Kawan-Kawan Saya

Nak Cari sesuatu?

Loading...

Wednesday, February 29, 2012

hasil susu bila cik P datang..


asyik citer time susu meriah jer kan. meh citer time susu merundum..



inilah hasil untuk hari ini untuk di bawa balik. setiap kali cik p datang, hasil Akan merundum gila2.. sedih weeehhh..!!! arini up sikit 7oz. semalam dapat bawa balik 5oz jer untuk seharian di opisssss..


malam kena keep pumping juga supaya dapat topup mana yang perlu.... esok bekalan mmg kena topup lebih sikit stok ebm


huhuhuhu...!!!! tak per.. usaha untuk teruskan masih ada lagi.. i will survive.. thnaks to my ebm yg sangat membantu dalam usaha exclusive breastfeed.. alhamdulillah..... skang mood malas update blog.. tetiba tekak rasa mual nak tgk blog sendiri dan berblogwalking.. huhuhu update by phone je ni...

posted from Bloggeroid

Thursday, February 23, 2012

Isu tersedak susu....



Malam tadi tengok berita kat tv3. Isu bayi tersedak susu. Sekarang banyak sangat isu ni. Boleh di katakan setiap bulan mesti ada kes. Risau aku dibuatnya. So, memang kena berhati hati lah kita sebagai ibu bapa. Kadang2 kita dah berhati tapi kalau dah di takdirkan, kita terpaksa redha apa yang berlaku.

Dulu, masa iman.. Memang aku risau sebab iman dulu setiap kali nyusu selalu tersedak. Dan di ikuti dengan muntah. Itu perkara biasa bagi kami. Sentiasa kena alert setiap kali dia nyusu. Thats way kita kena cari botol susu yg sesuai. Aku menggunakan dr brown sebab puting dia memang ikut cara hisapan baby spt nyusu badan. Dan ia ada anti colic utk mengelakkan kembung.

Sekaranag izzul pun aku continue dr brown. Alhamdulillah izzul x pernah tersedak dan muntah2 bila nyusu. Tapi, baru2 nie izzul batuk dan ada kahak.. Aku risau kAlau part berkahak nie sebab dia akan selalu muntah dan tersedak. Lagi2 belah malam... Pasti akan berjaga tengok ok ke tak dia... Kdg pegang2 perut dia. AdA nafas ke tak. Risau sangat bila dengar batuk2 nieeee....

Semoga kes baby tersedak susu nie takde lagi... Sedih akus bila baca setiap kes yang berlaku. Bukan takat nyusu botol jer baby boleh tersedak. Nyusu badan direct pun ada.. Itu yang aku pun tetap risau even nyusu badan direct.... Sob..sob..sobb...

posted from Bloggeroid

Tuesday, February 21, 2012

Tips dapat kan ank perempuan

Terbaca kat mingguan wanita baru-baru nie. Kot ada sesiapa nak anak perempuan, bolehla cuba tips nie.







Sharing is caring....
posted from Bloggeroid

Monday, February 20, 2012

Stok Ebm Bulan Januari

Baru berkesempatan nak update stok bulan januari. Alhamdulillah rezeki utk izzul msh ada lagi..


Total = 160oz


Stok yg tggl nov, dis, jan. Belah atas ada stok feb.


Stok untuk di bawa ke ampang utk digunakan 2 minggu nie..

Next month masuk setahun.... Yaaaahoooo..!!!!!

Sunday, February 19, 2012

testing!

Published with Blogger-droid v2.0.4

Friday, February 17, 2012

Cabaran akan bermula kembali.

Alkisah isu berat badan dah mula nampak untuk naik semula. Potensi ke arah overwieght itu ada balik. Uwwaaa..!! tak mau la cam tu kan. Target setahun untuk maintain kan 59kg je. Skang bila timbang kadangkala 60kg, 61kg, 62kg. Ada sekali tu hampir 63kg. Oh tidak!

sekarang operasi untuk menstabilkan berat badan kembali semula.. Kita mulakan dari sekarang sebelum ia terus naik dan naik lg. Target baru di pasang iaitu 58kg pulak.. Aku beri masa 2 bulan utk capai target tersebut. Harap2 berjaya...



Menu saya bila nak berdiet. Semua di rebus..



Minum fiber horlicks setiap pagi. Kdg2 miss juga..

posted from Bloggeroid

Hopefully, akan berjaya.. Caiyok!

Wednesday, February 15, 2012

Blog It!

Menggunakan blog it pulak.. Testing.. Testing.. Berapa kali testing daaaaa...

Testing!

