Kawan-Kawan Saya

Showing posts with label Atan Stories. Show all posts
Showing posts with label Atan Stories. Show all posts

Saturday, July 27, 2013

Diari Ramadhan 17 : Birthday Wish Form My Husband

Assalamualaikum...
Takde pape yang nak update sangat pasal puasa semalam. Just nak simpan memori nie. Ucapan hari lahir dari asben aku... t.kasih buat suami tersayang.

Monday, December 24, 2012

Kenduri Kesyukuran, Doa Selamat dan Tahlil serta Jamuan Hari Jadi


Alhamdulillah selesai sudah Majlis Kesyukuran, Doa Selamat dan Tahlil serta Jamuan Hari Jadi untuk anak buah aku semalam. Kenduri kecil sahaja untuk ahli keluarga dan kawan rapat sahaja. Insyallah next time leh jemput ramai orang.

First Of All, thanks buat semua tetamu yang sudi pada majlis kami semalam terutama saudara mara yang jauh datang ke teratak kami. So, dah datang jauh.. pasti ada cenderahati @ door gift untuk mereka. Aku order custom made surah Yasin, mini kicap (sapa dapat pasti tersenyum seperti aku dapat mula2 dulu) dan a cup of mineral water.

Surah Yasin ni aku order dengan http://www.creativelydesigned.com.my/. RM1.50/pcs (tak colour) untuk colour RM3.00. Aku lebih suka tak de colour. nampak lebih klasik.

Khas untuk tetamu ;-) Mini kicap tu aku beli kat kilang kicap kat sg buloh. kalau nak wat door gift pengantin pon ok! orang tak buang.. RM1.10. kalau amik 1000pcs RM1 jer..


Kenduri Kesyukuran ini adalah sempena :
  • Masuk rumah baru (walaupun dah berapa kali kuar masuk.. hehe tak pernah buat kenduri sejak masuk rumah)
  • Kenaikan Pangkat for My husband (hopefully lepas ni Myturn)
  • dan yang paling best My husband dah dapat tukar (dapat tau 3hari sebelum buat kenduri.. spt dlm entry yang lepas)

Syukur Alhamdulillah rezeki hujung tahun untuk kami.  Semoga tahun depan ada rezeki lain untuk kami.  Pada mulanya husband tak dapat tukar, but rezeki Allah nak bagi kan? tak kira waktu dan tempat dah.bila2 Dia leh bagi dan bila2 Dia leh tarik. Syukur sesangat even tak dapat PPD sepang, tetapi tetap tak jauh dari rumah. Tak perlu lagi keluar seawal subuh, bersesak di MRR2, dan mengadaikan diri di atas jalanraya yang jauh perjalanannya.. Dan yang paling penting dapat jimat $$ ni jugaa... 


Friday, December 21, 2012

SYUKUR ALHAMDULILLAH REZEKI 20122012

Di hari jumaat penghulu segala hari, aku berdoa ke atas MU dengan segala nikmat dan rahmat yang Engkau berikan kepada kami.. Alhamdulillah, penantian hampir 5tahum menanti.. akhirnya, Engkau makbul kan doa kami... syukran! aminnnn ya rabbal alamin... ;)

What the story? I will story laterr... ;)

Published with Blogger-droid v2.0.9

Wednesday, December 12, 2012

My Roomate Besday!

10.12.81 genaplah 31 tahun umur my asben. Syukur alhamdulillah dipanjang kan umur dan diberikan kesihatan yang baik. Semoga sentiasa diberikan kesihatan yang baik dan di murahkan rezeki. Aku dah apply cuti awal2 tempohari intik celebrate bersama. Di sebabkan tak jadi nak ke JB, jadi kita celebrate kat sini jer. So, destinasi hanya lah ke midvalley untuk makan dan main boling ajer...
Masing2 nak isi minya dulu..
Ada orang suruh tangkap gambar dia kat sini.
Besday boy!.. hehe



The makanan's
Hanya slice cake sahaja...



Lepas tu jalan2 dlm midvalley jerr... 


Tak abis pusing pun. Terus gerak tingkat3 makn boling.. 2-5pm main in the dark! 


The result. Kali ni mmg kurang menyengat!. Hehe...


Apa hadiah untuk besday boy? Hadiah request dari aku sendiri untuk asben dan aku juga.. iaituu... 


