Kawan-Kawan Saya

Nak Cari sesuatu?

Loading...

Monday, December 31, 2012

Kenangan di Tadika Khalifah Didik


Tinggal 2 hari sahaja lagi nak masuk Tahun Baru dan seterusnya nak buka sesi persekolahan yang baru. Seperti mana yang dah maklum, Tahun 2013 bermulalah perjalanan kehidupan kami yang baru. Semua rutin akan berubah dari biasa. dan Iman zafran serta Izzul Zafry pun akan bertukar sekolah dan taska. Semestinya aku lah yang akan paling sibuk dan berdebar saat menanti sesi persekolahan yang baru ni. Akulah yang akan angkut dua-dua beradik ni pepagi hari untuk hantar masing2 ke sekolah dan taska. Iman akan di hantar ke sekolah baru dia kat Presint 11, Putrajaya iaitu Tadika Khalifah Alaf Baru masih lagi di bawah francais The Little Caliphs dan si izzul pulak akan di hantar ke Taska Seri Perdana iaitu di bawah bangunan opis aku jer. Dan ayahnya pulak semestinya akan bermula dengan suasana sekolah yang baru.

Berbalik kepada tajuk yang asal, aku nak gamitkan memori iman di sekolah lama dia. Ermmmm.. sebenarnya tak tau nak cerita apa pasal perkembangan si iman ni. But, sejak sekolah ada lah juga perkembangan yang boleh nampak serba sedikit. Cuma, nak kata anak aku ni dapat catch up 100% tak la kan..lagipun baru jer masuk 4thn.  Selepas di selidik2 antara aku dan teachers iman nie, iman ni banyak menggunkan otak kiri dimana dia bukan seorang yang suka pada pembacaan. Dia lebih ke arah maths dan imaginasi. Segala hasil kerja dia penuh dengan imaginasi. Nanti korang tengok la hasil kerjanya.. hehe.. 

Ni nak masuk sekolah baru nie, tak tau la camner. sebab awal2 dia dah bgtau tak payah hantar dia gi sekolah dah sebab dia dah sekolah.. aduhai! sampai mimpi2 aku di buatnya. Harap2 jangan lah menangis sampai sebulan setengah lagi. Masak aku di buatnya nnt sebab aku yang akan hantar dia nanti... last2 aku pulak yang nangis pulak nanti.. ekekekek...


 ada juga gambar kenangan dia. Baru berumur 4tahun ye.


Ini antara buku-buku aktiviti iman di sekolah. kat LC mmg takde homework. so, segala buku mmg di simpan dan di siapkan di sekolah ajer. semasa sesi meet up dengan parents baru di tunjukkan hasil kerjanya.


Nak tengok ker hasil kerja iman zafran?? hehehe .
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.










Tengoklah hasil kerjanya. Dah memang "kaki pen". Asalkan dapat pensil or pen ker laju jer tangan dia menconteng. Bak kata teacher dia, "iman orang terakhir saya bagi pensil". Itulah jadinya juga bila imaginasi dah terlalu tinggi. Then, ada jer gambar tu jadi gambar lain..


ni pulak hasil kerja tangan dari iman dan di bantu oleh teachers


Lastly, letaklah gambar kenangan iman dengan teachers dan kenkawan yang sama kelas dengan dia. Kelas untuk 4tahun.


Thursday, December 27, 2012

Kalendar 2013

Lagi 4 hari jer 2012 nak melabuhkan tirainya... nampak gayanya tahun nie, entry berbloging agak merundum. Nampak sangat perbezaannya dengan tahun lepas.. ekekekkk.... maybe sejak beranak 2 nie kot.  Kot thn akan dtg beranak 3, terus lenyap dari berbloging.. huhuhu!..

Insyallah belum lagi kot plan nak menambah.. insyallah 2014. Tp, kalau ada rezeki awal apa salahnya.. cuma tak masuk dalam wishlist 2013 laa...

Tercapai ke tidak whishlist or azam 2012?.. errmm.. apa azam and wishlist aku 2012? Lupa laks takde update kat blog aritu... tapi, takpe laaa.. meh aku nak highlight balik... berjaya atau pun tidak..

