Kawan-Kawan Saya

Friday, January 07, 2011

Kisah Ibu Tunggal Muda


Salam hari Jumaat buat semua...

U all dah baca Mingguan wanita yang baru? ada gambar anne ngasri dan anak2nya... Aku dah baca dah.. Seriusly, bila aku tengok muka anne, aku rasa dalam senyumannya itu tersirat ada perasaan lain yang tak boleh dia nak huraikan sepanjang temuramah bersama wartawan. Memang tak di sangka takdirnya sebegitu. Sungguh kuat dia nak mengharungi dugaan2 yang datang. Dialah ibu dan dialah bapa untuk membesarkan anak2nya...  Sungguh terharu rasanya...

Sebab apa kisahnya boleh menyentuh perasaan ku? Mungkin disebabkan umur kami yang sebaya dan dia mempunyai anak sebesar iman juga.


Ya Allah, tak dapat aku bayangkan jika aku berada di tempatnya. Sungguh berat tanggungjawab yang akan dia pikul. Ya.. ayah kepada budak2 nie masih ada.. Tapi, dia perlu membawa tanggungjawab itu bersendirian.. Istilah kerjasama sebagai suami isteri tiada lagi untuk dia... Tapi, dia boleh memikul tanggungjawab ini....



Lagi satu kisah artis yang juga sebaya dgnku... Siti Nordiana. Situasi yang sama dgn anne tapi kisah yang lain. Di mana bekas suaminya (Faizal Yusup) baru shj meninggal dunia disebabkan sakit jantung. Tak di duga kematian itu tak boleh jangka. Nana perlu memikul tanggungjawab untuk membesarkan anak dgn sendirian memandangkan ayah rayyan dah tiada di dunia ini. Pasti, dia akan sentiasa mengingatkan kasih sayang mereka yang pernah tersemat  suatu ketika dulu. Bagaimanakah perasaan rayyan bila besar nnt bila dapat tau kisah ibu dan ayahnya..? Sudah tentu dia akan merasakan kurang kasih sayang dari ayahnya... alahai.. siannya anak comel ini. 

Begitu juga dgn isteri faizal yang baru yang sedang mengandung 5bulan.. Bakal ibu ini perlu kuat untuk menerima takdir yang suaminya telah kembali ke Rahmatullah... Dan yang pasti, bayi yang di kandung tak sempat untuk merasai kasih sayang ayahnya... Ya Allah sungguh kuat ibu ini untuk menanggungnya.. Semoga ibu ini tabah menghadapinya,.. Amiin...

" Ya Allah, aku bersyukur kehadrat Ilahi kerana mengurniakan seorang suami dan ayah kepada anakku yang sangat mengambil tanggungjawab ke atas kami. Dan semoga hubungan kami sentiasa berkekalan dan sentiasa di penuhi dgn rasa kasih sayang. "


p/s : Setiap dugaan yang berlaku pasti ada hikmahnya.. Semoga kita semua dapat menghadapinya dgn sabar dan tabah...

pic : from google..

5 comments:

Fieza said...

Bg Fiza Anne betul2 ibu yang tabah Jue..Bayangkan usia semuda dia dah ada 3 anak dan ibu tunggal lak tue. Mmg sangat2 cekal...

-:- Zafran BabyAndKidsCollections Enterprise -:- said...

fieza >> betula la fieza.. anak yang masih kecik2 lagi yang tak tau apa2.. dan inilah masa dia membesar dgn penuh kasih sayang dari ibu dan ayahnyaaa..... sedih dgn kisah dia kan..

e.l.i.z.@ said...

huhuhuh cian anne kan..3 anak pulak tu..ramai tuu..seb la parents dia org senang gak la..buleh la nk tlg cover belanja bulan²...harap ex-laki dia x abaikan nafkah

nana ni pulak seb ank sorang..kesian kt bini br faizal jgk sbb tgh prgnt huhu msti asyik nangis je kan..hati cepat tersentuh time prrgnt huhuhu

shah-ila-ain said...

huhuhu nak nangis gakk lahh....sebagai ibu selalunya kita nie memang diberi kekuatan dalaman yg lebih oleh Allah s.w.t....nyawa kita nie hanya pinjaman dan segalanya juga adalah pinjaman dr Allah,bila2 masa dan waktunya semuanya boleh hilang...moga2 andai kita diberi ujian sebegitu kita juga akan kuat semangt dan boleh menerima segalanya dgn redha...takutt sgt2 kan...

tapi setiap yg berlaku pasti ada hikmahnya...jika penceraian yg terjadi selalunya anak2 yg lagi kasihan mereka belum tahu apa2....huhu...sedey lahhh...

Jue @ atanayuiman said...

k.eli >> betul kak eli.. anak2 tgh membesar kan.. yang mmg xtau apa2 lagi.. yang dia tahu main nak poerhatian ibu dan bapanya.. now, tempat untuk bermanja mmg bergantung pada ibu dia jer... sayu tgk muka anne untuk tempuh semua niee..

kak mel >> ntahla kak mell.. tetiba jiwa hari nie sungguh sensitif dgn kisah2 ibu2 tunggal yang masih muda nie.. masih jauh perjalanan yang harus di tempuhi oleh mereka..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...