Kawan-Kawan Saya

Wednesday, August 15, 2012

Resepi kuih gunting

Nak letak resepi kuih gunting. My feveret nieh!


Sebelum di goreng


Selepas di goreng

Bahan-bahan :
3cawan tepung
2 sudu besar gula aising
2 sudu besar rempah kari
1 sudu besar serbuk ketumbar - dikisar
2 sudu teh jintan manis - dikisar
1 sudu teh jintan putih - dikisar
1 sudu teh serbuk cili
2-3 tangkai daun kari-hiris halus
1 1/2 sudu teh garam
70gm majerin
140ml santan

Cara-cara:
1. Gaul semua bahan sekali dan masukkan santan
2. Uli menjadi doh.
3. Amik sikit-sikit doh dab uli memanjang.
4. Gunting doh menyerong.
5. Goreng di atas minyak panas.

Resepi simple jerrr.. senang untuk diabuat.. dah 2x repeat buat kuih gunting nie.. ;-)


posted from Bloggeroid

Tuesday, August 14, 2012

Sambutan besday boy!

Malam tadi sempat juga celebrate besday boy. Just simple jer. Iftar kat nandos dan beli slice kek chocolate indulgence untuk besday boy.

Dah ada kek, dia sendiri nyanyi untuk diri sendiri. Lawak jer.. belum sempat nak nyanyikan untuk dia. Dia dah nyanyi dulu. Hehe..

Layankan jer la mimik muka besday boy nie!



















posted from Bloggeroid

Monday, August 13, 2012

Saya dah 4tahun!


Arini 13 ogos 2012, genap umur muhammad iman zafran 4tahun. Alhamdulillah membesar dengan jayanya sejak dilahirkan dulu 4thn lepas. Siapa ada baca kisah kelahiran dia dulu, tau la mcmana keadaan masa dia di lahirkan.
Arini ayah dia kata nak belanja makan kat nandos dan beli kek kecik untuk dia. Cukup lah kami anak banak jer yg sambut sebab atok dan nenek balik kampung.
" selamat hari ulang tahun buat anakku"
"Semoga menjadi insan yang disegani dan berjasa kepada ibu, ayah dan negara"

Published with Blogger-droid v2.0.6

Kuih raya


Siap sudah 3jenis kuih raya ku.. cadangnya ada lagi 2 jenis nak buat iaiu semperit dan sarang semut. Kalau berkesempatan dan ada kerajinan, aku akan buat..
Now, yang dah siap ialah conflakes coklat, conflakes madu dan kuih gunting. Aku wat yg simple2.. yang susah2 kang aku takut tak terbuat. Almaklumlah ada 2 askar. Ini pun ada pembantu yang nak tolong.. sibuk sgt nak tolong.. aku biorkan jer laa dia tolong..
Jom lah nengokkan hasil kuih raya ku.. hehe... 


Conflakes coklat 

Conflakes madu 


 
Kuih gunting 

Published with Blogger-droid v2.0.6

Friday, August 10, 2012

shawl half moon aka shawl shasmeen

Musim shawal half moon aka shawal shasmeen ( brand radiusite). 1st time tengok kat radiusite, serius cantik! Pastu tgk harga.. huhuhu urut dada kejap.. xper laaa.. nengok kan je la dulu. If , kalau nak nnt baru beli... nasib tak terbeli lg.. jimat duit deeennn..!


Semalam dan kelmarin, kat wisma tani, putrajaya ada jualan. Actually, skang kat area putrajaya nie x boleh
booth dah sebab kes ngamuk tenpohari.. kat jakim, spa semua dah x buat. Cuma wisma tani ni selamat pulak.. waktu rehat gi la jenjalan sana.. sekali ternampak shawl half moon nie.. akak tu  jual RM40 shj! Tapi.. aku dapat grab 1 jer laa.. sebab dlm purse ada RM50 jerr.. huhuuu.. kalau tak, mau grab semula kaler. Gila tamak kan? Takper, akak tu kata esok ada lagi.


Esoknya pergi lagi.. grab lagi 2. Kebetulan dah tak banyak da.. kenkawan pun amik gaks.. kitorg borong abis sampai org tunggu kitorg letak jer shawl tue.. kitorg pegang jer sorang dua.. hehe.. nnt kang letak laju je masing2 amik kann. ?? Sbab semua tau akak tu jual murah.. aku tu pun ckp kat luar org jual dlm RM80-RM89...

