2018 is coming....
2017 ?? tiada memori yang tercatit dalam blog ini.. Nampak sangat kesibukan menguasai diri. Tiada masa untuk update blog.
banyak memori hilang begitu sahaja..
counting for 2018...
Kawan-Kawan Saya
Friday, December 29, 2017
Thursday, April 14, 2016
After 1 year. Now 2016
Assalamualaikum wbt.
Fuhhhh!! lamanya ku tak berblog apatah lagi berblog walking. Last post January 2015. then, tenggelam lagi. Now, dah 2016 pulak. Entah bila la ada masa nak UPDATE blog ni. Banyak benda nak cerita, banyak benda nak kongsi. Tetapi disebabkan kesuntukan masa, memang tak berupdate lah blog sekarang.
Tahun nie bakal berumur 32tahun. eheeemm! semakin tua dah umur. Iman pun dah 8tahun. Ini bermakna, blog ni pun masuk 8tahun juga. Ingat lagi blog ni dibuat sempena kelahiran IMAN ZAFRAN dulu. Banyak cerita pasal iman sejak kecil.
Sepatutnya, banyak cerita pasal Iman yang hendak di kongsikan tapi masa mencemburui kita. Lagi-lagi sekarang tengah sibuk dengan berbisnes. Alhamdulillah rezeki dengan berbisnes tak pernah putus even tak semaju mana. Cukup Untuk menampung apa yang kurang.
Sesiapa yang berkelapangan bolehla singgah shopping kat IG kita @babyandkidscollections . Dan baru-baru ni ada buka 2nd IG @babybreastfeedshop untuk para-para ibu menyusu. Jom Singgah dan beli. waceehh! sempat promote lagi,.
Ok Guys, nanti kita Update lagi.
see you..
Tuesday, January 13, 2015
Tahun 2015 : Iman Tahun 1
Bismillahirrahmanirrahim..
Bermulalah lembaran baru untuk tahun ini iatu Tahun 2015. Dan bermulah anak aku Iman Zafran sebagai pelajar Tahun 1. Sebak rasanya sebab anak dah besar. nerves pun ada juga. Dulu-dulu orang panggil darjah 1. sekarang ni tahun 1. agak janggal rasanya. Almaklumlah. lama dah meninggalkan alam persekolah. Nasib baiklah ayahnya seorang cikgu. senang sikit aku. bukan senang sikit tapi senang banyak. ekekeke.. Segala preparation anak nak masuk sek ren ni, ayah dia yang uruskan. Bermula dari daftar sekolah, daftar KAFA, beli buku sekolah, baju sekolah, beg sekolah,carikan transit sehingglah hari pendaftaran dan hari pertama sekolah. Semuanya ayah dia yang uruskan. Hari pertama sekolah pun ayah dia amik cuti. Aku? tetap kena kerja sebab TIDAK DIBENARKAN cuti selama 28hari dari 5hb. Sadis rasanya, Esok-esok nak hantar iman ke sekolah, tetap ayah dia yang buat. Nanti aku just hantar Ihraz sahaja.
Semalam hari pertama persekolahan. Macamana? So far ok. tak nangis. seronok nampaknya. Cuma habit berlenggang kangkung dia tu masih lagi ada. dia agak pelik kenapa semua org kena cepat especially bila waktu rehat. kalau kat rumah, 1jam makan kan? kat sek 20min jer. So, semalam budak dah masuk kelas dia baru nak makan. so, timing kat situ dah lari. Takpe, masih hari 1st. kena ubah adjust lepas nie. Hari-hari kena bawa bekal utk jimat masa makan. kalau tak, kena beratur tu amik masa sikit.
Pagi sek ren, petang sek KAFA pulak. Hari pertama, nampak penat tapi bila balik ceria jer. makananya, dia seronok sekolah. YEAAAA!! Hopefully hari2 seterusnya maintaain le ye iman.
tak larat nk taip panjang. nanti lah sambung ekkk...
layan gambar je dulu.
