Baru berkesempatan nak update. Yess! Bersalin sudah, berpantang pun sudah. Sekarang tgh menghabiskan sisa2 cuti yang tggl sebelum masuk kerja semula. Lebih kurang ada sebulan seminggu jer lagi nak bersuka ria. Kejap jer masa berlalu. Kalaulah boleh pause masa ni, kan seronok..
Oklah.. ni aku citer secara ringkas jer pengalaman bersalin hero yang ketiga! Pengalaman yang pernah aku lalui :
1. 2008 - bersalin anak pertama - normal vakum
2. Mac 2009 - keguguran - dnc
3. Okt 2009 - keguguran - fully abortion
4. Mac 2011 - bersalin anak ke 2- normal
5. Dis 2013 - bersalin anak ke 3 - cesarian
Owhh! Kalau jadi, 5 org anak aku. Hebat tak???
Meh aku citer kisah bersalin kali ni:
EDD : 29/11/13
BERSALIN : 3/12/13 , 6.18AM
PPUKM
CESAREAN
2.99KG
2/12/13
check up terakhir 40week. Masa ni aku dah pun lebih 3hari dari tarikh due. Jumpa doktor. Doktor check semuanya ok. Kepala baby dah pun engage. Tunggu masa jer. Takde pape, balik rumah. Terus balik ampang. Sempat singgah makan ayam penyet wong solo.
3/12/13
1.30am - tersedar dari tidur. Tetiba rasa sakit belakang. Sambung tidur balik.
3.30am - tersedar balik. Rasa mcm sakit belakang. Masuk tandas buang air kecil. Tinjau2 la kot ada tanda tapi xder.. nak sambung tidur tapi tak boleh tidur. sambil2 tgk tv jap.. contraction main2 kot masa nie.
4.00am - mula rasa sakit2 tapi x kerap. Dlam setengah jam sekali. Confuse aku betul ke sakit ni. Tapi x la teruk sgt.
5.00am - rasa lain mcm. Gi toilet check kejap. Uit! Ada darah. Banyak gaks.. wpun contraction belum kuat, aku kejut asben ajak pegi hospital juga sebab darah yang keluar banyak la juga.
5.15am - sampai hospital. Mcm biasa kena amik air kencing, tekanan darah. Lepas tu, buat ctg. Doktor dtg check bukaan. Doktor kata dah buka 5cm. Boleh tolak ke labor room. Haaa! Terkejut aku... cepatnya buka. Terus nak tolak labour room. Doktor nak pecahkan air ketuban tetiba doktor kata air ketuban takde. Heran aku. Aku xde rasa air ketuban bocor pun sebelum nie. Then, kebetulan jantung baby lemah. Terus doktor decide nak buat emergency. cesarean shj. Tak semena2 aku kena buat keputusan cepat even aku rasa aku boleh bertahan lagi.. hukhuk. Nak tak nak, sign juga la surat utk operate. Sedih rasanya sebab peluang utk normal ada.. tapi demi keselamatan aku dan baby, asben pun relakan jer. (Actually, doktor yg handle masa ni yg kelam kabut)
5.50am - siap sedia utk di tolak ke OT.
Berdebar laks rasanya. Bedebar lebih rasa kuat dr contractions. Sampai bilik operate, apa benda prosedur ntah aku tak igt. Yg pasti ada nurse dtg nak bagi aku ubat bius. Dia letak oksigen kat muka aku then dia suntik bius. Terus aku tak sedar apa dah masa tu.. Bius satu badan rupanya.. mmg aku xtau apa dorg buat dah masa tu.
6lebih - nama aku di panggil2. Aku dln keadaan mamai. Cuba igt semula apa tjadi kat aku. Terus aku tanya kan baby aku mcmane? Alhamdulillah semuanya selamat.... terus di tolak ke wad.
Alhamdulillah rupanya tepat 6.18am baby boy yang ke3 keluar dari perutku yang buncit ini. Seberat 2.99kg. Patutlah tiap kali check up misi kata baby kecik. Kecik sikit dr abg2nya yg lain.
Sampai dekat wad, aku x dpt jumpa baby lagi. Baru aku tau kalau czer, selepas 6jam baru dpt jumpa baby.. susahnya bersalin czer nie ek. Seharian x boleh bergerak. Kena baring je. Dorg tak bagi bergerak. Malam tu, pihak hosp jagakan baby. Aku boleh rehat secukupnya.
Esoknya barulah aku digalakkan bangun dan berjalan. Aduh!! Mula2 nak bangun tu mmg sakit. Tapi ku gagahkan juga nak berjalan ke toilet. So, adiah untuk bersalin czer ialah penginapan di hospital 3h2m. Tabahkan lah hati duduk hospital...
Syukur alhamdulillah... selamat juga aku bersalin even dah lewat sampai hari ke4. Wpun bersalin secara czer, aku bersyukur sgt sebab semuanya selamat dan dipermudahkan. Mmg tak sangka kali ni bersalin secara czer. So, aku dah ada pengalaman bersalin normal dan czer. Aku pilih normal!
Balik rumah, sambung sesi berpantang pulak..
Tentang berpantang nnt kita citer lain ekk..
#jenuhmenaippakaihpjerni.
The latest my baby - DAY 51
dah pandai sembang
IHRAZ ZAHIN
posted from Bloggeroid