1. Nak dapatkan berat seringan 60kg - BERJAYA la juga even kdg naik 61-62..

2. Nak dapatkan 2nd car - masih belum berjaya.. sambung 2013. Ekekeke...

3. Start duduk umah sendiri sepenuhnya - masih tak berjaya.. syukur berjaya tahun 2013.

4. Menyusukan izzul genap 2thn - sangkut sampai 1thn 7bulan jer sebab dia yang tak nak... uwaaaaaa!!

Itu jerr apa yang di azamkan 2012.. nampaknya 1 jer yang BERJAYA... HEHEHE.

INI pulak azam untuk tahun depan 2013.

1. Duduk di rumah sendiri - belum masuk 2013 dah BERJAYA! Hampir 5tahun menanti..

2. NAK turunkan lagi berat sehingga 57kg - hopefully leh control makan.

3. Nak 2nd car juga! - dah 3tahun forward nieee.... hopefully!

4. Nak kenaikan pangkat - harapan dah ada aritu tapi terpaksa tolak. Insyallah hopefully ada rezeki tahun nie.

Ok. Itu sahajalah.. kang tak tercapai di akal pulak nnt semuanya nak. Kita fokus  4 benda yang penting ni dulu... semoga tercapai pada tahun 2013... :)

Published with Blogger-droid v2.0.9

Monday, December 24, 2012

Kenduri Kesyukuran, Doa Selamat dan Tahlil serta Jamuan Hari Jadi


Alhamdulillah selesai sudah Majlis Kesyukuran, Doa Selamat dan Tahlil serta Jamuan Hari Jadi untuk anak buah aku semalam. Kenduri kecil sahaja untuk ahli keluarga dan kawan rapat sahaja. Insyallah next time leh jemput ramai orang.

First Of All, thanks buat semua tetamu yang sudi pada majlis kami semalam terutama saudara mara yang jauh datang ke teratak kami. So, dah datang jauh.. pasti ada cenderahati @ door gift untuk mereka. Aku order custom made surah Yasin, mini kicap (sapa dapat pasti tersenyum seperti aku dapat mula2 dulu) dan a cup of mineral water.

Surah Yasin ni aku order dengan http://www.creativelydesigned.com.my/. RM1.50/pcs (tak colour) untuk colour RM3.00. Aku lebih suka tak de colour. nampak lebih klasik.

Khas untuk tetamu ;-) Mini kicap tu aku beli kat kilang kicap kat sg buloh. kalau nak wat door gift pengantin pon ok! orang tak buang.. RM1.10. kalau amik 1000pcs RM1 jer..


Kenduri Kesyukuran ini adalah sempena :
  • Masuk rumah baru (walaupun dah berapa kali kuar masuk.. hehe tak pernah buat kenduri sejak masuk rumah)
  • Kenaikan Pangkat for My husband (hopefully lepas ni Myturn)
  • dan yang paling best My husband dah dapat tukar (dapat tau 3hari sebelum buat kenduri.. spt dlm entry yang lepas)

Syukur Alhamdulillah rezeki hujung tahun untuk kami.  Semoga tahun depan ada rezeki lain untuk kami.  Pada mulanya husband tak dapat tukar, but rezeki Allah nak bagi kan? tak kira waktu dan tempat dah.bila2 Dia leh bagi dan bila2 Dia leh tarik. Syukur sesangat even tak dapat PPD sepang, tetapi tetap tak jauh dari rumah. Tak perlu lagi keluar seawal subuh, bersesak di MRR2, dan mengadaikan diri di atas jalanraya yang jauh perjalanannya.. Dan yang paling penting dapat jimat $$ ni jugaa... 


