Kawan-Kawan Saya

Monday, June 15, 2009

::: Meneruskan Pencarian Lagi :::

Hari Jumaat Lepas, aku ikut sekali lagi asben aku untuk meneruskan Penacariannya itu. kali nie, dia rasa tak puas hati juga. Dia ajak semula ke JUSCo, tapi kali nie pi ke JUSCO Au2 Keramat pulak. Sampai2 sahaja, kami pie surau untuk menunaikan Solat Asar dulu sebab sebelum tue kami sibuk ke tempat lain. Selepas itu, kami terus ke department TOYS... haa.. aku follow jer la mana asben aku celah.. Setibanya kat department tersebut, aku turut membantu mencari ROBOt tersebut. tetapi, dengan hampanya TAKDe juga. Dan asben aku pun terus tanya pada promoter kat situ.

dan asben aku datang kat aku dengan hati berbunga2 mengatakan kat JUSCO Wangsa Maju ada. sebab promoter tue kata kat situ jer ada.. Haa..!! apa lagi, asben aku terus ajak pi ke sana. tapi, sebelum tue aku ajak pi makan kat Johnnys dulu tapi dia tak nak pula makan SEAFOOD. Dia ajak makan Kenny Rogers pula.. haa..!!~ aku terus kata SET laa.. Bukan senang dia nak ajak pi makan Kenny Rogers nie.. Slalu kalo aku nak, mesti dia tak bagi. so, kami pie la makan dulu.....


duk terjengah2 mencari Robot..

Mata melilau-lilau mencari Dimanakah ROBOT PIXAR ini...

Hi bang... macam kecewa jerrr...

makanan aku....

selepas makan, kami terus ke JUSCO wangsa maju pula. sampi ajer terus terjah ke Toys department. Dan aku pun tolong carikan ROBOT itu sebab budak promoter tadi kata aa kat situ. cai punya cari tak juga jumpa. Akhirnya asben aku terus tanya kat Promoter kat situ pula. Haaa..!!~~ Dengan kecewanya kata Promoter tue, Dah takder stok da kat sini. sebab dorang dah pulangkan semula kat Supplier. aik..?? nape dorang pulangkan ekk..?? takde orang nak beli ker..? pelik gaks aku... Mungkin permintaan tak banyak agaknya ataupun dah takde musim ROBOT Pixar nie. tapi memang pun.. dah lepas dah Musim robot Pixar nie. ermm.., sekali lagi asben aku kecewa... sian nengok dia.. dah beria-ia dah tadi... aleh2 takde pulak.. Takpe la.. Promoter tue ada minta No. fon asben aku sebab dia akan tolong tanyakan pada Supplier nnt. Hopefully ada gud news la nnt... :-)

Muka sedih ker nie..?

erm.. xder robot Pixar, tengok robot nie jer.

dan yang ini juga... tapi, dia tak nak...

last2.. tengok kereta control saja....


*** Lepas nie, aku pun tak tau dah nak cari kat mana.. No idea daaa...



PhotobucketPhotobucket

Friday, June 12, 2009

::: Pencarian tak Jumpa :::


Semalam (Khamis) dan arini (Jumaat) aku cuti. Jadi, semalam kami ke KLCC untuk berjumpa dengan salah sorang buyer dekat situ. Pagi tue, aku menunggu asben aku pulang dari kg. sebab nakk amik aku untuk pulang semula. Kali nie, asben aku balik tak bawa Iman. Iman tinggal dengan Embah dia kat kg. huhuhuhu..!!!~~ bertambah RINDU la aku kat dia.

So, petang tue dalam pukul 3ptg kami gerak keluar. Aku ingatkan sampai awal la. Sebab tak jauh dengan rumah dan pikiran aku mesti kata jalan tak JEM. alih2 sampai dekat Jalan Tun Razak tue, dah tengok banyak kereta. Jalan depan sikit tuee.. erm, JEM teruk nampaknya. jalan ke KLCC tue, beratur panjang. Nak parking kat luar tue? Penuh sahaja. Nak taknak masuk parking bawah. masuk parking bawah pun beratur panjang juga. Lepas nak cari parking pun susah. Aku tengok jam dah pukul 4.30ptg. susah hati aku sebab janji nak jumpa pukul 4ptg. Adusss...!!nasibla sekali pusing tue, aku dapat parking. sian Fizah sebab tunggu aku lama. Sorrriii yeaaa.. Tak disengajakan. Jalan pula tiba2 JEM.. adussss..!!~~

Selepas aku jumpa Fizah, aku n asben jalan2 la kat situ... mak Aiii..!! ramainya orang.. baru aku teringat COTI SEKOLAH laaaa.. patut la berlambak orang kat KLCC tue... erm, kami pun jalan2 singgah satu kedai ke satu kedai. Saja jalan2. then singgah ke TOYCITY. Nak tengok ROBOT. Asben aku nak cari PIXAR. Nak buat main dengan Iman. sebab aritu tengok kat JUSCO ada, tapi tak beli. nak dtg kemudia beli. Tup..!! Tup..!! datang hari lain dah takder da. Try la mencari kat merata tempat. Tak juga jumpa2 sampai la la nieee... kat TOYCITY pun takder juga. Kat Toy R Us pun takde. Robot PIXAR nie best kata asben aku BEST sebab dia boleh RESPOND kita. Kalo kita gelak, dia akan respon, kalo kita cakap pun dia leh respon. Tapi, belum ada rezeki nak dapatkan sebelum Robot tue...

