Sedikit info yang nak sahring.
Apa yang perlu kita buat sebagai ibu bapa bila baru melahirkan cahayamata ke-2 atau seterusnya..? Ini penting dalam kita membahagikan kasih sayang kepada anak2 yang sedia ada dan anak yang baru lahir. Yang mana patut kita dahulukan?
- Berilah kasih sayang yang lebih pada anak yang sedia ada.Tumpukan perhatian lebih pada mereka. Bukan pada bayi yang baru lahir.
- Perhatikan anak2 yang sedang membesar supaya mereka tidak memberontak. Kerana, mereka dah punya perasaan marah dan cemburu. Kadang2 dlm diam dia akan menunjukkan perasaan memberontaknya.
- Banyakkan bersabar dan jangan mudah marah kepada anak kerana mereka akan sedih bila ibu bapa lebihkan pada bayi yang baru lahir.
- Untuk bayi yang baru lahir, kita hanya perlu mandikan, susukan dan tidurkan mereka sahaja. Selebihnya luangkan masa dengan anak2 yang lain supaya mereka tidak rasa di pingggirkan. Mereka yang lebih perlukan perhatian dari si kecil.
- Luangkan masa untuk bermain dengan mereka.
Setelah mendapatkan info dan tips mengenai ini, sebagai ibu aku cuba praktikkan perkara ini supaya Iman tidak bersifat memberontak dan sebagainya. Semoga dia boleh menerima adiknya dan semoga mereka boleh menjadi kawan baik yang sejati bila besar nanti.. Insyallah....
seronok tengok bila dua2 tido.. Tak sabar nak tengok bila dua2 bermain sama nnt. :-)
Patutlah iman skang semua nak ibu dia jerr.. Mandi nak ibu, cebok nak ibu, susu pun nak ibu.. Itu tandanya dia nak perhatian lebih dari ibunya.. Sebab dia dah nampak IBUNYA dah ada baby.. But, skang iman dah suka sayang adik dia.. :-)
4 comments:
huhuhu syahdu nye tgk diorg tido
Thanks jue share tips berguna nih (*_*)
so sweet tgk adik abg tido...& a good info..
share tips please....
Post a Comment