Kawan-Kawan Saya

Monday, March 25, 2013

Izzul Zafry - 2 Years Old


240311-240313 Genaplah umur kesayanganku izzul zafry 2tahun. Sekejapan je masa berlalu. Alhamdulillah membesar dengab sihatnya...

Semalam sempat bawa dia ke kidz paradise untuk celebrate besday dia. Just bawa berjalan sahaja. Takde sesi potong kek pun sebab dorang tengah sedap bermain. Janji dengab opismate juga untuk togather bawa anak memasing. Almaklumla.. izzul dan asyraf sama tahun dan bulan lahir. Beza beberapa hari sahaja....

Sakan ini budak...

The besday boys..

Nak update juga misi sepanjang 2tahun selepas kelahiran izzul...

1. Misi penyusuan badan sepenuhnya - misi tak berjaya.... huhu hanya berjaya setajat 1thn 7bln. Takpe, sekurangnya lebih 18bulan menyusukan dia.. syukur atas nikmat tuhan.. ;)

2. Misi menurunkan berat badan below 60kg - haaa.. yang ini berjaya!!. Semalam timbang still dalam 58kg-59kg. Sukanyaaaa... pasnu maintain kan jer laa.. :)

Kan.. kan...

Tuesday, March 19, 2013

Pengalaman PAC Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat S27


Salam semua..

Dah lama tak update blog tetiba nak update blog kan? apakah mimpi di siang hari? sedang membuat kerja sambil tu leh la nak menaip serba sedikit pengalaman Program Assessment Center (PAC) untuk jawatan Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat S27 yang aku hadiri baru-baru ni kat Rumah Seri Kenangan, Seremban.

Ahad - 17 Mac 2012
Asalnya nak joint PurpleWalk kat Putrajaya terpaksa di lupakan...pepagi 6.30pagi dah keluar rumah. Dari rumah, setengah jam je dah sampai. sampai dlm pukul 7pagi. Gi sarapan dulu baru pergi daftar. Sampai sana nanti akan ada 2 kaunter. Atu kaunter JKM untuk serahkan segala borang dan kaunter SPA untuk serahkan skrol dan transkip belajar. Nanti akan dapat nombor peserta untuk di gantung supaya memudahkan penilai untuk menilai. Then, ada taklimat tentang PAC. 

 Aktiviti 1 - Menjawab soalan Pshychology sebanyak 185 soalan daripada pihak SPA dalam masa 40minit. jawab secepat mungkin. Tak payah pikir bagai sebab semua soalan pasal diri kita.

Selepas Jawab peperiksaaan, dapatkan nombor kumpulan memasing untuk aktiviti.

Aktiviti 2 - Lawatan. Akan di bawa melawat penghuni Warga Emas di situ. Segala tingkah laku akan di nilai mulai saat ini. Pepandai la korang layan warga emas di situ. Jangan rasa malu, takut atau geli untuk melayan orang tua yeaaa... Sedih aku tengok warga tua kat situ, but alhamdulillah.. masih ada tempat perlindungan di situ.

Lepas minum pagi

Aktiviti 3 - akan di beri satu contoh kajian kes. Kena kaitkan kajian kes tersebut dengan peranan-peranan JKM dan sebagainya. If ada agensi yang lain terlibat boleh terangkan sekali. Pastikan korang cuba bercakap even tak tahu apa peranan JKM.

Makan Tengahari dan Solat Zuhur
Dapatkan semula nombor kumpulan yang baru pulak

Aktiviti 4 - Penyelesaian Masalah. Ada contoh keratan akhbar. buat perbincangan dan menyelesaikan masalah tersebut secara professional. (tips : buatlah seperti stimulasi meeting)

Minum Petang

Aktiviti 5 - Ada 2 game masa nie. lebih kepada aktiviti phschology game. Game 1 : tengok gambarajah dan decide 1 jawapan sahaja. Game 2: ada satu cerita dan pikirkan secara rasional serta buat keputusan.
 

TAMAT

Lupa nak bagitau. Handphone dan gadget bagai semua kena diserahkan kepada pihak urusetia. Tak boleh nak google cari maklumat bagai ye kenkawan. Please standby dari awal.
  

Alhamdulillah aku dah lepas Fasa ini. Sebelum dapat PAC ni, kena hadir dulu peperiksaan. Jika berjaya baru akan di panggil untuk PAC pulak. Jika lulus PAC, baru lah akan dipanggil temuduga pulak. Sekarang nie bukan senang nak masuk kerja kerajaan, semakin susah nampak gayanya. Pesaingan pun terlalu senget.  cuba bayangkan statistik untuk jawatan ini shj :

Permohonan : 40k lebih
Berjaya di panggil peperiksaan : 2k lebih
Berjaya ke PAC : 1k lebih

Kekosongan : 84 org shj
simpanan : 70 org

Pengsan!!!

But, seminggu nak ke PAC, berdebar2 aku di buatnya. Almaklumlah ni kira batch pertama yang kena PAC. Sekarang SPA wajibkan ada PAC untuk semua jawatan. Nak google, tak banyak yang aku dapat. Mostly yang ada semua kepada PTD dan gred 41 jer. PAC yang untuk Penolong Penguasa Imegresen KP27 aku dah lah tak pergi. So, kat sini aku sharekan lah untuk kenkawan. Hopefully korang berjaya. Kalau ada rezeki untuk aku, alhamdulillah.. Kalau tak de, syukur dengan kerja yang sedia ada.. :)




Tuesday, March 12, 2013

dah lama tak update blog...


hiiii...!
dah lama blog ini tak berupdate. sejak ada hobi baru nie, blog terus dilupakan..
hehehe sorry la xder mood nak berblog dah skang nie. Nak berFB pun agak kurang dah.
cuma ada aktif sikit kat instagram jer.. itu pun kekadang suam2 kuku juga..


Ada benda nak update juga tapi rasa malas nak update sebab malas nak menaip...
sebab tu selalu update kat instagram ajer... 
setiap gambar memberi 1000 satu cerita.


skang tengah sibuk menjahit manik dan juga sibuk main game candy crush jerk!
ekekeke.. itulah hobi baru aku.... 
agak2 sesapa main game tu, sesila la rajin bagi NYAWA kat aku..
 hehe


takpe la.. aku upload video nyanyian iman zafran sebagai hiburan.
.......

video

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...