Kawan-Kawan Saya

Monday, January 31, 2011

Nak bertukar tapi... mendukacitakan... :-(


Dah lama berhajat nak beralih dari broadband ke streaymx. tapi belum kesampaian. Then ada bertanya mengenai Unifi dan berminat sangat2 unifi nie. Hanya tambah sikit jer dr streamyx leh dapat pakej macam2... Alang2 peluk pekasam biar sampai ke lengan.. iyer tak..?

tapi amat mendukacitakan bila.. dapat tau nie :


Kawasan Bandar Baru Salak Tinggi belum ada coverage lagi la pulak.. Aduhai.. frusssttnyaa!!
Kalau nak register streamyx ada contract 2y pulak.Tapi, streaymyx pun tgh ada promosi FREE INSTALLATION... errmm sedang berpikir2 niee.. 

Bilalah pihak TMnet nak on coverage Unifi kat area salak tinggi.. tak sabar laks nak tunggu.
sebab dah tak tahan pakai Broadband niee.. Mahal....

Friday, January 28, 2011

braxton hicks dan leg cramp


I'm 33week right now!
bermakna dah masuk 8bulan.
cepat masa berlalu..
dan sekarang braxton hicks dah pun rasa kerap...
aduhaiii..! semakin tak larat dah nie. berat dah menjangkau 77kg mau nya aku rasa xlarat sangat.

Semalam, terasa braxton hicks seperti mcm nak bersalin pulak...
sekeras2nya seperti contraction.. terkejut dan cuak juga.
Pastu barulah leh bernafas dengan lega... ffuuuhhh..!!

betulla org kata, kalo baby songsang, kita tak rasa sangat braxton hicks nie.
kalo baby dah kedudukan yang betul, braxton hicks kerap terasa.. lagi2 nak dekat sampai waktunya...
berpeluh2 gaks nak nahan braxton hicks nie kan..?? hehehe.. lagi2 kalo duduk bersila di bawah.....

about leg cramp pulak..
skang dah makin kerap kena kekejangan kaki nie. kdg2 try control. iyerlaaaa.. sakit gaks kejang nie sampai terus menjerit memanggil asben.. hehehe.. 
lagi2 time nak mengeliat dan meluruskan kaki,.. mst cramp..

So, sebagai nak mengurangkan cramp, aku suruh asben urutkan kaki tiap2 malam sebelum tido supaya perjalanan darah menjadi ok. kalo rajin, kena bertungku. baru saluran darah berjalan dgn lancar.
dan masa nak tido tinggikan kaki dengan bantal.

Kaki bengkak? belum lagi setakat nie. masa preggykan iman dulu. 8bulan nie, kaki aku dah bengkak mcm kaki gajah daaa.. org kata mcm nak bersalin dah.. . maybe skang aku tak menjadi dirver kot. mmg dr stat ngandung, asben aku tak bagi drive sgt sebagai langkah berjaga2.... hehehe.. dah biasa di manjakan begini, seriusly aku dah malas nak DRIVE.. ekekeke... boleh kannn..??

esok cuti...! so, asben ajak gie shopping.. yeaaahh! pas tue dah leh merelaxkan diri. Insyallah masuk pertengahan bulan 2 aku akan berulang alik dari ampang ke tempat kerja.... :-)


Thursday, January 27, 2011

Teringat Kembali....


video

Bila tengok video nie, teringat kembali 2thn lepas.
Sekarang, iman sendiri dah boleh tengok video nie sambil berkata :
" Nak nengok baby..."
 "Cian Baby..."
"baby nanges"
"ibu... itu Ibu..."
"ni adik iman"
Macam2 ayatlah kuar kat mulut dia..
Dia suka tgk video nie tapi dia masih tak tau itu adalah DIA..
ekekeke.. sebab muka baby dan muka iman skang lain kot...


p/s : Tahniah to k.wana atas kelahiran baby boy.. :-) 2thn yang lalu, kami sama2 beranak hari yang sama. iaitu 13/8/08. ekekeke.. tahun nie, akak dulu dan jue follow.. hehehe.. baby BOY too...