Friday, December 21, 2012

SYUKUR ALHAMDULILLAH REZEKI 20122012

Di hari jumaat penghulu segala hari, aku berdoa ke atas MU dengan segala nikmat dan rahmat yang Engkau berikan kepada kami.. Alhamdulillah, penantian hampir 5tahum menanti.. akhirnya, Engkau makbul kan doa kami... syukran! aminnnn ya rabbal alamin... ;)

What the story? I will story laterr... ;)

Published with Blogger-droid v2.0.9

Thursday, December 20, 2012

20.12.2012

Cantik juga tarikh arini... tak de aper nak story cuma agak bizi sikit this week sebab ada benda kena uruskan...

Insyallah, semoga majlis berjalan dengan lancar... amiiinn.. ;)

Mode : Puas hati dengan hasil kerja www.creativelydesigned.com.my.

Published with Blogger-droid v2.0.9

Wednesday, December 19, 2012

Mereka Anak Saya

WhastAssap from asben yang ada dirumah dengan anak2.. super daddy la katakan! waaaceehh!!  Ada training solat ke kat rumah? ALHAMDULILLAH...

pssstt : gambar semalam upload arini..

Published with Blogger-droid v2.0.9

Tuesday, December 18, 2012

Paratha chicken and cheese

Hot and roll. Sapa pernah makan? Kalau makan mesti nak lagi. Sama mcm aku juga. Mula2 asyik duk order crunchy peanut butter jer. Pastu dah jemu makan tu, order paratha chicken and cheese pulaakkk.. haaaa! Bila dah suka, asyik nak ajerr... selalu beli kat bangunan depan opis nie jer. Kat cafe KPDNKK sebab ada bula stall kat situ.



La nie, bila tetiba rasa nak makan takkan nak ke sana semata2 nak beli. Tempat lain aku tak tau kat mana ada franchise nie. Yang aku tau kat berjaya times square je. Tak kuasa nak ke sana. Jadi, belajar lah buat sendiri. Ini praktis dari apa yang aku tengok jer la... ada bahan tak cukup. Takpe, janji rasa tetap ada.. hikks! Nam tau camner rupanya parartha chicken and cheese aku?

Jeng!!!




Inilah rupanya. Masa ni tgh masak atas kuali. Letak cheese bebanyak baru awesome!




Rupanya lepas masak.. hehe ada terhangit sikit.. 1st time cuba niee..





From google. Ini rupa kalau order kat hot and roll. Dapnya!




Kalau nampak signboard ni, gi la terjah... yang femes mcm gambar belah kanan tu. Namanya crunchy peanut butter, yg sebelah tu tak silap namanya black pepper beef.




Ni ada contoh jika nak order kat hot and roll...


Dah cuba pasti nak lagi!

posted from Bloggeroid

Monday, December 17, 2012

Weekend!

Weekend semalam and kelmarin kami hanya di rumah sahaja. Tak kemana2. Almaklumlah bukan musim gaji.. so, duk umah diam2.. tapi bukan leh duduk diam pun. Sebenarnya, kat rumah ada buat wiring sikit. 2hari tu ada org datang buat wiring. Jadi, memang tak leh kemana juga la kan. Duduk rumah layan kan budak, kemas rumah, basuh baju, basuh dapur and so on..



Pepagi kena sediakan breakfast dulu. Cantik pulak pinggan kitorg nie .. hehe layankan jer la untuk suruh budak2 ni makan.







Bagus duduk diam makan. Masing2 memang sakang semua nak makan sendiri. Nak terabur ke, nak tumpahkan air ke.. lantak la. Kat umah sendiri!.. janji nak makan..




Budak sorang ni lagi tamak. Tak cukup dalam pinggan, kat mulut lagi pastu siap nak tambah lagi.. issskk!! Menantu sapa la nie..




Nampak kosong jer ruang tamu nie. Sesi mengemop rumah.. tapi ada pulak artis berspentot buat konsert pulak!.. yang sorang lagi tu sibuk mengemasss..

posted from Bloggeroid

Saturday, December 15, 2012

so sweet!

