Kawan-Kawan Saya

Nak Cari sesuatu?

Loading...

Monday, November 26, 2012

Weekend ke MAHA 2012

Semalam seawal 9.40pg dah gerak ke MAHA 2012 bersama dengan iman, mak dan adik. Izzul dan ayahnya takde sebab balik kampung ada urusan penting. Nasib bila sampai je kat sana kereta belum banyak, jalan pun tak jem dan parking pun masih banyak lagi. Cuaca pada mulanya pun ok jer. Tak panas sangat dan tak hujan..

Mula2 sampai cari tempat makan dulu. Lepas makan baru lah naik tractor berjalan2 di kawasan MAHA. Serius sangat penat dan letih. Itupun tak abis jalan pun lagi. Memang tak larat. Masuk tengahari ke petang cuaca dah sangat terik dan panas.. last sekali, kitorg surrender tak jadi ke ladang ternakan. Terus ke pintu utama dan menuju ke agrobazaar untuk membeli belah.. dalam agrobazaar sangat heaven!!. Baru 2 lorong tangan dah penuh.. hehee... larat tak nak abis kan setiap lorong??

Yang paling bagus sekali si iman zafran. Setiap tester yang ada dia pi makan and minum siap bagi testimonial kat booth tu lagi.. hahahaa! Lawak sungguh bila dia kata seddaaapp!! Saambil tunjuk tangan good... kuar je dari agrobazaar, dialah orang yang paling kenyang sekali.. naik kereta terus tido.. penat dan kenyang!



Lepas makan, mula2 kena cari tractor dulu...


Susah benar nak ajak bergambar budak sorang nie..




Muka tengah tahan nak kencing.. ekekeke...




Dapatlah juga merempit dengan kambing.. emmmbekkk!




Tulang ikan di katakan tulang dinosaur. Tak abis2 dgn dinosaur dia..




Masa nie dah dlm agrobazaar kat booth mychef.. tgh mak nak beli, tetiba chef florence dtg... apa lagi.. kasi promote abis laaa!




Dapat susu ilham.. meh kita cuba!!




Lastly, muka budak yang kepenatan... banyak jalan dan banyak makan...




Balik sempat singgah tesco sebab nak beli diapers tesco choice yg tgh promosi Rm50 utk 2 pack.. apa lagi.. memborong laa.. sebab diapers pun nak abis.. pastu jarang sekali promosi mcm nie...
posted from Bloggeroid

Friday, November 23, 2012

Breakfast Diet

Dah 3 hari aku on diet. Setelah hampir 2bulan tak berdiet, kali nie kena berdiet sikit sebab meter kat penimbang dah bertambah... hehehe..

Cara aku diet ialah say NO to KARBOHIDRAT. DIET PROTEIN sahaja. Kenapa kena diet protein? Sebab sesiapa jenis darah O dan ada keturunun diabetes, memang kena elakkan pemakanan karbo atau kurangkan pemakanan karbo. So, untuk diet, mmg aku kena reject siap2 nasi, mee, mihun, roti dan makanan manis..

Now, 3hari dah tak breakfast nasi lemak, mee goreng, nasi goreng, kuih muih. So, apa yang aku breakfast??... aku makan telur goreng, sosej and chicken ball rebus, daging burger, sayur brokoli, salad....

Ni contoh menu breakfast aku.. daging burger and salad campur mayonis.. kita tunggu hasilnya nanti.. berjaya ke tidak turun berat badan nie.. hehehe..

Published with Blogger-droid v2.0.9

Wednesday, November 21, 2012

Deko Bilik Anak

Cuti last weekend sibuk mengemas bilik no. 2. Nak kasi deko sikit buat bilik anak. Almaklumlah anak dah besar. Jadi, harapan untuk dia tidur di bilik sendiri la kononnya kan.. org kata nak kasi anak tido bilik sendiri, kena lah deko sikit.


Ok! Weekend aritu mmg kami tak ke mana lah. Sibuk mengemas umah dan mengecat bilik. Ada 2 bilik yang kitorg cat. Yang betul2 dah complete cat dan kemas adalah bilik anak. Bilik tetamu @ bilik solat belum siap lagi. Ruang tamu pun bersepah dgn barang2 lg. Lepas tu, nak buat wiring sikit. Issskk! Gaya dah mcm masuk umah baru pun ada gaks...


Kitorg ala2 seperti org baru masuk umah. Sebab insyallah tahun depan kitorg akan fully duduk umah sendiri nie. Sebelum nie mmg ulang alik duduk umah mak. Weekend jer balik umah sendiri. Bila tengok umah macam tak terjaga, itu yang pikir nak duduk umah sendiri jer... rumput kat luar umah pun dan tumbuh rumput liar.. hhhhhuhuu!!



Inilah rupa asal bilik no.2 sebelum di deko.bersepah dan tak berkemas. Barang2 biz pun masih belum simpan lagi.. hehe sesiapa nak penyangkut dan basket tu, inform la ekkk.. kasi lelong murah jer. Barang 100% masih elok lagi.

 
Semasa under construction... ada helper 2org yang sibuk juga.
Dan hasilnya....





Ini lah rupanya selepas di deko. Simple jerr.. janji warna biru... ada sikit lagi nak touch up. Tambah frame gambar, letak jam dan tukar bedsheet. Bedsheet tema dah di order. Tunggu sampai je. Tema apa??? Semestinya feveret anak.. kita tunggu......!! 


Komen iman : "waaahh!!! Lawanya KELAS nieee.. Pandai ibu buat! Iman suka lahh..."
Amboi!!.. dikatakan kelas pulak diaa... bila suruh gi sekolah tak nak pulak..


Note : masih hutang lagi gambar legoland. Sorry, laptop masih belum berbuka lagi... hehe sibuk ngemas umah...