Wednesday, January 26, 2011

Me @ Check up 32 week


Alhamdulillah dah pun masuk 32week.. pagi tadi buat check up macam biasa..

POA : 32 weeks + 6 Days
Final EDD : 17/03/11 (assessed by Community Nurse)

Urine : Normal
Glucose : Nil
HB Level : tak buat pulak arini

BP : 120/70
Berat : 77kg (Naik 1kg dr bln lepas)
General Condition : Looks well
Remarks : Ibu sihat
PRESENTATION : CHEPALIC
 Kedudukan baby dah di tempat yang betulll.. Alhamdulillah... :-)

Next Check Up : 9/2/2011 
Sama follow up check up iman. senang bawa sekali nnt..


Semoga kedudukan ini akan berterusan sehinggalah bersalin nanti..
Amiiin...

Tuesday, January 25, 2011

StrechMark itu Indahnya or Peritnya...???

Now, aku dah pun masuk 32week dalam sedar tak sedar.. Tapi yang syoknya, strechmark baru nak bermula sedikit demi sedikit. Syok..? naper ekk..? sebab kali nie strechmark aku lambat timbul. Masuk 8bulan baru nampak but masih lite2 lagi.. hehehe...

so, xder la aku menggaru2 sangat. Strechmark nie indah or perit? bagi aku 2-2 sekali. Indah sebab... Indah dan syoknya bila dapat menggaru. So heaven! bila dah garu tue, xleh nak berhenti... ekekeke.. Peritnya, haaa.. amik kesannya bila dah menggaru.. camner rupanya? malu i nak nengok perut sendiri.. iyer tak...??

Tapi, seriusly kali nie perut aku cantek.. ekkekeke.. perasan sediri. Berbeza dgn mengandungkan iman dulu. 6bln dah start strechmark ditambahi kena gatal2 pulak. perut aku gila teruk dan menjadi hitam legam! nOW,  putih suci murni tulus ikhlas lagi.. hehehe...

 Mcm ukiran mural bila strechmark mula timbul..

pic : google

Fakta tentang STRETCH MARK

1. Biasanya stretchmark terjadi kepada mereka yang sedang hamil atau mereka yang mengalami kegemukan.

2. Mengikut kajian 90% daripada wanita mengalami kesan regangan sewaktu sedang mengandung. Regangan kulit berlaku bila kulit tidak cukup masa untuk mengembang akibat dari perubahan dan pengembangan tubuh sewaktu hamil.

3. Faktor genetik juga mempengaruhi sama ada seseorang itu akan mengalami stretchmark atau sebaliknya.  Jika ibu dan ahli keluarga terdekat sememangnya mengalami kesan regangan kulit semasa hamil, maka besar kemungkinan anda juga bakal mengalaminya.

4. Jika sewaktu hamil anda merasa gatal-gatal dibahagian perut, pinggul, punggung dan peha itu adalah tanda-tanda kulit mengalami regangan atau stretchmark

5. Bahagian lain yang turut mengalami kesan regangan ialah payu dara, pinggang dan belakang pinggang



Cara mengelakkan Kegatalan di Perut

1) Gunakan losyen atau krim stretch mark lebih dari sekali sehari di bahagian yang mungkin akan terjadi jalur ini. Mula dari awal mengandung.
 
2) Jangan garu di kawasan yang mungkin mengalami jalur ini. Menggaru akan menarik dan menegangkan bahagian luar dan pertengahan lapisan kulit dan menyebabkan lebih teruk masalah. Boleh buat urutan, ini juga bagus untuk mengelak menggaru. Ia memperbaiki peredaran darah dan menggalakkan pertumbuhan sel baru iaitu penting untuk mengelak kesan jalur ini

3) Jaga berat badan, jangan naik melebihi berat ideal anda. Dan pastikan berat naik dengan perlahan mengikut progress hamil.

