Bulan lepas mak aku pergi umrah. Bulan nie ayah aku pulak pergi ke sana. Apa yang dirancang tidak menjadi. Yang tak di rancang yang menjadi. Plan asal sepatutnya ayah aku pergi umrah dengan mak sekali.
Tetapi, pada bulan lepas kesihatan ayah merundum. Asyik keluar masuk hospital ajer. So, selepas di fikir2kan ayah kata tak dapat pergi.
Dan mak mertua gantikan tempat ayah. Tetapi, tetiba ada sedara mara ayah nak ke sana,, Jadi ayah berhajat nak ikut sekali memandangkan tempoh hari tak dapat ikut. So, ayah follow kaum keluarga belah johor ke sana. Syukur alhamdulillah ada sedara mara yang pergi boleh tengok2 kan ayah.
DI samping itu, mereka juga nak berjumpa dengan sedara mara kat Tanah Arab juga. so, banyaklah souvenir dari sini di bawa seperti petai, kopi dan ikan bilis. Tak juga souvenir untuk cucu cicit kat sana.. :-) Aku pun tak pernah jumpa sedara mara sebelah sana. Sampaikan salam saja lah...
Semoga perjalanan mereka selamat pergi dan pulang
Serta
Semoga perjalanan umrah mereka di permudahkan
dan
yang paling penting
Semoga ayah di berikan kesihatan yang baik.. :-)
No comments:
Post a Comment