Wednesday, December 03, 2014
Happy Birthday to Ihraz Zahin
03/12/2013 - 03/12/2014
Hari ini, genaplah umur anak ke3 aku 1tahun. Syukur alhamdulillah membesar dengan sihat dan sempurna. Semoga kekal hendakNya.
Maka, dengan ini, genap 1 tahun juga lah dia menyusu badan.. Fuhhh! sekejapan masa berlalu. esok lusa dah masuk sekolah pulak.
Apa beza anak 1 dan anak 3? owh... banyak sungguh bezanya. apa yang boleh aku simpulkan, masa anak 1, air tumpah boleh terus lap. anak 2, tunggu budak2 abis makan baru lah lap.. bila anak 3, kadang tak terlap... hahaha!!
Kronologi membesarkan hero 3 ni camner ye?
Apa yang boleh dihuraikan, penjagaannya mudah tapi suka melekap. pantang nampak ibu dia.. pasti minta di ambil. kalau takde ibu dia ok jer main. Suka makan, suka main, suka senyum suka merengek. hehe..
perkembangan setakat 1tahun, dah ada 2batang gigi, tapi belum berjalan lagi. boleh cakap mama papa dada tata. suka menyembur-nyembur juga. Demam or sakit2 tu ada tapi takla teruk sgt. Paling teruk bila panas sgt, badan naik ruam.
Itu sahaja kot yang boleh diceritakan sikit sepanjang perkembangan 1tahun dia.
Happy Birthday Ihraz
Kisah mengenai penyusuan sepanjang 1tahun
syukur dapat menyusukan ihraz sepanjang 1tahun. in sha allah akan diteruskan lagi dengan izinNya. Sekarang di opis masih lagi mengepum dan menyimpan stok. stok yang ada masih lagi adawalaupun tak penuh freezer seperti mula2 dulu.
setakat ni pump paling banyak 9oz sekali pum. paling sikit 3oz pun ada. so, sekarang mana ada rezeki untuk anak aku akan teruskan jer. hopefully berjaya sehingga 2thn. Sekarang sekali minum masih 3oz-4oz.
okla itu jer nak citer. janji nak citer pasal upin ipin tapi.. gantung begitu sahaja. huhuhu!
tak done nak update.
Tuesday, November 18, 2014
Karnival Upin & Ipin 2014
Karnival Upin & Ipin 2014
Karnival Upin & Ipin 2014
Tarikh : 21,22, 23 November 2014
Lokasi : PICC, Putrajaya
Masa : 9 pagi – 10 malam
Masuk adalah PERCUMA
In sha Allah Sabtu ni nak bawa budak-budak ke karnival upin ipin. Tak sabarnya nak pergi. Bawa mereka di dunia sebenar Upin Ipin. Almaklumlah dah kat rumah hari2 pasang upin ipin. Siap berlakon bagai kan. Pastu asyik tanya sekolah upin ipin kat mana. Apa nak buat semuanya nak sama mcm upin ipin. Upin ipin nak basikal, dorang pun nak basikal. Tak tau lah kalau dorang betul2 ada kawan upin ipin ni. Mesti seronok bagai. Sampaikan bila aku garang pun dorang boleh kata "ibu ni, garang macam kak ros. Asyik nak marah jer".. huhuhu sabar jer la. Nanti dah jumpa upin ipin dan rakan2 kat sana nanti mesti teruja lain macam agaknya. risau pulak bila ada yang tak nak balik nanti. hehe. Moh! Reramai ke sana sempena program cuti sekolah nie.
Masa Izzul kecik2 dulu, aku pernah post pic izzul ala upin ipin kan? meh nak share sikit gambarnya.. Tak tau la maybe masa mengandung suka sangat tengok upin ipin kott..
tengok tu tangannya, ada baguuuuuusss! hehe Toys upin ipin hadiah daripada paksunya.
haaaa... ada rupa tak???
ni ada sorang lagi.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
iman versi mail pulak. nak juga kan!
Ok! katakan dah pergi nanti. aku leh share ;) best ke tak kan..
