Kawan-Kawan Saya

Showing posts with label 2nd Pregnancy Stories. Show all posts
Showing posts with label 2nd Pregnancy Stories. Show all posts

Thursday, May 07, 2009

::: Last2 CUTI Terus :::

Erm... Ntah pape aku rasa FOLLOW UP tadi.. aku ingatkan dia nak check pape la tadi.. Rupanya IDAK pun... Aku sampai HUKM tadi kul 9pg.. Macam biasala letak KAD APPOINTMENT tue dan tunggu nama di panggil.. Bila nama dah di panggil, terus ke kaunter untuk buat pembayaran.. disebabkan aku tak bawa GL arini., so aku dicaj RM5 la.. xperla.. murah jer.. bayarkan ajer..

Then, aku disuruh ke tingkat 1 unit DAYCARE. Haaa.. kat sini la aku kena tunggu lama.. sabo jer la aku.. nunggu lama2.. pastuee bila dipanggil.. just tanya gitu jer.. Then ABISSSS daaa.. dah lik balik... Aku pun minta la time slip... pastue terus kuar.

Pastue.. DESTINASI aku nak ke VELEDROOM.. nak pie makan ayam kampung kat situ.. Udah la lapar.. dari pagi tak makan.. terus makan tengahri.. hehehe.. melantak la aku pas tue.. Then.., pas makan.. aku pun balik umah.. sampai umah aku nengok Jam dah nak pukul 1 da.. uhhh.. takyah pie keja la jawabnya nie... dah kul 1pun.. nak suk keje kul 2ptg.. aku keje nnt 2jam setengah ajer la.. sebab aku lik kul 4.30ptg. alang2 aku rasa takyah la keje.... Amik cuti terus jer la.. waaa... Tak pasal2 kena amik EL lagi...


** aku rasa takyah pegi tadi pun takpe sebab dia tak check pun.. Just tanya gitu jer.. Sabo jer la aku.. Buang Karen tul laaaa..

::: Arini Follow UP kat HUKM :::


nampak tak tue.. tarikh temujanji aku...

2helai kertas ini kena bawa masa pie HUKM nnt..

Arini 7 Mei 2009 aku ada follow up kat HUKM. Follow Up untuk apa yea..? untuk kes D&C aku yang aritue. So, arini aku kena datang semula ke HUKM. Xtau la aku.. apa yg dorang nak check nnt.. Adakah alat scanning tue akan dimasukkan..?? aku pun xtau la... xper.., janji semuanya selamat.. Hopefully tak der pape la..


** so, aku masuk keje lewat sikit arini.. nnt leh la aku makan ayam kampung sat kat Veledroom Cheras tuee..


Monday, March 30, 2009

::: Alhamdulillah Dah Slamat Semuanyaaa.. :::


Alhamdulillah aku dah selamat pun menjalani proses Dilatation and Curettage (D&C) pada malam kamis lepas...

Ceritanya begini...

Selepas ari Rabu aku ke klinik untuk membuat pemeriksaan tentang kandungan aku.., doktor pun telah memberi surat reference untuk dibawa ke hospital supaya aku dapat menjalankan proses D&C kerana doktor telah mengesahkan aku KEGUGURAN....

Jadi, pada ari kamis lepas, aku dan asben pun ke HUKM untuk membuat proses ini.. Aku sampai di HUKM selepas makan tengahari dalam pukul 2ptg. Sebelum itu, aku sempat lagi makan di Velodroom untuk makan ayam kampung.. Semasa di bahagian Gynea itu, aku tunggu giliran untuk dibuat pemeriksaan sebelum dihantar ke wad. Lama juga aku tunggu.. lebih kurang 1jam lebih sebab mereka utama kan keadaan orang nak bersalin dahulu..

Setibanya giliran aku..., doktor terus membuat pemeriksaan ke atas aku.. saat dan ketika inilah paling merunsingkan aku dan menakutkan aku.. sebab orang kata ketika ini sakit... aku tarik nafas panjang2 dan bertanya pada doktor... "sakit tak doktor".. doktor jawab " tak sakit tapi tak sedap laa.. ".. sabo ajer la.. Semasa doktor memasukkan batang scan dari tut tue.. aku dah menarik nafas panjang2.. doktor kata jangan angkat punggung tau.. aku pun tak angkat la... Alhamdulillah... aku langsung tak rasa sakit pun...

