Kawan-Kawan Saya

Wednesday, February 23, 2011

Set Bersalin Tropical Herbs

Wishlist untuk 2nd baby :
2. Mei tai @ SSC
5. Set Bersalin Tropical Herbs (DONE)
6. Bassinet

Alhamdulillah apa wishlist untuk 2nd baby nie hampir terlaksana. Hanya tinggal 1 jer lagi iaitu Mei tai or SSC jer lagi. Yang nie after deliver nnt baru cari. Yang bassinet pun dah dapat cuma tak sempat lagi nak buat entry.. Insyallah coming soon akan cuba try buat entry nya.

SO, untuk berpantang nnt, aku akan mengguakan set bersalin Tropical Herbs dari Amway.
jom kita tengok apa yang ada dalam set ini. penggunaan yang mudah dan senang. Semua terkandung dalam 1 set..

Set Lengkap Tropiucal Herbs. All in 1.
Ada 10 items + 1 items semuanya


 1. Set Mandian
  • Dalam nie berbetuk uncang. Nanti hanya cuma masakkan di atas periuk sahaja dan terus boleh digunakan.
    .
 2. Pembersih Wanita
  • Ini pun dalam bentuk uncang juga. Masakkan dlm air dan boleh di bilas di bahagian vagina
    .
 3. Peramping Perut
  • pes yang perlu di bancuh dgn air dan di sapu  di kawasan perut sebelum memakai bengkung. (untuk czer, boleh pakai selepas 1bulan)
    .
 4. Teh Herba
  • Berbentuk uncang. Hanya perlu di rendam seperti teh biasa dan di minum 2x sehari
    .
 5. Penghangat badan (Param)
  • Berbentuk pes. Perlu digaulkan dengan air dan sapu pada kesuluruhan badan.
    .
 6. Penenang (pilis)
  • Berbentuk pes juga. Digaulkan dengan air dan di sapu pada dahi.
    .
 7. Baby Oil
  • Minyak bayi digunakan untuk sapuan pada bayi. Sedap baunya...
    .
 8. MinyakUrut Herba
  • Minyak untuk ibu semasa dalam proses mengurut. Ataupun boleh di gunakan selepas mandi.
    .
 9. Pil Herba selepas Bersalin 1
10. Pil Herba selepas Bersalin 2
  • Kedua-dua ini adalah pil herba, Bahan bukan jamu yang sesuai di makan semasa pantang. Ada jadual untuk cara pemakanan pil ini. Pil ini juga boleh menambahkan SUSU ibu kerana ianya berasaskan sayuran.
    .
FREE ITEM
Bengkung moden ini PERCUMA dalam setiap pembelian.
Mudah dan senang di pakai serta tidak panas..
I Like.....

dan...

untuk memudahkan lagi, disertakan sekali buku panduan dan jadual untuk penggunaan setiap barang. Itu yang aku suka dengan set bersalin amway nie. Takyah pikir2 dah nak beli 1-1 barang. Semua siap lengkap untuk 44hari berpantang... :-)
.
.
 ini contoh jadualnya dari hari pertama - hari ke 44 berpantang.

.
Kalau ada sesiapa berminat nak kan set nie, leh email saya :

ceeehh! sempat lagi promote.. hehehe..
sharing is caring kan... ekekekeke...


p/s : dengan set ini, tak susah jika nak berpantang sendiri di rumah..

9 comments:

Zaila Mohamad said...

waaah, bagusnya!! semua lengkap dalam 1 set!! Zaila pon dok tengah tunggu gaji ni, dapat gaji bulan ni nk beli ubat2 ntok dimakan lepas bersalin juga..ingat xnak beli set sebab ada benda tu selalunya zaila xpakai so rasa macam rugi pula, tapi yg penting kita kn disiplinkan diri untuk mengamalkan semua tu, barulah badan sihat & bertenaga kan;)

Unknown said...

saya dulu pun menggunakan set pantang nie juga...memang bagus sesangat... sampai sekarang anak saya masih guna minya baby tu...sebab minyak baby ader jual asing....

wawa_addien said...

wah2..smpt lg promo. erm akak pun ade jual jeli gamat langkawi tau. sesuai utk org lps bersalin. klu nk bg tau yer..hehehe

Jue @ atanayuiman said...

zaila >> aah.. betul.. yang penting kena displin dalam pemakaian nie semua.. baru berbaloi kan..?? dan badan pun sihat walafiat.. Zaila try Jamu mak dara... macam best jerr.. hehe

Jue @ atanayuiman said...

suraya >> ooo.. awk pun gunakan ekk..?? mudah dan senang serta praktikal kan?? jue suka sebab baunya pun sedap.. baby oil dan minyak urut tue, sampai bidan tanya nak cari kat mana.. sebab bagus katanya...

Jue @ atanayuiman said...

k.wawa >> ooo.. minyak gamat.. best tuee.. jue ada beli minyak tapil.. hehehe...

r|nA @ ja|j|na said...

ni brape regenye jue? dulu rina pakai NR..tp pil beso² ibu jari..mmg tak tertelan, ekekeke..

Jue @ atanayuiman said...

rina >> kalo berminat, jue leh bagi RM290 sekali ngn postage.... Org kata NR pun bagus gaks.. cuma dia tak lengkap dan dia jamu kan..??

Hidayah said...

utk ibu yg nyusukn bby,ada effect x lau gune set bersalin ni???

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...