Tuesday, November 04, 2014
ASSALAMUALAIKUM
Assalamualaikum wbt
Lama menyepi di blog. Kadang2 teraktif di Insta ataupun Fb. Tapi tetap aktif di bisnes online. Actually, mcm2 cerita nak share. semua pic yang di tangkap berkepuk jer la di camera dan handphone. Cerita raya pun dah ke laut apatah lagi nak cerita benda2 lain lagi.
In Sha Allah, ada "something" yang akan aku kongsikan di blog ini sebagai kisah hidup, pengalaman dan memberi sedikit panduan buat semua as a PARENT. Tahun 2015 akan berubah segalanya bagi kehidupan kami. Ada benda yang kami perlu lalui dan pelajari. Ini semua Anugerah dari Allah buat kami dalam menjalani liku-liku kehidupan. Kami berharap dan berdoa semoga segalanya di permudahkan olehNya.
"Ya Allah, berilah aku kekuatan dan kesabaran dalam mendidik dan mengajar anak2 ku. Aku berdoa agar mereka di beri hidayah dan pentunjuk dan menjadikan mereka anak2 yang soleh. Aku berdoa agar mereka mendapat keredhaanMu serta patuh kepadaMu. Aku sayangkan anak2 aku. Jauhkan aku dari sifat kemarahan yang melampau. Berikanlah aku kekuatan untuk menghadapi apa jua dugaan dariMu Ya Allah. Ameen "
Sekarang, step by step kami sedang mengorak langkah untuk mencorakkan warna warni kehidupan kami.
In sha Allah next-next ENTRY aku akan cuba kongsikan bersama. Harapan supaya ada masa untuk aku mencoretkan di sini :)
Monday, September 08, 2014
Temuduga Penolong Pegawai Kastam W27
tet..
tet...
hari ini 8/9/14. tetiba check SPA keluar benda ni :
so, interviewnya hari rabu. Rasa done ke aku nak pergi interview ni. Kena buat surat pengesahan majikan, resemu bagai semua kan.. uwaa.! lagi pun tak sedia paper pun. Bak kata org, rezeki yang datang jangan di tolak kan. Tapi, ... banyak pulak tapinya.
Kisahnya, sebelum ni memang ada ambil exam jawatan ni kat SPA. Dah di panggil kita buat lah. lagipun pertama kali exam melalui online. Saja nak mencuba. Selepas exam, langsung aku tak tengok dah SPA. result exam pun aku tak tinjau. tertiba pagi tadi masa tengah layan FB nampak ada closed group untuk temuduga jawatan penolong pegawai kastam ni. Terus request. Bila dah approved, mak aiihh! terkejut aku semua sibuk citer pasal nak pergi interview. tetiba rasa berdebar semacam. terus buka laman web SPA, bila tengok tarikh tu.. terus rasa down. Lusa interview, baru arini dapat tau.. huhu.
pergi ke tak pergi ke tunggu la Rabu ni. Rasa macam tak pergi jer. Aku sayangkan JPN. haha :)
to all yang bakal pergi interview nanti.., good luck ye.
Saturday, July 26, 2014
Friday, July 25, 2014
Gambar-gambar Raya
Sempena nak sambut raya yang akan menjelma tidak lama lagi, di sini nak share gambar raya kami setiap tahun. Alhamdulillah setiap tahun ada family potrait kami. Cuma pada tahun 2007 jer yang takde. Masa tu baru kahwin. Zaman takde kamera, so takde la gambar.
so, dari pic 2008-2013. setiap tahun nampak perubahannya. yang tetap sama adalah en atan. badan maintain kurus jer.. aku? hehe.. semakin tahun semakin kembang.. uwaaaa! kalau iman, nampaklah semakin tahun semakin besar dah anak aku..
Syukur alhamdulillah..
2008
2009
2010
2011
2012
2013
Nantikan gambar raya 2014 pula.
Monday, June 02, 2014
Pengantin 7 tahun yang lalu
2 Jun 2007 - 2 Jun 2014 (7Tahun)
Meh sapa nak tengok gambar pengantin 7tahun yang lalu.
cuba tengok gambar 7tahun selepas pulak.
