Kawan-Kawan Saya

Nak Cari sesuatu?

Loading...

Sunday, November 27, 2011

Percutian yang terpaksa di batalkan..

sedih woooo..! dah apply cuti untuk seminggu bersamaan 9hari tapi xdapat nak bercuti.. mana tak sedih percutian yang di rancang terpaksa di batalkan.. Sepatutnya arini kami check in di cherating. tapi apakan daya tak dapat nak check in. atas sebab apa..?? sekarang kan sibuk banjir kat pantai timur. then hujan tak henti2.. jadi kami x nak amik risiko terpaksa lah membatalkan agenda percutian kami kali ini.

sepatutnya kami dah pun apply untuk last week, tapi atas sebab2 tertentu xdapat nak gie. jadi postpone this week.. tapi, this week tengok berita sana sini banjir kat area pantai timur. pastu kat area cherating pun ada dengar2 banjir serta hujan memanjang. nak tak nak, kami batalkan juga la ke sana. kalau tak banjir pun, tapi ke sana kalau hujan jer manjang apa yang kami nak buat kan.. xder aktiviti haruslah busan. rancangan awal, check in arini.. esok jenjalan ke k.trg, hari ke3 jalan2 area cherating pulak.. tapi, kalo dah hujan mstlah tak dapat buat semua tu kan... itulah lenkali booked time hujung tahun.. salah siapa..?? salah sendiri laa.... kan?

oh cherating..! takk dapat kami ke sini..


huhuhu.. sayangnya.. terlepas sudah..


Saturday, November 26, 2011

Selamat hari lahir nenek!


Selamat hari lahir nenek!, originally uploaded by pinky_gal25.

Semalam 25 nov 2011 adalah hari lahir mak aku a.k.a nenek iman dan izzul juga. So, tanpa perancangan yg rapi blk keje terus cari kek utk nenek mereka. Nak beli sr tp xde saiz kecik. So, beli kat bakery cottage je...

Kek khas utk nenek iman. "selamat hari lahir nenek dr iman dan izzul". Sampai rumah terus bg iman bw kek utk nenek dia smbl kata kek utk nenek. Iman bg.. Hehehe dan terus nyanyikan sekali lagu selamat hari jadi.

Semoga mak sentiasa diberikan kesihatan yang baik dan dimurahkan rezeki selalu.. Amin...

Sent using a Sony Ericsson mobile phone

Friday, November 25, 2011

ustazah pilihan hati...


untuk menghiburkan hati sendiri.
untuk melihat gelagat anak sendiri
untuk melihat reaksi anak sendiri
untuk beronok-ronok dengan anak sendiri..

alahai anak-anak ibu yang chomel nie...
cukup marah ayah mereka bila buat budak2 nie mcm nie..
hehehe anak laki la..
mana boleh buat mcm nie..
ekekeke.. ala sesaje je nak hiburkan mereka dan hati sendiri..

layankan jer la permintaan si iman nie.
amik 2 tudung.. yang besar dia nak, yang kecik dia suruh izzul pakai..
hehehe..






 pastu suruh amik camera tangkap gambar dia..
mcm2 aksi muka dia buat.
Ustazah Imanina.. ekeke




suruh tangkap gambar izzul pulak.
budak nie pun terpinga2.. apa la ibu dan abg dia buat nie..
hehehe
Ustazah Izzulia.. 
ekekeke

tu diaaaa.. ustazah imanina dan ustazah izzulia.
mana satu pilihan anda..?
hehehe



Sunday, November 20, 2011

Tadika Khalifah Didik - The Little Caliphs


Bulan lepas dah pun register iman untuk sekolahnya. seteleh di pikir masak2. kami mutuskan untuk antar iman di sekolah yang berdekatan dengan rumah atok nenek dia di ampang. Memandangkan masa register tue, keputusan perpindahan asben belum dapat tahu tapi tadika ini pun baru di buka. Jadi, kami merebut peluang mendaftarkan iman di sekolah ini supaya mendapatkan rate spesel dan untuk mengelakkan daripada penuh.

