Kawan-Kawan Saya

Nak Cari sesuatu?

Loading...

Thursday, January 23, 2014

Pengalaman bersalin bayi yang ke-3

Assalamualaikum wbt....

Baru berkesempatan nak update. Yess! Bersalin sudah, berpantang pun sudah. Sekarang tgh menghabiskan sisa2 cuti yang tggl sebelum masuk kerja semula. Lebih kurang ada sebulan seminggu jer lagi nak bersuka ria. Kejap jer masa berlalu. Kalaulah boleh pause masa ni, kan seronok..

Oklah.. ni aku citer secara ringkas jer pengalaman bersalin hero yang ketiga! Pengalaman yang pernah aku lalui :
1. 2008 - bersalin anak pertama - normal vakum
2. Mac 2009 - keguguran - dnc
3. Okt 2009 - keguguran - fully abortion
4. Mac 2011 - bersalin anak ke 2- normal
5. Dis 2013 - bersalin anak ke 3 - cesarian

Owhh! Kalau jadi, 5 org anak aku. Hebat tak???

Meh aku citer kisah bersalin kali ni:

EDD : 29/11/13
BERSALIN : 3/12/13 , 6.18AM
PPUKM
CESAREAN
2.99KG

2/12/13
check up terakhir 40week. Masa ni aku dah pun lebih 3hari dari tarikh due. Jumpa doktor. Doktor check semuanya ok. Kepala baby dah pun engage. Tunggu masa jer. Takde pape, balik rumah. Terus balik ampang. Sempat singgah makan ayam penyet wong solo.

3/12/13
1.30am - tersedar dari tidur. Tetiba rasa sakit belakang. Sambung tidur balik.
3.30am - tersedar balik. Rasa mcm sakit belakang. Masuk tandas buang air kecil. Tinjau2 la kot ada tanda tapi xder.. nak sambung tidur tapi tak boleh tidur. sambil2 tgk tv jap.. contraction main2 kot masa nie.
4.00am - mula rasa sakit2 tapi x kerap. Dlam setengah jam sekali. Confuse aku betul ke sakit ni. Tapi x la teruk sgt.
5.00am - rasa lain mcm. Gi toilet check kejap. Uit! Ada darah. Banyak gaks.. wpun contraction belum kuat, aku kejut asben ajak pegi hospital juga sebab darah yang keluar banyak la juga.
5.15am - sampai hospital. Mcm biasa kena amik air kencing, tekanan darah. Lepas tu, buat ctg. Doktor dtg check bukaan. Doktor kata dah buka 5cm. Boleh tolak ke labor room. Haaa! Terkejut aku... cepatnya buka. Terus nak tolak labour room. Doktor nak pecahkan air ketuban tetiba doktor kata air ketuban takde. Heran aku. Aku xde rasa air ketuban bocor pun sebelum nie. Then, kebetulan jantung baby lemah. Terus doktor decide nak buat emergency. cesarean shj. Tak semena2 aku kena buat keputusan cepat even aku rasa aku boleh bertahan lagi.. hukhuk. Nak tak nak, sign juga la surat utk operate. Sedih rasanya sebab peluang utk normal ada.. tapi demi keselamatan aku dan baby, asben pun relakan jer. (Actually, doktor yg handle masa ni yg kelam kabut)
5.50am - siap sedia utk di tolak ke OT.
Berdebar laks rasanya. Bedebar lebih rasa kuat dr contractions. Sampai bilik operate, apa benda prosedur ntah aku tak igt. Yg pasti ada nurse dtg nak bagi aku ubat bius. Dia letak oksigen kat muka aku then dia suntik bius. Terus aku tak sedar apa dah masa tu.. Bius satu badan rupanya.. mmg aku xtau apa dorg buat dah masa tu.
6lebih - nama aku di panggil2. Aku dln keadaan mamai. Cuba igt semula apa tjadi kat aku. Terus aku tanya kan baby aku mcmane? Alhamdulillah semuanya selamat.... terus di tolak ke wad.

Alhamdulillah rupanya tepat 6.18am baby boy yang ke3 keluar dari perutku yang buncit ini. Seberat 2.99kg. Patutlah tiap kali check up misi kata baby kecik. Kecik sikit dr abg2nya yg lain.