Selepas di scan, doktor kata aku di tahab wad la sebab memang kena buat proses D&C.. dia tgk janin aku memang tak berkembang sebab baru 5week... Kalo nak tunggu boleh, tapi nnt awak sakit. Baik buat D&C tak sakit pun sebab bius.. Katanya laaa... Dia suruh aku puasa.. Tak boleh makan.. Last makan aku pada pukul 1ptg td la.. So, doktor suruh teruskan supaya jangan makan lagi...

Semasa aku di wad.., aku diperiksa oleh doktor2 yang lain.. Aku sangat kagum dengan services di HUKM nie.. Memang MARVELOUS la.... setiap masa dia akan pantau pesakit even aku hanya mengalami keguguran apatah lagi org yg nak bersalin tue.. sentiasa dijenguk dan di tanya.. dalam pukul 8mlm, doktor memasukkan ubat ke dalam tut.. untuk membuka serviks sebelum di hantar ke bilik operate.. sekali lagi aku bertanya pada doktor.., sakit tak nak masukkan ubat nie.. doktor tue jawab tak sakit.. tapi ramai kata tak selesa... HA...!! memang tak sakit pun masa ubat itu dimasukkan kedalam tut... Alhamdulillah sekali lagi aku bersyukur... (doktor yang buat nie memang muda mcm baya2 aku jer tp memang nampak pakar la)..

saat2 yang ditunggu2 dah tiba.. sungguh mendebarkan aku semasa staff nurse datang untuk salin baju sebelum di bawa ke OT... Dalam pukul 10.30mlm aku di tolak ke bilik OT... masa tue.. Ya Allah berdegup2 jantung aku dibuatnya apatah lagi selepas sign surat untuk di bawa ke bilik OT.. Sampai sahaja di bilik OT, seorang doktor lelaki telah menunggu aku.. Ha..?? doktor laki lagi... takperla.. janji semua selamat.. Dr. pius namanya.. Sampai sahaja dibilik OT.., aku dipasangkan oksigen dan doktor memberi aku bius.. dan selepas itu........ Aku pun PENGSAN... Tak sedar langsung... apa yang dorang buat aku pun tak tau...

Tiba2... kedengaran orang menangil nama aku... Pn Juliyana.. Pn Juliyana.... Mereka semua kejutkan aku untuk sedarkan aku dari pengsan... Mata aku pun terkebil2.. Baru aku sedar dari pengsan... rupanya aku dah selamat menjalani proses D&C itu... dan aku dibawa satu tempat untuk rehat dahulu sebelum di bawa ke wad semula...

Selepas aku betul2 sedar.., aku ditolak semula ke wad.. semasa sampai diwad, aku lihat jam pukul 1150 mlm.. uiksss.. sekejap ajer menjalani proses ini yea... dan doktor bekalkan ubat tahan sakit.. jika sakit, aku perlu makan ubat itu.. dan alhamdulillah.. aku tak merasai kesakitan selepas menjalani D&C....

Apa2 pun aku teramat bersyukur kerana semuanya berjalan dengan baik dan lancar... Sebelum buat D&C nie, aku teramat la risau kerana ramai yang cakap sakit sebab dia nak korek2 kat rahim kita dan menggunakan alat yang tajam.. Memang betul mereka buat begitu tapi, aku dibius dan aku tidak merasai segala kesakitan itu..... Begitu juga selepas menjalaninya... Cuma ada rasa sengal2 ajer.... Alhamdulillah sepanjang aku buat D&C dan selepas nyer aku tak merasai apa2 kesakitan.. hopefully, rahim aku cepat baik.. Amin...

Pada pagi Jumaat, doktor datang check seperti biasa dan memaklumkan aku boleh pulang kerumah... Jadi, doktor sarankan supaya aku tidak boleh mengandung dalm 3-6 bulan ini.. Kena merancang dan doktor bertanyakan aku kaedah apa yang aku nak gunakan. doktor pun menerangkan setiap kaedah yg ada.. dan aku memilih untuk makan PIL PERANCANG dahulu.. (bagus la doktor kat sini siap bg penenrangan untu kaedah2 merancang nie)..

