Kawan-Kawan Saya

Nak Cari sesuatu?

Loading...

Saturday, July 30, 2011

Transformers Versi Iman Punya


Transformers mad by Iman
hehehe..
xdapat belikan robot, pakai sepit baju pun jadi la kan??
asal singgah kedai jer nak robot
tak tahan la cam nie
setiap kali ke kedai nak beli
dah lah pastu di patah2 kannya...

akhirnya, dapat buat kan dia robot sendiri.
patah banyak kali pun xperrr...

dah siap.. mcm2 style leh wat!


modal hanya RM2 pun dah cukup.

cabut pasang cabut pasang pun xper...


Iman suka, kami pun suka
janji leh layan... 
hehehehe


Friday, July 29, 2011

sedang mengalami keguguran rambut yang kronik


bila anak dah masuk 3-4bulan, kita akan mengalami keguguran rambut.
itu perkara biasakan..? seperti juga masa melahirkan iman dulu.
perkara yang sama aku alami.
selalunya time nak sikit rambut akan nampak keguguran rambut tue kan?
but, kali nie.. ia sungguh kronik sebab :
  • setiak kali sikat rambut, segenggam rambut gugur
  • bangun tidur, kat bantal penuh ngn rambut
  • nak mandi main sirat2 rambut, ada juga keguguran
  • pas buka ikatan rambut, berjujuran rambut gugur
  • lantai kat rumah penuh dengan rambut bertaburan
  • dan yang paling nampak keguguran pabila kepala ku dah BOTAK.. huhuhu..
ada tak sesiapa mempunyai tips atau petua untuk orang seperti aku nie? syampu, aku dah tukar. 
sekarang aku pakai safi (alor vera). kalau ada pape tips or petua share la ngn aku ekk..??
sian aku.. tak comel daa.. kepala dah nampak botak.. huhuhu..

setiap kali bangun tido, inilah yang terjadi.
belum campur bila sikat rambut lagi.

rambut yang tebal, dah semakin nipis dah nie..
pening.. pening...

Thursday, July 28, 2011

Hasbi Rabbi Jallallah


Zikir Feveret iman untuk adiknya.
Alhamdulillah dia dah boleh hafal serba sedikit.
Like ibu dan ayah yang suka nyanyikan zikir nie.. :-)

video

 adiknya pun nak ikut nyanyi juga.. hehehe

"Cukuplah Tuhan bagiku Allah Maha agung Tiada Tuhan di dlam hatiku kecuali Allah Cahaya Muhammad Pesuruh Allah... Tiada Tuhan melainkan Allah"

Wednesday, July 27, 2011

Update 4Bulan


Aku rasa lamanya nak masuk 4bulan nie. 
Baru jer masuk 4bulan umur izzul.
ini bermakna, aku dah 4bulan bersalin..

saya dah masuk 4bulan


sihat dan cergas saya.

update 4bulan :
  • berat : 7.1kg
  • panjang : 64.4cm
  • kepala : 41.3cm
  • dada : 43.4cm
lagi satu my target belum berjaya lagi :

dari bulan lepas, statik jer graph nie.
susah benar nak turun 1 angka tuee..
target nie hanya untuk wat aku tersenyum jer.
but, still under "overweight" lagi..
 


Monday, July 25, 2011

Today is my bitrhday!


25 Julai 1984
adalah tarikh kelahiran saya.
Ini bermakna, saya sudah berumur 
27 Tahun
udah tua rupanya..
ekekkeke....




saya yang berumur 27 tahun :

sudah mempunyai 2orang anak.
target sebelum 35thn, ada 4org anak..
ekekekeke...