Aku kata amik la robot yang lain, tapi dia tak nak. Nak cari yang tue juga.. Aik..?? nak bagi iman main ker dia yang nak main..?? huhuhuhu..!!~~ Confuse sat aku... Beria2 dia nak kan Robot tue.. erm.., lantak la bang. janji Abang yang HAPPY. Aku ikutkan saja. iyerla. Kaum pompuan kan. Mana la aku minat sangat dengan ROBOT2 nie. Nanti bila ada anak pompuan, aku laks yang sibuk2 nak carikan anak aku Patung yang leh gerak2.. huhuhu..!! agaknya la kot. Taste sama kaum sejenis. Iyer tak..???

Singgah di TOYCITY..

si ayah sampai tercangkung mencari barang

aik..? apo pasal aku tgkp gambo nie..? xtau apa motifnya..

Penjual menerangkan kepada pembeli. asbem aku tanya kat amoi nie pasal ROBOT PIXAR tapi dia tak tau.

Pastue dia tunjukkan Robot nie pulaks.. hehehehe..!! asben akua kata bukan.. dia tak nak..

*** Penatnya aku ikut dia mencari ROBOT PIXAR nie. Ada tak sesiapa tau kat mana ada jual? KAt JUSCO dah takde daaa.. waaa..!!!



INILAH ROBOT PIXAR..!!!
WANTED..!!!!







PhotobucketPhotobucket

::: Masakan Untuk Berbuka Puasa :::

Actually, ini adalah menu makan malam buka opuasa aku pada hari KELMARIN... hehehe.. disebabkan semalam aku tak de MOOD nak update blog, jadi aku POSTkan lah pada hari ini. So, dah agak basi la ceritanya. Takper la.. disebabkan aku yang masak dan aku yang nak makan lauk nie, jadi aku letakkan la juga kat blog aku. hahahahaha..!!~~

Pada hari RABu aritue, tiba2 tekak aku nak makan SAMBAL DAGING. Selalunya aku beli daging kat TESCO. Daging FRESH. daging tue sedap dan lembut. Tapi, memandangkan aku posa aku takut lambat sampai umah, jadi aku beli daging kat pasar malam sebelah umah aku nie jer. Nsib la ada pasar malam kat umah nie. senang la sikit keje aku.

Masak punya masak sampaila time MAGHRIB. elok ajer azan, aku siap masak daaaaa... ha.. apa lagi, aku terus makan la.. Itulah masalahnya kalo keje jauh2 nie. Pergi keje dah la awal pagi. Sebelum matahari timbul. Balik pulak, terus bertungkus lumus gitu gini dah masuk maghrib. bayangkan bulan Puasa. selalunya kami tengah masak azan berkumandang. Mana dan nak makan Time tue. Nak taknak lepas pukul 8mlm baru dapat makan. kalo bukan bulan puasa pukul 9mlm baru makan. erm.., itu yang kadang2 tak dapat najk pi solat terawih.. Ruginyaaa.. tak dapat gie kan..?? banyak Fadhilatnyaa..

haaa.. cerita pasal terawih nie.. taklama dah nak masuk bulan puasa nieee.. caiyokk!! caiyok..!! kena abiskan Puasa aku yg tinggal belas2 hari nieee.. waahh..!!~~ leh tahan banyak kan..? tapi, kira dah berkurangan la dari 30 hari... huhuhu..!!~~ itula.. sapa suruh beranak time bulan nak Posa....hehehehe... :-)

layan gambo la yeaa.. Aku dah kekeyangan.. Air aku minum air masak ajer...


Pucuk Paku Goreng

inilah sambal daging Ku...

Ikan sardin goreng salut tepung.




PhotobucketPhotobucket

Wednesday, June 10, 2009

::: Yuhuu..!!! :::


TESTING..!!! TESTING..!!

Aku baru jer belajar buat SIGNATURE.. adakah berjaya..??
huhuhu..!!

Amacam dengan siganature yang aku buat nie...??
YESS!!! nampaknya sudah jadi... hehehe... :-)





::: Berat Badan KU.. huhuhu...!!~~ :::


Inilah aku sebelum kawin dan masih lagi anak dara..

Ketika ini berat aku hanya 55kg ajer.. Nampak SLIM dan sungguh cantek lagi kan..? CANTEK ker..?? hehehe... cantek la kan sebab belum ada spare tyre lagi. Takde lemak2 di badan lagi.. takde perut buncit lagi.. Aku tengok gambar nie, aku jadikan INSPIRASI nak turunkan berat badan aku. Sekarang nie, aku tengah giat gantikan PUASA aku yang tertinggal tahun lepas haritu. adakah boleh kembali pada berat asalku...? Telah ku cuba tapi kenapalah bila sampai ajer ke angka 61kg, lepas itu dia tak nak turun2 daaa.. Aku sungguh rasa CONFUSE laaaa.... Hopefully, lepas nie leh la turun. kena Usaha lebih la jawabnya aku nie. Kena UP kan sikit EXCERCISE. dan yang paling penting kena jaga PEMAKANAN. Kena kurangkan makan makanan FAST FOOD. memang aku perasan, setiap kali aku makan FAST FOOD, berat badan aku leh naik sampai 1kg tau. Macam sekarang nie, berat aku naik sampai 63kg gara-gara last month aku makan FAST FOOD berturut2 tiga hari. Kalo berat tak naik tue, maka bulan lepas aku tak makan fast food langsung.

So, tengok carta berat aku sepanjang proses sebelum bersalin sehingga la sekarang..

