8pagi dah gerak ke Nilai sebelah tapak jer niee.. Then, pastu leh kker Giant nak cari diapers dan susu iman.. Memandangkan Giant ada buat harga promotion kat sana. Termurah berbanding hypermarket yang lain... Giant nie kalo ada promotion mmg murah, kalo xder.. Harganya mmg melambung mahal...

dia pun suka pada pancake Mcd nie


Inilah pancake yang di idam2kan.. hehe


Budak nak makan sendiri.. kelakarnya, amik 1set breakfast tue.. tapi, sampaikan kami bertiga berebut pancake yang ada 2 keping tue jerr.. so, apa lagi kena order ala carte la pulak.. hehehe...

Gambar ini membuatkan sungguh menyelerakan!

Selebihnya yang tak makan tue, silalah tapau yeaaa.....

dan last sekali...

Iman suka gie tesco.. Bila nampak jer tesco dia akan kata ":teko.. teko.. nak teko!".... Bila dah nampak tue, merengek2 lah dia nak ke sana.. sorry lah yang, tesco nilai nie lum buka lagi laaa.... nnt dah buka kita gie yeaaa...

 Tak lama lagi bukalah tesco nilai nieee.. So, xyahlah kami tesco yang jauh2 pasnie.. Yang dekat akan di buka bulan 3 niee.. Best!

Friday, February 25, 2011

Bila anak gemar melukis....


Hobi Iman adalah melukis. Pantang nampak pen or pensil pasti dia nak. Lagi2 kalau dapat marker pen.. Memang akan di ambilnya dan akan menconteng di merata2 dia suka.. But, alhamdulillah setelah di ajar dia dah pandai minta buku atau kertas untuk melukis. Dulu, merata2 dia conteng.. Tempat2 yang tak di sangka pun dia boleh conteng... Antaranya, seat kereta, katil nenek dia, alas katil, sampul surat pun jadi juga.... Jenuh jugak cakap berapa kali....
Then, kemana2 kalo nampak pen pasti dia nak.. 
Sekarang nie banyak juga la yang dia dah pandai lukis walaupun x secantik mana tapi rupa benda yang dia nak lukis tetap ada.. Antara yang dia tau lukis Masjid, muka orang, baby, ayam, bulan, bintang.. Ini juga antara lukisan feveret diaa..

Inilah dia hasilnya kalo dah pegang marker pen.. Muka orang dan masjid.. Nampaklah kubah masjid tue siap dgn bulan dan bintang.. hehe

Sumber Inspirasinya..???

Dari mana dia belajar menulis, melukis...??? Ramai juga yang bertanyakan soalan ini. Yang pasti sumber inspirasinya lah yang banyak melayan dan mengajar dia melukis. Kadang2 mmg sampai tak larat nak melayan dia.. Tapi, ats keterujaan dia, layankan lahhh..


Iman dan atuknya

Atuknya lah yang menjadi sumber Inspirasinya... Atuknya yang banyak mengajar dia melukis. Hasil lukisannya banyak menyerupai seperti hasil lukisan atuknya.. Kalo dapat jumpa atuknya, pasti akan terus minta pen nak melukisss.... Sehingga nenek dia pun siapkan buku khas dan alat2 melukis setiap kali kami balik ke Ampang.. Imannn.. imaann.. suka tgk kalo dia lukis baby.. cute jer muka baby yang sedang di bedung... hehe


Thursday, February 24, 2011

Silalah Bayar Saman Sebelum 1 Mac 2011

Anda pernah kena saman? Saman tahun Bila? Saman atas kesalahan apa..???
Now, sekarang orang ramai tgh sibuk menyelesaikan saman tak kira saman JPJ ke PDRM ke Saman Ekor ke... Sekarang di TV pun sedang sibuk diwar2kan mengenai pembayaran saman nie.
Sebab selepas 1 Mac nnt, kalo saman tak dibayar, akan dikenakan blacklist, demerit dan di bawa ke mahkamah....

Kami antara pengguna yang mempunyai saman ekor yang berkurun lama dulu.. hehehe.. tetap berkeras tak bayar even dulu pun penah buat operandi menangkap pengguna jalanraya yang tak bayar saman.. Tapi kami bernasib baik kerana tidak pernah di tangkap lagi.. hehehe..

Now, pembayaran saman trafik mendapat kekurangan 50% sehingga 28 Februari ini shj. Jadi, marilah kita sama2 menyelesaikan saman yang ada sebelum 1 mac 2011 niee.. Kalau tidak, anda akan di senarai hitamkan dan akan dikenakan mata demerit..

Kami dah pun selesaikan saman yang ada 2minggu lepass... Legaaaaa..!!

Jom kita check saman yang ada.. Boleh buat pembayaran melalui online. 
Maybank2u kan ada...

layari :

p/s : register dulu jika belum pernah register

Saman yang kami perolehi tahun 2005-2006.. Saman lama..
Semuanya saman ekor nie..


