Kawan-Kawan Saya

Nak Cari sesuatu?

Loading...

Monday, October 31, 2011

congrats to my good frenz..!


selamat pengantin baru buat sahabat baik aku masa sekolah darjah 1 hingga darjah 6.
kami sama2 sekolah di SRK Puteri Pandan 1 dan SK Pandan Jaya.
Seriusly, kawan yang sangat best. sehingga di gelarkan kami nie seperti "belangkas". kemana sahaja  pasti berdua... hehehe...


Tahniah buat  Azreena @ bijan dan pasangan. Gara2 terlupa bawa kamera, xdapat nak bergambar sakan. xper la.. janji ada gambar kenangan dalam kamera hp.. hehe..
sebab terkejar balik zoo terus kenduri dia.. nasib sempat juga singgah.. :-)

 

Friday, October 28, 2011

dah dapat anak buah..!

 
semalam adik ipar aku selamat melahirkan baby GIRL kat Hospital Putrajaya.
Alhamdulillah wpun anak first, dia dapat bersalin dengan mudah dan senang dan selamat semuanya.
seronok dengar bila dpat anak buah lagi.. hehehe..
sehari sebelum dia bersalin (deepavali) sempat juga bawa dia ke onebabyworld untuk beli breastpump.
malam tue dah stat sakit... gi spital.. check ctg dan msuk air pastu kena balik sebab jalan tak buka.
so, dia menahan sakit kat rumah je. kul 11pg kol aku kata dah sakit dan kuar tanda lagi.. cepat2 aku suruh gi spital.. kul 12 sampai spital jer terus dah buka 8cm.. tolak labor room.. lebih kurang kul 2 dah bersalin... alhamdulillah.. selamat sudah..

saat2 2minggu lepas masa buat photoshoot aritu..

muka tengah nangis.. sempat juga snap!

baby GIRL. berat 2.75kg. secara normal 
nama secara belum rasmi : Qalisha Izzara.

baby nie pun nak numpang.. ekekeke..

Thursday, October 27, 2011

Trailer "OMBAK RINDU"

seriusly tak sabar nak tengok movie nie..
OMBAK RINDU
kalau dah cerita novel best, semestinya movienya pun sebest itu juga..
3x aku baca novel nie, 3x juga bercucuran airmata nie..

eeeeee.. tak sabarnya 1 disember 2011!


trailer ombak rindu.. huhuhu..!

Sinopsis :
Izzah (Maya Karin), gadis yatim piatu yang kematian ibu dan ayah akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, ayah saudaranya, Taha, mengambil tugas memelihara Izzah. Pada masa sama, Pak Cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual Izzah kepada seorang tauke kelab malam.
Di situlah dia berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz (Aaron Aziz). Hariz sanggup ‘membeli’ Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan mahu membawa dia keluar dari neraka jahanam itu. Atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah, tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan.
Kehadiran Mila Amylia (Lisa Surihani), anak Tan Sri Rashdan, model dan pelakon terkenal akhirnya menggugat kebahagiaan Izzah dan Hariz. Apakah mereka bermadu?

Tuesday, October 25, 2011

nak marah ker? nak jerit ker? nak nangis...??


apa perasaan anda bila cadar kesayangan di conteng oleh anak..?
cadar masa kawin dulu dan
cadar yg jarang gunakan.
huhuhuhu..! apa2 pun benda dah jadi..
.
.
.
.
.
rasa2nya apa reaksi u all bila tengok picture nie..???

sila.. sila.. silaa.. buat khazanah jer la..

hasil lukisan yang terkini dari iman.
kereta atok katanya..! ekeke.. cuba melukis kereta volkswagen atok dia..
kelakar jer... pintunya xder lagi..
selain tue dah pandai lukis keretapi... kalo lukis ada banyak roda, keretapi la namanya..
hehehe..


Monday, October 24, 2011

KENAPA...?????!!!


Perbualan antara aku dan iman subuh tadi masa aku sedang sibuk mempersiapkan diri untuk pergi kerja. Iman baru jer bangun tidur.

iman : IBU, KENAPA IBU TAK TIDUR??
ibu : ibu nak siap2 gie kerjala..
iman : KENAPA IBU NAK GI KERJA?
ibu : ibu nak dapat gaji, kenalah kerja.
iman : KENAPA IBU NAK DAPAT GAJI??
ibu : ibu nak bagi iman makan,.. kenalah dapat gaji..
iman : KENAPA IBU NAK BAGI IMAN MAKAN..??
ibu : errrkkkk.. terkedu nak menjawap.. hehehe.. (banyak tanya pulak.. hehe)

iman : IMAN..?? (bertanyakana seolah2 dia pergi mana pulak)
ibu : (aku senyap jer masa tue..)
iman : IMAN DUDUK RUMAH ATUK..? JAGA IZZUL..?
ibu : aah.. iman jaga izzul.. boleh..??
iman : BOLEH......

bila dah pandai berbicara.. beginilah jadinya.. 
hehehe.. layannnzzz..!

Saturday, October 22, 2011

inilah rupanya kalo ada 4 anak kan?


bayangkan ada 4orang anak dan ke semuanya hero2 belaka...
camnie la rupanya.. hehehe..
si ibu selamat tido kat katil sensorang..
ekekekeke..!


masing2 dah pengsan selepas berlawan2 antara sesama mereka.. 
ekekeke.. si iman nak jadi optimus prime, wan nak bumblee bee, nain nak iron hide.. dan si apak pulak jadi megatron.. lawak betul bila masing cuba melawan megatron si jahat tue!..
apa yang penting.."KERJASAMA"..!