Saturday, July 23, 2011

Petua Banyakkan Susu Badan

1. Susukan bayi bila-bila masa dia berasa lapar : Lebih banyak bayi menyusu lebih banyak susu yang akan terhasil.
2. Susukan bayi pada kedua-dua belah payudara sehingga bayi itu sendiri yang melepaskan puting setelah dia kekenyangan. Ini akan meransang lebih banyak penghasilan susu.
3. Jarak antara penyusuan mestilah tidak melebihi 2 jam. Susukan sekerap yang boleh, berikan bayi peluang untuk menghisap dari payudara untuk merangsang penghasilan susu
4. Jangan lupa untuk berasa tenang sewaktu menyusukan bayi. Ini kerana perasaan tertekan atau kurang keyakinan tentang kemampuan untuk menyusukan bayi juga boleh menyebabkan susu berkurangan. Dapatkan rehat yang secukupnya.
5.Dinasihatkan tidak memberi bayi makanan lain selain daripada susu badan terlalu awal, seperti makanan tambahan, jus2, air masak atau buah buahan kepada bayi berumur kurang 6 bulan, kerana apabila baby mendapat makanan tambahan, bayi akan kurang menyusu dan ini sekaligus akan mengurangkan penghasilan susu pada ibu.
6. Penghasilan susu juga boleh terjejas akibat pemakanan. Bagi memastikan anda makan dengan betul, anda boleh melakukan perkara-perkara berikut:
• Ambil hidangan seimbang berpandukan Panduan Piramid Pemakanan.
• Banyakkan minum air (digalakkan air Kosong suam) sepanjang hari.
• Hanya ambil suplemen jika dinasihatkan oleh doktor.
• Makan pelbagai jenis makanan yang kaya dengan nutrien.
7. Amalkan surah Al-Baqarah ayat 60 atau surah hujurat dan sapu di kedua belah payudara. Sambil menyusukan, sentiasalah usap rambut bayi, cium bayi.
8. Petua masyarakat kita:
  • Cekur Manis ----Cekur manis (atau nama lain pucuk manis) digunakan dalam perubatan tradisional untuk membanyakkan susu ibu. Caranya daun cekur manis yang telah dihancurkan ditampal pada payu dara ibu, dibasuh selepas kering. 
  • Kacang Tanah ----- Kacang tanah mengandungi protin yang tinggi, zat besi, vitamin E, kalsium, vitamin B kompleks dan fosforus. Malah kandungan protin dalam kacang tanah adalah jauh lebih tinggi dari daging, telur dan kacang soya. Ia juga mengandungi asid amino yang tinggi. Bagi menambah kandungan susu badan ibu yang menyusukan bayi, digalakkan mengambil kacang tanah yang dipanggang bersama susu kambing. Bagi bayi yang alah terhadap kacang tanah, ibu-ibu dinasihatkan tidak mengamalkan petua ini
  • Air Longan ---- Longan kering biasanya boleh dibeli di pasaraya atau kedai ubat cina. Rebus segenggam longan kering yang telah dibasuh bersih dengan 3 cawan air sehingga kembang. Minum airnya. (Dalam perubatan tradisional Cina, longan dikatakan dapat menenangkan jiwa.) or longan segar yang jual kat pasar.. tp jgn bebyk karang sakit tekak plak.
  • Halba dan Jintan Hitam ---- Terdapat beberapa jenis rempah yang biasa digunakan dalam masakan dapat menambahkan susu badan. Paling popular ialah halba. Halba boleh didapati di kedai runcit mamak atau pasaraya besar. Cuci halba, keringkan, kemudian simpan dalam bekas bertutup. Antara cara yang paling sesuai mengambilnya dengan tidak memudaratkan appendiks ialah dengan merendamkan sesudu halba dalam segelas air panas selama 15 minit. Tapis dan minum airnya sahaja. Jintan hitam (habbatus sauda) juga boleh diambil untuk tujuan dan kaedah yang sama seperti halba
  • Bunga Melur ---- Bunga melur atau nama saintifiknya Jasminum Sambac banyak digunakan dalam perubatan terutamanya dalam perubatan ayurveda oleh masyarakat india. Bagi masyarakat melayu antara kegunaannya ialah untuk menambahkan air susu ibu. Caranya daun bunga melur digiling hingga halus dan ditampal sekeliling payudara diwaktu pagi sebelum mandi. Cuci bersih sebelum menyusukan bayi.