 
 
Screening check up. Almaklumlah dah masuk 3 series ni kena lah wat screening test. Boleh tau ada maslah kesihatan ke tak.. Kebetulan ada online voucher murah.. itu yang beli online voucher jerr... insyallah next year kitorg akan pergi buat. Hopefully, semuanya ok2 ajerrr!


Wednesday, August 29, 2012

Like father like son

Arini rabu tanpa kata-kata. 


Published with Blogger-droid v2.0.6

Saturday, December 10, 2011

Selamat Hari Lahir atan_shahrul


10 Disember 2011 - Happy Birthday to my roomate, housemate dan juga ayah kepada iman dan izzul
Insyallah kami doakan sentiasa di panjangkan umur, di murahkan rezeki dan di berikan kesihatan yang baik.

3 cupcake, 3 lilin bermaksud cukup 30thn umur asben saya.

simple celebration kami anak beranak.. :-)

kasi romantika sikit, kad buatan sendiri serta belakangnya hadiah untuk fight main boling..
ekekeke.. peraturannya senang shj.!
  • kalau asben aku menang, aku kena bagi adiah yang dia nak. (birthday present)
  • kalau aku yang menang, dia yang kena bg aku adiah sempena aku mencapai berat 59kg. (dia yang  request tau!)
Nanti kita tengok siapa yang menang ek..?? 3games taaauuuu.... tungggggguuu..!

    Friday, November 11, 2011

    sedih bila asben bersedih...


    setiap tahun, kami menantikannya. Kali ni dengan rasa kecewanya, permohonan pertukaran guru untuk asben tak berjaya. Sangat sedih sebab kami yakin akan dapat untuk pertukaran next year. sebab dah masuk4y memohon.. sedih sesangat sebab kami perlu merancang semula susun atur kehidupan seharian kami untuk tahun depan. dengan sekolah iman, pengasuh izzul, dan sebagainya. 

    Walaupun sekolah iman dah pun booking, tapi semua nya kena atur semula supaya perjalanan seharian kami berjalan dengan lancar. sedih bila tengok asben sedih... xper la mungkin lum ada rezeki lagi untuk berpindah sekolah.. insyallah apa yang di tentukan untuk kita pasti ada hikmahnya.

    tidak diluluskan again!



    Sunday, May 01, 2011

    4 Tahun Yang Lepas!


    Kisah 4 tahun yang lepas. Apa yang telah berlaku pada diri ku?
    Ketika itu umur ku baru 23 tahun. Orang kata sangat muda untuk berumah tangga.
    Tapi, apakan daya sudah jodoh namanya. tak mungkin untuk ku tolak. Lagipun ketika itu aku dah pun mendapat pekerjaan yang tetap. Tak perlu untuk di risaukan lagi oleh ibu bapa ku yang juga telah merestuinya.

    Alhamdulillah.. Hari ini 1 Mei 2011, genaplah 4 Tahun kami mendirikan rumah tangga. Sehingga ke saat ini, kami telah pun dikurniakan 2cahayamata yang sangat comel. ke-dua2nya hero. (bilalah aku nak dapat kawan nie).. Apa yang membanggakan kami, kami dapat berteduh di rumah sendiri. Syukur Alhamdulillah walaupun ekonomi belum begitu stabil. Insyallah kami menduga dalam masa 3tahun lagi, ekonomi kami akan stabil sepenuhnya.. Doakan yang terbaik untuk kami yeaa.. :-)

    Kita imbas serba sedikit 4tahun yang lalu...  Rasanya belum tepek lagi pic nikah kami.
    Kami bernikah 1 mei 2007, persandingan 2 jun 2007.
    Akad Nikah yang di langsungkan serba sederhana di rumah.

     kek 4thn lepas

    dah bersiap sedia.

    Alhamdulillah ayah aku sendiri yang mengakadkan nikah hanya dengan sekali lafaz.

    Upacara membatalkan air sembahyang di saksikan oleh tok kadi.

    cincin disarungkan bukti pernikahan kami..

    bangle bukti ikatan kasih sayang kami

    Mas kawin untuk si isteri

    hantaran dari pihak lelaki

     Kami yang telah di satukan pada hari tersebut

    akhir sekali.

