Kawan-Kawan Saya

Nak Cari sesuatu?

Loading...

Tuesday, November 18, 2014

Karnival Upin & Ipin 2014


Karnival Upin & Ipin 2014




Karnival Upin & Ipin 2014
Tarikh : 21,22, 23 November 2014
Lokasi : PICC, Putrajaya
Masa : 9 pagi – 10 malam
Masuk adalah PERCUMA



In sha Allah Sabtu ni nak bawa budak-budak ke karnival upin ipin. Tak sabarnya nak pergi. Bawa mereka di dunia sebenar Upin Ipin. Almaklumlah dah kat rumah hari2 pasang upin ipin. Siap berlakon bagai kan. Pastu asyik tanya sekolah upin ipin kat mana. Apa nak buat semuanya nak sama mcm upin ipin. Upin ipin nak basikal, dorang pun nak basikal. Tak tau lah kalau dorang betul2 ada kawan upin ipin ni. Mesti seronok bagai. Sampaikan bila aku garang pun dorang boleh kata "ibu ni, garang macam kak ros. Asyik nak marah jer".. huhuhu sabar jer la. Nanti dah jumpa upin ipin dan rakan2 kat sana nanti mesti teruja lain macam agaknya. risau pulak bila ada yang tak nak balik nanti. hehe. Moh! Reramai ke sana sempena program cuti sekolah nie. 



Masa Izzul kecik2 dulu, aku pernah post pic izzul ala upin ipin kan? meh nak share sikit gambarnya.. Tak tau la maybe masa mengandung suka sangat tengok upin ipin kott..


 tengok tu tangannya, ada baguuuuuusss! hehe Toys upin ipin hadiah daripada paksunya.




haaaa... ada rupa tak???

ni ada sorang lagi.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
iman versi mail pulak. nak juga kan!


Ok! katakan dah pergi nanti. aku leh share ;) best ke tak kan..

Tuesday, November 04, 2014

ASSALAMUALAIKUM


Assalamualaikum wbt

Lama menyepi di blog. Kadang2 teraktif di Insta ataupun Fb. Tapi tetap aktif di bisnes online. Actually, mcm2 cerita nak share. semua pic yang di tangkap berkepuk jer la di camera dan handphone. Cerita raya pun dah ke laut apatah lagi nak cerita benda2 lain lagi.


In Sha Allah, ada "something" yang akan aku kongsikan di blog ini sebagai kisah hidup, pengalaman dan memberi sedikit panduan buat semua as a PARENT. Tahun 2015 akan berubah segalanya bagi kehidupan kami. Ada benda yang kami perlu lalui dan pelajari. Ini semua Anugerah dari Allah buat kami dalam menjalani liku-liku kehidupan. Kami berharap dan berdoa semoga segalanya di permudahkan olehNya. 


"Ya Allah, berilah aku kekuatan dan kesabaran dalam mendidik dan mengajar anak2 ku. Aku berdoa agar mereka di beri hidayah dan pentunjuk dan menjadikan mereka anak2 yang soleh. Aku berdoa agar mereka mendapat keredhaanMu serta patuh kepadaMu. Aku sayangkan anak2 aku. Jauhkan aku dari sifat kemarahan yang melampau. Berikanlah aku kekuatan untuk menghadapi apa jua dugaan dariMu Ya Allah. Ameen "


Sekarang, step by step kami sedang mengorak langkah untuk mencorakkan warna warni kehidupan kami. 


In sha Allah next-next ENTRY aku akan cuba kongsikan bersama. Harapan supaya ada masa untuk aku mencoretkan di sini :)


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...