Tak sangka, akhirnya ada juga tempat untuk iman di sekolah ini. tinggal 2nama je lagi masa tue. nasib sempat register. Hari pertama pembukaannya pun dah penuh. kalau tunggu sampai tahun depan sudah tentu tak dapat kan. sepatutnya nak mulakan iman bulan nov nie. tapi x jadi pulak. bagi dia peluang  main puas-puas dulu. next year baru start sekolah sesi 2012. Nanti pagi2 atuk dia leh anta dia. tengahri atuk dia amik la pulak...  harap2 iman seronok dengan suasana sekolah ini.

Tadika pilihan untuk iman ialah Tadika Khalifah Didik iaitu francais untuk The Little Caliphs. Setelah dengar penerangan sllybus TLC terus tertarik di buatnya. Insyallah.. semoga iman menjadiseronok dengan sekolahnya nanti.


banner of tadika khalifah didik tadika nie baru beroperas 1/11/11 lepas.

TLC Framework. medium language - English

ada pulak menyelit pic kami masa register aritu.

the little caliphs di Tv3

sekejap jer anak aku dah nak masuk 4tahun.. huhuhu cepat benar masa berlalu.
dah sampai masa kena gi sekolah pulak.

Friday, November 18, 2011

jom ke jualan gudang Pureen Stock Clearance..


kalau ada kesempatan, jom la kita gie ke sini..
insyallah kali nak gie beli baju basah izzul bebanyak sebab banyak baju dia dah tak muat..
ekekeke.. almaklumlah baju abg dia pun xleh turun kemurun
rasa tak sabarnyaaaaa..!




jom ke Clarks warehouse sale..


siapa pernah pergi?
sangat berbaloi pergi tau.. harga kasut RM300 lebih leh dapat RM100 lebih jer.
aku pernah pergi sale nie 2x.. (asben yang gie iyer pun)
 nie entry untuk tahun lepas.
hehehe.. tapi sangat berbaloi jika nak dapat kan kasut branded cam nie.
sangat menguntung sebab leh simpan pakai time raya.



Thursday, November 17, 2011

YEAA... 59.7kg sudahhhhhh..!


alhamdulillah.. masuk bulan ke 8 baru lah mencapai target yang di ingini.. i likkkeee...!
lepas 6bulan aritu susah benar nak capai ke 60kg.. hehe..

59.7kg..lebih rendah dari berat sebelum mengandung.. hehe sebelum pregnant 65kg tau! naik.. dan naik terus naik sehingga 85kg sebelum deliver..

kalaulah dapat pecah rekod ke 57kg sama dengan berat masa mula2 baru kawin.. 
aauuuwww..! boleh ker agaknya nie..?

moh la sambil breastfeed sambil kecilkan badan tanpa diet yanbg ketat...

mooohh! i try okeh!

latest...

Tuesday, November 15, 2011

iman aka mail


dah lama rasanya tak potong rambut iman. aku tengok rambutnya dah panjang. kalo kemana2 semua ingatkan dia gegirl tau..! huhuhu.. ada yang confuse.. nak panggil kakak ke abang nie.. hehe.. sabar jela...

then aritu (dah 2minggu lepas rasanya) aku pun potong jer la rambut dia. gara2 malas nak ke kedai kan.. dah siap potong! tunjuk ngn atuk nenek, maklong semua.. semua kata dah rupa mail (upin ipin) dahh..! ekekeke.. sudahhhhhhh... mail pun mail la.. janji nampak kemas sikit..

jom tengok rambut baru iman ala2 mail upin ipin nie.

baru mula nak snap

rambut depan asalnya dah tutup mata.. aku potong yang depan nie

yang kat tepi2 ada curly2 aku potong juga

belakang potongkan jadi sama rata...

setakat nie aku tengok rambut adiknya izzul xder curly2.. lain pattern kot..

