Kawan-Kawan Saya

Sunday, January 23, 2011

Permohonan anda BERJAYA ....!!


Lanjutan mengenai permohonan yang sebelum nie. Pagi tadi buka email dan aku BERJAYA ditawarkan pertukaran kos pentadbiran dari (3%) kepada ujrah (1%). Syukur Alhamdulillah boleh meringankan beban aku sekarang nie..

So, step setrusnya, aku perlu download borang2 perjanjian yang baru dan hantar semula ke pihak PTPTN.. dalam aku nak menerima tawaran ini, tetiba adik aku ada hantar surat berantai mengenai sistem ujrah ini tidak menguntungkan pada pihak peminjam tetapi menguntungkan pada pihak PTPTN.. adakah benar yeaa..??

Takpe, aku copy dan paste kan pasal benda nie :

Salam,

1- Setelah meneliti dokumen PTPTN dalam sistem Ujrah, saya mempunyai beberapa perspektif seperti yang akan dibentangkan.

2- Perubahan sistem 3% kepada 1% yang dinamakan sistem Ujrahsebenarnya mempunyai helah tertentu yang harus diketahuï sebelum diisi.

3- Baki yang dikira bukan baki semasa, tetapi adalah baki pada tahun tertentu, dalam kes ini Jun 2008.

4- Perjanjian yang adil sebenarnya hendaklah menggunakan jumlah asal pinjaman seperti yang terdapat dalam perjanjian asal.

5- Menggunakan baki pada tarikh yang berlainan sebenarnya menimbulkan keraguan, contohnya apabila peminjam telah meminjam pada tahun Jun 2000 hingga Mei 2003 (selama 3 tahun).

6- Dalam kes ini, peminjam telah dikenakan kos sebanyak 3% dari tahun 2003 hingga 2008.

7- Justeru, jika pinjaman asal bernilai RM 24000, dengan dicampur dengan kos di atas (3 % x 5 tahun) akan bernilai RM 24000 + RM 3600.

8- Dengan anggapan peminjam belum lagi membayar sebarang jumlah sehingga tarikh tersebut, jumlah yang dinilai dalam perjanjian ini sebenarnya bernilai RM 27600.

9- Melaluï sistem Ujrah, peminjam akan dikenakan 1% daripada jumlah (RM 27600) ini bernilai RM 276, selama 126 bulan iaitu 10.5 tahun.

10- Justeru, peminjam akan dikenakan tambahan sebanyak RM 276 x 10.5 iaitu RM 2898.

11- Maka jumlah sebenar yang dikehendaki dibayar oleh peminjam adalah RM 27600 + RM 2898 iaitu RM 30498.

12- Maka peminjam akan membayar RM 30498 setelah meminjam sebanyak RM 24000.

13- Ini melibatkan pertambahan jumlah sebanyak RM 6498 daripada jumlah asal pinjaman, atau 27.075% daripada jumlah asal.

14- Sebenarnya, setelah dikira, sistem ini adalah satu helah bagi PTPTN mendapatkan kembali bayaran balik dengan cara potongan gaji.

15- Setelah menandatangani perjanjian sistem Ujrah ini, peminjam akan membayar secara potongan gaji tanpa boleh mengelak daripada membayar pinjaman ini.

16- Ini bermakna, keuntungan adalah kepada PTPTN, yang mengambil 27.075% daripada pinjaman asal, DAN pembayaran on-time melaluï potongan gaji.

17- Saya melihat ini sebenarnya adalah helah untuk memaksa peminjam membayar melaluï potongan gaji, dan bukan sebagai satu “ihsan” untuk mengurangkan beban peminjam.

18- Saya melihat ini adalah helah bagi memastikan peminjam yang selama ini hanya membayar RM 50 sebulan, yang entah bila akan habis membayar pinjamannya, akan membayar RM 200+ sebulan mulaï tarikh sistem Ujrah diluluskan.

19- Lebih menguntungkan pihak PTPTN, ia akan berlaku secaraclean atas topeng Syari`ah.

ألا ترون يا من وافق لهذا أنه ربا مبينا وغشا مخفيا؟

WaLlahu a`lam.