Total aku n kenkawan campur sorang akak ni tumpang, 7 helai semuanya.. minta kurang lagi.. akhirnya dia bg RM38 kauuu..!! Murah kann..? Aku tanya pemborong pun pemborong jual RM55 kena amik 10helaiii.. kira paling murah dari harga pasaran nieh!!!...

Sekali 3 den amikkk..

posted from BloggeroidK

Thursday, August 09, 2012

Resepi Murtabak Meggi







Ada yang bertanyakan resepi murtabak meggi yang aku post aritu. Oklah aku tepek kan resepi versi aku la eekkk.. sbb aku main buat jer tak tgk resepi org nie.. hehe... sedap atau tak jangan marah yeee..



Bahan :
1 keping daging burger ramly (diblend)
1 bungkus meggi
4 biji telur
1 biji bawang merah (sederhana besar) - potong dadu
3 ulas bawang putih - potong dadu
1 sudu rempah kari.
Daun sup / daun bawang - potong ricik (jika ada)
Sedikit garam

Cara-caranya :
1. Rebuskan meggi dan toskan.
2. Tumiskan daging + bwg merah + bawang putih.
3. Masukkan serbuk kari. Tumis sampai garing dan naik bau.
4. Pecahkan telur. Campurkan bersama bhn yang dah ditumis, meggi , daun sup or bawang. Letakkan sikit garam.
5. Panaskan kuali dengan mentega / minyak.
6. Tuangkan semua bahan tadi. Tunggu sampai masak. Boleh terbalik2 kan.. lagi mudah jika pakai pemanggang ajaib!.. hehehe....
Sekiaannnn.. itu sahaja resepi murtabak meggi versi "atanayuiman"... selamat mencuba...


Published with Blogger-droid v2.0.6

Wednesday, August 08, 2012

bila anak dah mula reject df. apakah maknanya?


Sejak sabtu lepas izzul zafry dah mula reject direct feeding.. susah hati rasanya. Bila sua, dia bueeekk! Mcm nak muntah.. pastu paling muka sambil uuuhhh! Seolah2 taknak...!

Adakah sebab dia rasa dia dah besar. Malu nak df dah..? Hehe.. maybe kot. Dia nak susu, tapi dia xnak df.. bila bagi dalam botol, dia nak pulak... laju jer minum.

Susu masih ada.. cuma kalau dah jarang df, boleh menyebabkan susu makin kurang kann..?? Orang kata boleh jer teuskan.. jadilah ep mum (express pumping mum) tapi aku tak sekuat itu bak jadi ep mum.. seriusly aku tak mampu! Sebab kepenatan diri dan kesibukan masa.. but, selagi boleh aku teruskan dan selagi ada susu aku tetap akan teruskan jua.. even satu hari bila stok semakin kurang, aku akan mula campur fm.. 

Sedih rasa hati bila anak reject df.  Sebab aku rasa df lagi memudah kan keje.. tak perlu bangun tgh mlm wat susu, bancuh susu, bawa bag bagai bila nak kuar jenjalan..sob..sob...
Setakat nie, bila siang dia nak botol. Bila mlm msh lagi df.. maybe, mlm mata tutup.. xnampak.. dia sua jer laaa. Hopefully, kalau tido mlm still df, aku rasa dah cukup puas hati juga... sekarang dia pun dah masuk 1thn 5bulan.. lagi 7bulan nak cukup 2thn..

Ini adalah cabaran dan dugaan buat aku.. papepun, aku bersyukur sebab mampu menyusukan lebih pada target iaitu 1thn... akan di teruskan sehingga 2thn jika di izikan... ;-) be happy!!


Published with Blogger-droid v2.0.6

Monday, August 06, 2012

Semoga urusan hari ini di permudahkan.. amiinn..

Ya Allah, aku mohon kepada mu supaya urusan aku hari ini di permudahkan dan berjalan lancar. Dan semoga ianya mendapat restu dariMu.. amiinn..

Fuuhh! Berdebar sebenarnya arini sebab dah lama tak pergi interview nie.. last masa tahun 2008 masa tu tgh sarat ngandungkan si iman. Jawatan yang sama dan tempat yang sama. Tapi, xder rezeki masa tue.. maybe dah sarat sgt kot... nnt bila panggil, aku dlm pantang pulak kan.. hehe

Hopefully, kali jie berjaya lahh.. sbb tak sanggup nak redah interview nie.. makin tua makin kuat degupan jantungku.. hehe..

Paper pun, u all doakan lah yang tebaik untuk aku eeekk.. mana tau berkat rezeki bulan ramadan. Lagi2 hari nuzul quran arini... insyallahhh..


Friday, August 03, 2012

Menu Berbuka : Murtabak Meggi!


