Kawan-Kawan Saya

Tuesday, July 23, 2013

Diari Ramadhan 13 : Menu Berbuka Menu Berpantang


Assalamualaikum wbt..

Tak de apa menarik kisah puasa semalam. semuanya mcm biasa. bangun sahur, hantar budak pergi sekolah dan taska. Lepas tu kerja mcm biasa. Petang abis kerja amik izzul di taska, amik iman di sekolah. Sampai rumah, tukar uniform and solat. Macam biasa terus ke dapur untuk masak pulak.

Alhamdulillah.. masih mampu untuk memasak even badan aa keletihan sedikit. Nak berterawih memang tak dapat la sebab lepas berbuka. jam 9lebih dah tumbang. Kadang2 tunggu juga nak tengok drama "Ramadan Yang Hilang". Kadang2 sempat tengok sampai abis tapi kebanyakannya tumbang awal dah... huhuhu!

Menu sahur semalam :

Kangkung goreng belacan

ikan sebelah dan ikan tembakang goreng. Beli kat parit 13. ikan darat. sedapnya!

Menu berbuka :

Balik rumah nak masak menu berpantang la iaitu Sup ikan haruan. tetiba rasa teringin laks. Maybe asyik makan masak lemak cili api jer kot.

Sup Ikan Haruan. Teringat masa mak masakkan masa berpantang. sedapnyaaaa... 
Ni kena masak sendiri la...

amik idea dari menu cafe opis. kentang + tempe masak sambal.

ada kangkung lebih. xtau nak masak apa. rebuskan ajer buat ala2 pecal. Pecal tak lengkap namanya.
nasib kuahnya memang ada stok jer dlm peti.

air timun rocoh (bahasa jawa). Buahnya beli kat sg besar juga.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...