Pembayaran saman dah pun di selesaikan. Pembayaran online mengambil masa 3hari untuk di kemaskini. 

Mudah dan senang dengan menggunkan MYEG... :-)



p/s : Patutlah my asben beriya2 benar nak bayar saman.... Barulah eden paham kenapa.... But, i dont like saman2 ekor nie taaauuu..!!

Wednesday, February 23, 2011

Set Bersalin Tropical Herbs

Wishlist untuk 2nd baby :
2. Mei tai @ SSC
5. Set Bersalin Tropical Herbs (DONE)
6. Bassinet

Alhamdulillah apa wishlist untuk 2nd baby nie hampir terlaksana. Hanya tinggal 1 jer lagi iaitu Mei tai or SSC jer lagi. Yang nie after deliver nnt baru cari. Yang bassinet pun dah dapat cuma tak sempat lagi nak buat entry.. Insyallah coming soon akan cuba try buat entry nya.

SO, untuk berpantang nnt, aku akan mengguakan set bersalin Tropical Herbs dari Amway.
jom kita tengok apa yang ada dalam set ini. penggunaan yang mudah dan senang. Semua terkandung dalam 1 set..

Set Lengkap Tropiucal Herbs. All in 1.
Ada 10 items + 1 items semuanya


 1. Set Mandian
  • Dalam nie berbetuk uncang. Nanti hanya cuma masakkan di atas periuk sahaja dan terus boleh digunakan.
    .
 2. Pembersih Wanita
  • Ini pun dalam bentuk uncang juga. Masakkan dlm air dan boleh di bilas di bahagian vagina
    .
 3. Peramping Perut
  • pes yang perlu di bancuh dgn air dan di sapu  di kawasan perut sebelum memakai bengkung. (untuk czer, boleh pakai selepas 1bulan)
    .
 4. Teh Herba
  • Berbentuk uncang. Hanya perlu di rendam seperti teh biasa dan di minum 2x sehari
    .
 5. Penghangat badan (Param)
  • Berbentuk pes. Perlu digaulkan dengan air dan sapu pada kesuluruhan badan.
    .
 6. Penenang (pilis)
  • Berbentuk pes juga. Digaulkan dengan air dan di sapu pada dahi.
    .
 7. Baby Oil
  • Minyak bayi digunakan untuk sapuan pada bayi. Sedap baunya...
    .
 8. MinyakUrut Herba
  • Minyak untuk ibu semasa dalam proses mengurut. Ataupun boleh di gunakan selepas mandi.
    .
 9. Pil Herba selepas Bersalin 1
10. Pil Herba selepas Bersalin 2
  • Kedua-dua ini adalah pil herba, Bahan bukan jamu yang sesuai di makan semasa pantang. Ada jadual untuk cara pemakanan pil ini. Pil ini juga boleh menambahkan SUSU ibu kerana ianya berasaskan sayuran.
    .
FREE ITEM
Bengkung moden ini PERCUMA dalam setiap pembelian.
Mudah dan senang di pakai serta tidak panas..
I Like.....

dan...

untuk memudahkan lagi, disertakan sekali buku panduan dan jadual untuk penggunaan setiap barang. Itu yang aku suka dengan set bersalin amway nie. Takyah pikir2 dah nak beli 1-1 barang. Semua siap lengkap untuk 44hari berpantang... :-)
.
.
 ini contoh jadualnya dari hari pertama - hari ke 44 berpantang.

.
Kalau ada sesiapa berminat nak kan set nie, leh email saya :

ceeehh! sempat lagi promote.. hehehe..
sharing is caring kan... ekekekeke...


p/s : dengan set ini, tak susah jika nak berpantang sendiri di rumah..

Tuesday, February 22, 2011

Chinese Gender calendar @ Kalendar CIna


Siapa pernah cuba Kalendar Cina dalam meramalkan anak yang bakal di lahirkan? 
Ada orang kata kalendar cina nie tepat. But, aku masa pregnant kan iman dulu, tak kena langsung. 
So, pasni aku takder la nak caya sangat.

But, sesiapa nak try, leh lah cuba tengok apakah jantina anak yang di kandung tue..
hehehe.. di samping org kata leh la merancang nak anak jantina apa nnt...

Penentu jantina anak berdasarkan umur ibu semasa melahirkan anak nnt..

Kalo susah nak buat kiraan, korang leh try kat sini :


Kat sini ada calculator yang siap tolong kirakan..

Ini contoh yang aku dapat hasil dari kiraanya :

 Masukkan tarikh lahir ibu dan jangkaan akan bersalin.
.
 Result : Baby BOY...

Insyallah kalo ikut scan baby boy yang akan di lahirkan nnt.. :-)

SELAMAT MENCUBA..


Beg Sponsor...


