Kawan-Kawan Saya

Nak Cari sesuatu?

Loading...

Wednesday, January 23, 2013

Rabu Tanpa Kata : ALSD2 vs HERBALIFE


Alpha lipid vs herbalife... Which one is better?

Ermmmmmm......

;)

Tuesday, January 22, 2013

Hobi terbaru...

Lately blog tak berupdate sebab ada hobi baru.. ekekek alasan! Sebenarnya mood M sedang menyerang...

Hehehehe...



Mengumpul barangan tupperware adalah hobi terbaru. Set yang ntah ke berapa pun x igt... akhirnya memiliki jua freezer mate ni!



Sedang sibuk membaca buku katakan.. setia hujung nyawa. disebabkan citer kat tv3, harus baca novelnya..




Sehangat asmara! Yang ni dah khatam! Tak sabar nak tengok dramanya. Disebabkan xder astro apatah astro hd, nasib unifi membantu.. kena tunggu org upload kat intenet la dulu...




Hobi terbaru makan biskut ni cicah milo ke kopi ker.. sedapppnya!

posted from Bloggeroid

Thursday, January 17, 2013

Medical Health Check Up

Pernah citer pas nak buat health medical check up masa beli voucher kat dealmates sempena besday asben tempohari. Voucher ni valid untuk redeem start january. Masuk january terus booked sebab nak buat awal. Tak nak tangguh2 dah...


So, sabtu lepas 12/1/13 aku and asben ke hospital pantai di cheras untuk buat health check up. Ini beli health check up yang basic jer.. sampai sana terus register dan dengar serba sedikit penerangannya.. then, dorang suruh gi amik air kencing dan amik darah.


Thats all! Itu sahaja.. bagi kat dorang dan lepas tu leh balik. Hari isnin dtg balik untuk amik result. Sebelum tu, sehari sebelum kena puasa 10jam...



Waktu operasi kat sana.




Ni lah voucher dari dealmates. Rm98.. tapi kecewa aku sebab kat sana pun dorang cuma caj rm100 jer. Xder la murah mana pun kat dealmates tu. Rasa tertipu uuuuuuuu...!!




Hehe... kena amik air kencing dulu...



Disebabkan agak nerves, so x banyak la gambar di ambil... pas amik air kencing, terus gi amik darah... orang laki kalau tak pernah amik darah, cam gitu ek gayanya?? Hehe lawak je aku nengokkan laki aku amik darah...... org x pernah buat katanya.. mcm fobia semacam la pulak...


Then, hari isnin 14/1/13 aku kuar opis awal semata2 nak amik result. Sampai sana, terus dapatkan report dan tunggu jumpa doc untuk consultation.



Selepas diterang2kan pasal result tu.. alhamdulillah aku punya result semuanya baik belaka dan cantik jerrrr.. cuma air kencing jer ada kotor sikit... lega rasanya.. tak sia2 sejak akhir2 ni aku jaga makan dan diet..



But, agak tidak baik untuk result asben aku. Ada 3 benda agak tak cantik la bacaannya. But, doc kata masih tahap tak membimbangkan lah cuma kena amik langkah berjaga2... first pasal sel darah merah kurang, second, kolestrol tinggi dan third bacaan untuk buah pinggang boderline. Doktor kata mungkin sebab kurang bersenam dan kurang minum air kosong. Exactly tetap sekali!... lepas ni memang kena lah jaga2... orang kurus memang kolestrol tinggi ek? Aku pun heran kenapa kolestrol dia tinggi padahal yang banyak makan aku, yang suka makan ayam goreng pun aku... dia pulak jenis kurang makan tapi boleh kena kolestrol tinggi pulak. Ermmm..



Pastu asben aku request nak wat ECG. Nak check jantung. Sebab pas dia berhenti merokok 5thn lepas, tak pernah check lagi. (Ikutkan dulu dia memang seorang perokok tegar).. alhamdulillah result ecg ok. Xder masalah. Bayaran untuk ecg rm57.




Result ada dalam ni. Leh bawa balik dan simpan.


Lepas tau result, bila aku tanya asben nak makan apa arini? Terus dia cakap x nak makan. Kolestrol tinggi...! Pulok dahhh...




Note : start semalam aku dah start suruh dia minum green tea tiap2 mlm mcm aku. Insyallah membantu... banyak kelebihan green tea ni. Aku dah 4bulan amalkan... badan rasa ringan jer!

posted from Bloggeroid

Wednesday, January 16, 2013

Ost sehangat asmara

Watch "OST Sehangat Asmara - Awie & Adira (Ratuku 2013)" on YouTube

Serius best! Tak sabar nak tengok rita rudaini dan adi putra.. antara pelakon pujaan hati...!

