Kawan-Kawan Saya

Nak Cari sesuatu?

Loading...

Wednesday, September 26, 2012

Tamat sudah penyusuan susu ibu - 18months

Syukur alhamdulillah cukup 18months izzul nyusu badan. Semoga dengan susu ibu izzul membesar dengan sihat dan cergas. Insyallah... dan tamat sudah penyusuan susu ibu sepenuhnya untuk izzul. Totally sekarang minum FM... apa nak buat, izzul sendiri yang reject susu ibu... takpe, anak ibu dah besar pun kan..

so, semuanya dah di masukkan dalam gobok untuk penyusuan di lain tahun pulak. segala botol susu lama telah pun di buang except storage yang baru di beli.

semua barangan telah siap simpan dalam gobok

botol storage yang selamat di buang

antara susu terakhir yang dah expired terpaksa di buang. sebelum tu 7 botol dah selamat masa cuti raya tempoh hari.


baki yang tinggal untuk simpanan. leh gunakan jika perlu.. expird bulan 10

ini budak yang dah berumur 18bulan.



Tuesday, September 18, 2012

Bowling Time...


Jumaat 2 minggu lepas, aku dan kenkawan opis ke alamanda untuk melepaskan gian bermain boling. memasing di minta memakai baju raya untuk main boling. hehe sesjer buang tebiat main boling dengan berbaju kurung. syok juga sekali sekala hari jumaat pi main boling. pasni leh repeat lagi la jawabnya..

my team! nadia, kak nor and aku

team lawan. na, lin dan mel

ibu mengandung yang tengah sarat pu nak main juga!

aku yang bersemngat waja tapi x tere juga.. 

aku and nadia yang sedondon tudungnya

1st game group aku menang. 2nd game after makan, terus drop!

selepas 1 game, makan dulu.. pastu sambung balik. menu aritu ada naasi goreng daging, nasi goreng ikan masin, nasi goreng pattaya, nasi goreng paprik, mee goreng.

 ok! settle.. jom balik opis sambung keje.



Friday, September 14, 2012

Apam gula hangus.

Hari ini ada jamuan untuk unit sendiri. Jamuan raya bahagian BKP dah sudah. Jamuan hari raya JPN pun dah sudah. Tggl last untuk unit sendiri jer. So, hari ni gabung unit phone in, gqd, serahan dan vv. Sebab setaman kita buat sekali la kan..
So, memasing bawa potluck. Aku pun bawa tapi menu mudah jer. Benda yang aku tau buat iaitu apam gula hangus.
Aku nak letak resepi kat sini lah. Sebab srnang nnt bila2 lupa leh refresh balik. Sbb baru nie aku simpan resepi ni kat mana ntah dah lupa. Pastu mengagau nak cari.. pasni kalau lupa leh buka blog balik. Senang dahhh. 
Bahan-bahan:
4 biji telur
2 cawan gula pasir
2 cawan air
1 cawan minyak masak
4 sudu besar marjerin
4 sudu susu pekat
1 sudu besar soda bikarbonat.
3 cawan tepung gandum.
Cara-caranya :
1. Gula dihanguskan kemudian dicampurkan dengan air.kemudian di sejukkan.
2. Didalam blender masukkan telur,susu,minyak dan marjerin kisarkan anggaran 3 minit
3. Masukkan gula yang telah disejukkan tadi bersama-sama soda bikarbonat dan dikisarkan lagi.
4. Akhir sekali masukkan tepung dan dikisar lagi sehingga sebati.
5. Acuan disapu dengan mentega. 
6. Tuangkan adunan tadi ke dalam acuan separuh. (Sebab ia akan naik nanti)
7. Kukus lebih kurang 10-15minit.