Tuesday, November 20, 2012

Eye Test Part 2

Baru2 ni aku buat eye test. Sebelum nie pernah buat pada tahun 2010. Leh tengok kat link nie. Ni semua gara2 aku pergi exam penolong penguasa imegresen. Dalan exam tu ada pulak terselit pemeriksaan berat badan, dan mata. Part berat badan, kenal pasti warna semua lepas. Bila sampai part tengok huruf... tak sangka pulak sangkut. Bila pemeriksa tunjuk huruf yg besar semuanya ik. But, bila sampai yang bawah2, serius aku tak nampak..  main sebut jer... hehe. 

So, aku rasa aku dah rabun lah nie. Untuk pengesahan betul ke tak.. aku pun buat lah eye test baru2 ni kat alamanda. Cari kedai yg leh check mata. Bila tengok result, sah tahap kerabunan aku dah meningkat. Bila aku tengok balik result eye test yg dulu, jauh bezanya. Lepas nie kena pakai cermin mata la jawabnya ekkk?

Ni resultnya....


Result 2010

Friday, November 16, 2012

Nak lariii..!

Iman oh iman!!

Wednesday, November 14, 2012

Legoland Malaysia!

Tak sangka dapat jejak kan kaki ke legoland malaysia. Tak sangka di Malaysia ada satu tempat percutian yang sangat BEST dan terkenal di dunia ni. Seriusly, bila sekali dtg mesti kena dtg lagi....

Tips atau persiapan jika nak pergi Legoland Malaysia : (ni pengesahan antara review dr sesiapa yg pernah sampai ke sana)

1. Jika nak dptkan tiket murah, boleh la cari voucher yg ada menawarkan discount seperti dutch lady, readers digest, shell. Mesti redeem masa beli di kaunter kat sana. Beli tiket Online tak boleh.
2. Tapi, kalau tak nak beratur panjang kat sana, boleh beli tiket online siap2. Harga Normal price la ye. DEWASA RM140. KANAK2 RM110
3. Sediakan payung dan topi sebab cuaca sangat panas.
4. Kalau bawa anak, pastikan dtg lebih 4org sebab nanti ada yg boleh bantu asist anak kita masa kita nak main games. Boleh ganti2...
5. Kalau boleh elakkan dtg pada hari weekend, cuti umum dan cuti sekolah. Sangat crowded sebab perlu beratur sangat panjang setiap games yg nak di main.
6. Even sesuai untuk anak start 4y, but aku rasa sangat suitable anak 7y yg dah sekolah sebab dorang dah biasa dengan cuaca panas. Anak 4y ke bawah belum biasa terdedah dengan panas jadi ada yg akan meragam.
7. Yang ada baby, tak payah la bawa. Sian baby sebab tak sesuai untuk dia. Nanti kita pun kena jaga anak jer kat sana.
8. Lupa pulak, masuk jer entrance sila sewa stroller sesiap jika tak bawa sendiri punya. Sebab dalam legoland tu sangat BESAR!. Pasti anak korang tak larat nak jalan.
9. Bawa air kosong banyak2 sebab akan rasa penat dan dahaga. Makanan boleh bawa masuk. Beli siap2 pun takpe. Harga Makanan kat dalam UP.
10. Dtg lah awal pagi sebab pasti akan kuar sampai petang.
11. Beli souvenier sesiap kat dlm legoland sebab kat luar legoland tak de shop dah.

Best ke tak best???
Bagi aku best!.. but, tak best sebab kena beratur panjang untuk main setiap games. Almaklumlah dtg waktu cuti sekolah.... HUHUHU.. sangat teruja tengok kat bhgn miniland. Setiap bangunan di bina dengan lego...

Akan upload gambar kemudian sebab gambar betabur rata2.. dlm hp aku, hp asben, and camera compact. DSLR tak bawa... huhuhu!!...

Published with Blogger-droid v2.0.9

Wednesday, November 07, 2012

Shopping di IKEA

Sabtu lepas ada exam. Ahad pulak ke ikea sebab nak beli barang sikit. Kalau tak cari barang, memang takkan ke ikeanya sebab ia luar kawasan dan sana kan jalannya sesak... apa yang di cari sebenarnya???

Plan memang tgh nak cari almari baju untuk bebudak 2org nie jer. Sebab baju dlm drawer dah penuh dan baju gantung dah xleh tumpang dah kat almari kitorg.. hehe...

Memula jalan kat pameran pastu singgah kat bhgn wardrobe. Buat quotation untuk wordrobe yang boleh choose and design... but, keluar dari bajet.. jalan2 lagi sampai jumpa kat bhgn kids. Ada jumpa satu wardrobe yg sangat memikat hati... tengok harga on budget. Dan bila kira untuk 2 org, still on budget.. so  terus jer rembat 2 set..

Pastu, ada sikit terbeli barang di luar rancangan.. itu tetiba barang jadi banyak sangat... apakah barangannya itu?? Jeng!.. akan update kendian...

Dengan myvi agak2nya muat yak dengan semua barang yang di beli nie??? Dengan penumpangnua pun ada 4org dewasa dan 2 kanak2... mak and mak su pun ikut sekali...

Apa yang kami buat untuk muatkan barang dalam kereta? Harus lah kena 2x trip.. hehe.. antar dorg semua balik, pastu pergi balik ikea amik barang.. mula2 nak pinjam keta ayah tapi bateri keta ayah kena cas pulak.. dan jadilah MYVI bertukar jadi HILUX... KEHHHHHH....

Note : ada sorg brader tegur masa tgh angkut barang.. katanya "bang, kena beli keta besar sikit"... hehehe.. jgn riso.. mesin basuh 12kg pun muat... hehe....

Published with Blogger-droid v2.0.9

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...