Alhamdulillah..
InshaAllah Berkekekalan Hingga Akhir Hayat. Aminn..
InshaAllah Berkekekalan Hingga Akhir Hayat. Aminn..
Friday, May 16, 2014
selamat hari guru
dah lebih 13tahun tinggalkan alam persekolahan. Tapi bila hari guru, teringat balik zaman persekolahn pulak. Rasa rindu dengan kawan2, memori sekolah, dan zaman nakal2 dulu. dulu belajar kat sekolah tidak lah pandai mana. Tapi kadang2 rasa seronok juga bila dapat report card tu. siap ada saingan bagai lagi.
tapi yang tak boleh di lupakan aku ialah mata pelajaran sejarah. Subjek yang paling aku tak suka sekali. Asalkan periksa pasti FAIL. selalu markah dapat dlm 20% lebih jer.. hahaha boleh tak? yang pasti SPM aku lulus. itu cukup2 makan jer. tak kredit pun. giler teruk kannnn..?? But, subjek paling aku terer subjek agama and tasawwur islam. A jer manjang sampai SPM dapat A1 gitu. Gila alim aku dulu.. hahaha..
But, alhamdulillah even tak la sebijak mana, aku dapat jugalah jejakkan kai ke alam universiti. Macam tak caya jer bila dpt panggilan masuk UiTM. biar betikk? hebatnya aku.. hahaha!! perasan jer tu... Lepas amik diploma, dpt kerja. terus jer la aku bekerja. bukan senangkan nak dapat kerja kerajaan. even dalam masa yg sama aku dapat further study utk dgree juga masa tu. lepas di pikir2 kan aku nak DUIT!.. hehe alhamdulillah now, dah masuk 10 tahun aku bekerja sebagai kakitangan awam. Alhamdulillah.. perjalanan hidup aku yang senang.. ;)
Nowadays, bila hari guru, pasti aku akan ingatkan anak2 aku untuk appreciate guru diorang sebab separuh hari dorang memang sentiasa bersama guru. Dari kecik kita ajar menghargai guru. So, malam tadi aku ajar iman buat kad untuk hari guru.
Gigih juga la iman buatkan kad untuk cikgu dia dan cikgu adik2 dia. Alhamdulillah dia sendiri yang offer nak buatkan untuk adik2 dia.. abang yang prihatin ni.. saaaayaaangg Iman.
Inilah hasilnya. ada gambar cikgu, ada bintang, bulan dan matahari. dia saja yang paham apa maksudnya tu ;)
Selamat Hari Guru buat semua guru2 di Malaysia. dan tak lupa juga untuk my asben yang juga seorang Guru.
Note : balik karang mesti bawa banyak balik hadiah.. hehehe
Friday, May 02, 2014
7tahun Bersama
1 May 2007 - 1 May 2014
7 Tahun
Syukur Alhamdulillah.. Kami di panjangkan umur dan disatukan sehingga kini. 7tahun bersama. suka duka, pahit jerit semua kami alami bersama. segala onak dan duri, cabaran dan halangan tetap sama2 menempuhi. Dan sekarang dikurniakan 3orang hero. Syukur ke hadrat Ilahi ;) kerana memberi aku peluang untuk merasai alam perkahwinan di usia yang muda serta menjadi ibu.
Tatkala, orang lain sibuk mengejar impian untuk menjadi pelajar cemerlang, mencapai cita2 yang di idamkan, tapi aku telah menempuh alam perkahwinan di usia 23tahun. Dengan izin Allah, perjalanan hidupku di permudahkan.. selepas abis belajar, aku mendapat pekerjaan, seterusnya berkahwin dan mendapat anak. Di usia 24tahun aku telah pun dikurniakan seorang cahayamata.
Aku amat2 rasa bersyukur kerana di beri peluang menjadi ibu, melahirkan zuriat. Sesungguhnya pengalaman bersalin itu amat menyakitkan tapi sangat INDAH..
7tahun bersama, tetapi 13tahun saling kenal mengenali. Semoga perhubungan ini KEKAL ABADI hingga ke SYURGA..