Wednesday, September 12, 2012

Rabu tanpa kata ~ bila anak pandai berbicara


 


 


Monday, September 10, 2012

kisah pencarian susu anak


Ni kesinambungan kisah pencarian susu anak. Ianya bermula setelah penyusuan susu ibu hampir tamat. Start sehari sebelum raya cuba membeli susu untuk izzul. 1st susu yang aku beli adalah Dutch Lady 123 yang sama mcm abg dia. tapi abang dia punya dutch lady 345. Disebabkan izzul senang sahaja minum apa2 susu, jadi kita mulakan yang termurah jer la ekk dan murah nak cari dimana bila kehabisan stok.



 Ok. start minum susu nie, tetiba badan izzul naik bintik macam ruam. nak kata ruam, dia tak gatal pulak. Tapi, ada yang kata mcm campak. Nak kata campak, dia tak de demam dan tak meragam apa pun. Makin hari makin naik banyak pulak. Tapi, susu nie tetap di teruskan sebab aku tak suspect kena allergic susu masa nie sampai lah susu nie abis.


Pas satu bungkus susu tu abis, baru dalam pikiran terpikir pasal allergic susu.  Terus aku terpikir nak cuba susu lain pulak. Masa tu tak terpikir pasal susu soya  base mcm isomil. Aku amik pulak lactogen. Try lactogen ok jer minum. Bintik2 di badan tetap ada dan naik juga. Aku dah mula risau juga la masa tu.. lebih 2weeks juga lah jadi mcm nie. tak tau nak buat apa masa tue lagipun lagipun sebab mood raya memang tak terpikir la sgt masa tue.

 inilah rupanya bintik yang naik kat badan izzul. campak ke ruam ker allergic susu nie? aku pun confuse sebab tak pernah kena lagi.


Lastly, baru terpikir nak beli isomil. Tapi, masa nak beli susu nie bintik di badan dah mula kurang dan susut. Aku try juga la susu nie sambil bagi minum air kelapa sebab  org kata nak tau campak ke tak cuba bagi air kelapa supaya campak kuar abis. Tapi, lain pulak jadinya. Makin kurang dan susut. sekarang dah OK dah. takder bintik2 kat badan.

Ingat pas abis susu nie, aku nak cuba balik dutch lady. Kalau OK, maknanya bukanlah allergic susu kan. Hopefully ok la sebab tak mampu nak berisomil bagai. Lagi pun org kata susu isomil tak banyak khasiat. Nanti badan anak kurus kering. Iyer ke? Erm.. susah juga nak cari keserasian susu anak nie kan.. Bab lain, berak kencing semua ok bila minum susu2 nie cuba masalah naik bintik2 jer nie...


note : sekarang nie susah nak cari entry orang cerita pasal susu formula nie. semua citer pasal susu ibu kan. zaman dah berubah... dulu semua citer pasal anak minum susu mahal2.. sekarang susu ibu paling mahal.. :-)

Wednesday, September 05, 2012

Selamat sudah puasa 6

Alhamdulillah semalam selamat sudah puasa 6 termasuk puasa ganti. Ada lagi 6hari kena ganti sebab total lost 12 hari.. huhuhu.. time bulan puasa pulak cik p nak datang kan.. sekali dtg lama pulak tu.. amik ko! Kena ganti sampai 12hari.. la niee dia tak timbul2 lg.. gitu lah dia ketidakkstabilan hormon aku sejak bulan 3 hari tu.. sejak haritu baru 2x dia dtg... tak syok betul bila hormon tak stabil sebab berat badan mudah naik dan susah turun. Mood pun kadang-kadang tak stabil juga.

Now, aku kena jaga makan jer la di samping kena puasa. Kalau tak, ia akan terus mencanak naik.. takuttttt!! Aritu tak jaga makan naik sampai 5kg 2bulan.. Now, dah turun balik 5kg. Kena maintain kan jer la...

Semalam sempat masa menu berbuka puasa iaitu honey drumstick grilled, sup sayur + tofu dan tempe goreng sambal. Hari2 masak untuk berbuka cuma semalam terlebih rajin nak snap pic sebab dah masuk hari ke6.