Inilah berat badan saya

Sebelum kawin, berat badan aku 55kg sahaja. Selepas kawin, berat badan aku terus naik even aku belum mengandung lagi masa tue. Sehingga cecah 61kg. Masa pregnant, aku tidak mengalami ALAH langsung. Loya2 pun takde. Apatah lagi muntah2. Takder langsung cuma tekak rasa tak sedap ajer. Tak lalu makan..? Jangan cakap la.. Aku lagi KUAT MAKAN ada laa.. Semuanya aku nak makan. Bak kata kawan aku " Jue nie alah lain. Alah kuat makan" huhuhu..!! tapi memang tul pun... Lagi2 lepas masuk 5bulan. Makanan kegemaran aku adalah "KENNY ROGERS". Setiap bulan aku akan pie makan benda alah nie. tak dengan asben aku, aku ajak kawan aku pie makan. Memang masa tue memang aku giler dengan Kenny Rogers. Sebab itu tiap bulan berat badan aku boleh naik sampai 4kg. dan sebab itulah aku kena amik MGTT sebanyak 3x.

Sekarang nie, berat aku still taknak turun lagi. NOW..!!! aku mesti mencari sumber INSPIRASI untuk aku NORMAL kan semula berat badan aku. antara sumber inspirasi ku :
  • tengok GAMBAR2 semasa zaman kurus murus dulu
  • sangkutkan semula KEBAYA2 GLAMOUR ku dulu. (yang mana aku try, dah tak boleh katup..!! sedihnyaaaa..)
  • Beli BAJU yans saiz kecik2 dan cantek2... (saiz yang IDEAL la)
  • Rajin buat SIT UP!!
  • Jaga PEMAKANAN OK.. Ini yang penting
  • set dalam MIND SET yang aku nie mcm ANAK DARA lagi (maksud aku : supaya orang yang tak kenal aku mesti ingat aku ANAK DARA lagi.. hehehe.. bukan ada niat lain yeaa.. supaya tak nampak TUA sangat)
Antara PART badan yang ingin ku kecilkan adalah :
  • Pehaku yang GEBU
  • Punggungku yang MUNGIL
  • Lenganku yang SASA
*** kalo boleh, aku nak jadikan AZAM aku before masuk tahun 2010

gambar aku sekarang nie.. mcm nie pun dah nampak KETEMBAMAM aku kan..??


*** Dulu orang selalu kata KURUS mcm Papan, Kurus Cikeding. Sekarang aku RINDU dengan kata2 itu....

Tuesday, June 09, 2009

::: Bila Kejauhan..... ::::




Iman dah balik Kampung....!!~~ huhuhuhu...
RINDUnyer aku sama Iman Zafran. Lagi2 dengan keadaannya yang tak berapa sihat nie. Semalam masa asben aku telefon, aku dengar Iman nangis. Time tue dalam pukul 7.30mlm. Time tido dia.. time maghrib. Iman nangis mungkin tak selesa agaknya ataupun perutnya sakit lagi ataupun rasa lain ataupun RINDU dengan aku.. huhuhu..!!~~ mungkin dah biasa aku yang akan tidurkan dia setiap malam. Tapi malam tadi, aku takde di sebelah dia.. Mungkin dia rasa lain agaknya... Takpelaa.. biar iman membiasakan diri kalo aku takde nnt.. :-)

waaah....!!! lambat lagi ker cuti sekolah nak abisss..???



** khamis dan jumaat nie aku nak COTI..!!

Monday, June 08, 2009

::: Singgah Makan di Nasi Lemak Antarabangsa :::

Semasa dalam perjalanan pulang, kami singgah makan dahulu di Nasi Lemak Antarabangsa. Sebab dah terlampau lapar. Tak sempat nak terus ke rumah. Lagipun takde orang kat umah sebab mak aku pun on the way balik dan kakak aku pun sama. Jadi kami singgah makan dulu la. Lagipun iman belum tido dan moodnya nampak dah OK.

So, layan gambar jer la.. sebab tadi aku dah penat menaip.. hehehe...

decorationnya cantek damn simple

Iman kalo aku panggil nak bergambar, laju jer pandang kamera...

air aku air suam jer dan air white coffe ice tue air asben aku..

lagi sekali pandang camera bila di panggil. kain napkin yang siap sedia dengan iman. Takut dia muntah kkat situ jer..

inilah rupanya nasi lemak Antarabangsa... aku rasa sama jer..

iman makan sudu jer... kalo amik sudu tue, kaki dia berlompat2 sebab marah amik sudu tue.. ooo.. dah pandai memberontak ekk..??


*** letihnya 2 hari berjalan jauh.. esok kena keje.. nak amik cuti la cuti sekolah nieee...

::: Kami Ke Kuantan, Pahang Pula :::

Hari semalam (Ahad) kami bertolak ke Kuantan, Pahang untuk menghadiri majlis perkahwinan kawan baik asben aku. Rumah pengantin terletak di Felda Bukit Goh, Kuantan. Kami gerak dari rumah dalam pukul 11pg. Sepatutnya kami gerak dalam pukul 8pagi. tetapi, almaklumlah keadaan iman yang tak berapa baik. Gitu gini jadi la pukul 11pagi. Aku dah bangun seawal 6.30pagi begitu juga dengan iman yang sentiasa bangun pagi. Pagi tue aku yukarkan diapers iman tengok dia eyak banyak sangat sampai penuh diapers. selalunya dia tak eyak pun bila aku tukarkan diapers waktu pagi. Tapi kali nie banyak sungguh..!! Selepas itu, Aku basuh baju dulu dan baru la buat apa2 yang patut (persediaan nak gerak).