Sunday, January 23, 2011

Permohonan anda BERJAYA ....!!


Lanjutan mengenai permohonan yang sebelum nie. Pagi tadi buka email dan aku BERJAYA ditawarkan pertukaran kos pentadbiran dari (3%) kepada ujrah (1%). Syukur Alhamdulillah boleh meringankan beban aku sekarang nie..

So, step setrusnya, aku perlu download borang2 perjanjian yang baru dan hantar semula ke pihak PTPTN.. dalam aku nak menerima tawaran ini, tetiba adik aku ada hantar surat berantai mengenai sistem ujrah ini tidak menguntungkan pada pihak peminjam tetapi menguntungkan pada pihak PTPTN.. adakah benar yeaa..??

Takpe, aku copy dan paste kan pasal benda nie :

Salam,

1- Setelah meneliti dokumen PTPTN dalam sistem Ujrah, saya mempunyai beberapa perspektif seperti yang akan dibentangkan.

2- Perubahan sistem 3% kepada 1% yang dinamakan sistem Ujrahsebenarnya mempunyai helah tertentu yang harus diketahuï sebelum diisi.

3- Baki yang dikira bukan baki semasa, tetapi adalah baki pada tahun tertentu, dalam kes ini Jun 2008.

4- Perjanjian yang adil sebenarnya hendaklah menggunakan jumlah asal pinjaman seperti yang terdapat dalam perjanjian asal.

5- Menggunakan baki pada tarikh yang berlainan sebenarnya menimbulkan keraguan, contohnya apabila peminjam telah meminjam pada tahun Jun 2000 hingga Mei 2003 (selama 3 tahun).

6- Dalam kes ini, peminjam telah dikenakan kos sebanyak 3% dari tahun 2003 hingga 2008.

7- Justeru, jika pinjaman asal bernilai RM 24000, dengan dicampur dengan kos di atas (3 % x 5 tahun) akan bernilai RM 24000 + RM 3600.

8- Dengan anggapan peminjam belum lagi membayar sebarang jumlah sehingga tarikh tersebut, jumlah yang dinilai dalam perjanjian ini sebenarnya bernilai RM 27600.

9- Melaluï sistem Ujrah, peminjam akan dikenakan 1% daripada jumlah (RM 27600) ini bernilai RM 276, selama 126 bulan iaitu 10.5 tahun.

10- Justeru, peminjam akan dikenakan tambahan sebanyak RM 276 x 10.5 iaitu RM 2898.

11- Maka jumlah sebenar yang dikehendaki dibayar oleh peminjam adalah RM 27600 + RM 2898 iaitu RM 30498.

12- Maka peminjam akan membayar RM 30498 setelah meminjam sebanyak RM 24000.

13- Ini melibatkan pertambahan jumlah sebanyak RM 6498 daripada jumlah asal pinjaman, atau 27.075% daripada jumlah asal.

14- Sebenarnya, setelah dikira, sistem ini adalah satu helah bagi PTPTN mendapatkan kembali bayaran balik dengan cara potongan gaji.

15- Setelah menandatangani perjanjian sistem Ujrah ini, peminjam akan membayar secara potongan gaji tanpa boleh mengelak daripada membayar pinjaman ini.

16- Ini bermakna, keuntungan adalah kepada PTPTN, yang mengambil 27.075% daripada pinjaman asal, DAN pembayaran on-time melaluï potongan gaji.

17- Saya melihat ini sebenarnya adalah helah untuk memaksa peminjam membayar melaluï potongan gaji, dan bukan sebagai satu “ihsan” untuk mengurangkan beban peminjam.

18- Saya melihat ini adalah helah bagi memastikan peminjam yang selama ini hanya membayar RM 50 sebulan, yang entah bila akan habis membayar pinjamannya, akan membayar RM 200+ sebulan mulaï tarikh sistem Ujrah diluluskan.

