Kawan-Kawan Saya

Nak Cari sesuatu?

Loading...

Wednesday, March 28, 2012

Mengigihkan diri untuk dapatkan "Burger Bakar Kaw-kaw"


Semalam balik kerja asben terus ajak ke Dagang Avenue sebab nak terjah Burger Bakar Kaw Kaw yang tengah femes sekarang nie. kalau ikutkan aku, lepas maghrib jer nak gie tapi asben kata nanti kang ramai org kena tunggu lama pulak. Gigih la aku dan asben ker sana naik motor.. Malas nak bawa kereta sebab parking kat situ pack sikit. dengan si iman sekali angkut. tinggalkan izzul dengan atok neneknya. 



Actually, burger bakar nie dah lama kawan aku promote suruh beli sebelum keluar kat JJCM lagi. Tapi belum berkesempatan lagi nak terjah ke Wangsa Maju (cawangan utama) sebab jauh pulak aku rasa nak ke sana semata2 nak makan burger dan tunggu lama. Tapi, bila sekali lagi kawan kata dah ada kat Dagang Avenue barulah beria-ia aku nak ke sana. Lagipun dah dekat ngan rumah mak aku, haruslah amik kesempatan ke sana. nanti orang dok tanya tak la terkial2 aku nak jawab.. hehe

1st Branch dia kat Wangsa Maju Seksyen 2. Tapi ini 2nd branch dia kat Dagang Avanue!.. Mereka sudah ada DI SINI..!


gigih pukul 6.30ptg dah beratur.. yang depan2 tu xtau aku beratur pukul berapa. sampai jer tengok org dah Q. Kedai pun belum buka. pekerja tengah angkut2 barang masa tue..


sementara asben aku beratur, aku temankan iman minum. dia nak Milo pulak.. Masa nie dorang masih baru nak buka kedai. tengah kemas2 sebelum beroperasi.. hadap jer laaa kerana burger kaw kaw nie.


dah pun mula operasi dalam pukul 7mlm!.. beratur seblah sana pulak sebab Q dah  mula memanjang.. sistem dorang, beratur.. dan nnt ada sorang mamat amik order dlm checklist. kita buat bayaran terus dan akan terus dapat no giliran. dah dapat no, sila tunggu pulak.

kami dapat no.16 yea kawan2.. masa nie yang No10 dapat order dia. Nasiblah tak perlu tunggu lama2.. syok!.. ngam2 pukul 7.45mlm dah dapat order. Kalau cwgn w.maju aku dengar kena tunggu 3-4 jam juga laa... Kat sini belum ramai lagi.. leh la korang terjah sebelum ke serbu.


apa yang menarik Burger Bakar kaw-kaw nie..?? sebab daging dia di grilled kan.. org kata ala-ala chili's, TGI tapi versi melayu punya. dan daging dia sangat Tebal.. makan yang doub;e kami laki bini memang kenyang!


tebal kan daging dia..? rasanya..? errmm. bagi tekak aku ok la.. Sedap juga! lagi2 di letak dengan cheese..


senarai harga untuk burger bakar kaw-kaw.. sebelum dtg, leh la korang bajet nak amik apa. sampai sana terus jer order..


kami laki bini kongsi bersama beef double with cheese - RM14

chicken single  - RM7.50. amik 3set (utk atuk, nenek dan iman) 

so total semalam kami sekeluarga = RM36.50
Harga dah lebih kurang korang makan MCD jer.. Ok la tu kan..?


yang aku tau wak tu operasi kat dagang avenue nie dari jam 7mlm tapi pukul 6ptg org dah stat beratur. dan dorang tutup hari Isnin. sesiapa lum cuba, leh la cuba.. :-)



Tuesday, March 27, 2012

sahabat sejati..

dah macam group nasyid pun ada jugak nie. mcm finalis ustaz muda pun ada juga. ataupun pelajar sekolah tahfiz pun ia juga...mana-mana pun boleh.. janji mereka boleh berkawan baik sampai bila2.


bila nenek mereka balik, bukan main seronok masing2. sampai kat KLIA pun buat show sendiri. semua org keliling dok perhatikan mereka. mereka-mereka ini yg sgt hyperaktif. siapa belum jumpa, pasti akan pening dengan gelagat2 mereka.. hahaha! kadaang memang sampai undercontrol..!

Bila lepas amik nenek mereka, sampai rumah masing2 nak mengayakan jubah yang diberikan nenek kesayangan mereka. bukan main lagi berposing masing2.. lepastu ketiga-tiga follow atok mereka ke suarau.. waaaceh! mcm anak para ulama gitu.. hehe.. 


gaya senyuman masing2..


apalah si iman ni kusyuk bebonar kann..???




Monday, March 26, 2012

Saya dah SETAHUN....!!!

24 Mac 2012 genap Muhammad Izzul Zafry 1 Tahun. Alhamdulillah dia membesar dengan sihat walafiat. Suyukur alhamdulillah juga sebab wishlist untuk menyusukan izzul secara exclusive setahun berjaya.. :-). Target setahun, insyallah akan di teruskan sehingga 2tahun.. 