demam bengkak susu... part2

ada part 2 pulak ek..? iyerla demam bengkak susu belum surut lagi.. huhuhu..! semalam ingatkan dah sihat dari bengkak susu. dengan gagahnya aku ke opis juga even baru kebah sikit.. kat opis mula rasa seram2 sejuk semula. aku takut panas badan menguasai diri.. 2x aku telan panadol untuk elakkan panas yang melampau. almkalumla.. demam bengkak susu nie leh mencapai suhu 40c tau.. taubat aku datang keje juga. nak landing2 kat opis pun xleh. panggilan sangat banyak.. nak tak nak kena harung juga.. huhuhu..!!

tepat jam kul 5ptg, xsabar2 aku nak lik rumah nak menepek atas katil jer sebab sakit kepala dah mula dtg. bawa keta pun sampai kena hon juga.. sampai jer rumah, amik izzul terus aku mandi dan rehatkan badan. masuk maghrib terus badan jadi panas semula. check2 40c... pas maghrib, terus ajak asben gi klinik 1 malaysia. members KIM sugget pergi klinik nanti dapat antibiotik. insyallah lepas tue surut. sampai klinik sebelum kul 8.30pm.. nasib lum tutup lagi. yang bestnya xder orang.. jumpa doc bg tau demam bengkak susu. memang badan panas giler time tu.. stil 40c.. doc lelaki pulak tue.. segan pun ada.,.  siap bg pesanan supaya jgn bagi baby isap tempat yg sakit tue. yang best dia siap bg MC untuk esok (arini). maybe dia ada isteri yg menyusukan anak kot. sgty2 paham.. xperlu aku tanya banyak2 dah..

inilah ubat yang aku dapat. antibiotik dan paracatemol

doktor suruh abiskan antibiotik selama seminggu. paracetamol makan bila perlu jer. balik tumah, aku makan roti sikit dan terus telan ubat2 nie.. kemudian aku tuam dengan ice pack. aku tak tuam ngn air suam sebab bg aku lagi rasa sakit.. huhu.. alhamdulillah malam tadi boleh juga tidur.

bila dengar orang kata demam bengkak susu.. waahh! bestnya.. mesti susu banyak... isshh..! jangan pikir cam tu tau.. seksa sebenarnya demam bengkak susu.. mcm nak mati pun ada juga.. sgt2 xlarat. sakitnya sampai ke tulang seperti daging di siat2. xlarat nak bangun pun ada.. pasti akan melepek jer bila suhu capai 40c...

camne aku leh terkena bengkak susu nie? kisahnya bermula dengan N crack.. pastu nak direct bf pun takut.. sebab sakit sesangat.. pastu nak pump pun sakit juga. so, aku marmet jer.. marmet pun ada rasa sakit2 juga. maybe marmet tak abis, jadi adalah mana2 liang tersumbat tue. itu yang tak pasal2 kena bengkak susu nie. taubat aku pas nie..! selama 8bulan, inilah pertama kali aku kena. dulu masa iman pernah kena juga tapi x seteruk nie.. sehari dah baik.. hari masuk hari ke-3.. harap2 esok dah baik sepenuhnya..


Monday, November 14, 2011

demam urat atau demam bengkak susu..?


tak tahu nak kategorikan yang mana satu tapi itu yang aku alami semalam petang. Demam urat atau demam bengkak susu? sepanjang 8bulan lepas bersalin, inilah pertama kali aku kenan demam seteruk ini. ingat lagi dulu pernah kena masa breastfeed iman.. setiap bulan aku akan kena demam nie. xlarat kalo kena demam nie.

semalam tghari aku dah mula rasa sejuk2 badan dan badan pun lemah jer. layankan tidur jer masa tue. masuk petang aku dah mula rasa kesejukan ya amat. terus sarungkan stokin dan pakai sweater. dah mcam orang berpantang pulak. lagi2 petang tue hujan. memang kesejukan sangat2 la aku.. dah bersweater, aku selubung dengan comforter lagi. petang tue mmg xlalu makan. sempat minta asben belikan air kelapa.