Bagi ibu yang berhasrat memberhentikan susu ibu pula, gunakan daun bunga melur untuk tujuan ini. Caranya, tumbuk lumat daunnya dan ditampal pada payudara. – melur.comLobak putih sangat bagus untuk ibu menyusu. Jika anda menambahkan sotong kering ke dalam sop lobak putih, ia berupaya menambahkan lagi susu badan. Walaupun bersifat sejuk, ia mengandungi banyak vitamin dan mineral. Sumber potassium, folat dan vitamin C yang sangat baik.
  • Lobak Putih ---- Tidak perlu dimasak dan boleh dimakan begitu saja (mcm mkn ulam!) lobak putih dibuang kulitnya dan dihiris boleh ditambah dgn hirisan bawang besar beserta kicap. atau tambah hirisan bawang beserta garam. 
  • Pucuk Betik ---- Air rebusan daun betik muda boleh melancar dan menambahkan susu bagi ibu-ibu yang menyusui bayi mereka dengan susu badan. Rebus beberapa helai daun betik yang sederhana muda. Air rebusan tersebut hendaklah diminum dua hingga tiga kali sehari.
  • Tuaman Daun Sirih ---- Sapukan sedikit minyak kelapa pada daun sirih. Kemudian layurkan pada api sehingga layu. Setelah suam, tekapkan pada buah dada. Lakukan setiap hari sehingga susu badan anda banyak
  • Jantung Pisang ---- Jantung pisang bukan sahaja sedap dimakan, ia juga berkesan untuk menambahkan susu badan bagi ibu yang mengalami kekurangan susu badan… Makan dengan dicelur bersama sambal belacan, dibuat kerabu atau dibuat gulai masak lemak cili api.
  • Makanan Tinggi CLA ---- Ibu menyusu yang makan makanan tinggi kandungan conjugated linoleic acid (CLA) boleh meningkatkan kandungan kumpulan asid lemak ini dalam susunya. Asid-asid lemak ini mempunyai pelbagai kebaikan dalam penjagaan kesihatan antaranya kesan anti kanser, anti oksida, pengurangan berat badan dan pengurangan risiko sakit jantung.
Dalam kajian yang didedahkan dalam Jurnal Kajian Pemakanan ini, susu perahan ibu menyusu yang makan biskut diperkaya CLA ini didapati mempunyai kandungan asid lemak lebih 46% berbanding ibu menyusu yang makan biskut biasa. CLA dalam susu ibu mencapai tahap tertingginya selepas 8 ke 28 jam ibu-ibu memakan biskut khas ini.
Kandungan CLA yang tinggi secara semulajadinya terdapat dalam makanan seperti susu, keju, telur, minyak sayuran dan sesetengah jenis daging (ayam, daging lembu dan kambing yang makan rumput – bukan bijirin). Kebanyakan kajian tentang CLA dan kesannya terhadap manusia menggunakan supplement komersial.
  • Kurma --- Unsur zat besi dan kalsium yang terdapat di dalam buah kurma adalah unsur yang paling tinggi bagi membentuk susu ibu. Bagi Ibu-ibu yang mempunyai masalah kekurangan susu, maka dengan memakannya dapat menggalakkan pertambahan kandungan susu
  • Antara makanan yang mungkin menambah penghasilan susu ibu
  1. Makanan mengandungi vitamin B seperti kekacang, dal.
  2. Jambu batu – makan begitu sahaja.
  3. Sawi, kacang panjang, kacang buncis, jagung muda – goreng atau sup.
  4. Daun atau pucuk meranti masak lemak putih, tumis air atau goreng.
  5. Oat – dijadikan minuman, biskut, bubur atau salutan pada makanan sebelum dimasak.
  6. Madu – gunakan sebagai pemanis dalam minuman, sapuan pada roti atau cicah pada lempeng susu beroat
  7. Red raspberry leaves – suplemen dari farmasi
  8. Barli – air atau bubur barli.
  9. Pucuk manis – masak lemak bersama ubi keledek.
  10. Pucuk pegaga – dijadikan ulam atau jus.
  11. Daun kucai – goreng bersama tauge dengan tauhu dan tempe.
  12. Air soya dan produk soya seperti tauhu, taufufa, tempe
  13. Air horlicks
  14. Susu, produk tenusu dan pil kalsium (ibu menyusu akan menyalurkan kalsiumnya pd anak yang disusuinya. Ini akan menyebabkan ibu kurang kalsium. – Kalau taknak tulang reput cepat n gigi goyang berderai cepat, mknlah kalsium ya!)
  15. Teh hijau jepun
  16. Makanan mengandung yis seperti roti, donut, tapai pulut dan sebagainya.
  17. Bawang putih mengandungi banyak sulfur yang bagus untuk sendi dan membantu penghasilan susu.
  18. Kacang merah : rebus kacang merah tanpa gula. Minum air dan kacangnye sekali.
  19. Ubat homeopati.
  20. Durian - jgn byk sgt.. takut bby tak tahan panas.. buat serawa pun boleh...