Arini tak puasa sebab ada jemputan dari bhgn lama untuk jamuan raya... esok sambung sehari pastu sambung isnin sampai khamis tambah sabtu sehari. Cukup sudah puasa ganti akuuu... ganti awal2 takut nnt lupa dan malasss..


Honey drumstick grilled


Sup sayur + tofu


Tempe goreng sambal.

Esok akan puasa berjemaah dengan suami.. :-)

posted from Bloggeroid

Monday, September 03, 2012

Kisah Penyusuan saya


Actually, dah lama nak masukkan citer nie. Tapi, disebabkan tak buka laptop.. citer ni agak tertangguh la juga. Akhirnya terbuka juga laptop untuk mengupdate citer melalui laptop. Kalau tak, selalu melalui phone jer. nak update melalui phone tak berapa best masa nak menaip tu.. tak leh taip panjang2.. ada jer salah eja.

Nak di jadikan citer, izzul dah mula reject df masa seminggu sebelum nak raya aritu. Muaa2 dia reject waktu siang jer.. Bila malam, ok la lagi dia nak df.. maybe sebab mata tertutup dia tak nampak dia isap jer. lama kelamaan dia reject pula waktu malam.. dan sejak itu aku dah mula frust untuk meneruskan bf secara exclusive sebab aku rasa memang aku tak mampu nak jadi EP mum sepenuh masa... aku tak mampu nak pump 24jam. bangun tengah malam bagai. pastu setiap kali jalan nak pump.. sungguh aku tak mampu! lagi2 setiap kalai pump tue tak la banyak.. selalu dpt dlm 3-4 oz jer... dan aku pun dah mula rasa susu aku dah makin kurang sejak dia reject df.

so, sejak dari itu aku pun mula campurkan dengan formula milk. mula2 aku bagi test susu abg dia. alhamdulillah, si izzul nie senang aje.. sua jer apa pun dia minum jer.. makanan pun mcm tu.. xder reject pun.. start dari tue tamatlah penyusuan susu badan izzul secara eklusif iaitu sehari sebelum raya. Aku pikirkan kena campur sebab nanti senang sikit nak beraya bila dia dah serasi.

Now, aku dah totally STOP mengepump sebab aku dah SURRENDER!.. susu dah mula nak kering. setiap kali pump hanya mampu dapat 1-2 oz sahaja. dan setelah dipikir2 kan balik. aku rasa aku nak stop nyusukan dia sebab dia sendiri reject susu badan. letak dalam botol pun selalu tak abis. Cuma sekarang aku nak abiskan semua stok2 EBM yang tinggal.. Berbaki dalam beberapa belas jer lagi..

dan selepas itu tamatlah penyususan susu badan untuk izzul. walaupun aku tak berjaya menyusukan secara eklusif selama 2tahun, tapi aku amat berpuas hati sebab mampu bertahan sehingga 18bulan. dan atas sebab aku serrunder pun sebab dia sendiri yang reject. Takper la, maybe setakat ini rezeki untuk izzul. Syukur alhamdulillah dengan susu ibu, izzul sihat walafiat, jarang sakit, kurang meragam dan aktif selalu.

Cuma, sejak dari campur susu FM nie, ada kisah lain pulak berlaku. Iaitu cabaran untuk mecari keserasian dengan susu FM nie. Dah masuk susu yang ke-3 untuk dpatakan keserasasiannya.. Hopefully, xder benda yang tak elok berlaku. Nanti akan di ceritakan di entry yang lain ekkk...


baki stok EBM yang tinggal di Ampang


Baki stok EBM yang tinggal di Sepang..

Sekarang stok masih lagi ada.. Yang chilled punya dalam 6botol dah pun selamat di buang sebab seminggu tak terusik. sob.. sob.. sedih tapi pasrah juga akhirnya..




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...