kepala pun dah mula pening2 dan sakit kepalamula datang. masuk maghrib, terus panas menguasai diri. panas sesangat mencecah 40c. iman pegang pun cepat2 dia tarik tangan dia.. dia kata panas.. betapa panas nya badan aku masa tue. dan mula aku xlarat nak bangun. memang xleh bangun la.. minta asben amikkan kain letak ais supaya badan cepat kebah.

gagahkan juga diri bangun untuk solat maghrib. solat maghrib secara duduk lepas tue sambung balik tidur dan di temani iman serta asben yang mengurut kepala aku. kepala sakit sampai rasa nak hantuk kepala ke dinding. lama2 demam itu sendiri mula kebah tetapi sakit kepala masih x ilang lagi. sampai ke malam tak boleh tidur. Alhamdulillah, pagi nie sakit kepala dah kurang, demam pun dah kebah. itulah dia demam urat ataut demam bengkak susu.

Kalau dah kena demam nie, memang tak larat abisssssssssssss..! rela demam biasa dari demam nie. sakit kepala dia tak boleh nak habaq!.. demamnya kejap tapi sakitnya hanya tuhan sahaja yg tahu... sebab kena demam nie, maybe salah penyusuan aku sendiri. tak mana tak kena sekali terbengkak susu pulak.. huhuhu..! taubat!

Friday, November 11, 2011

sedih bila asben bersedih...


setiap tahun, kami menantikannya. Kali ni dengan rasa kecewanya, permohonan pertukaran guru untuk asben tak berjaya. Sangat sedih sebab kami yakin akan dapat untuk pertukaran next year. sebab dah masuk4y memohon.. sedih sesangat sebab kami perlu merancang semula susun atur kehidupan seharian kami untuk tahun depan. dengan sekolah iman, pengasuh izzul, dan sebagainya. 

Walaupun sekolah iman dah pun booking, tapi semua nya kena atur semula supaya perjalanan seharian kami berjalan dengan lancar. sedih bila tengok asben sedih... xper la mungkin lum ada rezeki lagi untuk berpindah sekolah.. insyallah apa yang di tentukan untuk kita pasti ada hikmahnya.

tidak diluluskan again!



Thursday, November 10, 2011

surat dari seorang sahabat 11 tahun yg lepas

kemas2 rumah terjumpa surat2 lama zaman sekolah dulu.
bila ada yg bertukar sekolah, mula lah kita berutus2 surat kan..?
almaklumlah dulu2 xder Fb lagi. utus2 surat la jawabnya.
banyak lagi surat yang jumpa, tapi tak sempat nak pungut balik.. dah terbuang.
yang nie jer dapat di selamatkan.. hehe


pengirim surat ini akan menjadi ibu. sedang menghitung hari sekarang nie. sekarang masih lagi berhubung melalui FB dengan dia.. semoga Fit mudah bersalin dan dengan selamat.
sahabat baik yg masih berhubung. kawan start form1.

Wednesday, November 09, 2011

update izzul dan EBM untuk 8bulan


rasanya 7bulan tak update pun pasal izzul dan ebm.tak per.. arini aku update sekali untuk 7bulan -8bulan sebab bulan nie baru masuk 8bulan kan. Alhamdulillah, izzul belum putus lagi susu ibu. walaupun pernah merasa hampir putus harapan, susu hampir rosak gara2 iman tak tutup freeze dgn betul, susu tumpah dengan banyaknya, N luka dan sebagainya. Proses mengepam masih lagi berjalan seperti biasa. setakat nie belum lagi rasa jemu untuk mengepam hari2.. harap2 berterusan sehingga 2y.. insyallah..

update stok terkini. bhgn atas stok bulan 9, plastik oren stok bulan 8 dan plastik HiLO stok bulan 10. rasanya simpan mengikut bulan cam nie lagi senang nak amik kot..

 izzul masih lagi makan stok puree dan bubur blend. cantik pulak tengok bila wat puree guna bekas ais nie..

