Now, aku dah pun masuk 32week dalam sedar tak sedar.. Tapi yang syoknya, strechmark baru nak bermula sedikit demi sedikit. Syok..? naper ekk..? sebab kali nie strechmark aku lambat timbul. Masuk 8bulan baru nampak but masih lite2 lagi.. hehehe...
so, xder la aku menggaru2 sangat. Strechmark nie indah or perit? bagi aku 2-2 sekali. Indah sebab... Indah dan syoknya bila dapat menggaru. So heaven! bila dah garu tue, xleh nak berhenti... ekekeke.. Peritnya, haaa.. amik kesannya bila dah menggaru.. camner rupanya? malu i nak nengok perut sendiri.. iyer tak...??
Tapi, seriusly kali nie perut aku cantek.. ekkekeke.. perasan sediri. Berbeza dgn mengandungkan iman dulu. 6bln dah start strechmark ditambahi kena gatal2 pulak. perut aku gila teruk dan menjadi hitam legam! nOW, putih suci murni tulus ikhlas lagi.. hehehe...
Mcm ukiran mural bila strechmark mula timbul..
pic : google
Fakta tentang STRETCH MARK
1. Biasanya stretchmark terjadi kepada mereka yang sedang hamil atau mereka yang mengalami kegemukan.
2. Mengikut kajian 90% daripada wanita mengalami kesan regangan sewaktu sedang mengandung. Regangan kulit berlaku bila kulit tidak cukup masa untuk mengembang akibat dari perubahan dan pengembangan tubuh sewaktu hamil.
3. Faktor genetik juga mempengaruhi sama ada seseorang itu akan mengalami stretchmark atau sebaliknya. Jika ibu dan ahli keluarga terdekat sememangnya mengalami kesan regangan kulit semasa hamil, maka besar kemungkinan anda juga bakal mengalaminya.
4. Jika sewaktu hamil anda merasa gatal-gatal dibahagian perut, pinggul, punggung dan peha itu adalah tanda-tanda kulit mengalami regangan atau stretchmark
4. Jika sewaktu hamil anda merasa gatal-gatal dibahagian perut, pinggul, punggung dan peha itu adalah tanda-tanda kulit mengalami regangan atau stretchmark
5. Bahagian lain yang turut mengalami kesan regangan ialah payu dara, pinggang dan belakang pinggang
Cara mengelakkan Kegatalan di Perut
1) Gunakan losyen atau krim stretch mark lebih dari sekali sehari di bahagian yang mungkin akan terjadi jalur ini. Mula dari awal mengandung.
2) Jangan garu di kawasan yang mungkin mengalami jalur ini. Menggaru akan menarik dan menegangkan bahagian luar dan pertengahan lapisan kulit dan menyebabkan lebih teruk masalah. Boleh buat urutan, ini juga bagus untuk mengelak menggaru. Ia memperbaiki peredaran darah dan menggalakkan pertumbuhan sel baru iaitu penting untuk mengelak kesan jalur ini
3) Jaga berat badan, jangan naik melebihi berat ideal anda. Dan pastikan berat naik dengan perlahan mengikut progress hamil.
8 comments:
wahhhh...lambatnya kuar stretch mark jue...putih bersih yer...syok ooo! pas banak sok, senang nak ilangkan balik stretch mark tuh...
part garu mmg nikmat...dah start xreti nak benti...sama la ngan akak...tp petua org tua2 ckp...kalau nak garu jgn guna kuku tgn....guna sikat...sbb kalau guna sikat, parut tu x melarat nnt...ontah...
k.nome >> itulah.. sebab perut kali nie tak bessar sgt mcm banak kan iman dulu.. memang besar mcm nak meletup time 6bln dulu. Strech mark mmg teruk gaks sampai tggl kesan kehitaman.. amik masa nak putihkan semula.. nasiblah leh jadi putih balik.. ekekeke..
dulu masa gatal, xpuas ngn sikat.. ngn tangan gaks besttt.. hehehe...
la nieee.. lum rasa gatal2 lagi... xnak start sgt.. sebab takut tak leh benti nnt.. hehehe...
Fiza masa pregnantkan syakil tak de strechmark even perut besar gak. Kali ni tak tahu la. Nampak macam nak besar dari dulu jer perut. Baru 2 bulan jeans dah ketat ni..
ish takut tgk perut dlm gambar tu..strech mark dia nmpk jelas..cntikla perut je kan bersih..ida wat ms ni lum ada lg kalo dah lg besa xtau la..
nak jugak tgk rupa stretchmarks sebenar cmne. mmg mcm gmbr tu eh. ngeri gak rupanya. huhu..
fieza >> bestnya xders trech mark... mst cantek jer kulit kan..?? tunggu 7bln nnt.. kdg2 naik lmbt sikit.. kalo xder, mmg best sgt tue...
ieda >> memang mengerikan tgk strech mark cam niee.. jue dulu lebih teruk dari nie tauu.. daassshaaatt! nasib kali nie ok.. cantek lagi kulit.. hehe..
alyyani >> upsss..!! untuk kali nie tak teruk camnie lg.... masih cantek lagi.. xtau lah hujung2 nnt camne.. hopefully tak teruk la.. sebab susah nak ilang nnt...
thks sharing ye....
zura >> SAMA2.. :-)
Post a Comment