Thursday, October 20, 2011

Update Izzul : belajar nak merangkak (video pulak)

semalam update izzul belajar merangkak dari segi gambar. arini nak update video pulak.
orang kata " nak seribu daya, xnak seribu dalih"...
tul tak...?? 

jom layankan jer..


abaikan suara iman yang bising kat belakang tue..
hehehe...

Wednesday, October 19, 2011

Update Izzul : belajar nak merangkak


lagi 5hari nak masuk 7bulan.

selepas baik demam, terus izzul pandai sesuatu. biasanya orang tua2 kata gitu lah.. demam nak pandai. aritu demam, baik demam terus dah pandai mengangkat bontot dan menyusur. gud2.. demam nak pandai takper... ibu leh terima dengan hati yang senang.

semalam sementara tak dapat masuk rumah (balik dr keje) sebab kunci xder.. sempat lah snap aksi2 kepandaian si izzul nie.. mcm2 gaya dah boleh buat.. kdg2 nampak mcm nak duduk dah.. sonok tengok perkembangan anak demam mata.

angkat bontot pun dah tinggi da..

cuba mengorak langkah

slow2 dapat maju ke depan.. pasni lajulah merangkak budak kecik nie.



Tuesday, October 18, 2011

Lunch di Kelab Tasik Putrajaya


Jumaat lepas, aku dan kawan2 opis telah makan tengahari di kelab tasik putrajaya. walaupun dah lama keje kat putrajaya nie, ni 1st time terjah sini.. ekekeke.. disebabkan lama dah tak terjah jalan2 cari makan hari jumaat, so terterjah la ke kelab ini. disebabkan nak makan yg simple2 jer, kita pilih makanan yang tak berapa berat lah... harganya UP sikit lah dari harga di luar.. dah nama pun kelab pasti tempatnya pun class kan... dan harganya mestilah kena UP sikit.. hehe

kami dah sampai di sini!

hokkien keow tiau RM9

bihun singapore RM9

cantonese keow tiau RM9

Beef Ginger Kuey Teow RM9


Monday, October 17, 2011

Barangan 1 malaysia


Barangan 1 malaysia, originally uploaded by pinky_gal25.

Barangan 1 malaysia.
Sejak kedai 1 malaysia dibuka kat ngn opis ni, selalulah singgah gi membeli. Kali ni aku membeli :
Tisu 4kotak - rm3.20
Sardin kecik - rm1.05
Tepung gandum - rm1.35
Susu krimer manis - rm1.99

Barang2 lain yg penah beli :
Clorox - rm1.90
Cocktail - rm2.99

Lepas ni byk lg kedai 1 malaysia akan dibuka.

Sent using a Sony Ericsson mobile phone

Thursday, October 13, 2011

ramai yang bertanyakan baju yang saya pakai..


entry2 sebelum nie.. ramai pulak yg pm tanyakan baju yang sy pakai masa photoshoot aritu. hehe.. ramai yang berkenan ekk..? meh sy share di sini. sy beli secara on9 jer.. bukan kat butik tau. ada yang igt harga beratus pulak.. janji murah dan cantik. kan..?

inilah bajunya. Maxi Hoody Puffv. siap ngn hoody. tudung jer provide sendiri

actually saya ada berkenan 2 lagi kaler. selepas di pilih2. akhirnya saya memilih warna biru nie. sebab nampak lebih menyerlah daripada yang 2kaler lagi.
 
 saya suka kaler belacan nie tapi dah terlalu common ngn sy yang obses dengan PINk..

kaler nie pun cantek juga tapi mcm tak berapa menyerlah la pulak.. takpe, beli next time pulak nnt.

dan.. inilah baju yang sy pilih.. rasanya lum pernah ada kaler nie.. hehe. i like..

Harga : RM65.00 (termasuk postage)

belian secara online sahaja. sesiapa nak ushar atau nak beli. boleh la singgah ker
banyak lagi pilihan lain termasuk dree, blouse, maxi, bag, contact lens dsb...

Wednesday, October 12, 2011

Family Photoshoot at Palace of the Golden Horses

 2tahun lepas kami ke sini. tahun nie kami ke sini lagi. Thank U Palace of the Golden Horses kerana memberi kami peluang untuk bercuti ke sini lagi. 2thn lepas dapat bilik Head of state suite tapi kali nie dapat deluxe room. okla.. disebabkan dapat FREE, i terima jer.. hehe.. maceh PGH. dan kali nie kami terus wat photoshoot sebab nak wat maternity photoshoot aritu xdapat. Ada 600 lebih keping gambar. berpinar mata nak pilih yang the best.. aku letak sikit jer la ekk.. xlarat nak nunggu upload pic nie...
thanks and credit to Firdaus Kadir as photographer kami. Arini photoshoot esok dah dapat CD nya.. i like your job!

layankan jer tanpa caption ekk..























turut terlibat dalam sesi ini anak buah aku (nain) dan ain (adik ipar).

Tuesday, October 11, 2011

saya dah 6 bulan


umur : 6bulan
berat : 8.5kg
panjang 67.5cm






gaya tido sy yang terkini..

p/s : muka saya nie ikut sapa? ibu atau ayah saya yea..???

Monday, October 10, 2011

weekend kami..


alhamdulillah weekend kami dapat diluangkan sebaik mungkin even, iman dan izzul tak sihat. dengan demamnya, dengan batuknya. di sebabkan dah booking dan dekat jer ngn rumah, kami tetap meneruskan short vacation kami. cuma check in pun agak lewat petang juga.

hanya duk kat hotel utk relax2 kan minda jer.. petang ada wat photoshoot sikit dan naik cruise untuk melepaskan hajat budak2.. (nain pun ikut kami juga).

kami di sini untuk kali ke-2.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...