Tuesday, January 15, 2013

Sehangat Asmara

Blog tak berupdate gara2.... . . . . . . . . . .
Sikit jer lagi nak abis.. pasni blog akan berupdate.... Nak citer pasal screening health check up.. Till later... ;)

Wednesday, January 09, 2013

WW : NEW LOOK FOR 2013

Happy wednesday! Dengan senang hati iman dah tak nangis ke sekolah sejak hari ke3.. yahhhoooooo..!! Dah pandai berdikari..

Published with Blogger-droid v2.0.10

Tuesday, January 08, 2013

Ular Sampah Masuk Rumah


Ni kisah hari Ahad lepas di rumah mak aku. Malam Sabtu aritu baru jer tengok Fear Factor selebriti yang kena duduk dalam limpahan ular. memang geli geliman lah aku! Kalau aku masuk sudah tentu aku jadi mcm didi alias.. ekekekeke..

Kisahnya pagi Ahad tue, mak aku ternampak mcm cicak tersepit tepi pintu kabinet. Baru nak nolong cicak tu. Tetiba nampak macam ada benda melingkar.. Sekali tengok betul2 ada ular nak makan cicak! Menjerit lah mak aku.. Terkejut aku dan adik aku.. kebetulan yang ada kat umah aku, mak aku dan adik aku serta 2 orang hero aku jer.. Ayah aku masuk wad, asben aku balik kampung.

Jadi, dijadikan cerita kami 3 beranak memang takut ular.. So, panggil penyelamat la.. Lelaju la aku call JPAM minta bantuan. Serius, tak berani aku nak menangkap ular tue even tak besar mana pun.. Sesekejapan jer pihak JPAM datang. Abis di korek2 tepi pintu kabinet mak aku tue. Akhirnya! keluar juga ular tue, Terus ada sorang JPAM pompuan nie pijak dan tangkap ular tue. Berani nya budak pompuan nie! Pihak JPAM kata ni ular sampah namanya. Tak bahaya dan memang selalu masuk umah orang. Ular tu dorang letak dalam satu bekas bersama dengan ular sampah lain yang dorang baru jer tangkap kat satu rumah sebelum dtg umah mak aku nie.




Ni lah ular sampah yang masuk dalam rumah mak aku. Nak kata kecik sgt tak juga. Tapi tak la besar sangat!

Risau aku di buatnya bila ular dah masuk umah ni. Hopefully, takde la yang masuk lagi. Terima kasih untuk pihak JPAM.

Monday, January 07, 2013

Masalah Tiada Air...

Apa jadi kalau tak de air? orang kata biar takde letrik jangan takder air.. kalau takder air, macam2 benda susah nak buat apatah lagi yang melibatkan nak membuang air kecil dan air besar. Seperti semua tahu, di kawasan ampang mengalami masalah bekalan air. Atas sebab apa??? itu tak pasti tapi yang di dengarkan disebabkan empangan di wangsa maju pecah.. pelik.. pelik rasanya dah 10hari masalah ni. Takkan tak selesai lagi????

Susah wooo takder air. Sian mak dan ayah aku kat umah. Dah la oraang tua, ni pihak Syabas takder anta air pun dalam masa seminggu. Kata nak antar tapi tak nampak pun.. Nasib la orang bujang sebelah hantarkan air untuk mak ayah aku.. Terima kasih banyak2.

Kebetulan semalam baru nampak berbiji lori tangki air datang. Syukurrr..! dapat lah juga menadah apa yang patut. Bilalah agaknya nak selesai masalah ni ekk..? aku paling sian orang yang duduk umah flat. lagi2 depan umah mak aku tu. Falat takde lif. Bayangkan nak mengangkut air sampai ke tingkjat 5.. Mampus!


memasing bawalah segala tong, baldi yang ada untuk menadah air.. sian kamiiii..


Hopefully pihak Syabas dan kerajaan Negeri Selangor cepatlah selesaikan masalah ini. Susahkan para pengguna dan penduduk lagi2 untuk orang tua-tua dan duduk di umah flat... huhuhu!


Saturday, January 05, 2013

Hari Ke 2 Dan Ke 3

Hari pertama nangis dan meraung
 Hari ke2 nangis je 
Hari ke3 TAK NANGIS! 