Rahsia tingkatkan penghasilan susu:
1. Kerapkan menyusu
2. Jgn tunggu payudara penuh
3. Menyusu lebih lama
4. Penyusuan 2 kali
5. Bogelkan bayi
6. Penyusuan malam
7. Penyusuan baby sling
8. Fikir bayi,fikir susu
9. Urutan
10. Minum air

[Pa&Ma Julai 2011, ms.39]

==========================================================
Ketika seseorang ibu mengandung,penghasilan susu byk bergantung kpd hormon.Keadaan ini dipanggil Endocrine Control Sysytem.Ini bermakna apabila hormon-hormon berkaitan dgn penghasilan susu berada pd tahap normal,ibu akan mula menghasilkan kolostrum apabila kandungannya mencecah 16 hingga 22minggu dan akan semakin bertambah slps 30 hingga 40jam slps bersalin.Selepas 30 hingga 40 jam bersalin penghasilan susu dikawal oleh autocrine (local) control system.
Oleh,itu makin kerap bayi menyusu ataupun anda mengosongkan payudara,lbh byk susu akan dihasilkan dgn lbh pantas.Adalah penting utk setiap ibu memahami konsep diatas krn ia mbolehkan kita memahami bagaimana utk mengawal susu.Ringkasnya jika ingin menambahkan penghasilan susu,kita harus memastikan payudara dikosongkan dgn lebih kerap sepanjang hari dgn melakukan panduan berikut:
  1. Kerap menyusukan bayi atau mengepam diantara waktu menyusu
  2. Pastikan payudara dikosongkan sebaik mungkin pd setiap waktu penyusuan atau mengepam.Ini dapat dipastikan dgn melakukan perkara yg berikut:
  • Periksa lekapan dan kedudukan bayi agar menghisap dgn betul
  • Berikan kedua-dua belah payudara pd setiap sesi penyusuan.Biarkan dia puas menyusu disebelah payudara sblm menawarkannya disebelah lagi
  • Gunakan teknik breast massage dan breast compression
  • Pam payudara setiap kali slps menyusu jika merasa payudara penuh.Jika payudara bersa agak lembut slps bayi menyusu maka anda harus mengepam diantara waktu menyusu

Friday, July 22, 2011

Tengok wayang : Tolong! awek aku PONTIANAK


dah tengok dah filem nie..
citer seram komedi yang sengal2..
hehehehe..
ntah paper laa..
sampai 1st half aku tidur.
ekekekeke..

Sinopsis filem ni :


Percintaan dua dunia berbeza… Sebuah filem komedi seram yang mengisahkan Bob, berperwatakan lurus bendul dan baik hati yang bekerja di sebuah syarikat periklanan, di bawah penyeliaan Faizal. Selepas berpisah dengan teman wanitanya (Ina), Bob dan kawannya, Pian berpindah ke sebuah apartment lain. Kehidupan baru Bob bermula selepas berpindah dan bertemu dengan dua beradik iaitu Maya dan Liyana. Pada mulanya Liyana tidak menyenangi kehadiran Bob dan Pian kerana takut identiti mereka terbongkar.
Namun selepas menguji Bob, mereka mengakui bahawa Bob tidaklah seperti yang mereka sangkakan. Sejak itu, mereka berempat menjadi kawan baik. Hubungan Bob dan Maya pula bertambah rapat selepas insiden beg Maya diragut. Selepas bertemu Maya di rumah Bob, Faizal melamar Maya untuk bekerja di syarikatnya. Faizal cuba memikat Maya, namun hampa. Kemudian Faizal berpakat dengan Kamal untuk menakutkan Maya. Tetapi berlaku sebaliknya, Faizal dan Kamal pula yang ketakutan setelah dikacau oleh pontianak. Faizal mula curiga dengan kehadiran Maya dan menyuruh Kamal mencari bomoh untuk menyiasat kehadiran pontianak dipejabatnya.
Faizal menyatakan keraguannya tentang Maya kepada Pian dan mereka berpakat untuk membongkar identiti Maya dan Liyana. Di parti yang diadakan oleh Faizal, mereka melakukan pelbagai cara untuk membuktikan Maya dan Liyana adalah pontianak. Benarkah Maya dan Liyana pontianak? Dan apa pula hubungan Nadia dengan dua beradik itu? Semuanya akan terjawab dalam filem `Tolong! Awek Aku Pontianak!’.


Thursday, July 21, 2011

My Mum Asam Pedas is My MILK BOOSTER!


Asam Pedas yang sungguh lazat dan enak.
Aku suka kalau mak aku masak asam pedas.. 
memang sedap dan lazat!
dan aku memang suka makan lauk asam pedas..

tgk asam pedas mcm nie pun dah mengiurkan aku tau!
pic dari google..