Jadi, selepas ini aku memang kena betul2 merancang sebelum mendapatkan anak ke-2.. takper la.. aku tak kisah.. Janji aku selamat dan sihat walafiat.... Aku ucapkan terima kasih pada semua yang bagi support kat aku... Aku terima seadanya apa yang telah terjadi pada aku.. Jadi, selepas ini aku sentiasa beringat2 selalu... Aku diberi MC selama 2week untuk berpantang.. Orang kata berpantang selepas keguguran pun sama dengan berpantang lepas bersalin.. Malah kena lebih berhati2 sebab kita luka didalam rahim.... Selamat Berpantang pada aku... ;-) apa2 pun.. Thanx to all... Muahh...!!!~~~

Aku & asben semasa mula2 sampai di klinik Gynea sedang menunggu untuk buat pemeriksaan oleh doktor

di hujung sana lah bilik pemeriksaan sebelum kita dihantar wad atau disuruh pulang...

Seperti biasala kalo dah masuk spital mesti kena cucuk begini.. Yang buat ini adalah Doktor India laki.. Muda lagi..

Muka aku teramat la sembab.. Ini gambar selepas menjalankan proses D&C...

Aku suka akan peringatan ini.. Bagus la kalo setiap hospital promote untuk penyusuan ibu nie... Setiap katil ada benda ini...

Tag nama aku semasa di HUKM...

Makanan untuk tengahari.. Ayam mask kerutub dan sayur sawi + kubis.. sedap lauknyer.. abis makan.. except kubis aku tak makan.. takut nak makan sayur sejuk...

Ubat-ubatan yang perlu aku makan... Yang 4kotak tue adalah ubat tahan sakit... Alhamdulillah takat nie takder sakit2... Makan bila perlu.. Yang lain semuanya ubat vitamin dan Folic Acid...

Inilah dia pil perancang yang diberikan oleh doktor.. Mercilon namanya... So, setiap ari kena makan.. tak boleh miss...


Thursday, March 26, 2009

::: Tiada Lagi Janin Dalam Perut Ku :::


1stly.. Thank U Kak Zura coz bagi nasihat dan pandangan kat Jue... Jue amat2 appreciate atas nasihat akak... Thanx a lot... Disebabkan kak zura tepon aku dan bagi nasihat mcm2.., jadi aku amik keputusan untuk ertindak segera.....

Semalam aku MC sebab jumpe doktor untuk follow up kandungan aku.. Semua ternanti2 result nya kan..? thanx kepada semua yang setia untuk menanti cerita dari aku... dan juga kepada semua yang ambil berat pasal aku..

Seperti yang aku cakap kan NOTING TO GIVE ME HOPE...!! Kali ini aku follow up semula ke Klinik Warda.. Actually, aku suka ke klinik Kita sebab aku slalu follow up dengan doktor Nik. disebabkan pagi tue Dr. Nik takder, doktor laki yg ada.., aku pie lah klinik Warda.. sampai2 klinik aku register dan tunggu giliran..

Bila dipanggil,aku terus masuk ke dalam bersama2 Iman dan ayahnya... Antara perbualan aku dan doktor:

Dr. : Juliyana... Macamane kandungan...? nampak besar tue perut.. aritu kita scan tak nampak kan..?

Aku : Itulah doktor.. sekarang nie saya BLEEDING la doktor...

DR. : bleeding macamne? banyak ke sikit..?

Aku : Saya stat bleeding last week.. tp, mas tue sikit ajer mcm mula2 nak period.. Tapi skang dah mula banyak daaaa....

Dr. : Ok, kita scan.. skang nie sepatutnya awak mesti 8week.. if tak 8week, maknanya awak sudah keguguran...

aku pun bersiap sedia untuk membuat scanning... dan doktor pun memulakan proses scanning... tiba-tiba doktor kata cakap :

Dr. : ha... tengok nie.. tak nampak apa2 dah.. so, maknanya awak dah KEGUGURAN nie.. Hanya tinggal karung sahaja.. Tiada janin di dalam nya.

Aku : (dengan muka tak terkejut, sebab last week scan pun tak nampak janin gaks) Iyer ke doktor..? so, confirm la saya dah keguguran nie...??

tiba-tiba asben aku nyampuk :

Asben : Jadi doktor, memang dah takder harapan ke..??