Dalam tengah duk berkemas, iman dah mula meragam. Merengek2 dia. Merengek then diam pastue merengek balik. Pastu xlama tue dengar pruuuttt..!!~ Eyak lagi rupanya.. Tak banyak pun. sikit ajer.. tukarkan diapers dulu. erm.. hari semalam iman citir birit. asyik eyak ajer dan merengek2. Ini bermaknan perutnya sakit.. Bukan sahaja semalam dah 3hari iman eyak cair kata babysitternya. Tak tau la apa puncanya. Tapi aku rasa mungkin sebab susu juga la.. Ini gara2 aku nak tukarkan susu iman la Susu Dumex Dupro yang aku cuba untuk tukarkan. Nampaknya memang tak serasi la. Nak dijadikan cerita, yang si Nain pula suka meratah susu iman nie. dan 2-3 hari nie, Nain pun sama kena cirit birit. Patutla dia kata akit.. akit.. sambil pegang perut.. sakit perut rupanya.

Berbalik pada cerita perjalanan kami nak ke Kuantan tadi, alhamdulillah sepanjang perjalanan Ok jer. Jalan pun tak jem. Sebelum sampai ke hiway, kami singgah di MCD dahulu untuk tapaukan sarapan sebab kami malas nak singgah mana2 nanti. Disamping itu, aku nak belikan iman bubur MCD. Semasa dalam perjalanan pada mulanya, iman elok jer duk dalam carseat sampai tertido. Di separuh perjalanan, iman sedar dan terus menangis. Aik..?? pelik gaks.. dia xnak duk dalam carseat. dan..... bueeekk..!!~ Muntah!! nasib la sikit ajer.. terus aku angkat dia tukarkan baju biasa dulu takut dia muntah lagi nnt. dan berpangku la iman ngn aku. selepas itu, aku cuba suapkan iman bubur ayam MCD. Iman nak. dia makan.. nyumm..!! nyum..!! sedapnya dia makan. alhamdulillah OK jer dia makan. Tapi aku tak bagi banyak sebab takut dia muntah.

Dan.. kami teruskan perjalanan. Iman mcm pagi tue juga la. kejap rengek kejap sengih kejap engek kejap suka2. sambil tue dengar la bunyik sesuatu prruuttt..!! eyak lagi.!! ooohhh..!! iman sakit perut rupanya... baru ku tahu yang iman sakit perut dan cirit birit. aku pun amik la minyak Yu Yi sapu2 kan kat perut dia. barulah dia lega.. Dan terus tido..

Kami sampai di rumah pengantun dalam pukul 2ptg. selepas berjumpa pengantin kami makan2 dan tengok pengantin bersanding. Sepanjang di sana, iman merengek2 jer. perut dia sakit lagi. Tak lama lepas tue kami gerak terus pulang ke KL. Ingatkan nak pie singgah Kuantan dan jalan2 di Teluk Cempedak tapi disebabkan Iman tak sihat, jadi kami pulang ke KL terus. Sepanjang perjalanan pulang, Iman tak meragam. Gelak2 ajer bila aku main dengan dia tapi sat2 merengek mungkin masa tu perut tengah sakit. Masa otw balik, 2x iman muntah.

Disebabkan jalan JEM giler, kami sampai dirumah pukul 9malam.

Gud MOOD masa mula2 keluar rumah. tersenyum simpul...

separuh jalan ditukarkan baju semula sebab takut dia muntah.

So, inilah pengantin nya. pengantin perempuan itu lah kawan baik asben aku. Azmani namanya.

So,

Buat Azamani & Husband :

" SELAMAT PENGANTIN BARU "

DAN

" SEMOGA BERBAHAGIA "

Sunday, June 07, 2009

::: Kenduri Kawin Sepupu Saya :::

Semalam (sabtu) aku anak beranak, adik aku dan akak aku sefamily telah ke batu Pahat untuk mengiring pengantin (sepupu aku) ke rumah pengantin perempuan. Sebenanrnya majlis di rumah pihak lelaki aku n akak aku tak dapat pie, jadi kami ikut antar mengiring la. Sebab masing2 ada kenduri lain. Esok (ahad) mak n ayah aku pulaks ke sana. Sebab ari sabtu tue mak n ayah aku ada kenduri lain gaks. Kenduri sedara sebelah mak aku pulaks. Almaklumla.. cuti sekolah, banyak tul kenduri kawin kan..?

Kepada kawan2 aku, minta maaf la jika korang kawain time cuti sekolah. Mesti aku tak dapat datang sebab sedara mara aku pun ramai yang wat kenduri kawin. untuk cuti sekolah nie, ramainya kawan2 aku kawin yang tak dapat aku datang. Disebabkan banyak yang jauh, terpaksala aku "MOMOHON MAAF" kepada korang semua.. Apa yang aku nak cakapkan " SELAMAT PENGANTIN BARU dan SELAMAT MENJALANI ALAM BAERUMAH TANGGA"

Cerita sepanjang kami berada di sana.., amatlah aku tak bape seronok sebab iman MERAGAM. Mungkin disebabkan cuaca terlampau panas, itu yang menyebabkan meragam sepanjang kami berada di rumah pengantin perempuan. Berpeluh2 iman dan mulutnya bising merengek2. Then, dalam kami sedang duduk nak menidurkan iman, tiba2 Bueekk..!!! iman muntah dengan banyak nya mcm air terjun. Nasibla tak kena orang yang ada kat situ. Tapi kena baju asben aku.. Penuh tumpah kena baju. Terpaksa la kami ke kereta untuk menukarkan baju dia skali...

Selepas itu, kami ke rumah Pak Long aku di Batu Pahat pula. Singgah dahulu la dirumah pengantin lelaki sebelum aku sekeluarga nak balik semula ke KL. Akak aku ke Senawang, rumah MILnya. Dah lepak2 and mandikan iman. Kami disuruh makan dulu. Waahh..!!~~ asam peda JOHOR.. memang sedap giler. Selepas makan, kami nak bergerak pulang sebab dah nak maghrib da. Takut lewat malam kami letih sebab esoknya nak ke Kuantan, Pahang pula. Dalam tengah2 nak salam tue.., sekali lagi Iman muntah..!! Muntah lagi mamat nie. kali nie kena kat adik aku pulak. Banyak la juga tapi nasik kat kaki seluar aje.