 Cerita pengalaman bersalinkan izzul DISINI.


Jom tengok revolusi versi Izzul dari mula lahir sehingga kini.. Ada perubahan tak..??

NewBorn baby

1 bulan

2 bulan

 3 bulan

4 bulan

5 bulan

6 bulan

7 bulan

8 bulan

9 bulan

 10 bulan

11 bulan
.
.
.
.
.
.
.

.
.
.
.

1 TAHUN...!!

Thursday, March 22, 2012

6 Tahun saya di SINI...!

22 Mac 2006 - 22 Mac 2012

Hari ini genap 6tahun saya DISINI..! di mana? di opis PPP. Walaupun dh kerja hapir 7thn tapi, di PPP genap 6tahun. Alhamdulillah dengan rezeki dariMu, tahun ini daku menerima APC..:-)  tak ku sangka rupanya tahun nie rezeki ku itu... 

i love my opis 
i love my job
 i love my boss
i love my colleague
i love my frens
and 
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

i love ALL....!


Wednesday, March 21, 2012

Hot Air Balloon 2012

Tarikh :
15-18 Mac 2012

Tempat :
Monumen Alaf Baru, Presint 2, Putrajaya

Sabtu petang sempatlah juga singgah presint 2 nak nengok Hot Air Ballon sebab dah janji ngn iman nak nengok belon besar. selagi tak pergi selagi tu dia akan tanya. Kuar lewat sikit sebab tunggu asar dulu. Masa sampai tu, belon belum ke udara lagi.. sampai2 jer terus dah nampak belon sedang di naikkan... huhuhu.. jenuh menunggu belon tue nak naik.


Kebetulan datang Sabtu petang agak mengecewakan sebab banyak belon yg majuk tak nak naik.. naper lah agaknya. pastu tak dapat sgt belon yang menarik. just belon biasa2 jer... Malas nak nunggu sebab lamo benar nak tunggu belon naik, terus ajak asben balik.. dan si iman pulak sibuk nak kencing. Singgah opis, kencingkan si iman dan solat terus balik jerrrr..!


punya la ramai orang masa tue

1st balloon yg naik



budak yg sibuk nak kencing



nak balik daa.. sempat lagi jenguk..


Tuesday, March 20, 2012

Pameran Proton Power of 1.

TARIKH : 
14-18 MARCH 2012

TEMPAT : 
STADIUM BUKIT JALIL, KUALA LUMPUR, MALAYSIA

Plan asal nak ke Air Hot Balloon tapi asben ajak ke pameran porotn Power of 1 kat Stadium Bukit Jalil.. Follow jer sebab belum pernah lagi pergi. Lepas tu leh ke Putrajaya pulak..


Dah nama pun lelaki, dah tentu banyak tangkap gambar kereta dari gambar kami anak beranak.. ekekeke..

Jom layan kan jerla gambar kereta2 nie... banyak gila gambar yang di tangkap.. aku amik muat jer la ekk. sebab bukan paham benor pasal kereta ni... :-)











 lastly..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


 P3-21A yang bakal di RASMIKAN..


kami pun nak juga bergambar.. asyik gambar kereta jer asben amik..
huhuhu.. dapat baper keping pun jadiklaaaa..!

 with ERGO baby carrier.. :-)

 dah JOM BALIK!

nak balik terjumpa Upin Ipin... sayang si iman taknak bergambar pulak.. TAKUT katanya..!! hehe
maybe Upin Ipin Besar agaknya!



Monday, March 19, 2012

Jusco card bertukar ke AEON card

"come over to AEON & Replace your JCARD with New AEON member card for FREE now till 30/4/12"


siapa belum tukar jcard ke aeon card lagi? moh kita bertukar sementara percuma nie. Bila aku dapat msj nie, lelaju ajak asben ke aeon tukar card baru. terus ke au2 keramat sebab tu nak makan kat johnnys. Aritu masa renew budak tu tak cakap akan kuar kat baru.. Sabau jer.. X pasal2 kena tukar 2x. Huhu..


Dalam sibuk nak tukar card, sempat juga aku membeli 2helai baju.. Hehe tak sempat nak snap tapi dah pakai.. Ekekeke..




Ini card baru yg kami pilih..


Keesokan harinya ke aeon lagi. Tapi ke aeon maluri pulak. Asal nak gi makan tapi TERBELI 6 helai baju lagi.. Hehe




5helai baju yg terbeli. 1 lg dah selamat pakai.. Total dalam RM74 jer.. Gila mata memandang baju yg sales up to 70%... hehe pasni nak gi aeon mana pulak la kan.


Asalnya cuti 2hari minggu lepas nak gi jenjalan ke tempat sejuk tapi ada tetamu jauh dtg. So, cancel cuti dan pergi tempat yg sama waktu dengannya. Itu yg sakan menyopping.. Hehe... Lagipun nak cari baju yg saiz kecik sikit dari biasa. ;-)..
posted from Bloggeroid

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...