Dr. : yess.. memang confirm awak dah keguguran.. cuma belum keluar abis sahaja lagi..

Aku : jadi mcmane doktor..? apa perlu saya buat..? buat D&C ke doktor..?

Dr. : Saya akan buat surat refer ke hospital. Awak ke hospital untuk buat D&C...

Aku : doktor, kalo saya nak tunggu benda nie turun sendiri boleh tak..? mana lebih sakit..? D&C or gugur sendiri...

Dr. : boleh nak tunggu.. terpulang pada awak la... sakitnya bergantung pada seseorang.. ada org sakit ada org tak sakit.. kalo D&C dia akn bius tp, pada mulanya akan sakit sikit la...

Aku : takpe la doktor.. doktor buat juga la surat refernce.. mana tau esok saya rasa nak pie spital terus...

Dr. : Ok.. saya buat.. Itu sahaja... tunggu di luar yea...

Aku, iman dan asben pun keluar lah bilik doktor...

Itulah alkisahnya aku semalam... Actually, aku teramat la sedih sebab bukan rezeki aku untuk masa ini... Tak dapat aku laksanakan impian aku untuk dapatkan anak dalam masa terdekat ini.. Apa yang aku harap kan supaya Aku dapat anak untuk 1st 2orang nie dalam masa terdekat.. aku nak membesarkan 2 org anak sekaligus.. Tetapi hanya tinggal harapan sahaja.. Aku terima seadanya...

Jadi, selepas ini aku akan tumpukan perhatian untuk Iman Zafran dahulu... Anak..? insyallah ujung tahun nie baru aku bertungkus lumus semula.. Jadi maknanya dalam tahun depan aku nak anak... If, ada rezeki awal aku terima juga.. tp, aku ingat nak merancang dulu.. nak rehatkan rahim aku dulu supaya pulih sebaiknya... Almaklumla.. bila dah buat D&C nie mestila kena pulihkan rahim dulu kan....

Segala ketentuan ini aku terima seadanya.. Insyallah bila aku pandang Iman Zafran.. aku rasa aku bertuah juga sebab aku telah pun dikurniakan seorang anak... Bagaimana perasaan kawan2 yang belum dikurniakan anak..? aku juga rasa seperti apa yg mereka rasai.. memang teramat sedih.. Insyallah rezeki pasti menanti kalian.. aku doakan untuk semua.. Amin...



Inilah gambar scanning semalam... Korang nampak kan..? hanya ada kantung sahaja.. isinya tiada pun.. insyallah aku akan dapatkan semula tahun depan...


- AMIN -


Thursday, March 19, 2009

::: My Scanning Picture :::

Di sini aku Upload kan gambar scan aku... Gambar bawah nie adalah scan kali ke2.. Yang 1st dulu aku dah pernah post. Masa pergi scan kali ke2 nie, doktor kata janin tak berapa kembang dan still tak nampak degupan jantung lagi...

Tempat Scan : Klinik Warda, Kg. Pandan
Tarikh Scan : 7 March 2009 (Sabtu)
EDD : 31 Oktober 2009
Weeks : 6wOd
Kebesarannya : 2.2 cm



Sepatutnya aku kena dtg semula klinik after 2weeks..., disebabkan aku bleeding.. aku terus ke klinik untuk check.. Alhamdulillah doktor kata tak gugur... Cuma yang memeranjatkan aku janin tak nampak lagi.. Pelik sungguh.. sebelum nie scan ada nampak.. nie tak nampak pula. yang ada cuma karung sahaja. So, doktor suruh datang awal bulan April nnt.... so, gambar bawah ini lah hasilnya...

Tempat Scan : Klinik Kita, Pandan Jaya
Tarikh Scan : 18 March 2009 (Sabtu)
EDD : 31 Oktober 2009
Weeks : 7w4d
Kebesarannya : 2.5 cm

::: Bad News or Gud News...?? :::


Assalamualaikum wbt...

Minta maaf pada semua sebab aku tak sempat nak update pos seperti yang aku janjikan.. Sebab semalam aku keletihan untuk menghadap PC yang sekarang nie intenet memang tengah slow....

