Kawan-Kawan Saya

Nak Cari sesuatu?

Loading...

Monday, September 30, 2013

Mengandung Dan Demam



23/9/13 - 29/9/13 adalah minggu sakit kami sekeluarga secara berjemaah. Serius, kali ni kena demam memang teruk. demam semua serentak dan melebihi 5hari. Sehingga hari ini, asben aku jer lum recovery sepenuhnya. Hope dia cepat baik hendaknya.

nak cerita terlalu panjang kisahnya. Cuma hanya boleh di simpulkan dengan gambar ini sahaja :

stok ubat kami yang dapat sepanjang sakit last week. 
Boleh buat stok untuk setahun. huhuhu!



Thursday, September 19, 2013

Gambar Scan 3D/4D : 29 Minggu

Assalamualaikum wbt..


Seperti entry yang lepas aku ada maklumkan yang aku nak buat 3d/4d scan baby kan? Alhamdullilah dah dapat tau jantina dan dah dapt tengok muka baby. Walaupun pada permulaannya agak susah nak tengok tapi akhirnya dia tunjuk juga mukanya.


Lepas maghrib dah terpacak kat klinik Fauziah Ampang. Masa sampai tu ada patient lain tgh buat scan. Tunggu dulu. Dalam 8.20pm, baru dapat masuk. Mula2 baby taknak tunjuk mukanya. Sebab dia tidur. tangannya tutup abis kat muka. gerak2kan dia baru lah dia alihkan tangannya.


Baby sangat mengantuk! tidur ajer dan asyik menguap ajer. Sonographer Jezlyn kata dia belum makan itu yang dia tidur. Silap aku tak makan dulu sebelum datang. hikksss!


Jom tengok muka baby IZ...




Jantina? tengok pic ni leh tau dah kot kan...
i will to be as a SUPERMAK for SUPER ULTRAMANs!


video
sedikit video of baby IZ



Nota : mak dah buntu nak bagi nama anak ni. Any idea for IZ..................???


Wednesday, September 18, 2013

Check Up 7months : MGTT



Assalamualaikum wbt..

Semalam 17 sept 2013 kena minum air gula kali ke2. Biasalah bila ada keturunan diabetes ni, kena MGTT 2x. Kali pertama aritu bacaannya sebelum dan selepas sama jer 4.4mmol.. hehe sebab apa sama? sebab aku termuntah but aku tak bagitau misi seba kalau aku bgtau, confirm kena repeat.. hiksss!

Selain buat MGTT, aku kena jumpa doc juga untuk scan 7bulan. tengok kedudukan baby dan keadaannya. Nasib xder la aku menunggu sesaja je 2jam. Alhamdulillah, semua ok cuma kedudukan baby je masih breech lagi. Baby, cepat lah berpusing di kedudukan yang sebenar... 

im 29week!


details pemeriksaan untuk 7bulan


berat terkini 67.5kg, hb : 12.8g/dl


nampak tu... Presentation : breech, placenta : upper


Inshallah, bila uri di atas, ada can la baby nak berpusing sehingga di kedudukan yang betul... ;)


Wednesday, September 11, 2013

Appointment 3d/4d scan


Assalamualaikum wbt ;)


Insha Allah jika takde aral melintang Jumaat ni akan buat 3d/4d scan untuk intai baby. Dan harap-harap baby tunjuklah jantinanya. tak sabar rasanya... 

If, sesiapa nak booking buat 3d/3d scan nie, boleh lah buat appointment dekat www.bayi-ibu.com . Ada beberapa tempat lagi di tawarkan perkhidmatan ini. Aku memilih kat Ampang, sebab senang nak balik rumah mak selepas tu. Tak jauh dah dari rumah mak aku. Waktu yang sesuai buat 3d/4d scan nie masa 26-30week baru gambarnya cantik. Harganya di sini RM120 dapat gambar dan CD sekali.

17/9 pulak kena prepare untuk 2nd MGTT pulak. Seksanya rasanya. Kalaulah boleh lari... nak jer aku lari dari MGTT. Benda paling aku x suka kena buat time mengandung ni. Hopefully, result pun Ok!

Tuesday, September 10, 2013

Welcome To 3rd Trimester

Asssalamualaikum wbt :)

Alhamdulillah dah pun masuk 3rd trimester. lagi 12weeks (3bulan) sahaja lagi nak meletup. hukhuk! debaran semakin terasa la pulak. Asalnya memang tak terasa pape pun sebab tak planning nak mengandung tahun ni tapi disebabkan rezeki awal datang, daku terima sahaja.

Dah masuk 7bulan baru aku terpikir nak cari dan buat persediaan barang baby. baju lama belum punggah lagi, set bersalin belum beli, tukang urut belum cari, persediaan dlm berpantang pun belum terpikir lagi. Tak tau nak mula dari mana.. maybe dah masuk anak ke-3 ni, persediaan buat endah dan tak endah jer kan. kalau tak dulu, setiap bulan berjalan sokmo cari persediaan nak bersalin dan barangan baby. maybe semua beli online jer la kot...

bersama kawan-kawan yang akan saing meletup sekali. bermula dari aween (baju biru), aku dan sal (baju merah) saing bulan 11 dan bulan 12. beza dalam 2-3week jer. 2 confirm baby boy.. aku belum lagi. inshallah jumaat ni baru dapat tau kot.. agak2nya baby apakah itu? hope baby tunjuk la jantinanya.. baru semangat nak prepare barang bersalin nanti. ;)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...