Kawan-Kawan Saya

Friday, July 19, 2013

Diari Ramadhan 9 : Roti John Pemanggang Ajaib Dan Ikan Tenggiri Masak Kari


Assalamualaikum..

Ramadhan ke 9. Mood nak memasak kembali semula. Semalam kebetulan sampai rumah awal sikit dari biasa. Alah awal 10minit jer pun. ekekeke..

Dalam pikiran memang nak masak ikan tenggiri masak kari ala mamak jer. tetapi ketibaan rajin datang bila ke Kedai 1Malaysia. aku beli la roti untuk buat roti john. Hopefully sempatlah buat roti john. Nasib sempat.. memandang kan selalunya pemanggang ajaib aku nie berasap taip bulan posa jer. hehe.. bila tak bulan posa berasap juga tapi agak jarang. pernah tersimpan sebulan tak bersentuh pun.

So, kembali ke pemanggang ajaib. Cepat, Mudah dan Senang.. Wacehh!

Nak buat roti john, kita tumiskan dulu bawang dan daging cincang letak serbuka kari sikit. Tumiskan dengan mentega baru naik bau...! Lepas tu, baru di campurkan dalam telur.

Rupa roti john aku yang sedang di masak. No beli2.. buat sendiri je senang. 
Panas lagi bila nak makan!

Taaaaraaaa... MY ROTI JOHN!  letak mayonis lebih sikit.. daaapp!

My ikan tenggiri masak kari ala mamak. no santan ye! cili api kasi taruk sikit baru terangkat!

sayur sampingan : Kacang botol tumis


pssstt : dulu buka posa makan bertambah2. skang makan sekali makan pun dah kenyang ya amat! Alhamdulillah....

Thursday, July 18, 2013

Diari Ramadhan 8 : Juadah Berbuka Samsung Galaxy S4?

Assalamualaikum

Berbuka puasa dengan samsung galaxy s4? biar betull?? isskkk.. idok la gitu rupanya. Alkisahnya semalam adik aku datang rumah. Tup2 terus kata nak hantar menu berbuka puasa. letak atas meja sekali nampak 2 ketul samsung galaxy s4. Bukan main lagi nak kenakan aku dan nak menjeleskan aku..hehe.. Bukan aku yang punya yeaa... Untuk nenek dan embah iman punya. Dasat2 nenek2 zaman sekarang. canggih tau!

white or black? mana satu pilihan korang agaknya? aku pilih white tp adik aku and asben aku suka hita. hahaha mostly pompuan mesti pilih putih kan?

Semalam sampai rumah agak lewat sikit dari biasa. So, aku ke pasar ramadan jer la. Niat hati nak makan satay willy. katanya ada cawangan baru kat nilai. Tapi, tak sempat nak ke sana pun. Pergi pasar ramadan jer. Peel iman kalau bawa ke param, dia akan membebel sepanjang jalan dari pergi, sampai jalan kle param dan sampailah ke rumah. sebab dia memang tak suka ke param. Tahan jer la telinga bila dengar. Orang yang dengar pun rasa geli hati tapi bila aku yang dengar panas hati... huhuhu!!

hanya aim : ayam golek. Harga kat param salak tinggi RM19 seekor. tempat korang? aku dengar kat pasar ramadan putrajaya RM22.. Tak berkesempatan pergi lagi.

ni juadah roti jala adik aku bawa. sekali bawa mcm nak buat kenduri. Banyak gile dia bawa. takpe, janji kenyang.

 
but, ini jer menu berbuka aku semalam. Nasi impit dan serunding daging. Menyelerakan.. 
 
 
Itu jerlah juadah berbuka untuk semalam. Selera makan semakin menurun.. aduhaii! susahnya camnie. rasa tak best la. seolah2 selera makan dan di tarik.. huhuhu..!
 
 
 

Wednesday, July 17, 2013

Diari Ramadhan 7 : Rambutan Kampung

Assalamualaikum.