Sebenarnya dah 2hari berbuka kat luar. almaklumlah, mak balik kg. hehe so, takde persialan berbuka di hidangkan. start 1 ogos waktu balik aku 4.30 ptg. jadi, sampai rumah awal la.. tak perlu rempuh jem.

semalam sblm pukul 5.30ptg dah sampai rumah. terus bertukang kat dapur. dlm pikiran nak masak murtabak meggi dan sambal sotong tambahan lobak putih rebus (nak tmbh susu badan )

jadi, nak masak murtabak meggi mestilah menggunakan "pemanggang ajaib" lagi.. hehe promote tak berbayar niee... nak tau jadi ke tak? jom tengokkan lah hasilnya.


 dalam proses pembikinan

 setelah di terbalikan. just pusingkan jer pemanggang nie. tak perlu bersusah payah nak guna sudip.


 

dannn.. hasilnya murtabak meggi saya!


ni sambal sotong sy. beli basah 4ketul rm10.. mahal bebenor harga barang skrg ni kan.

Tuesday, July 31, 2012

Testing!


testing from the new gajet..
my wish
my dream
my birthday present

thank u my hubby!
very the surprise

 i love that!!!







the picture very clear!
i likeeeeee.!!!!

Monday, July 30, 2012

Berbuka Puasa dengan menu dari Pemanggang Ajaib!


dengan rasminya.. aku pun dah merasmikan Pemanggang Ajaib yang diberikan untuk Mak aku!..
hehe kisah pemanggang ajaib, boleh tengok kat link lepas.

So, sabtu lepas.. pas balik shopping.. nak masak untuk berbuka. Dalam pikiran nak buat ikan siakap bakar.. tapi ikan siakap takde. ada ikan keli jer. OK! Bakorrr kan jer laaa.. sebab nak cuba pemanggang baru.. hehe

asben balik kedai, beli telor dengan banyaknya dan roti. suruh buat Roti John.. terus pkiran terpkir nak menggunakan pemanggang ajaib juga!.. dah ada 2menu untuk hari ini dengan menggunakan pemanggang ajaib!

 Menu 1 : Ikan Keli Bakorrr..


 Menu 2 : Roti John Special


 
Hasil dari Menu 1... alamak! nampak legam la pulak.


Menu pun siap! cepat dan mudah


 
Juadah berbuka untuk hari tersebut..

*** next time boleh cuba menu lain pulak. my opismate buat yam percik! macam best jer kan.. leh try juga tue.

Sunday, July 29, 2012

Shopping Jalan TAR


Sabtu semalam, sempat pergi jalan TAR shopping untuk raya. Dah lama tak ke sana rasanya. Kali nie pergi ngn mak sahaja. Bapa nngn anak duduk rumah la yeaa.. Aku rasa kalau nak shoppping kat jalan TAR ni, xpayah la bawa anak. nanti tak tershopping la jawabnya sebab panas, sesak, sempit dan tak selesa untuk budak2..

so, bila keluar dengan mak jer rasa heaven untuk membeli belah. Alhamdulillah, selesai baju raya untuk tahun nie. beli awal2 senang sebab malas nak pikir last minit. sebab minggu2 akan dtg dah ada aktiviti lain pulak. lagipun shopping awal2 nie tak ramai sgt org lagi.. itu yang syok!.. 

Nak ke jalan TAR wajib keluar awal. Pukul 9.40pg kami dah terpacak kat depan Bazar.. Syok tak ramai orang lagi!.. tapi, kebanyakan kedai baru buka.. Takper, jalan slow2 lama2 semua akan buka la... sempat lagi survey harga mana yang OK.. Baju kurung kali nie kat Jalan TAR murah2 belaka.. sepasang siap RM50 jer...cotton viscos.  ada yg jual 3pasang RM100 (kain tak berapa best la).. dan aku pun puas hati sebab tahun nie budjet beli baju raya kami 4beranak RM200 jer! muraaaahhh kan? kalau tak, baju perempuan sahaja dah berapa? baju melayu lelaki lagi. baju budak2 yg dah siap pun mahal juga... Puas aku tawar menawar dengan brother tueee.. alhamdulillah.. rezeki di awal pagi..

Lepas dah puas shopping kat jalan TAR, arah seterusnya ke Sogo la pulaks.. sedang elok cuaca matahari pun dah mula panas kan, kita masuk la tempat beraircond pula.. jalan2 nak belanja mak aku kasut.. sambil tue "terbeli" handbag la pulak.. hehe.. handbag sling ye pun.. nak ganti yg ada.. Handbag raya my Maksu dah bg.. hehe Thanks my mak su.. Masa kat sogo masa nie, keramaian orang tue, masih lagi di tahap selesa la.. so, shopping pun dengan senang hati juga... dah jalan2 cari kasut terus keluar sogo dan balik ke Jalan TAR, sebab adik kirim kek Coklat dan ayah kirik Tart Nenas..