    Doa untuk kami :

    Ya Allah…
    Indahkanlah rumah kami dengan kalimat-kalimat-Mu yang suci.
    Suburkanlah kami dengan keturunan yang membesarkan asma-Mu.
    Penuhi kami dengan amal shaleh yang Engkau ridhai.
    Jadikan mereka Yaa…Allah teladan yang baik bagi manusia.
    Ya Allah…
    Damaikanlah pertengkaran di antara kami, pertautkan hati kami, dan
    tunjukkan kepada kami jalan-jalan keselamatan.
    Selamatkan kami dari kegelapan kepada cahaya.
    Jauhkan kami dari kejelekan yang tampak dan tersembunyi.
    Ya Allah…
    Berkatilah pendengaran kami,
    penglihatan kami,
    hati kami,
    suami/isteri kami,
    keturunan kami dan
    ampunilah kami.
    Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
    Amiin…


    p/s : untungnya Anniversary pada 1 mei adalah sebab leh sambut tiap2 tahun pada hari berkenan tanpa perlu cuti or tunda.. Cuti umum katakan.. hehe..

    Friday, April 29, 2011

    Motip GAMBAR ini..?


    Tak nak citer panjang.
    Apa motip letak gambar ini ?
    U all teka lah sendiri dulu ekk..
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .


    Happy Weekend U all...!

    Monday, February 21, 2011

    Surat CINTA kami...

    Alkisahnya, bila weekend mengemas rumah, pasti akan jumpa khazanah2 yang lama tak di buka.. sekali terjumpa satu kotak khazanah lama yang menyimpan memori2 aku dan suami. Dalam kotak tersebut tersimpan surat2 cinta kami yang lama termasuk kad2 wishes, kada raya dari kawan2 dan surat2 kawan lama. Almaklumla zaman dulu tak pakai handphone lagi. jadi, banyak nya berutus surat lah untuk mengeratkan lagi silaturahim....

    Bila di kebek2 dan di baca semula, kelakar pun ada gaks.. hehe.. lawak sungguh masa zaman bercintun dulu.. Tempoh perkenalan kami sejak 2001 lagi di mana masa tue aku dlm proses nak menghadapai SPM. Kemudian, kami terputus hubungan sehingga berjumpa kembali pada 2004 di Melaka. Memandangkan masing2 masa tue berada di Melaka....

    bak kata orang kalo ada jodoh tak kemana.. iyer takk..??

    Antara himpunan surat dan kad2 kami.

    .
    Aidilfitri 2001 antara kad pertama yang di kirim.. hehe malu i...

     .
    awal perkenalan kami hanya di mulakan dengan gerangan "Ak dan Ekau" shj.... 
    .

     Errrm.. kebanyakan surat yang di kirim oleh Cikgu Atan adalah bertulisan Jawi.. mcm orang dulu2 berutus surat pulak,..


     Setelah di kumpul semuanya, dah boleh buat satu buku novel da.. hehe
    Tak sangka rupanya nak masuk 10 tahun perkenalan kami.... :-) Semoga perhubungan kami berpanjangan sehingga akhir hayat.. amiinn.. :-)


    Saturday, November 27, 2010

    Berita yang tak best di dengar...


    Pada 15/11/10 lepas, ada satu berita yang kami tunggu2kan.. dan keputusan itu dah pun di umumkan. ramai para guru menantikan keputusan ini termasuklah kami suami isteri. Nampak gayanya, keputusan yang kami terima, sungguh mkendukacitakan..

    Permohonan pertukaran ke PPD Sepang tak diluluskan. Apakah sebabnya? aku pun tak pasti.. Nak kata sek tak lepas, asben aku kata sekolaah dah sokong. Adakah mungkinj takde kekosongan untuk opsyen sains dan math...?? i'm not sure... apa perlu buat yeaa..??? Kalau korang, sedih tak..??? huhuhuhu..!!

    Tak bestnya tengok keputusan nie.. Rasa nak tukar jer jadi DILULUSKAN...!!



    Monday, November 15, 2010

    Penantian Hari Ini..

    Salam Semua...

    Hari ini 15 Novermber 2010 adalah saat2 yang di tunggu2 oleh kami suami isteri. Penantian itu satu penyeksaan.. Aduhai.. Semakin berdebar2 pulak rasanya macam nak amik periksa SPM.. huhuhu..!!
    Hopefully penantian ini memberikan kami senyuman yang bermakna..