So, kami teruskan perjalanan semula. Adik aku bawa keluar higway ayer itam. Seleum tue, asben aku suruh isi minyak dulu sebab dah 2bar jer tinggal. Tapi sebabkan kedegilan aku, aku kata kat highway nnt ada. Sebab aku malas nak pusing2. Baru ajer keluar pintu tol.., terus lampu tangki menyala. Haa..!! amik kau.. 54km lagi nak sampai RNR Pagoh. Tak sempat sampai Pagoh nie. Terus aku keluar exit Yong Peng. Terkebil2 la aku mencari stesen minyak. Nasibla tak jauh dengan exit tol.

Then, aku meneruskan perjalanan semula. Satu kelemahan aku semasa drive adalah, aku tak boleh drive dalam hiway sebab aku bosan dan mengantuk. asben dan iman dah tido da. Sebab keletihan. sedang2 aku drive aku rasa mengantuk sangat. Jadi berhenti di Hentian Pagoh untuk melenakan diri juga. Tetapi, tiba2 asben aku sedar. Iman pun sedar dan merengek2. Iman pun sama kalo kereta berjhenti, pasti dia pun akan sedar. Dia terkejut kot kenapa tiba2 berhenti. Aku cakap nak tido dulu la.. Tapi dia kata tak payah la.. dia nak bawa kereta. aku pun kata ORAIT..!!

Kami meneruskan perjalanan semula.. Nak dijadikan cerita, baru sahaja kami keluar simpang tiba2 iman uuuweekk..!! muntah lagi sekali. kali nie kena seat kereta pulaks.. Terpaksa pasang lampu hazard dan berhenti tepi hiway tue... Bersihkan kesan2 muntah iman. dan aku mendakap iman untuk menidurkan dia dan kami meneruskan perjalanan semula. Kami sampai di rumah pukul 12 malam.

Itulah kisah sepanjang hari semalam kami ke Johor. Sungguh tidak berapa menyeronokkan aku sebab dengan keadaan iman yang sebegitu dan cuaca yang sangat panas. Jom layan sahaja gambar yang sempat di tangkap.

Orang lain sibuk bergambar tapi aku kat belakang disebalik dorang. (kalo korang perasan la) wanita yang sedang membetulkan tudungnya.... hehehe..

Iman yang dinyusukan ayahnya...


bergambar bersama pengantin.. Muka aku masa nie dah bertakung dengan minyak. Nain masa nie pun meragam... tp, bila suruh pandang kamera, senyap jer dia. Tgk Zaqwan tue, Baby paling COOL.. Iman n Nain dah meragam. Yang dak wan nie.. jangan kata kan merengek.., tergelak2 lagi adala... Tak amik hirau pun peluh yang meleleh kat kepala dan muka dia sampai masuk kemulut. senyap jer.. Dia yang paling bayk peluh tapi RELAX..

Tengokla muka RENGEK iman nieee....

Gambar nie semasa kami berada di rumah Pak Long aku. sempat berposing sebelum balik rumah. Iman dah siap mandi masa nie baru OK semula.

Haaa.. 2 beranak nie.. berposing sungguh..


** Aku rasa sebab susu la iman muntah2 dan sakit perut sampai cirit birit. Mungkin betul kata Kak Wana, kena tukar semula susu la jawabnya.. Susu dumex dupro tak sesuai untuk Iman. Ada lagi satu kotak belum dibuka... huhuhuhu...!!!~~

Saturday, June 06, 2009

::: Terima Kasih Semua :::



Thanx kepada semua kawan2 yang memberi komen pada POST aku yang sebelum ini. Disebabkan ramai yang memberi nasihat dan panduan, jadi aku terpaksa membuka satu ENTRY khas untuk membalasnya. Aku terharu sangat di atas pandangan2 u all semua.. Ialah dalam keadaan aku yang merunsingkan, di dalam dunia blogger nie lah kita mendapat INSPIRASI semula diatas pandangan kawan2 kita. Sumtimes ada benda yang kita tak tau tapi orang lain tahu. Jadi, apa salahnya kita berkongsi cerita, pengalaman, pandangan, pendapat dan nasihat. Iyer tak..?

So, sekarang nie aku rasa lega sikit dari keadaan sebelum ni. Sebab aku dah dapat INSPIRASI apa yang aku patut buat. Oklah.. ni aku nak balas komen2 korang..

  1. Kasih >> Itula.. setakat nie, aku tak pernah try bagi Iman scott emulsion nie.. Slalu dengar kat TV jer. Xtau la supllement nie baik rupanya.. Nnnt aku leh try la.. TQ
2. Kak Ai >> aah Kak Ai.. setiap kali kita sua, xlama tue dia muntah.. Itulah ingat nak pie jumpa Paed jer tapi xtau bila lagi

3. mama auni firdina >> oooo.. sama ngn Ryn la bagi scott nie.. ini memang kena try juga la nie... Auni pun muntah juga ker..? kalo ia, sama kes dengan iman la mcm tue..

4. mommy prince >> itu la arin... Jue risau juga kot2 sebab masalah lain ker.. Itu yang menyebabkann jue Runsing tue... Harap2 xder masalah yang berat la...
** prince pun skang xnak makan ekk..? kot diet kot.. nak kurus mcm mommy dia.. hehehe..