Aritu mak aku masak asam pedas, aku makan bukan main banyak lagi.
Sekali, malam tue susu badan aku mencurah2 banyak.
Selalunya waktu mlm mmg aku tak pump, hanya pukul 5-6pg baru pump.

But, pada malam tue aku rasa lain mcm dan rasa perlu pump. selepas
 menyusukan izzul, terus amik pump dan pump.
dan ini hasilnya :

10oz sekali selepas menyusukan izzul
Alhamdullilah..

Antara bahan-bahan yang ada dalam asam pedas mak aku yang membuatkan ianya menjadi Milk Booster :
  • halba
  • bendi (jenis kekacang)
  • sawi (aku rasa ini my milk booster too)
so, pasnie kawan-kawan boleh la cuba asam pedas buatan sendiri yea. Yang penting jgn letak "ajinomoto" sebab ianya sangat2 tidak bagus... :-)


Wednesday, July 20, 2011

Izzul Vs Upin


sekali lagi nak tepek picture izzul yang terkini.
Apa yang berkembangnya?
Rambutnya yang seconet tue semakin rancak meninggi..
huhuhuhu..!
memang dah rupa upin sejibik dah nie..

mencanak naik dah niee..

dan ibunya pulak mengalami keguguran rambut yg kronik.
kebotakan sudah berlaku.
Apa perlu buat yea..???

@Floria bersama opismate


Jumaat lepas, wktu rehat sempat terjah Floria bersama kawan2 opis.
mengedik sekejap kat sana. 
Macam biasa seperti tahun lepas.
bergambar2 dengan bunga.
Layankan jerla gambar kami nie.. hehe












Harap-harap tahun depan ada lagi pic camne..
huhuhuhu..!
dah 5thn kita bersama kan..
dari bujang, dah kawin sehingga la dah beranak...

Tuesday, July 19, 2011

Gambaran di Pureen Stock Clearance


ada yang bertanyakan mcmana keadaannya memandangkan tak pernah pergi kan.
so, dptlah tepek sedikit picture yg ada dalam hp.
Ditangkap oleh my asben sementara sy sibuk memilih barang.

ini lanjutan dari entry :

Tips untuk mereka yang nak ke Pureen Stock Clearance


orang yg sibuk memilih2 baju yang telah di ambil dari longgokan baju

kiri kanan nak kuar masuk dah di penuhi orang ramai

eh! sapo yang bertudung biru nie..? hehehe.. otw nak ke area depan pulak selepas bersesak2 di bhgn belakang

keadaan di bhgn hadapan. dr jauh dah nampak orang beratur panjang untuk bayar

yang ini seller sedang mempromosikan breastpump pureen. kusyuk betul si abang tue dengar2.. 
bagus2.. at least boleh support isteri untuk breastfeeding.



Monday, July 18, 2011

Fireworks!


sempat nengok bunga api semalam kat Floria. 
On the way nak lik ampang, masa lalu kat Putrajaya ada bunga api. 
singgah tengok sekejap.
Tapi, pic xbaper cantek la..
pakai camera hp jer..
jadi la kan..





excited dengan bunga api.
ekekekeke..

Friday, July 15, 2011

Tips untuk mereka yang nak ke Pureen Stock Clearance


Sesiapa nak terjah Pureen Stock Clearance esok?


Macam-macam ado..
Rasanya mcm baru jer gie.. nie ada lagi.
Selalunya dia buat bulan 8. maybe sebab bulan 8 dah puasa dan nak raya, 
so itu yg buat bulan julai kot.

Ibu-ibu, bapak2.. janganlah korang pergi yea..
ekekekeke..! sajer je xnak suruh u all pergi..
sebab tak nak u all menyesakkan lagi keadaaan..
hahahaha!! jahatnya daku..
Dah tentu ramai orangnya esok..