Pada hari ke2 sekolah, pagi2 dah kejutkan bangun. Hari ni ok jer.. takde babak paper pun.. cuma dia nak bawa senapang ke sekolah!.. ni habuan dari permintaan dari dia lah bila dah ke sekolah. Syok la tu dapat senapang! Actually dia minta mcm2.. nak topeng and pedang pastu nak sticker. But, bila xder, belikan je la senapang sebab dia mmg ada request "pistol besar". Aritu beli pistol kecik dia taknak. Dia ni mmg suka besar ajerr.. semua nak biggest! Beg dah penuh pun tetap nak sumbat senapang dia tue.. bila kita tak bg, ada jer jawapannya... 

" sek baru, tcer kata boleh bawa mainan" 

Nak kata apa bila dia kata mcm tue? Xper la.. aku lepaskan jer la untuk 2hari ni. Next week no more mainan bawa ke sekolah! 


Inilah senapang yg di bawa ke sekolah. Mesti terkejut cikgunya nampak senapang nie!.. hehe 


Bersungguh2 minta nak bawa senapang ke skolah. 


 Arini sabtu and esok ahad cuti. Isnin sambung sekolah balik. 
Hopefully takde la sambungan drama lagi.. :) 


Friday, January 04, 2013

Im ready go to school - Tadika Khalifah Alaf Baru

Wahhh!! Tajuk mcm betul2 excited nak le sekolah je kan?... inilah kisah si iman zafran nak ke sekolah semula. Seminggu sebelum hari persekolahan, hari2 aku ingatkan iman supaya gi sekolah nnt. Ini antara jawapan dia :

"iman dah sekolah dah. Tak payah hantar iman sek mana2"..
"Tcer iman kata kat sek baru tu ada tcer gemuk. Tcer gemuk tu garang"
"Kalau ibu antar iman sek, iman buang sek tu nanti"
"Iman xnak sek. Sekolah tu tak best. Cuti lagi best"

Dia kalau cakap memang bukan main lagi. Tapi, jiwa sensitif. Hehe

Puas aku memujuk sampai aku mimpi ngeri di buatnya.. kenapa mcm tu ekk? Hehe.. aku tak pernah citer kat sini pun....

Actually, dari tahun sebelumnya yang iman nie mmg banyak drama setiap kali nak ke sekolah. Sebelum ni mmg atuk and nenek dia yang pergi dan hantar. Jadi, nenek dia citer hari2 ada drama dia.. nak tengok tv la, nak minum susu la, nak makan dulu la, nak terberak laa... pastu akhirnya gi sek lambat. Ada jer benda dia request sebelum gi sek. Pergi sek tetap nak gi tapi sebelum gi tu mmg banyak drama.

So, pagi hari pertama gi sek kelmarin mcmane? Ramai yang tanya apa drama dia?.. hehe Drama pertama, seawal jam 6pagi dah kejutkan dia. Pastu main kejar2 atas katil. Then, minta nak mandi air panas. Dah siap pakai baju request nak bawa bekal pergi sek. Sambil tu mulut tetap bising cakap "tak payah hantar iman sek. Iman dah gi sek dah.."




Kami berdua dah ready nak ke taska dan tadika yang baru.. testing untuk hari pertama!




Now, rutin aku pulak menghantar dan mengambil dorang. Hari ni aku cuti tapi tetap pakai baju kerja sebab kang iman ingat aku cuti lagi payah aku nak hantar dia. (Apasal tetiba muka aku dah macam juon pulak nie. Putih semacam.)

Mula2 antar izzul dulu kat taska jpn. Pastu baru ke arah tadika iman. Izzul ok ker. Tak nangis pun. Lupa laks aku nak snap gambar.








Ni drama depan pintu sek. Dah mula mengeluarkan airmata.. huhu manja sungguh anak aku nie.

Mula2 ok jerr.. pastu nangis pulak.. tapi tetap masuk juga dalam sek. Aku tunggu kat luar jer sampai pukul 10am sebab tunggu member aku (lin) antar anak situ juga untuk 4year. Anak dia nangis sampai peluk badan mak dia. Aku sambil tu tengok iman. Mula2 nangis pastu ok daaahh.. dia nampak aku tengok kan dia. Nasib ok!

Lepas tu aku and lin ke jpn balik sebab lin nak tengok anak dia yang kecik (baru 3bln). Next week dia masuk keje dah. Tu yang dia testing antar anak 3org.. pas sarapan, kitorg ke alamanda dan mydin jenjalan sambil beli brang untuk anak serta makan lunch terus.