Semalam Ramadhan ke7. Mak ayah aku datang rumah. kebetulan baru balik dr kg Masjid Tanah, singgah rumah aku sebab nak hantar buah rambutan kg dan nengok cucu-cucunya. Pelbagai hasil kg mak aku bawa. buah rambutan, buah cempedak, pisang, cili padi, belimbing buluh... Siap masakkan lauk lagi untuk berbuka. hehe.. alang2, berbuka sekali kat rumah aku.

But, semalam balik rumah tetap masak juga sebab iman zafran request nak sambal ikan dia panggil ikan pedas. Kalau ada ikan pedas baru dia makan katanya.. Masakkan lah juga sebab dia dah request 2hari dah. kalau boleh hari2 dia nak ikan pedas katanya. Tapi aku tak galakkan la. kecik2 takut kena apendiks laks. sekali sekala aku tunaikan lah juga.. sian dia. kalau tak, susah benar nak makan.

mak kata baru 1 pokok yang dah masak. ada 3pokok lagi belum masak. mungkin raya nnt. Ni rambutan budak sekolah. Aku nunggukan rambutan gula batu.. dappnya!

.
Menu berbuka semalam. pisang masak lemak cili api, sambal ikan tenggiri, ikan keli goreng, jering dan telur masin. Tambahan cempedak dan pisang goreng. 
 
 
pssst : arini tak tau nak masak apa. sebab yang tinggal hanya ikan tenggiri jer. rasanya mcm nak makan satay jer..
 
 

Tuesday, July 16, 2013

Diari Ramadhan 6 : Menu Berbuka Puasa Pantas!

Assalamualaikum..

Rutin harian sepanjang bulan Ramdhan dengan bukan bulan Ramdhan tetap sama. Cuma bezanya kena keluar awal sikit dan kena rushing balik rumah. Lepas tu skang kat simpang 4 traffic light dengkil takleh dah jadi budak baik follow jer. kena ikut jalan pitas sikit supaya cepat sikit sampai opis dan sampai rumah.

Pagi2 pukul 6.30pagi-6.40pagi dah kena keluar rumah. Sebabnya kena hantar iman dulu kat Presint 11 lepas tu bawa izzul sekali ke opis. Izzul memang aku letakkan kat taska opis JPN jer. Sampai opis biasanya pukul 7.30pg-7.40pagi. Sedang elok la sampai opis untuk hantar izzul dan buka sistem. Start kerja jam 8.00 pagi.

Belah petang pulak, tepat jam 5ptg memang dah terpacak depan sistem kedatangan supaya dapat punch awal dan boleh terus ke taska amik izzul dan lelaju ke kereta untuk ke presint 11 pulak amik imaan. But, sejak bulan posa nie pulak izzul buat hal.. nak main lari2 dulu kat kereta. kena kerja dia dulu baru nak kereta. kita dah la nak kerja masa. dia pulak nak main.. sabar jer la.

Semalam, Ramadhan ke6 aku tak amik iman sebab ayah dia amik. kebetulan ayah dia dtg putrajaya ada hal.. so, terus amik iman. dan petang tu, aku leh zassss terus gerak balik rumah.

Bos besar kat belakang. Hati2 ibu nak bawa laju nieee.. hehehe

Sampai rumah, sempat singgah pasar malam sebab nak beli udang. Aku beli udang laut 6ekor RM9 tu.. nak buat butter prawn punya pasal kan.. beli jer la.

so, hidangan berbuka aku semalam :

Ikan kembung masak tempoyak. sayang takde timun cina. paksalah pakai timun biasa jer


Butter Prawn

 
sempat juga aku buat tahu sumbat sembat teringin punya pasal.  
 
itu sahaja menu ramadhan ke6. nak masak bebanyak tak sempat. ni pun masak ngam2 jer waktunya. dah rupa masuk Masterchef pulak aku rasanya. dalam masa 60minit jer aku kena sediakan makanan untuk berbuka. hehe.. 
 

Monday, July 15, 2013

Diari Ramadhan 5 : Puasa Di Hujung Minggu


Assalamualaikum wbt..