Tuesday, April 29, 2014
Milk Booster
takde pape nak update. just nak sharing some my milkbooster.
agak2 bila rasa susu merundum mula lah mencari makanan yg boleh menambahkan susu.
Antaranya :
Pucuk Betik or Bunga Betik
boleh buat rebus gitu jer. Pastikan rebus dengan daun senduduk or daun pucuk jambu untuk hilangkan rasa pahitnya. kalau tak, nanti pahit memang tak boleh telan langsung.
Boleh juga di jadikan kerabu. Amik isi ikan, bawang and cili. gaulkan sekali. ikan tu di masak or digoreng dahulu la ye.
Longan Kering
ginilah rupanya bila belum di rebus. boleh cari kat tesco or kedai sensei
direbus dengan air, daun pandan dan gula. nak sedap aku letak gula merah.
Pucuk Meranti
Pucuk meranti ni boleh buat lauk. masak lemak pun sedap, tumis pun sedap. ini aku rebus jer.. buat mcm ulam. makan nasi dengan sambal belacan. sedap!
Buah berangan
buah berangan nie boleh buat kudap kudapan. selalu balik kerja, singgah kat depan simpang empat dengkil tu beli. sambil drive sambil makan.. sedappp!
so, bila pump sekali dapat banyak ni. pasti teruja kan?? yang penting kena minum air masak banyak2 ye.
:) happy breastfeeding!
Thursday, April 24, 2014
Bila Iman Zafran berimaginasi
Dah pun nama anak teruna kan. Mestilah imiginasi dia agak tinggi sikit. Mula2 belajar dari tgk youtube. Lama2 mencipta sendiri. Iman memang peminat setia dengan autobots, Lagi2lah kalau optimus prime. dia gelarkan diri dia optimus prime. Apa semua yang nampak robot mesti dia nak. Kadang2 makan pun nak bentuk robot juga. Ada ke suruh aku bua roti bentuk robot. Dah ibu ni tak kreatif, memang sampai ke sudah la tak dapat. hehe
1st hasil tangan iman membuat robot. Abis kotak yang ada di koyak2 nya. Nasiblah ibu ko ni berbisnes. daptlah kotak berkoyan-koyan
nampak kan. koyak sana koyak sini lepas tu tampak dengan solatape. pastu suruh ibunya tangkap gambar. suruh anta kat sepupu kesayangan dia.. haha anak2 pun dah advance tau send gambar bagai kan.
next....
dah mula pandai pakai gunting. Imaginasi semakin kemas. Suruh ayah dia bantu pulak. mula2 gunting tak lepas, suruh ayahnya tolong pulak. Si Iman bagi arahan, ayahnya tolong buat.. dan inilah hasilnya...
ok! siap dengan pedang bagai dah..
tapi belum lengkap lagi...
dan
hasilnya....
.
.
.
.
.
.
siap sudah dengan bajunya. tapi lupa pulak nak pakai topeng.
Alhamdulillah dapat anak yang kreatif ;-)
Sunday, April 20, 2014
Ibu sayangkan iman......
Bila beranak 3 ni, penatnya kalah orang bermain bola. Penat, stress pun ada kdg2. Jadi, anak pertama la yg menjadi harapan utk membantu, mengalah untuk mengelakkan persengketaan dan pergaduhan adik beradik.
One day, dlm kereta aku dengan 3hero iman izzul ihraz. nak hantar memasing ke sek. si izzul suka sgt apa benda semua dia nak sorg. Tak nak kongsi.. dan mcm biasa aku minta si iman mengalah.. bagi je adik nnt ibu bg lain. Selalu abgnya mengalah.. tapi, kali ni.. dia tak nak mengalah. Sampai bergaduh bagai. Izzul melalak, si ihraz terkejut pun melalak. Aku bawa kereta tak keruan. Stresss..! Terus dengan nada yg kuat aku memarahi si abg. Sebab dia x nak mengalah, semua keadaan jadi huru hara
Keadaan huru hara msh tak nak mengalah.