Sesiapa yang belum pernah pergi, aku cerita kan serba sedikit keadaan kat sana.
  • sangat sesak
  • susah parking
  • beratur agak panjang tapi cepat (kena pandai pilih lane)
  • akan nampak orang duduk tepi2 untuk memilih baju yang di ambil di bakul sendiri (mungkin anda akan rasa agak bengang masa nie)
  • suasana agak kelam kelibut sikit sebab ada dengar suara anak2 menangis

Tips untuk pertama kali sampai sales ini :

  •  Kebiasaan pukul 8pg, orang dah sampai walaupun buka pukul 10pg. then, sebelum orang awam dapat masuk, pureen dah benarkan ahli keluarga pureen masuk dahulu untuk shoping..  tak aci kan? kalau merekan baik, pukul 9.30pg dah leh masuk serbu....
  • mula-mula sampai, u all teruslah terjah bahagian belakang. untuk memilih baju. sebab bahagian baju-bajulah sale yang gila2.. nnt u all sampai, jgn terkejut nengokkan gelagat2 orang yang sibuk memilih baju yang dah di masukkan dlm bakul dan duduk tepi memilih. 
  • bab parking, mmg susah sikit lah.. kalau lambat, xdpt park tepi jalan. leh parking kat bangunan yang parkingnya berbayar selang 2buah kilang.
  • kalau boleh jangan bawa baby ataupun budak kecik. sian tengok sebab tempat mmg agak sesak.
  • Rasa-rasa dah xtau nak amik apa lagi, suruh lah sesiapa beratur dulu abang ke, suami ke, mak ker.. sebab beratur agak panjang juga tapi cepat. tapi kena pandai pilih lane. sebab ada banyak lane sebenarnya. ramai yang beratur satu lane jer.
  • kalau beli makanan anak spt brand heinz, u all tengok expired date dia. sebab kebanyakannya expired date dah dekat.
  • lepas buat bayaran, sila check resit. kadang2 boleh tersilap.
 apa-apa pun, apa yang best sale ini ialah harga yang sangat murah. Lagi-lagi bab baju.
memang murah dari harga pasaran selain toiletries, diapers dan lain-lain. sesiapa yang tak tahan dengan jem, susah parking dan bersesak-sesak, i suggest u all tak yah pergi. nanti karang gaduh laki bibi pulak.. ekekeke.. 

selamat membeli-belah!

p/s : last sales punya paling ramai orang! Maybe kali nie pun ramai.

Thursday, July 14, 2011

Sesi Pumping di Opis


Selamat Pagi!

Sebagai ibu menyusu yang berkerjaya, di opis juga harus meluangkan masa untuk sesi pumping.
Orang kata jangan skip sesi pumping di opis. At least 2-3kali mesti ada buat supaya dapat maintainkan production susu. Alhamdulillah, setakat nie belum pernah miss lagi.. kalau tertinggal bp, aku tetap buat tapi bermarmet lah..
 
Jadual waktu aku untuk sesi mengepam :
  • 8am - Sarapan
  • 9am - Sesi Pertama
  • 12pm - Sesi ke-2
  • 1pm - Lunch
  • 4pm - sesi ke-3
Persediaan yang perlu ada

sesi sedang berlangsung.. hehe.. curi masa dlm 15min

Hasil yang dapat di tulis tarikh dan jumlah

then, simpan di dalam cooler bag yang siap di isi dengan ice pack.
terselit air longan + kurma sebagai bekalan.


skang izzul dah minum 4oz sekali minum.
so, bekalan ke Baby sitter naik 16oz sehari.

Wednesday, July 13, 2011

Air longan + kurma

Air longan + kurma

Org kata air ni as a milk booster.
Belum cuba belum tau kan?
So, haruslah aku mencuba.
Mula2 risau juga takut tak leh telan.
Tetapi, rupanya air ini sungguh sedap!
I like it.. Susah jumpa air ni.
Tp, kalau nak cari, leh cari kat kedai mesra. Pasti ada!
Harga : RM 1.60 sahaja.

Tuesday, July 12, 2011

Floria'11

Jalan-jalan ke Floria'11
Pagi-pagi Sabtu kul 9.30pg dah sampai.
disebabkan ada hal lain pas tu, kami singgah sekejap ajer.
kul 11.30pg, dah balik..
ekekeke.... org baru sampai nak crowd kan tempat.. kami dah selamat balik.
igt nak dtg malam tue sebab tak puas jalan2 di samping nak nengok perasmiannya sekali
tapi, masing2 malas pulak... 

takper layankan jer la gambar yang ada..
malas nak citer.. hehe

kalaulah umah i ada taman macam nie, besssttbya!

berlatar belakangkan jambatan

 makcik jual sayur

DBKL punya garden

 sangat menarik!

ada ikan BESAR PUNYA...!

cantek.. cantek.. sukanya!

 Fresh Flower...

 Tergedik sekejap!

bye! bye!

Nie masa FLORIA 2010


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...