Ramadhan ke 5 sudah. Hari ahad, asben aku sekolah juga tapi bukan sekolah ganti ada kelas tuisyen dengan anak murid pulak. so, pagi tu macam biasa juga la. siapkan breakfast budak 2 orang tu dan sambung lipat baju lagi. Hari ni settle kan baju anak2.

Agak2 berapa lama aku tak lipat baju? hehehe... syyyhhhh! baju belah atas tu di asingkan sebab izzul tak leh pakai dah. baju iman akan beralih pada izzul. dan baju iman... baju baru topup sikit2.

Sehari suntuk hanya duduk rumah sahaja. Tak ke mana sebab malas nak keluar. so, petang tu masak la menu berbuka sedap sikit la.. sedap ke? Wahhalhualam orang berpuasa masak kan. pepaham jer la.. lagipun sejak mengandung nie, asalkan aku masak je semuanya masin. kenapa ekk??

Juadah berbuka kami :

Ikan keli + ikan kembung bakar


kuah pencecahnya

sambal goreng

jantung pisang rebus

 
 dessert : cempedak goreng ranggup.
 

Sunday, July 14, 2013

Diari Ramadhan 4 : Cari Kain Baju Raya

Assalamalualaikum....

Semalam masuk ramadhan ke 4. Pagi tu sahur mcm biasa. Panaskan lauk semalam dan makan tu jerr. Pagi tu asben aku ada sekolah ganti. Jadi, tinggallah kami 3beranak di rumah saja. Watkan sarapan dorang dan basuh baju serta lipat baju yang yang dah lama tak berlipat.

Petang sikit, barulah kuar rumah dalam pukul 3ptg. Nak cari kain wat baju raya aku. Nasib dah call tailor tanya dia terima lagi tak. Dia terima lagi. Nak ke jalan tar tak lah kot. Di sebabkab aku malas nak bersesak2, so aku ke the mines la. Kat situ ada kedai kain tewah. Beli kat situ jer laa.. lagi pun pas tu nak ke equine laks anta kain tu kat tailor. Cukup la 2 pasang yang hantar sebab sebelum nie dah hantar 2 pasang.

Tahun nie kita pakai plain jer. Tema raya tahun nie....

Lepas ke tewah, terus nuju ke giant laks. Try la cari kot ada baju melayu budak yang leh sedondon kan... tapi hampa, takde. Yang ada baju untuk lelaki dewasa. Amik juga la. Sebab kang nak cari tempat lain susah pulak. Lagi2 nak cari kaler yg di ingini. Bukan main payah nanti. Lagi2 dengan situasi aku skang nie yang dah malas nak bersesak2 dengan orang ramai. Amik jer mana ada.

2 org budak yang memang malas jalan. Berebut2 nak duduk stroller. Lagipun kalau lepas kan, dah rupa ayam kuar reban.... laju jer berlari ke sana sini. X larat dah nak kejar.

Lepas ke giant, terus kuar dah ke arah equine untuk hantar kain. Nak mengukur kat the mines tak la. Sebab malas... dah dapat apa yg di nak terus kita balik jer la. Pastu kita pikir nak berbuka kat mana pulak. Sepertu biasa, perasaaan makan memakan makanan yang sedap dah hilang. So, aku buntu nak makab apa. Biarla kemana saja asben aku bawa nnt.

inilah kedai jahitnkat equine tu. Kedai jahit orang india. Dia jahit memang cantik dan kemas. Harga berpatutan.... hopefully siap lah baju aku nnt. Selalu dia siapkan cepat. 1-2minggu jer.


Lepas kuar dari kedai equine, memasing mikir nak berbuka kat mana. Disebabkan cuaca pun hujan jer.. so, terus direct balik sepang dan cari kedai makan kat sana je la. Sebelum tu singgaj petronas solat asar dulu. Sampai kedai ngam kul 7ptg. Order sampai ngam time berbuka. Oklah. Terus berbuka je kat luar je semalam.

Menu berbuka aku semalam. Nasi goreng cili padi dan sup ekor. 