Sumber asal: 

Bacaan berkaitan:



Tapi, kalo ikutkan sebelum nie memang aku bayar melalui potongan gaji untuk tidak memeningkan kepala. Aku masih kurang faham dgn artikel ini. Ada sesiapa boleh tolong terangkan....??? Maybe aku nie tak tere bab calculation kot.. ekekekeke....


p/s : Agak2nya mana 1 yang betul nie ekkk..? boleh menjadi confuse la..



14 comments:

suhida said...

jue,k.su pun dah apply ujrah ni.bila baca artikel jue ni..tiba2 rasa tul jugk..

Jue @ atanayuiman said...

k.su >> itulaa.. jadi confuse sekejap.. sebab dia buat kiraan untuk jue start 2008 balik. kenapa 2008? bukan jum. semasa..? sedangkan jue dah bayar sejak 2006 lagi sehingga hari ini... adakah ini agreement baru..? kalo mcm nie, merugikan kita lah kena bayar lebih dr tue...? iyer tak..???

Z.u.r.a and I.w.a.n said...

yup....sy pon dh dpt tawaran ni..tp rasanya cm x nk terima je...sbb lg beban le..depa mcm nk pksa kita mbuat byran dr potongan gaji...sblm ni sy byk sdiri...lgpon ansuran bulanan lg btmbh banding yg sblm ni....

Nurshahfamily said...

kengkadang ptptn ni makin membebankan kan? bantu ank malaysia sambung blajo tapi ade intrest lak tu cam along berlesen dah huhuhu...

nasib la nur dulu ngan mara... keputusan baik ade diskon lagi dr 24ribu tinggal 5k jer...

tp skrg dh susah nak dpt mara kan? mana2 pun ptptn.

Jue @ atanayuiman said...

zura >> betulla zura.. kalo yang dah biasa bayar sendiri, better lagi la.. sebab kita boleh follow kewangan kita bulan tue kan..? mcm jue mmg potong gaji siap2 sebab malas nak ke bank n so on.. yang confusenya naper mst start byrn tahun 2008 ekk...??

Jue @ atanayuiman said...

nur >> itu yang benci ngn ptptn nieee.. bayar tiap2 bulan tapi mcm tak bayar jer.. byr RM100 pastu kena kos pentadbiran RM40.. hampir separuh apa yang kita byr kan...??? pelik lah dorang nieee.. ptptipu namanya.... dah byr 5th tapi jum yg tggl rm 14k. tak ke rasa mcm bayarn tue tak bergerak..?? sakit hati juga nieh!

hadina said...

ina pun confuse gak bila bc artikel ni..herm, cmner ek..
ina nak tnye ni..ina dah terima email tu, tp yg jd soalannye..no KP dgn password tu, untuk masuk mane?

Anonymous said...

poning jgk ye..
akak x penah ado pinjaman , dulu study gune duit simpanan sdiri .. sib baik ler, kalau x.. sure akak pun pening jgk

Jue @ atanayuiman said...

hadinA >> aah.. ini yang tgh duk pening gaks niee... no pin yg diberikan try juga masuk untuk semakan penyata tapi takleh.. tak tau naperr....

k.zura >> okla tue kak pakai duit sendiri.. mmg pening wat pinjaman dgn ptptipu nie.. sakit hati jerr..

hadina said...

td ina dah kol ptptn tny pasal no pin tu..dia kate untuk log in kat sini http://www.ptptn.gov.my/gateway/
@ kat permohonan online... try lah.

Jue @ atanayuiman said...

HADINA >>> yg link tue untuk pendaftaran mohon pinjaman kan..? dah try buka tapi itu untuk permohonan kali pertama. Adik jue kata klik pada e-fees. dia dpt buat.. tapi, jue dia kata no pin salah pulak...

hadina said...

bila jue buka web tu, mmg untuk pendaftaran kali pertama..jue tgk atas sekali sebelah kanan.kan ada kena masuk IC n pin..yg tu lah. :)selamat mencuba.

Jue @ atanayuiman said...

hadina >> ok.. tq dina :-)

manisah said...

alahai.. mcmana nih?? akak baru ingat nk proses 1% tu.. ini lak kesnya..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...