Masa ni aku dah tak tahan dah! Cuaca dah sangat terik dan orang dah mula PADAT.. beli jer apa2 yang patut dan balik sebab aku tak tahan dengan keterikan cuaca masa tue..

so, selesai sudah shopping di Jalan TAR dan Sogo. Insyallah akan repeat MALAM RAYA nnt.. Masa ni mesti lagi heaven sebab semua mau lelong barang2 dorang..

hasil dari shopping. beli kek coklat tue sampai 3bungkus you! harga tetap sama RM10.


Inilah baju raya kami tahun nie.. Kaler aper agaknya??


*** baju raya budak2 semua dah settle.. lega rasanya.. Skang, tunggu projek untuk raya pulak. Insyallah tahun nie nak buat kuih raya.. Tahun bersemangat nak raya sebab tahun nie dapat cuti lama sikit... hehehe... selalu raya ke-3 dah masuk keje atau sehari sebelum raya kena kerja.. Syoknya RAYA!! Harapan nak puasa penuh tapi....


Friday, July 27, 2012

Pemanggang Ajaib


wah.. wahhh..!
aku pun dah terjebak membeli alah benda nie. yang sedang Famos Amous!
hehehe.. "PEMANGGANG AJAIB"

sempena bulan posa nie, ramai katanak senang dan mudah beli la pemanggang ajaib nie.
senang di pakai. boleh main tertbalik terbalik.
kukus gril panggang, kukus gril panngang..
wahh! dah mcm iklan masterchef jer.

inilah dia pemanggang ajaib

 dapat harga murah jer. RM90 tau!
Product dari Syarikat Menang. Katanya harga asal Harga asal RM129. sempena ada jualan murah nie, dia bagi RM90 jer. kalau ahli pun harga RM96. so, aku rembat lah 2biji. 1 utk diri sendiri dan 1 lagi bagi kat mak.


 macam best jer gunanya ekk..?? jangan tersimpan ajer udah la. so, bolehlah pikir2kan nak masak apa sahur dan berbuka nanti.benda 1st nak masak mestilah panggang ikan. hehe


siap ada buku resepi lagi uu..!


nak tau kat mana aku beli..?? Jualan nie sampai ahad nie jer tau..
moh reramai ke sini :
 

Jualan Jom Beli Barang Raya.

Wednesday, July 25, 2012

28 tahun sudah!

alhamdulillah.. arini genap aku berumur 28thn. syukur umur masih di panjangkan lagi dan mampu untuk menjalankan tugas harian. lama blog ini tak ber update. di sebabkan kekangan masa, jadictak berupdate lah blog ini. rindunya nak berblog. banyak story nak di abdikan kat blog kesayangan ni tapi masavtak mengizinkan. tak tau la apa yg sibuk sgt sampai takder masa. laptop lama dah buka. nak bersosial skang pun melalui phone jer. nak update blog kat hp pun mcm kurang best jer sebab tanf nak menaip itu yg xlarat. ini gagahkan juga la semata nak update pasal besday sendiri.. hehe.. ramadan ke2 kami terima dugaan.. huhuhu. nak tak nak kami kena redha. maybe ada hikmah di sebaliknya.. insyallah... arini xtau la hubby igt ker idak besday den ni.. sebab dia pun tgh pening dengan dugaan yg kami terima tu. hehe den pun terlupa arini besday den sendiri rupanya. bila baca wish kat fb baru teringat... takper, ingatan dari kenkawan pun dah rasa terharu. thaank u all! di sini nak gaks selitkan gambar masa celebrate besday reramai kat opis dengan dato' KP last week..










gambar yang last tu, still nampak muda lagi kan?. ceh! perasan kan.. hehe

Wednesday, July 04, 2012

hopefully everything is fine!

dah 3hari demam
3hari tak sekolah.
2 hari skip training sukan
makan tak nak, minum tak nak
susu pun tak nak.

berat dah turun.
13kg jer jadinya.
huhuhu..
arini bawa gi klinik.
kena cucuk amik darah.

hopefully everything is fine sebelum sabtu
sabtu ada hari sukan sekolah dia
harap2 boleh involve dalam acara sukan

doakan iman zafran cepat sembuh yea..









posted from Bloggeroid

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...