Saturday, July 13, 2013

Diari Ramadhan 3 : Main Course Menu Berbuka Ayam Rebung Masak Lemak Cili Api

Malas nak taip pepanjang. Kita tengok menu sahur dulu...


Roti + telur (benjo). Itu sahaja yang mampu di telan pagi tu...


Moh nengok menu berbuka pulak ....


Rebung + ayam masak lemak cili api 


Ayam goreng 


Terung celur telur goreng 


Cencaluk


Friday, July 12, 2013

Diari Ramadhan 2 : Puasa Dan Check Up 5bulan

Ramadhan ke -2.

Pagi ramadhan ke 2 dibasahi hujan yang sangat sejuk.. kalau ikutkan hati nak jer tarik selimut dan sambung tido. tapi disebabkan pikir kena sahur dan kena kerja, gagahkan diri juga bangun untuk sahur. 

panaskan lauk dan nasi. hidangkan dan makan itu sahaja. almaklumlah sejak mengandung ni selera makan agak kurang sangat. sampai tahap tak tau nak makan apa.. selalunya time mengandung lah aku orang paling berselra nak makan bermacam2 sampai asben kata kalau boleh semua restoran nak pergi.

makan nasi pun tak habis. nasib kurma lalu juga untuk di telan.

Harini aku half day sebab nak ke Klinik Kesihatan Pekan Salak, Sepang ada check up ibu mengandung. Alhamdulillah dah masuk 20 week. sekejapan masa berlalu. Lepas ke KK sempat singgah ke Tesco beli barang dapur sikit.

songkok raya dah beli! beli kat tesco jer Rm8 satu.. 2-2 dah tak sabar nak raya. hehe

balik tesco singgah pasar ramadhan jer untuk beli menu berbuka. tak sempat dah nak masak bagai. itupun dah sampai pasar pun xtau nak makan apa. kalau x, pantang ajak makan luar laju jer pilih tempat nak makan. skang, aku sendiri ajak beli makan kat umah jer. makan ala kadar. hanya beli nasi kukus, rojak singapore and popia jer.


hari ke-2 masih ramai lagi ke param.

Inilah rojak singapore. amik tak banyak mana pun tapi harga RM15 tuuuu..!

tingin nak popia. ada 2 rupa popia aku belik.. kih!

 result appointment semalam..

everything semua ok. air kencing ok, Hb ok, degupan jantung pun ok. cuma ada satu jer tak ok!
ukuran tinggi rahim kurang ok. katanya baby kecik sedikit. hanya 18cm. sepatutnya 20cm ke atas. takpe, selagi dengar jantung kira ok.

mengandung kali nie berbeza sikit dari segi bab makan jer. bukannya takleh makan. boleh makan cuma kurang selera makan iaitu sampai tahap tak tau nak makan apa. mungkin sebab tu baby kecik kot. aduhai anak! ibu tak diet tau.. tapi, memang ibu x lalu nak makan sangat. bila makan ok jer.. selera tu tak seperti selera selalunya. walaupun tak de selera, berat tetap naik. Naik 2KG tau!
 
 
 
 

Thursday, July 11, 2013

Diari Ramadhan 1 : Selamat Berpuasa Dan Salam Ramadhan



 Salam Ramadhan ...

Harini masuk hari ke-2 kita berpuasa. But, aku nak update ramadhan aku hari2 kononnya lahkan? hopefully blog ni sentiasa update.. mampukah? kita tengokkan nanti yea..

So, arini aku update untuk Ramdhan 1.