5. alyyani >> itula.. sonok jue dengat alya balik umah buatkan makanan untuk Nia.. kita sendiri pun akan sonok nak masak bila anak kita kuat makan. macam2 la kita nak bagi dia kan..?
** aah.. muak abis ampai muntahkan semua susu yang dia minum tue.

6. Natt >> natt pun suggest bagi scott yea..? ramai ibu2 bagi scott rupanya. Barulah jue tau kelebihan scott nie.. tp, tul la.. kalo anak dah 1thn lebih, memang dah kurang makan sebab nak main jerrr..

7. Kak Wana >> jue pun ada gaks try bagi bubur MCD nie.. bubur yang jue buat sendiri pun ada gaks... Tapi sama juga.. makan sikit then tak lama lepas tue dia muntahkan balik semuanya.. Makan dah la sikit, then muntahkan balik.
Izz dah kuat main ekk..?? iyerla gigi pun dah tumbuh.. Iman laks, sebatang gigi pun tak nampak lagi. aritu doktor kata dah nampak gusi bengkak tapi tak juga muncul2... cuma dia suka ketap bibir jer..

8. kak zura >> masuk angin ker kak? ntah la. jue rasa tak pula sebab dia tak meragam dan takkan sentiasa masuk angin jer kot.. Pasal ubat cacing nie jue pernah dengar tapi jue tak tau pasal kelebihan dan kegunaannya. leh tak akak story sikit..?

9. Jiey >> hopefully mcm tue la jiey. sonok kalo tengok anak berselera jer makan. Minggu depan iman 10 bulan daa.. harap2 adalah perubahan.

10. Reena >> kelvin pun sama yea? pasal kahak tu pun betul gaks sebab doktor ada bgtau akak pasal baby muntah sebab dia ada kahak. Tapi, iman takde pulak kahak sebab dia tak batuk sebelum nie. cuma sejak semalam baru akak dengar dia batuk. Mungkin kelvin sebab kahak kot sebab dia nak mengeluarkan kahak tue melalui muntah.

11. Kak Aieza >> Wahhh..!! panjangnyer kak. Thanz kak. akak kan pengalaman... Tul juga kan.. kena jumpa pakar kanak2 dulu sebab dia lebih tau semuanya termasuk pasal makanan bayi nie. Insyallah ingat nak juga pie jumpa pakar terus.

12. Kak Sue >> erm... Yup..!! insyallah lepas nie akan cuba tanya paed.Hopefully lepas nie iman dah leh makan laaa...

13. Erna >> syafiq tak muntah tapi iman muntah. kalo tak muntah, jue tak la riso sangat. Ini, dia muntah semula. itu yang riso tue kak...

14. kak nas >> jue pernah dengar cerita pasal budak membesar dengan susu sahaja. kalo iman setakat setahun jue leh terima tapi budak tue sampai dah sekolah. hanya bergantung pada susu sahaja tanpa sebarang makanan lain. sebelum pergi sekolah dia minum sebotol, balik sekolah minum lagi. Tak silap jue ada dalam surat khabar bulan2 lepas. itu yang terkejut tue dan merisaukan.

15. wafaa >> thanx wafaa bagi info.. ;-)

16. Ieda >> itula.. nasib la iman nak nyusu dan boleh terima nestum walaupun kena campurkan dalam susu. Kalo tak, lagi la jue susah hati...

17. puya >> jue dah try da.. baru 1st suap dah naik merah padam muka dia sebab muak.. uwekk..!! muka ala2 nak muntah. erm.. cabaran juga nak bagi anak makan kan?

18. Mel >> iman xder gigi lagi.. sebab tue kot dia susah nak makan. Entah la.. aku agak jer.. okla tak yah campur susu. suapkan ajer kan. jue try suapkan dia tak mau. kalo campur susu OK sajer...


abisss daaa.... panjang lebar aku membalasnya. Tak muat kalo post kat comment tue. Apa2 pun aku ucapkan TERIMA KASIH semua. Nanti, apa2 perkembangan Iman selepas nie, aku akan UPDATE kan di sini yea.... :-)

** sekarang pukul 12.45pm. aku nak tido da.... Esok pagi2 nak gerak ke Johor...



Friday, June 05, 2009

::: Aku Tengah RUNSING.. :::

saat dan ketika ini adalah di waktu pagi tadi.. :-)

Sekarang ini aku teramat lah RUNSING...!!~~ sebab apa aku runsing? sebab Iman TAK BOLEH NAK MAKAN...!!~~ hati ibu mana lah tak runsing kalo anak tak boleh nak makan. Sejak Iman umur 6bulan aku dah cuba bagi makan kat iman.. Alhamdulillah masa tue memang dia nak makan. Makan bubur, makan puri... Tapi, sejak Iman berumur 8bulan, iman dah mula slow makan.. Masa tue aku tak baper sedar lagi sebab dia makan dengan kuantiti yang sikit. Tapi masuk 9 bulan nie, apa aku sua pasti dia akan MUNTAH. Kecuali kalo aku bagi biskut, buah-buahan (untuk dihisap) baru la dia makan dengan bersungguh-sungguh. Kalo benda2 yang kita suap mcm makan bubur, makan roti (yng dikunyahkan) pasti muntah selepas itu.. seolah2 dia macam MUAK..

Kalau korang perasan, masa iman 0-6 bulan sangat la mantap badannya.. siap berketul lagi.. tapi, sekarang ini dah makin susut daa.. Tidak bam bam macam dulu lagi. Bila di pegang, badannya sungguh lembik dan tak berapa mantap. Seolah2 mcm tak berisi walaupun nampak macam mantap. Jika kalo orang kata aku tak bagi makan, aku sangatlah SEDIH sebab bukan aku tak nak bagi tapi keadaan Iman sendiri yang tak boleh nak makan sebab Muntah yang pasti akan keluar nnt.