19- Lebih menguntungkan pihak PTPTN, ia akan berlaku secaraclean atas topeng Syari`ah.

ألا ترون يا من وافق لهذا أنه ربا مبينا وغشا مخفيا؟

WaLlahu a`lam.

Sumber asal: 

Bacaan berkaitan:



Tapi, kalo ikutkan sebelum nie memang aku bayar melalui potongan gaji untuk tidak memeningkan kepala. Aku masih kurang faham dgn artikel ini. Ada sesiapa boleh tolong terangkan....??? Maybe aku nie tak tere bab calculation kot.. ekekekeke....


p/s : Agak2nya mana 1 yang betul nie ekkk..? boleh menjadi confuse la..



Saturday, January 22, 2011

Preparation....

Sibuk buat preparation nak bersalin dah.. Dah pun masuk 32week dalam tak sedar. SO, ada beberapa perkara yang perlu di buat sebelum masuk pertengahan bulan 2 nie.. Masuk pertengahan bulan 2, boleh stop preparation dan leh merelex2kan badan....

Preperation seterusnya about myself.. target untuk mengecikkan badan dari sebelumnya.. Tak dapat kuruskan badan pun xper janji dapat mengecikkan dan menganjalkan kulit its ok for me... hehehe.. Sebeb aku sedar kalo nak fully BF, nnt aku akan mudah lapar.. ekekeke.... xleh tahan lah nak diet2 niee... sian aku.. (ceh! bukan sian kat baby).. hehehe.. iye,.. aku bukan jenis leh tahan makan.. ....

Losyen2 mustajab nie akan menemani aku sepanjang berpantang.
Minyak tapil tue akan di gunakan masa berurut nnt...
Baby Oil harus untuk baby....

Semua nie aku beli kat chow kit jerr... Murah2 jer beli kat chow kit. Dapat jimat cermat.. Samping temankan akak aku cari mandian TYT... Sesiapa nak beli barang2 jamu, untuk berubat.. carilah kat chow kit.. Harganya murah dari biasa, Contohnya losyen mustajab tue harga pasaran : RM 24.00, tapi kat chow kit, aku dapat RM 17.00 jerr.. murahhhh kann..????


On the way balik sempaty singgah beli KEBAB SEDAP kat jalan tar nie. Dah lama aku kepingan nak kebab nie.. selalu lalu tutup jer.. Sekali lalu hari tue buka dan tgk ramai org beratur.. Haruslah aku singgah sebab dah lebih 4x aku gi tutup.. hehehe.. beratur panjang pun xper.. sanggup ku redah... dari pukul 6 aku beratur, kul 7 baru aku dapat.. hehehe...

Abg jual kebab nie lama jual kat sini. Kesedapannya xleh nak habaq daa.. aku suka sgt sejak dulu lagiii.. Sekali aku beli 10 bungkus! hehehe.... bukan untuk aku berdua yeaa.. haruslah untuk family aku gaksss.... :-)

Saper pernah try...?? sedap kan..??


p/s : Masa jalan2 kat chow kit, nampak org berkerumun tepi jalan. Ingatkan org gaduh.. sekali ada shooting daa... Yasmin Hani tgh berlakon jual air.. hehe..







Friday, January 21, 2011

Get Ready untuk di hantar Servis

Last week balik Ampang, cari semula dimanakah letaknya my Spectra3 nieh. Masih elok berada di atas almari. Setelah hampir 2thn di simpan, jadi perlulah di keluarkan semula untuk di pakai bulan 3 nieh.. hehehe.. motif sebenar adalah untuk di hantar servis dahulu.

Takla nnt pakai rasa tak best jer kann.. Dah lama tak guna dan aku ingat ada pernah jatuh beberapa kali di sebabkan kelasakan aku sendiri. hehehe...