Okla... Bad News or Gud news....??? Seperti post2 aku yang sebelum ini menandakan aku tgh runsing dan tak berapa happy kan..?? Aku tak nak cerita dulu sebab aku belum dapat kepastian yang pasti. Sekarang nie, blog aku lah menjadi tempat aku meluahkan isi hati aku dan juga kesukaan dan keseronokan aku. Actually, semua tahu yang aku sekarang preggy untuk 2nd time kan? so, pada peringkat permulaan perkembangan janin dalam perut aku kurang baik. Sepatutnya ketika itu aku 8week tp doktor scan baru 5week. Jadi, atas nasihat doktor kita tunggu dan lihat perkembangan nyer lagi pada next check up. So, next check up perkembangan nya still begitu.. dan doktor nasihatkan untuk membuat D&C. atau datang balik 2week jika masih lagi tidak ada keluar apa2 tanda..... Aku minta untuk tunggu dulu dan aku akan dtg balik.

SEKARANG.... apa yang telah terjadi...????? Sepanjang masa aku bercuti memang still takder keluar paper tanda pun. Cuma masa sebelum nak bertolak, aku ada muntah sekali. Bila aku muntah ajer, aku ingat pesanan doktor yang tanda2 nak gugur yang aku akan muntah. So, aku pada mulanya riso tapi disebabkan nak bercuti hilang semula kerisauan aku tue. Semalam, masa aku kat rumah kakak aku, tiba2 aku rasa kurang selesa seperti tanda2 nak period. Jadi, aku pun ke tandas.. YESSS!! Memang sudah keluar tanda seperti mula2 kita nak period tue... So, I'M BLEEDING NOW..!! Memandangkan sudah keluar tanda begini, kami CANCEL kan percutian seterusnya. Sepatutnya kami nak ke BUKIT LARUT pulak... Memandangkan tidak jadi, kami pulang terus ke Ampang.

Selepas pulang ke rumah , aku tidak terus ke klinik tetapi aku hanya berehat dirumah sahaja.. Aku takut sebenarnya nak ke KLINIK sebab aku takut yang aku akan menerima perkataan KEGUGURAN daripada doktor even aku sendiri sudah tahu hakikatnya. Memang aku teramat lah sedih sejak mendapat berita pada 1st check up dulu. Pada mulanya aku tidak berapa percaya mengenai perkara ini dan doktor suggestkan untuk cuci tapi aku minta untuk tunggu dulu. Aku nak confirmkan yang betul2 memang aku akan alami KEGUGURAN ataupun tidak.

Semalam aku telah pun ke Klinik untuk buat pengesahan. Aku ceritakan dengan doktor apa yang telah berlaku. Ini antara perbualan aku dan doktor:

Aku : Doktor, saya nak buat scan lah doktor sebab sebelum nie saya scan di Klinik Kg Pandan, doktor kata Janin saya tak mengembang dan tidak jumpa degupan jantung lagi.
Dr. : Tak mengembang? sepatutnya baper minggu dah..? Last period Bila..?
Aku : Kalo ikutkan last period saya, saya dah masuk 12week tetapi masa scan yang 1st sepatutnya 8week tetapi Dr. cakap baru 5week. LMP saya 22/12/08
Dr. : betul nie... sepatutnya dah 12week.
Aku : dan doktor sekarang saya bleeding. Semalam baru stat bleeding seperti mula2 period.
Dr. : OOooo Ok. keluar darah tue ada ketul2 tak dan diiringi dengan sakit perut teramat sangat..? ada alami alahan ape2?
Aku : Darah yang kuar tidak berketul2 dan tak sakit perut pun.. Alahan pun tak langsung mcm saya mengandungkan dia (aku tunjuk ke arah Iman zafran yg dipangku ayahnya)
Dr. : ok. Jika mcm tue maknanya belum lagi mengalami keguguran. ini di panggil Threatened Abortion. Maksudnya ianya boleh alami keguguran dan juga mungkin tidak. Tidak perlu riso kerana pernah ada kes begini. Ada yang dok bleeding sampai beranak. Dan ada juga yang pada peringkat permulaan janin tak kembang tp menjadi.
Aku : Jadi mcmane doktor? apa yang perlu saya buat?
Dr. : saya takkan refer dulu pada hospital sebab hospital pun nnt akan suruh tunggu keluar darah yang banyak dulu. Saya akan bagi awak cuti rehat 2 hari. awak rehat di rumah. Ok. kita scan dulu...