1tahun 9bulan... perkembangan dari izzul. Alhamdulillah dah boleh cakap serba sedikit. Video ni di rakam masa nak tido. Setiap malam sebelum tido selali cakap dengan dia macam ni selepas baca doa tidur dan ayat kursi. Yang paling sweet bila dia panggil iman jadi maaaaa... hehe

Published with Blogger-droid v2.0.9

Friday, December 14, 2012

Legoland 2012

Kisah pun dah basi. Nak cerita pun dah lupa. kisah nya pun hampir lupa. nak cerita pun agak malas. Jadi, kita layankan gambar jer la ekk.. Janji ada juga kenangan 2012 ke Legoland Malaysia. pa yang penting.. Saya sangat kagum dengan LEGOLAND Malaysia.. Akan ke sana lagi bila anak dah boleh main semua games!





















Wednesday, December 12, 2012

12-12-12 Menariknya Hari Ini...

Wahhh! Pasti ramai teruja dengan tarikh arini kan? Last year kita dapat tarikh mcm nie. Yang pastinya tahun depan tak dapat lagi tarikh yang sama macam nie. Apa yang menarik dalam perjalanan kehidupan korang seharian ni?? Untuk aku, ada yang menarik dan ada yang kurang menarik... meh kita tengok apa yang menariknya hari ini...


Yang pasti, hari ini 12-12-12 bakal mencatat sejarah untuk bakal pengantin. Sebelum pengantin berposing, aku dan nad berposing dulu. Kat opis aku arini ada majlis perkahwinan untuk non-islam.. 


Kita berposing lagi.. cukup la takat 2 gambar ni. Kang kata over pulak. 

Paling ramai kaum cina yang nak kawin. Penuh luang legar JPN. Lebih kurang hampir 200 pasangan. 

 
 
Hari bersejarah untuk opismate kaki juga. Congrats to kavitha and hubby! 


Nad dengan kek pengantin. Nak juga merasa kek BESAR 12-12-12 


Ok! Itu abis bab kat opis... then, balik rumah ingat memang malas nak masak sebab penat. But, ada permintaan khas dari asben nak nasi goreng. Ok! Masak nasi goreng + telur dadar jer.. 


Siap nasi goreng den! 


Siap juga telur dadar den!.. jom makan!! 


Ok!! Itu sahaja yang menarik sepanjang hari 12-12-12 arini. Yang bab kurang menarik apa yang berlaku ari ini ialah.... 


Agak2 pukul berapa aku kena kuar rumah arini? 

Jam ni cepat 10min. Maka, pukul 6.30pg aku dah chow dari rumah. Apopasal aku kena kuar seawal ini? Ni semua gara2 12-12-12 la... apakah itu? 


Sampai jer belakang bangunan opis dah mula kereta beratur panjang sebab kena masuk opis sebelum pukul 7am. Waahh! Bagusnya org jpn masuk keje awal.. kihhhh!!.. kenapa agaknya ekkk?? 


Nampak tak?? Agak2 nya apa yang berlaku tu? Gara 12-12-12, bangunan jpn seharian di jaga dan di kepong oleh abg polis, staff kena masuk keja sblm pukul 7am dan tak boleh kuar bangunan sehingga abis waktu keje. Sila bawa bekal makanan siap2 dari rumah.. memang nyusah kan orang laa!


Ini yang berlaku pada hari ini 12-12-12. Perhimpunan bantah-duduk dari PKR utk dapatkan ic biru. Sorry to say la.. agak biadap bila mereka perlekehkan PERDANA MENTERI dan menteri KDN kita then, tetiba datang ke JPN nak minta terus ic biru (warganegara).. mcm nie ker nak jadi rakyat MALAYSIA? u all rasa adakah patut????? Tak sanggup aku nak tulis kat sini apa yang mereka "perlekehkan" tu.. korang try la google. Mesti dpt!

Mlm tengok berita, Dato' Seri Hishamuddin dah pun perjelaskan isu ini masa press conference petang tu.. 


So, Itu sahaja lah kisah menarik dan kurang menarik untuk hari ini 12-12-12..... Hopefully, hari ini menjadi hari yang bermakna bukan korang semua. Catatkan lah apa yang berlaku hari ini sebagai kenang-kenangan. :-) 



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...