Jadi, sekarang ini Iman hanya bergantung pada susu dan juga Nestum. Alhamdulillah nestum iman nak.. Selalunya aku akan campurkan Nestum dalam susu.. Jika Nestum tue aku bancuh dan suapkan pakai sudu, pasti dia akan muntah juga.. Tapi, yang menghairankan aku, iman nak makan sebenanrnya sebab bila kita makan, mulut dia akan berkunyah2 juga seolah2 dia nak kan benda yang kita makan. Bila kita sua, dia akan nganga mulut. Tp, tak lama lepas itu, memek muka dia akn nampak mcm nak muntah.. uwek.. uwek.. merah padam muka dia. Kalau bernasib baik, dia tak muntah. tapi, kalo tidak... bbbbuueekk..!!~~ terus muntah macam air terjun. walaupun masa tue dia dah lama menyusu. Sian tengok Iman sebab dia nak makan tapi tak boleh nak makan.

Jadi, aku nak minta la pandangan daripada kawan-kawan semua.. apa tindakan yang perlu aku lakukan sekarang. Aku ingat nak bawa iman jumpa terus dengan pakar pemakanan untuk menyelesaikan masalah ini. Tp, sebelum tue, kalaulah kawan2 ada pandangan mcmaner untuk aku handle masalah ini. Tolong lah bantu aku yea. Mungkin kawan2 semua pernah mengalami masalah yang sama mcm aku... Thanx semua.. Itulah masalah yang merunsingkan aku ketika ini sebab Iman dah pun nak masuk 10bulan da.. Sepatutnya dia dah makan bermacam2 makanan da.. Hanya tinggal 2bulan jer nak cecah 1thn. Tapi, still belum berselera nak makan. Kalo lah iman jenis berselera nak makan, pasti aku buat mcm2 makanan untuk dia.. kan..? seperti macam kawan2 semua...


** ketika dan saat ini, dengan tiba2 air mata aku bergenang... SEDIHnyerr... :-(

Thursday, June 04, 2009

:: kak zura..., banyak nyer soalan.. huhuhu..!!~~ :::


Tugasan untuk menjawab soalan2 ini telah diberikan Kak Zura a.k.a Denso_Cute.. hehehe.. panjang nyer kak oi soklan nie.. letih den nak menjawabnya..Takpe, demi dirimu.., daku menjawab kan la jugak.. hehehe.... :-)

1. Bekas kekasih saya adalah..

  • Yang mana satu yea..???

2. Saya sedang mendengar...

  • bunyi katak sedang memanggil hujan bercampur dengan bunyi cengkerik.

3. Mungkin saya patut..

  • TIDO sebab dah lewat malam...

4. Saya suka...

  • Warna PINK, Window Shopping dan HOLIDAY..!!~~

5. Sahabat-sahabat saya...

  • Ramai yang NAK KAWIN daa...

6. Saya tak paham...

  • kenapa asben saya suka garu tekak.. Aik..? camner tue..?

7. Saya kehilangan..

  • beg telekung saya. Mr hubby saya yang hilang kan...

8. Ramai yang berkata..

  • aku dah GEMUK..!!~~

9. Cinta itu adalah...

  • Kasih Sayang antara Allah, individu dan lain2.. hehehe..

10. Di suatu tempat, seseorang sedang...

  • Tido dengan Nyenyaknyaaaa....

12. Saya akan cuba...

  • untuk menjadi ISTERI yang Baik.. :-)

13. Ayat SELAMANYA membawa maksud..

  • Tiada Penghujung..

14. Telefon bimbit saya..

  • Nokia 1110 dan 5610

15. Bile saya terjaga...

  • saya akan tengok JAM dahulu..

16. Saya paling meluat...

  • pada pompuan2 yang Naik MOTOR dan TONGGEK kan punggung dia sampai nampak spender dan Lurah Dendam dia.. aargghh..!! bencinya.. Itulah sebabnya banyak kes ROGOL.

17. Pesta/parti adalah

  • tempat untuk bersosial..

18. Haiwan yang paling comel penah saya temui...

  • Kucing yang tengah TERSENYUM.. hahaha.. BETUL..

19. Peringkat umur yang paling menyeronokkan saya ialah...

  • masa lepas SPM.. syok nyer sebab dah MERDEKA..!!!

20. Hari ini..

  • aku sangat LETIH..!!~

21. Malam ini saya akan..

  • Tido Dengan Iman Zafran... hehehe..

22. Esok pula saya akan..

  • Pergi keje la.....

23. Saya betul2 inginkan..

  • Keluarga Bahagia...

24. Ketika anda lihat wajah anda di hadapan cermin pagi ini..

  • waah..!! nape banyak jerawat nie...

25. Pusat membeli belah atau arked permainan...

  • tempat shopping dan tempat bermain

26. Makanan barat atau jepun..

BARAT...coz AKU X RETI MAKAN MKNAN JEPUN

27. Bilik yang terang atau gelap..

  • bilikyang ROMANTIK

28. Makanan segera adalah...

  • penyebab aku GEMUK..!!~~

29. Ayat terakhir yang anda telah katakan pada seseorang..

  • lupa laa....
30. Siapa yang anda ingin tag..
  • Kak fida (sebab blog tak BERUPDATE..!!~~)
    silakan kak menjalankan tugas.. hehehe...