Permulaan yang agak kurang baik sebab terlajak.. But, nasib sempat juga untuk bersahur. sedar2 dah pukul 5.20pagi. sebelum tu aku dah bangun tapi sedar pukul 3.40pg. awal sangat. tarik selimut sambung tido  balik. last2 terlajak. nasib sempat...

bila dah terlajak tu, no hidang2 la.. sauk terus nasi dan lauk dalam pinggan dan terus makan jer memasing. air panas pun tak done nak buat. kita minum air kosong. Disebabkan malam tu aku dah siap2 masak, so pagi tu sempatlah makan nasi berlaukkan ikan tenggiri masak sambal. Alhamdulillah.. kenyang dan larat sampai petang. Kurma juga tak dilupakan.
 

ini jelah menu sahur pagi ramadhan pertama


Tengahari menemankan member opis ke presint 8, sempatlah juga aku pikir nak masak untuk berbuka. dalam pikiran tingin nak makan nenas. terbayang2 lah nenas masak lemak ikan masin. dalam pikiran pun dok pikir.. sempat ke tidak aku nak masak balik nanti. dengan nak amik budak lagi dengan nak hadap jalan jem lagi.. hopefully sempatlah.. Nasib petang semalam ayah iman amik dia awal. so, petang tu terus pecut balik rumah terus.



bahan2 yang sempat di beli. sampingan kuah rojak mak bee dan kopok ikan. kuah rojak tu leh makan dengan jambu batu yang beli semalam. kopok tu boleh goreng dan makan kudap2 waktu malam.

sampai umah tukar baju and solat. pastu lelaju ke dapur masak. tang tung tang tung siaplah nenas masak lemak ikan masin + Ikan selar goreng + telur masin + ulam timun. DOne 6.40petang! 
 
pastu ajak asben ke pasar ramadhan bandar baru salak tinggi kat kosmopleks pulak. sempat lagi tau!  sampai sana.. Masyallah punya ramai umat.. almaklumlah first day posa, semua teruja nak ke param kan. termasuklah aku.. aku suka pergi first day sebab makan mestilah baru dan fresh..  sempat beli kuih tepung pelita (feveret) dan pau jer.. mostly, makanan kat param habis semalam! cepat benar abis.. nak beli air pun abis.. tinggal air tak berapa best. tak mo la...


Main course : Nenas masak lemak cili api ikan masin


.
 pau gebu..tepung pelita tak sempat nak snap sebab dah hancur sampai umah.. mau taknya kalau dah si izzul yang bawa.. hikkksss!
 
 
 
 

Tuesday, July 02, 2013

Dimana Sahaja Bila Berada......



 
 Dia bukan artis jalanan
Dia bukan pelukis jalanan..

Dia anak saya
Dia hanya seorang kanak-kanak berusia 5tahun.

Dia memang suka melukis.
Dimana sahaja berada pasti pen dan buku akan di bawa.
 
 Bila di rumah drawing block akan di carinya.
selepas di lukis, akan diwarnanya pula..
 
Maybe dia akan menjadi seorang pelukis?
Itu aku tak pasti... 
 
 





 
 
ketika berada di dalam LRT-Putra. 
 
dah lama tak update perkembangan anak sulung saya ni. Tak pastilah perkembangan dia sama atau tidak dengan kanak-kanak yang lain. Maybe ada sikit special dan ada sedikit kekurangan pada diri dia....
 
Membaca - Masih merangkak-rangkak
Menulis - selalu tulisnya terbalik
Melukis - sangatlah dia suka. pandai lukis ikut imaginasi sendiri
Mewarna - dah pandai menggunakan pelbagai warna
Mengaji - Susah nak mengingati 
Percakapan : Sangat lancar dan banyak celoteh 
 
komen dari teachers : 
 
Pergaulan : selalunya dia suka kawan dengan budak2 4years. 
Tidak berkawan dengan budak perempuan.
dalam kelas : selalu tidak fokus. bila duduk belakang, suka main dan berlari
bila duduk depan, banyak tanya bila tidak tahu
makan : suka makan ayam goreng dan bawa bekal dari rumah
volunteer : tidak berani untuk ke depan bila di minta jadi imam.
 
Actually, sangat risau bila iman belum lancar membaca lagi nie. Masih belajar suku kata lagi. Sangat susah bila ajak dia membaca. pelbagai alasan dan sangat tidak fokus.  Dia hanya minat untuk melukis sahaja. Camner nak buat ek..? Next year dah masuk 6year dah. huhuhu..~
 

 

Monday, June 24, 2013

Universal Studios Singapore


















































LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...