Sejak menjak pakai beg baru nie, ramai pulak bertanya beli beg kat mana? brand apa? berapa harga..?? Ini yang membuatkan aku tersimpul malu nak jawab. Beg biasa yang takde la lawa mana tapi tak sangka ramai pulak yang berminat.. hehehe..

nak jawab ke tak..? Nak jawab ke tak..? itu yang bermain dalam pikiran aku bila orang bertanya. Malu i laaaa.. hahahaha.... Malu ada segan pun adaa... Sebab i tak mampu nak beli beg mahal2.. Pakai beg sponsor sudah... hehehe....





Inilah dia beg yang orang dok tanya2...

Sebenarnya my handbag yg biasa pakai kaler PINK tue dah abis koyak rabak.. almaklumlah 2thn dah pakai kan.. itupun beg sponsor (hadiah) from my makcik.  Then, nak beli beg lain belum berkesempatan. beg yang ada semua yang jenis small size.. i dislike sejak pas ada anak nie.. Nak handbag yang besar2 jer....

So, bila balik umah mak, jumpalah balik beg di atas nie,, errmm,, gud nice! ok lagi.. amik dan di buat pakai pergi balik kerja dan kemana2.. ekekeke..

But, tak tak sangka ramai pulak yang minat.. but, lagi sekali nak cakap i malu sapa yang sponsor beg nie.. tapi, kena bgtau juga sebab supaya tak de yang bertanya lagi... hehehe

Nak tau beg sponsor dr mana..???

sila lihat logo ini :
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



Beg sponsor by PUTERI UMNO...

hehehe.... sebab tu i malu..
Beg nie dapat masa kempen Pilihanraya dulu.
So, pasni sapa terjumpa dgn i jgn tegur2 beg nie yeaaa... hehehehe,... :-)

tunggu abis pantang nnt la i cari beg baru... Skang xder mood nak shopping beg. Lagipun tggl beberapa week jer lagi nak bersalin dahhh....


Monday, February 21, 2011

Surat CINTA kami...

Alkisahnya, bila weekend mengemas rumah, pasti akan jumpa khazanah2 yang lama tak di buka.. sekali terjumpa satu kotak khazanah lama yang menyimpan memori2 aku dan suami. Dalam kotak tersebut tersimpan surat2 cinta kami yang lama termasuk kad2 wishes, kada raya dari kawan2 dan surat2 kawan lama. Almaklumla zaman dulu tak pakai handphone lagi. jadi, banyak nya berutus surat lah untuk mengeratkan lagi silaturahim....

Bila di kebek2 dan di baca semula, kelakar pun ada gaks.. hehe.. lawak sungguh masa zaman bercintun dulu.. Tempoh perkenalan kami sejak 2001 lagi di mana masa tue aku dlm proses nak menghadapai SPM. Kemudian, kami terputus hubungan sehingga berjumpa kembali pada 2004 di Melaka. Memandangkan masing2 masa tue berada di Melaka....

bak kata orang kalo ada jodoh tak kemana.. iyer takk..??

Antara himpunan surat dan kad2 kami.

.
Aidilfitri 2001 antara kad pertama yang di kirim.. hehe malu i...

 .
awal perkenalan kami hanya di mulakan dengan gerangan "Ak dan Ekau" shj.... 
.

 Errrm.. kebanyakan surat yang di kirim oleh Cikgu Atan adalah bertulisan Jawi.. mcm orang dulu2 berutus surat pulak,..


 Setelah di kumpul semuanya, dah boleh buat satu buku novel da.. hehe
Tak sangka rupanya nak masuk 10 tahun perkenalan kami.... :-) Semoga perhubungan kami berpanjangan sehingga akhir hayat.. amiinn.. :-)


Sunday, February 20, 2011

My Hospital Checklist




Bila dah masuk 9bulan, dah mula membuat checklist dan persiapan barang untuk di bawa ke hospital nnt. Pregnant kali nie, agfak lambat aku buat persiapan. Barang2 untuk dio bawa ke hospital pun belum abis kemas lagi. hehehehe.. hampir terlupa apa yang perlu di bawa..

so, sebagai ingatan semula, aku cuba senaraikan apa yang perlu ada. Jika ada yang tertinggal, mibnta jasa baik kawan2 untuk ingatkan saya yea... hehehe



For Mommy

  Baju
  kain batik
  baju sejuk
  stokin
  nursing bra
  maternity pad
  minyak urut
  disposable panties
toileteries
tuala mandi
.
For Baby

  set baju baby
  mitten & booties
  baby hat
  bedung / selimut baby
  diapers
  kain lampin
  minyak bayi
  bantal
baby wipes
  mandian baby
barut
.
For Others

 Air masak
Air panas
Roti
Biskut
instant milo


p/s : pesanan untuk diri sendiri... Hari ni MESTI siapakn barang dalam beg yeaaa...!! 
Please jgn buat last minute!


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...