*** masa untuk tido.... :-) aku buat mlm tadi tapi aku poskan untuk pagi nie.. hehehe bolehkan..??


Wednesday, June 03, 2009

::: Rumput Oh Rumput :::

Sekarang nie aku tengah buat searching mengenai jenis2 rumput . Sebenarnya terdapat pelbagai jenis rumput yang sesuai untuk dijadikan landskap. Apa yang membezanya adalah Harga, kelebihannya, keunikannya dan penjagaannya. Yang mana nak nampak cantek, sudah pasti itu yang lagi mahal harganya..

erm.. dimanakah pilihan hati ku..??


ini pun carpet grass juga.. namanya "ZOYSIA"


Yang nie Cow grass


yang nie namanya "BERMUDA"


Pearl grass nie mudah dijaga...

yang nie namanya "SEASHORE PASPALLUM"


Dalam banyak2 jenis rumput nie.. aku minat yang jenis ZOYSIA tue.. tapi, penjagaannya agak rumit sikit la berbanding dengan Pearlgrass.. paling senang dijaga tanpa penjagaan yang rapi.

Aku dah mcm berkenan dengan pearl grass nie la.. lagipun sesuai la dengan bajet aku kot.. nak tau apa keunikan Pearl Grass nie..?

KEUNIKAN "RUMPUT MUTIARA"

-Tumbuh pada kadar yang cepat seperti permaidani dengan radius pertumbuhan yang luas tidak seperti rumput biasa.

-Kos penyelenggaran yang rendah kerana Rumput Mutiara tumbuh dengan cepat secara mendatar.

-Tahap ketahanan yang tinggi dengan kerap penggunaan.

-Tidak akan menyebabkan kegatalan,menjimatkan wang dan masa untuk kualiti yang sedemikian.

-Menyegar dan menghijaukan alam sekitar dengan penanaman RUMPUT MUTIARA.


*** apakah rumput pilihan dihatimu...? "tanya ku kepada asben ku..."

wah..!! mcam tanya bakal pilihan isteri la pulaks.. hehehe...



Tuesday, June 02, 2009

::: Survey Sebelum Masuk Rumah Baru :::



Memasuki rumah baru adalah antara perkara yang kita paling excited. Lagi2 rumah yang dibeli berbanding dengan rumah yang disewa. Iyer tak..? Tetapi, sebelum memasuki rumah yang baru.., ada pelbagai perkara yang perlu dititik beratkan dan perlu diambil tindakan. Untuk memasuki rumah yang baru, kita memerlukan kos untuk menyediakan beberapa perkara yang wajib sebelum memasuki rumah baru itu. Tetapi, yang menjadi persoalannya adalah KOS untuk melengkapkan barangan pelengkapan rumah. Alangkah indahnya jika ada orang yang baik hati untuk sponsor kami barang2 pelengkapan umah.. huhuhuhu..!!~~ seperti mereka2 yang dapat dalam DECOR bersama ERIC tue... Dapat mengurangkan kos aku...

Walaubagaimanapun.., aku telah membuat beberapa checklist perkara yang wajib yang perlu aku buat.. Dimana aku mendahulukan perkara yang penting dahulu.. Sekarang nie aku hanya buat checklist dahulu sebelum aku survey budgetnya.. Dan kepada kawan2 yang boleh bantu aku.., aku memerlukan beberapa bantuan dan panduan untuk mencari supplier yang berkenaan..

Antara checklist wajib :
  1. Wiring - pasang lampu2, kipas dan sebagainya ( member asben aku )
  2. kitchen kabinet (belum ada)
  3. plaster ceiling (belum ada)
  4. Renovation - untuk buat tiling sahaja (belum ada)
  5. Langsir (buat kat Nagoya je)
  6. Landskap - nak cari carpet grass "zoysia" (belum ada)
erm.. aku rasa.. inilah antara perkara yang wajib aku buat sebelum nak masuk rumah... Rasa2nya ada tak benda yang aku tertinggal untuk disenaraikan dalam checklist wajib nie..?

Selepas ini, aku akan membuat bajet2 untuk setiap checklist yang aku senaraikan di atas...
Actually, aku memerlukan bantuan untuk mendapatkan contact2 person yang boleh membantu aku untuk menyiapkan checklist2 di atas.. Bajet sederhana sahaja..


** ada banyak perkara lagi yang perlu disettlekan tahun nie.... :-)

Monday, June 01, 2009

::: Nain & Iman :::

Iman dan Nain memang tak dapat dipisahkan.. Tapi tak boleh di dekatkan.. BAHAYA..!!!~~ jangan lah sesekali mendekatkan mereka tanpa pandangan dari sesiapa.. nanti pasti akan kedengaran suara budak menjerit ataupun melalak..so, untuk mengelakkan dari sebarang kemudaratan, janganlah biarkan mereka berdua. apa2 pun mereka berdua memang tak boleh dipisahkan.. dah la duduk serumah.., nursery pun satu tempat...

Lagi satu, kalo mereka tak jumpa, pasti mereka akang saling mencari.. Lagi2 di awal pagi.. mereka nie pagi2 dah bangun da.. seawal 6pagi dah bangkit tidur.. biasanya Nain, akan datng ke bilik kami untuk mencari iman... tp, kadangkala iman pula akan ke bilik nain untuk ajak bermain2...

2 orang saudara yang sentiasa bersama.. tunggulah iman dah pandai jalan dan melompat2 nnt.. ha... haru biru la rumah mak aku nnt... :-)

tengok lah aksi di bawah ini..


nain bila nampak iman naik walker..., dia pasti nak masuk skali.. Bukan kami yang masukkan dia ke dalam walker tue.., tapi dia sendiri yang masuk ke dalam tue...

bila di panggil..., dua2 pandang ke arah kamera... sangat comel dua orang nie.. iman pun suka...


*** gambar tak cantek sebab kamera HP jer....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...