Kitorg makan kat kedai beriani tapi tak amik nasi beriani. Amik nasi mandy ayam roasted nie.

Pastu, dah kul 3 lebih terus ke jpn. Solat dulu. Dah kul 4 lebih barulah amik budak2.

Sampai tadika iman tu, iman tengah tidur... amik juga la.. yang kelakarnya sampai tertukar baju dengan aqil (anak lin) gara2 beg sek sama. Lawak sungguh!. Takpe la, baru 1st day. Cikgu x tau lagi.

Dalam kereta iman terus cakap.. "ibu, sek iman bestt.. ramai kawan, ramai tcer. Tcer semua baik. Tak garang pun".. hehe aku ckp esok leh la gi sek lagi. Dia kata "tak yah gi sek da.. iman dah sek tadi.. bessssst" "kenapa ibu tengok iman belajar tadi? Ibu gelak2".. oo perasan rupanya aku perhatikan dia..

Huhuu....!! Aku garu kepala!...


posted from Bloggeroid

Wednesday, January 02, 2013

Aktiviti 01012013

Alamak! Terlambat update kisah semalam. Ingat nak update siang tadi tapi tersangatlah bizi memandangkan new year, so new routine lah. Berubah 100%. Arini aku update kisah aktiviti semalam. Esok aku update kisah arini ekkk.. Apa yang berlaku sepanjang 01012013. Aktiviti untuk 1st day in 2013...
Bangun pagi, gosok gigi, siap sarapan, boleh makan. Sarapan dulu baru mandi. Buat sarapan mushroom soup dan roti bakar jer. Then, basuh baju dan mengemop rumah. Pastu rilex goyang kaki sambil tgk ISTANBUL AKU DATANG lagi.. ntah bape kali repeat pun aku tak ingat! Aku suka citer dia yang sempoi tapi best!
Pastu tengahari masak jantung pisang masak lemak, sambal sotong dan ikan sebelah goreng.. Pas masak, makan2.. pastu tidurkan budak2.. sambil tu aku leh wat aktiviti memanjakan muka.. hehe dah lama tak wat benda alah nie.
Amik mask, pasang kat muka sambil zzzzzz! Nyamannyaaa.. upss! Sebelum tu main hantu2 ngn anak dulu sebab dorang terkejut muka aku yang bertopengkan hitam nie!.. yang mask putih tu best.. nyaman nyaaaaa...
Pas tidur, agak petang pas asar bawa anak2 ke tesco nak cari barang sikit untuk sesi persekolahan esok... kejap je. Xleh lama2 sebab esok nak sek so kena tidur awal.
Sebelum balik singgah KFC sebab iman request nak makan ayam goreng (sejak 2 menjak ni dialah pencinta ayam goreng)
Sampai umah, kemaskan barang2 yang beli tadi dan gosok baju untuk esok hari.. orang malas memang gosok ari2.. hehe Itulah aktiviti kami utk 01012013. So, apakah drama sebabak yang di lakonkan iman pada keesokan harinya?? Will be update!..

Tuesday, January 01, 2013

Welcome 2013!

Happy New Year 2013!!!...

Assalamualaikum wbt....

Permulaan yang baik dan hari yang baik. Syukur alhamdulillah masih lagi di panjang kan umur. Semoga tahun nie, azam yang di impikan akan menjadi kenyataan.. barulah ada kesinaran dalam kehidupan kita kan? insyallah!

Apa azam aku tahun nie? Dah pun tulis pada entry yang lepas. So, mulai hari ini... bermulalah langkah2 untuk mencapai azam yang di inginkan sebelum labuhnya tirai 2013. Hiksss..!!




Apa yang penting, bila tahun bertambah, umur pun bertambah...tahun ni aku 29thn! Perghhh! Mcm tak caya jer. Rindunya zaman awal 20an... Jadi, marilah kita mempertingkatkan tahap kesihatan kita yang lebih baik. Focus untuk menjaga kesihatan badan sebelum datangnya pelbagai penyakit. So, aku pun dah mula untuk mengambil serba sedikit supplement untuk pertingkatkan imun badan supaya sentiasa lebih sihat!... almaklumlah, lately badan asyik letih jerr..

To all... semoga tahun ini akan menjadi lebih baik dari tahun sebelum. Masih lagi boleh menanamkan azam untuk tahun ini supaya kehidupan kita bertambah baik hendakNya. Happy new year!

posted from Bloggeroid

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...