aku pun bersiap sedia untuk wat scanning... semasa tengah scan..,

Dr. : erm... nampak tak? (doktor tanya pada pembantunya dan aku) Tak nampak paper kan?
Aku : Tak nampak apa doktor?
Dr. : saya tak nampak fetus nie... Sebelum ni scan mcmaner? nampak ker tak Fetusnya?
Aku : Nampak dr. sebab dr. tue siap ukura besarnya lagi.
Dr. : Masa scan aritu besarnya berapa. Bila scan?
Aku : Saya scan last week masa tue 6weeks.
Dr. : ok, apa yang ada adalah karungnya. Fetusnya tak nampak mungkin menyorok agaknya. Perkembangannya ok.. sekarang 7week 4days dah.

Doktor still cari2 tak jumpa juga... then, doktor suruh bangun.. sambung perbincangan balik.. :

Aku : so, macamane doktor? pernah ker terjadi kes mcmnie..?
Dr. : Awk tak perlu riso sangat sebab pernah terjadi kes mcmnie. Ada yang menjadi Normal. So, awak dtg balik awal bulan April. Kita tengok mcmane. Dan saya akan buat surat Reference ke hospital nnt. Jadi, awak rehat sahaja dirumah yea...
Aku : ok doktor. Terima kasih Doktor..
Dr. : Sama-sama.

Aku dan asben n iman pun keluar bilik...


MC yang diberikan doktor...

Apakah PUNCAnya jadi begini...???? memang banyak sebabkan puncanya nie..??? mungkin sebab pemakanan, angkat benda berat, rahim tak kuat, berurut, tak makan ubat dan sebagainya. Aku pulak? sebab aper...?? tetapi aku rasa atas satu sebab ini sahaja la yang menyebabkan aku alami perkara ini..... Aku tahu puncanya.... Puncanya adalah sebab BERURUT. Sebab apa aku pasti akan perkara nie..?? Sebab aku pergi berurut untuk SENGKAK a.k.a menaikkan rahim serta urutan selepas bersalin (berurut di kg asben). Semasa tukang urut tgh urut aku, tiba2 dia tanya kenapa perut dah keras nie..? awak mengandung ker? so, aku dengan pastinya jawab la TAK. Sebab sebelum aku blk kg asben, aku dah buat UPT test dan terang2an NEGATIVE. Dan dia meneruskannya. Aku tengok mukanya pun mcm ragu2 juga. Aku ketika itu memang tak menduga langsung yang aku akan pregnant. Memang tue peod aku dah lewat 1week seperti bulan2 yang lepas. So, memang aku ingat normal sebab memang dah NEGATIVE. Macamane boleh jadi bila balik Urut menjadi POSITIVE. Ini bermaknan janin itu baru nak menjadi tetapi aku dah pie berururt. So, aku rasa menyesal sangat sebab pie berurut...

So, itulah alkisahnya.... Paper pun aku Redha akan KetentuanNya. Semoga aku boleh terima perkara ini dengan tenang ... Apa2 yang akan berlaku aku tetap terima SeadaNya... Ya ALLAH aku terima akan ketentuanmu YA ALLAH.... Semoga diri ini akan sentiasa bersama disisi mu... Amin...


Wednesday, March 18, 2009

::: I Have A Bad News :::

Assalamualaikum wbt...

Aku baru balik dari bercuti.. Semalam, aku telah dapat tanda2 yang aku mungkin akan dapat BAD NEWS.. Apakah bad news nyer... akan aku beritahu nnt sebab petang ini aku akan buat confirmation dengan doktor. Actually, aku sememangnya akan tahu yang aku akan menerima perkara ini tetapi aku seperti tidak percaya apa yang akan berlaku. Jadi, aku minta pada doktor yang aku ingin tunggu dulu sehingga benda ini benar2 berlaku.... Apa2 pun aku akan terima segala ketentuanMu YA ALLAH.....