7bulan lebih izzul dah pandai duduk. semalam dapat snap dia duduk... hehe.. tersengih2 org nak amik picture dia.

 bulan depan baru ada check up. so, bulan nie xtau berat dia berapa.

update 7-8bulan izzul :
  • dah pandai merangkak laju
  • dah pandai duduk sendiri 
  • suka cakap "ntah..ntah.."
  • mula tunjuk2 nak memanjat badan orang.
  • akan nangis bila takde org dekat dia (takut bersendirian)
  • tidur suka menyendeng2 badan orang.

Tuesday, November 08, 2011

Raya Korban untuk Izzul


Selamat sudah hari raya korban tahun nie. Tahun nie aku buatkan akikah untuk izzul di surau taman dagang.  Amik sebahagian lembu untuk izzul. Selesai sudah akikah untuk izzul. 

Sempat juga bawa izzul tengok lembunya kena sembelih. Tergamam dia tengok lembu kena sembelih sampai tak berkelip2 mata dia.. hehe...

Tahun nie kat surau taman dagang sembelih lembu untuk akikah sekor jer.. 3 ekor lagi untuk korban. Tahun nie tak banyak la.. sebelum nie lagi banyak. kambing pun ada.. tahun nie xder.

saat2 lembu nie nak kena sembelih.

saat2 tengah di sembelih...

 selesai sudah di sembelih...

izzul dok perhatikan jer lembu dia.. si abang pulak tak henti2 bertanya. 
"kenapa lembu tu darah?"
"kenapa lembu tue kena sembelih?"
"kenapa kepala dia patah?"
"sian iaaaa..."

tengoklah muka si izzul nie.. beria2 dia tengok lembu tue.

yang nie 2 ekor lagi untuk korban.. sekor lembu korban dah selamat di sembelih

sesi untuk melapah pulak...


kat sini harga satu bahagian RM380. untuk lembu akikah dorang masak. dalaman lembu sahaja di bahagikan untuk setiap peserta.

Thursday, November 03, 2011

Ganjaran Dari Allah untuk ibu yang menyusukan anaknya.. :-)


Syukur alhamdulillah.. aku dapat menyusukan izzul setakat nie hampir 8bulan. Insyallah akan diteruskan lagi sehingga 2tahun. doakan untuk kami yea..

sepanjang penyusuan, pasti ada cabaran dan dugaannya. apa yang penting aku cuba mengatasinya. dan bila terjumpa satu artikel nie, terus membuatkan semangat untuk menyusukan izzul semakin tinggi. meh, aku sharekan sedikit info menarik yang aku terbaca nie.

ganjaran untuk ibu yang menyusukan anaknya :

  •  Wanita yang beri minum susu badannya kepada anaknya akan dapat 1 pahala daripada tiap titik susu yang diberikannya.
  • Wanita yang beri minum susu badannya kepada anaknya yang menangis maka Allah beri pahala satu tahun pahala solat & puasa.
  •   Kalau wanita menyusui anaknya hingga cukup tempoh 2 setengah tahun, maka malaikat dilangit khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.


 nak selitkan juga gambar aku and izzul yang terkini yang nak masuk 8bulan dah.. membesar dengan jayanya .. hehe

izzul and me at zoo negara..

actually, cuba teka izzul tengah buat apa..? hehe itu bestnya bila pakai nursing wear dan carrier nie.
boleh menyusukan di mana2 anda berada...

Tuesday, November 01, 2011

Hujung minggu di Zoo Negara


Hari Sabtu lepas, kami sekeluarga termauk keluarga akak aku, mak dan sepupu jalan2 ke zoo negara. bawa ke semua budak2 termasuk la izzul dan umairah.Yang paling seronok sekali sudah tentu 3-3 hero malaya tue.. iman, nain dan wan..

hehehe.. malas nak menaip.
kita layan gambar je...
























LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...