Syukur alhamdulillah utk arini....



p/s : sedang testing gadget baru..

posted from Bloggeroid

Tuesday, February 14, 2012

ERGO Baby Carrier...


semalam petang lepas balik keje, laju-laju amik asben dan anak2 sebab nak ke KLCC kejap. Untuk ke Maxis center sebab nak setup setting hp baru ku... hehehe... disebabkan stroller tinggal di sepang dan nak juga bawa si izzul. Jadi, kami memikirkan cara nak bawa budak kecik nie. Dengan menggunakan ergo baby carrier kami jadikan ala2 back pack.
Dan nampaknya izzul pun selesa dan siap tersengih-sengih dan gelak-gelak jadi kami pun ON jer bawa dia. kalau tidak tinggalkan ajer duduk rumah...

walaupun sekejap, tetap nak bawa 2 beradik tue. almaklumlah dah lama tak menjejakkan kaki ke KLCC.. bawa kan jer la. Lain kali leh bawa 2beradik nie tawaf KLCC. sebab malam tadi singgah semata2 ke maxis center jer.

sempoi jer ke KLCC

 nasiblah izzul nak duduk dlm carrier

ready utk jalan ke Maxis Center...


Wednesday, February 08, 2012

Kisah Iman ke sekolah...

dalam sedar tak sedar, dah sebulan iman ke sekolah. Pelbagai hal dan pelbagai ragam dia masa nak ke sekolah. Dari hari pertama ke sekolah sampai lah sekarang nie. ada jer peel ayang di buat masa nak ke sekolah.  Yang pasti dlm sebulan dia ke sekolah, hari-hari kena nangis dulu sebelum ke sekolah.. muahahahaha..! sapa anak dia mcm iman? sila angkat tangan. Aku rasa anak aku jer mcm tue.. Bila aku balik keje, dia akan kata "ibuuu.. iman gi sekolkah tadi.." aku tanya. "best tak?".. pandai pulak jawab "besssstttt..!" soklan yang hari-hari aku akan tanya "iman nangis tak".. dengan slumber dia akan jawab "nangisss.. iman nangis tadi".. see.. ari2 nenek dia kata dia nangis. tapi yang peliknya pergi tetap pergi takde memberontak pape pun.. tapi nak ke sekolah mesti nangis.. hehehe.. xtau sengaja di nangiskan ker, sebab takut ker, sebab tau atok nenek dia ada rumah.. ataupun sebab teacher dia garang.

So, bila tengok dia nangis.. mestila aku rasa mcm tak best jer kan.. awal2 minggu selalu lah aku call principal tanyakan dia kat sekolah camner. Teacher dia kata lepas atok dia anta, dia masuk dalam ok dah... ikut semua aktiviti.. cuma dia cepat jemu. kalau dia dah jemu dia wat hal dia la.. ambooii!. patutlah bila aku tanya belajar apa dia leh jawab. "iman tak belajar.. iman baring jer..." Risau aku kot2 dia tak ikut peraturan cikgu dia.. nasiblah cikgu dia kata budak2 mmg camtu.. Kita follow jer.. Tapikan setiap kali aku tanya "hari ni belajar apa kat sekolah?" ada 3 jawapan yang selalu dia akan jawab : "entaaahhhlaaa.." "jangan tanya" dan "bisinglah..." slumber je dia jawab kan? wawawahhhh..! bukan main sedap lagi jawapannya. Hari-hari pagi2 gaduh ngn nenek dia masa nak gi sekolah.. hehe.. almaklumlah atok ngn nenek dia yang anta gi sekolah.

But, dalam sejak 2 menjak nie.. aku dah nampak perubahan dia sikit demi sedikit. Even hari2 gi sekolah masih menangis tapi dah nampak apa yang dia belajar kat sekolah. Kadang2 bagi report kat kita arini dia belajar apa.. contohnya "arini iman belajar kaler-kaler".. "ibu, arini iman solat kat sekolah.. solat dhuha".. dan sekarang aku dengar dia duk nyanyi2 lagu "uka uuu ka.." aku pun confuse lagu apa yang dia nyanyi... puas aku hayati.. akhirnya aku dapat jawapan lagu yang dia nyanyi.. nnt aku tepek sikit video yang aku berjaya ketemukan lagu yang dia selalu nyanyi tue... 

aku buka page tadika dia kat FB. dapatlah sikit gambar-gambar iman yang principal tepek kan. meh aku sahre kat sini :

 suka sangat senyum cam nie. bersama hasil tangan dia

kusyuk bebenor membuat kolaj

bersama rakan-rakan sebaya.

dengan gaya sendiri membuat kerja

part kaler2 pun dia suka juga wpun lum pandai kaler2..
  

Tuesday, February 07, 2012

3 orang budak sedang bershuffle.

tanpa segan silu mereka bershuffle di depan pintu depan Mahkota Parade, Melaka
persembahan adalah percuma.
hehehehe

video

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...