Masih di simpan elok dgn covernya sekali

isi dalamnyaa... bottle storage masih lagi aku lum kuarkan lagi..

ada contact number untuk pusat servisnya.


Ni alamat untuk di hantar servis :

Histopoint (Malaysia) Sdn Bhd

No. 5 1St Floor Jln Ss18/6 Ss18 47500 Petaling Jaya Selangor, Petaling Jaya 47500, Selangor
phone: 603-56317288  
fax: 603-56317280


p/s : tak sabar pulak nak menggunakannya setelah sekian lama tersimpan...

Wednesday, January 19, 2011

1st time for him...


Ahad lepas, buat pertama kalinya kami membawa iman menaiki LRT sebagai kenangan untuk dia. Dah nama pertama kali, nampaknya muka dia sungguh excited! suka dia dapat naik LRT.. Katanya naik keretapi.... Pandangannya ke sana sini... Tak melepaskan peluang tgk apa yang ada.

Kami menaiki LRT dari Cempaka - Plaza Rakyat untuk ke Mydin sahaja. Di samping bawa iman naik LRT, kami juga nak ke Mydin. nak beli sikit barang kat Mydin...

Masa mula2 naik.. kiri kanan di pandangnya..


sedang memerhatikan sesuatu.. dan kejap2 dia nak berdiri..

Masa on da way nak balik daa.. Setia menunggu tren datang..


Next time leh naik lagi memandangkan iman pun suka jalan2 naik LRT.. Kalo nak shopping, xlaratlah nak naik LRT.. Penat nak membawa barang. Kalau just nak jalan2.. boleh la bawa..
hehehe...



Monday, January 17, 2011

layankan jer iman nyanyi....


Kejadian berlaku semasa melawat atuk iman yang berada di Hospital sabtu lepas..
Seronok mereka bila mereka bertemu..
Iman, Nain dan wan

video

Antara lirik yang mencuit hati yang dinyanyikan oleh iman :

"buai laju.. laju"
Sampai ... masuk rumah"..

ekekekeke.. 
ada ker sampai masuk rumah di sebutnya...

yang si nain pulak sibuk nengokkan kakinya..
hehehe... macam2 budak2 nie..




Friday, January 14, 2011

Panduan Membina dan Mengurus Blog


Sedang mengemas2.. terjumpa pulak buku lama yang pernah beli suatu ketika dulu. Dalam sedar tak sedar dah nak masuk  3tahun aku berblogging. msa mula2 nak berblogging dulu mmg agak blurrr lah jugak.. Orang kata, selain dgn berblogging kita juga leh menjana pendapatan.. haaa..?? camner tue..? biar betul??

So, aku sendiri nak fahamkan apa itu berbloging selain kita menceritakan sesuatu di blog kita.. Maka, dengan tak sengajanya aku terjumpa buku ini di bookstore dan aku terus membelinya.
.


Kulit buku

Tajuk buku b: Panduan Membina dan Mengurus Blog
Penulis : Rosli Jamal
Terbitan : Al-Ameen Serve Holdings
Harga : RM24.00
.




Antara Isi Kandungan yang menarik :
  • Mengenali Blog
  • Persediaan Awal Membina Blog
  • Mempromosikan secara offline
  • Menyertai program2 Pengiklanan
  • 10 Petua Menarik pelawat Membaca Blog Kita
  • Buat duit Lebih
SO far.. pas baca buku nie, baru aku paham apa itu dunia blogging serta tujuannya.. macam2 kita boleh buat dgn berblog nieh..
Sesiapa yang inginkan buku nie, leh lah cari kat mana2 bookstore sbb aku tgk buku nie masih lagi ada di jual...


Thursday, January 13, 2011

ke Kenny Rogers semalam..


Semalam pas balik kerja sempat kami singgah Kenny Rogers Roasters untuk menikmati Quarter meal PERCUMA dgn setiap pembelian 1set quater meal..hehehe... last year tak dapat gie.. so, this year kami cuba nak gie.. Niat dlm hati, kalo ramai org malas la nak beratur... 