    Apakah penantian itu..?? Akan di ceritakan selanjutnya selepas mendapatkan keputusannya....
    Jawapan yang akan di terima memberi seribu makna..
    \
    Adakah akan menerima :



    Senyuman...?
     
    ATAUPUN

    kesedihan..??

    Monday, September 27, 2010

    Ada Harapan Untuk Kami...???



    Salam semua..

    Permohonan pertukaran guru untuk sesi Januari 2011 dah pun di buka. Sesi Jun yang lepas, permohonan asben aku tak berjaya. Jadi, kali ini, kami cuba untuk memohon lagi. Memang susah untuk mendapatkan tempat  di Daerah yang lain yeaa..? hopefully, tahun depan asben aku dapatlah bertukar sekolah yang berdekatan dgn rumah. Banyak perkara yang boleh memudahkan kami dalam urusan harian.. Aku berharap sangat2 asben aku dpt sekolah yang terdekat.. Amin...

    Manalah tau kot2 ada sesiapa nak tukar suka sama suka kan..? lebih baik dan mudah nak dapat tempat.. Bolehlah hubungi kami.. hehehe... So, ini antara detailsnya :
    • PPD sekarang : PPD Hulu Langat (SK Pandan Indah)
    • PPD yang di mohon : PPD Sepang (mana2 sekolah pun boleh)
    • Opsyen : Sains
     Semoga tahun depan urusan harian kami lebih mudah dari tahun sebelumnya. Banyak perkara yang perlu di pikirkan.. :-)

    Friday, May 14, 2010

    Surat Dari Anis

    Sesiapa nak baca surat dari anis..? Siapa anis itu?
    jom baca surat dari anis dulu.. baru tau siapaka ANIS..

    Ini rupa suratnya.. apakah yang tertulis di dalam?
     
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .

    anis sudah merajukkk laaa.. mau buat mcmane? 
    hehehe...

    Cikgu Atan mendapat surat dari anis.. mcm2lah budak sekolah nie.. kelakar jer..
    tahun lepas dar IKA. Tahun nie dari ANIS pula..

    paperpun, untuk cikgu Atan dan cikgu2 yg lain :
     
    " SELAMAT HARI GURU "


    Wednesday, January 06, 2010

    Bila Menjadi Isteri kepada seorang Cikgu..

    Persekolahan 2010 telah bermula. Asben aku as a cikgu pun dah sibuk masuk ke sekolah.
    Pada tahun ini berbeza kerana asben aku mengajar sesi pagi. tahun lepas sesi petang.

    jadi, perubahan jadual agak berbeza sekali. Seawal 6.30 pagi asben aku dah gerak keluar dari rumah kami di sepang. Lebih kurang 45minit nak sampai ke sana. Asben aku akan bawa iman sekali. Sebab iman pun nak ke sekolahnya di Ampang. Aku belum terpikir nak tukarkan BS iman sebab aku rasa dah serasi dengan BS sekarang ini.. setakat ini tiada masalah.. dan asben aku pun kata tak perlu lg tukar sebab dia sanggup anta iman ke sana..

    Alkisah malam tadi berlaku..
    tahun nie, asben aku kena jaga budak Tahun 1. hehe... aku gelakkan dia.. boleh ker..?
    Dia kata jaga budak tahun 1 nie banyak keje la. Semua kita kena buat. Lagi2 awal tahun nie. banyak yang kena arrange. dan macam-macamlah dia ngadu ngn aku. Nak wat camner.. Dah keje, kena follow jer la kan. di samping boleh ambil pengalaman. yang tak larat sebab kena keluar awal pagi tue.

    jadi, malam tadi dia minta aku tolong sesuatu. iaitu :

    tolong tuliskan nama budak kat tag nama. Biasala budah darjah 1 tak tau lagi kan. so, cikgu2 kelas la kena buatkan..

    longgokan tag nama budak

    1 contoh tulisan aku yg tak bape nak lawa.. hehe

    dan guru kelas 1 cekal (anak murid, sila tgk cikgu awak nie). nanti kat sekolah jgn nakal2 yeaa...:

    tertido atas meja... Ngantuk sangat.. sian dia..



    ** dulu teringin sangat nak jadi cikgu.. tapi tak dapat nak kecapi walaupun hampir2 nak menjadi... :-(



    PhotobucketPhotobucket

    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...