Tunggu berita aku seterusnya petang ini yeaaaaa..... :-(

Tuesday, March 03, 2009

:::: Berapa mingguKah aKu? ::::

Arini dah masuk bulan Mac. Tapi aku still tak dapat jawapan lagi berapa minggukah aku sekarang ini..? Seperti yang semua maklum yang kandungan aku kali ini, ada kompikasi tarikh EDD.. Kalo ikutan last mestrual, menunjukkan aku 10 week minggu nie.. Tp, kalo ikut scanner doktor.., aku baru 7week. So, untuk confirmatin semula aku perlu ke klinik dalam masa 2wek lagi. Erm...setakay ini, aku tak der alami apa2 alahan mengandung.. aku rasa seperti biasa saje.. Loya2, penung2, nak muntah semuanya tiada lagi.. Cuma letih2 tue ada la.. Tp, itu perkara biaa bagi aku kalo balik keje letih sebab tau2 sahaja la keje kat pejabat mcmaner... Yang pastinya aku rasa badan aku makin kembang seperti rasa sudah GEMUK!!! huhuhuhu.... Perut nampak makin membuncit, punggung laks rasa mengembang ajer.... Itulah simptom2 org pregnant...

Tenguk la perut ku yang sudah mula membesar nie. Jangan heran la kalo perut aku dah besar even baru 7weeks.. hehehe... bukan aper sebab perut aku tak sempat kempis, dah kembung semula.... Insyallah next year akan ku kempiskan perut ini selama 3 Tahun.... Cerita pasal pregnant kali ini, actually aku ada hutang 28hari lagi yang perlu diselesaikan.. iaitu hutang Puasa. Sepatutnya arini aku nak selesaikan sehari lagi tp, memandangkan aku tidak bangun untuk bersahur, tertunda la arini... Dugaan betul aku nak abiskan hutang puasa kali ini sebab aku sekarang kena sindrom CEPAT LAPAR... Itulah masalah utama yang aku alami sekarang ini... Paperpun akan ku cuba untuk menghabiskannya.. If, tak dapat juga selesaikan, terpaksala aku membayarnya.... Nanti bulan Ogos-Sept Ramadhan pula menjelma... Dugaan bagi ibu2 mengandung juga untuk menyelesaikan puasanya termasuk la aku..

So, conclusionnya pregnant kali ini aku kena banyakkan berpuasa la jawabnya... sabar yer JUE... hehehe.. nak buat macamane.. dugaan bagi ku.... ARghhh ada lagi lebih kurang 5bulan aku nak selesaikan utang aku yang sebanyak 28hari tue...


Monday, February 16, 2009

::: Very SurPrisinG!!!~~ ::::

Sunnguh surpire la.. apa yang surprise yea..??

Semalam aku tidak sihat... jadi pie klinik. Pi Klinik Warda kat Kg Pandan ajer.. Sampai kat sana aku berjumpa dengan Doc Warda... aku dan asben pun masuk kebilik bila nama di panggil... Antara perbualan kami :

Dr : Pn. Juliyana demam? selain demam ada batuk, selsema?
aku : Ya doc. Saya ada batuk2 sampai rasa nak termuntah. selsema tak.

Ok.. doc pun check la suhu aku dan check telinga dan tekak...

cont...

Dr : (dr. tgk rekod dlm kad) OOooo.. awak pregnant yea.. baper minggu da?
aku : lebih kurang 8 week.

Dr : awak nak scan ker..?
aku : Doc, kalo 8week scan dah nampak ker..??

Dr : oo.. nampak dah...
aku : boleh la doc..

dr. Warda pun scan perut aku...

Dr : eh!! awak bukan 8week la... baru 5week nie... baru lagi..
aku : yeke dr..? sebab last peod saya pada 22/12 thn lepas...

Dr : mungkin peod awak tak betul tue.. scan nie tak leh tipu.... takpe, next month awak dtg balik.. kita tengok perkembangannya mcmaner... ok..??
aku : (aku dlm keadaan terpinga-pinga terus jawab) Ok la doc.

Dr : erm.., so, due awak pada 19/10/2009 la... ok.., nnt dtg jumpe saya balik yea..
aku : Ok...

aku dan asben aku pun keluar bilik dalam keadaan tertanya2 lagi... betul ker nie.. mcm tak caya ajer.. jauh sangat bezanya la.. 3week bezanya...



So... inilah gambar scan nyer... tgk pada scan tersebut tercatit 5week.. dan due nyer pada
19 Oktober 2009....

camner agaknya ekk..?? pernah ke berlaku macam nie...? terkezut gaks nie...


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...