Sampai dekat wad, aku x dpt jumpa baby lagi. Baru aku tau kalau czer, selepas 6jam baru dpt jumpa baby.. susahnya bersalin czer nie ek. Seharian x boleh bergerak. Kena baring je. Dorg tak bagi bergerak. Malam tu, pihak hosp jagakan baby. Aku boleh rehat secukupnya.

Esoknya barulah aku digalakkan bangun dan berjalan. Aduh!! Mula2 nak bangun tu mmg sakit. Tapi ku gagahkan juga nak berjalan ke toilet. So, adiah untuk bersalin czer ialah penginapan di hospital 3h2m. Tabahkan lah hati duduk hospital...

Syukur alhamdulillah... selamat juga aku bersalin even dah lewat sampai hari ke4. Wpun bersalin secara czer, aku bersyukur sgt sebab semuanya selamat dan dipermudahkan. Mmg tak sangka kali ni bersalin secara czer. So, aku dah ada pengalaman bersalin normal dan czer. Aku pilih normal!

Balik rumah, sambung sesi berpantang pulak..
Tentang berpantang nnt kita citer lain ekk..


#jenuhmenaippakaihpjerni.





The latest my baby - DAY 51
dah pandai sembang
IHRAZ ZAHIN

posted from Bloggeroid

Wednesday, January 08, 2014

My bfreastfeeding journey is begin..

Kali ni aku nak memilih fully breastfeed untuk ihraz zahin. Banyak kelebihannya breastfeed nie. Dapat beza kan anak yg mmfully breastfeed dengan tak. Masa iman dulu tahan 6bulan sebab kurang ilmu pengetahuan dan x yakin. Masa izzul bertahan sampai 1thn7bulan sebab izzul reject bf dah masa tu. Hope kali ni leh tahan sehingga 2 tahun.


Kalau fully breastfeed nie :
1. Anak jarang sakit
2. Kalau demam cepat recover
3. Anak jarang muntah dan cirit birit.
4. Kalau kuar tak perlu bawa beg susu bagai. 5. Waktu tidur malam xperlu bangun buat susu. Selak jer.
6. Boleh bakar kalori sehingga 500 kalori sehari
7. Boleh kurus ( tak kurus sebab tak jaga makan. - mcm aku jer)
8. Jarang pergi klinik
9. X payah pening nak pilih susu yg sesuai
10. Boleh jimat cermat.


Aku bg 10 je kelebihan menyusu badan. Ikutkan banyak kelebihannya. Dlm islam pun ada kelebihannya iaitu setitik susu yg mengalir pada anak seperti mendapat 1 pahala. Alhamdulillah... ;)


Kali ni aku memilih set breastpump medela freestyle. Anak ke3 ni baru ada rezeki nak memilikinya. Ini hasil sumbangan duit kutu aku dan br1m dari adik aku sempena dia dpt bonus aritu.


Dalam pantang no target aku nak simpan sehati sekurang2nya 5oz. Skang aku dah berjaya simoan sehari 7oz..  aritu ada beli online autumz plastic storage twin pack. Harap cuti berbaki 2bulan ni dptlah memenuhkannya. so, ada 50pack la semuanya...


Semalam check up sebulan berat ihraz dah pun 4.2kg. Membesar dengan jayanya. Berat aku? Arggh! Tak capai target lagi.. mane tak capai. Tak berpantang. Bengkung pun x pakai. Ada hati nak badan ala model.


Cepatnya masa berlalu. Seminggu je lagi nak abis pantang. Pastu yahuu..! Kaki rasa gatal jer nak berjalan.. x sabarnya...!


** tak reti nak edit letak caption kat gambar guna app kat hp nie.  



Friday, January 03, 2014

Introduce our 3rd hero....





Assalamualaikum wbt
Aku dah pun selamat melahirkan baby boy yang ketiga pada 3/12/13 yang lepas di PPUKM secara ceaserian. Kenapa ceaser? Akan update pengalaman bersalin kemudian...
Hari ini genap 30hari umur anak aku dan aku berpantang. Camne berpantang kali ni? Memang sempoooooii! Sebab ceaser, jadi aku rasa mcm tak berpantang sgt sebab tak berbengkung bagai. Pergerakan pun menjadi luar batasan..
Nanti2 aku update ek.. sebab lappy rosak. Payah nak naip kat hp nie. Agak takde feel nak menaip panjang2 sebab asal typo saja..
Check it out!! My hero ....
Published with Blogger-droid v2.0.10

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...