Sampai aku berhentikan kereta tepi jalan. Bawa keluar si abg takut2kan dia kalau tak nak mengalah, jangan ikut ibu.. dengan tak semena2 si abg terus berlari mcm palesit sambil berkata "ibu tak sayangkan iman" dan terus hilang dari pandangan. Aku dah tak keruan.. cuma panggil iman... iman... masih tak nampak. Nak tgglkan kereta tapi ada 2 hero lagi dlm kereta. YA ALLAH kemana perginya anak aku????? Terus aku menangis di situ...
Sehingga aku pasrah sambil berdoa supaya iman kembali balik. Aku masuk semula dlm kereta. Sambil tertunduk. Tetiba si iman ada dalam kereta. Pandangan nampak samar2.. terus tanya.. iman pergi mana tadi? Iman jawab.. ibu tak sayang iman. Iman lari jauhlah. Allah lagi sayang iman.. lepas itu hilang pandangan iman dr mata aku.
YA ALLAH.. apa maksudnya??? Berjurai lagi airmata aku... iman.. ibu sayang iman......
Dengar ihraz menangis.. tiba2 aku tersedar.. memang ihraz menangis nak susu.. sedar2 airmata aku berjujuran.. Ya Allah.. mimpi rupanya aku... kenapalah aku mimpi mcm nie... terus sambung menangis.. tak pernah dpt mimpi mcm nie..
Ya Allah, berikanlah aku kekuataan untuk membesarkan anak2... berikanlah aku ketabahan dan kesabaran yang tinggi... jauhkanlah aku dari perkara yg tak elok dan dekatkanlah aku ke arah kebaikan.. aminnn.
20/04/14
1.15am
One day, dlm kereta aku dengan 3hero iman izzul ihraz. nak hantar memasing ke sek. si izzul suka sgt apa benda semua dia nak sorg. Tak nak kongsi.. dan mcm biasa aku minta si iman mengalah.. bagi je adik nnt ibu bg lain. Selalu abgnya mengalah.. tapi, kali ni.. dia tak nak mengalah. Sampai bergaduh bagai. Izzul melalak, si ihraz terkejut pun melalak. Aku bawa kereta tak keruan. Stresss..! Terus dengan nada yg kuat aku memarahi si abg. Sebab dia x nak mengalah, semua keadaan jadi huru hara
Keadaan huru hara msh tak nak mengalah.
Sampai aku berhentikan kereta tepi jalan. Bawa keluar si abg takut2kan dia kalau tak nak mengalah, jangan ikut ibu.. dengan tak semena2 si abg terus berlari mcm palesit sambil berkata "ibu tak sayangkan iman" dan terus hilang dari pandangan. Aku dah tak keruan.. cuma panggil iman... iman... masih tak nampak. Nak tgglkan kereta tapi ada 2 hero lagi dlm kereta. YA ALLAH kemana perginya anak aku????? Terus aku menangis di situ...
Sehingga aku pasrah sambil berdoa supaya iman kembali balik. Aku masuk semula dlm kereta. Sambil tertunduk. Tetiba si iman ada dalam kereta. Pandangan nampak samar2.. terus tanya.. iman pergi mana tadi? Iman jawab.. ibu tak sayang iman. Iman lari jauhlah. Allah lagi sayang iman.. lepas itu hilang pandangan iman dr mata aku.
YA ALLAH.. apa maksudnya??? Berjurai lagi airmata aku... iman.. ibu sayang iman......
Dengar ihraz menangis.. tiba2 aku tersedar.. memang ihraz menangis nak susu.. sedar2 airmata aku berjujuran.. Ya Allah.. mimpi rupanya aku... kenapalah aku mimpi mcm nie... terus sambung menangis.. tak pernah dpt mimpi mcm nie..
Ya Allah, berikanlah aku kekuataan untuk membesarkan anak2... berikanlah aku ketabahan dan kesabaran yang tinggi... jauhkanlah aku dari perkara yg tak elok dan dekatkanlah aku ke arah kebaikan.. aminnn.
20/04/14
1.15am
posted from Bloggeroid
Subscribe to:
Posts (Atom)