Dari last week bila dapat tau dari SINI dah cakap ngn asben, nnt kenny wat free quater meal lagi minggu depan.. nak gie tak..? dia kata SET jerr... hehehe.. oraits!

balik kerja tunggu asben sampai teryus gerak ke Alamanda semalam.. Sampai2, mmg rezeki kami tak beratur panjang.. Beratur suku jerkkk.. suka... sukaa.. even, depan aku siap leh ajak kwn dia potong Q aku semalam.. takper, aku bermurah hati semalam... boleh jerk!

Asben yang gigih beratur.. aku duduk jerr.. hehe... dorang ada serve air untuk yang sedang beratur.. bagus2.. service best! even ramai org pun...

Ini sahaja untuk kami.. cukuplah kan. Tak baik tamak nnt rugi.. hehe.
janji dapat 1 free...

Pi kenny teringat masa preggy dulu yang sangat2 addict dgn kenny.. everyweek mst makan sini.. Preggy kali nia tak pulak.. maybe selera kg agaknya...

Alhamdulillah semalm kenyag..
Balik dgn muka tersenyum.. :-)

Me @ Check UP 30 week


Semalam Check Up untuk 30week di KK Salak Tinggi.. Alhamdulillah semuanya ok but kedudukan baby jer kurang OK sikit..


POA : 30 weeks + 6 Days
Final EDD : 17/03/11 (assessed by Community Nurse)

Urine : Normal
Glucose : Nil
HB Level : 12.3g/dl 
(Yahoo..! naik banyak dan canteekkkk..!)

BP : 100/70
Berat : 76kg (Naik 3kg dr bln lepas)
General Condition : Looks well
Remarks : Ibu sihat
Adv : elak dari ubah kedudukan baby
Pemakanan Antenatal

Next Check Up : 26/1/2011

Kenapa kedudkan bayi kurang OK?
Sebab................

.
.
.
.
.

Kedudukan bayi masih lagi kepala di atas. But, ada perubahan sikit dari masaq SCAN yang lepas. Kepala dia dah menyenget sikit. Sebelum nie mmg betul2 tegak.. Insyallah baby akan terus bergerak dan duduk di kedudukan yang betul.. Masih ada masa lagi.. caiiyokkk!! baby ku sayang... fuuhhhh..!!

dan

sekarang perlu membuat kerja sekolah yea kawan2..


tick.. tick..
silalah jangan lupa tick pergerakan bayi. Dgn pertama kalinya aku lupa nak tick semalam.. hehehe..
Tapi, rasa baby semalam gerak dengan aktifnyaa..
so, full tick la untuk semalam kan..???
hehehehe....


Wednesday, January 12, 2011

I-spectra Bresatpump...


Selepas di riki2 dan di survey2,.. Insyallah, I-spectra akan menjadi 2nd breastpump ku.

Sebabnya :
  • boleh pakai AC adapter or battery
  • lebih kecil dan mudah di bawa
  • Harga lebih murah
  • Boleh jadi adik kepada Spectra3 (1st bp)
  • senang dah tau kat mana nak anta servis kalo rosak

PRODUCT DESCRIPTION
The Portable I-Spectra Breastpump is an ideal solution for moms on the go looking for a spare pump which has battery option (assuming the mother already has a good double electric breast pump like the Spectra 3).
Specifications:
  • Vacuum Pressure: 0 -310mmHg
  • Motor Durability: 350 hours
  • Vacuum Cycle: 20-60 (5 Mode)
  • Weight : 300gms
  • Warranty: 6 months
  • Size: 100(W) 80(L)X 59(H)
  • Country of Origin : Korea
Super light, super portable, and very affordable!

Website yang menawarkan harga murah u all leh singgah shopping di sini :


Aku selalu beli kat sini sebab harga yang di tawarkan sangat murah dan berbaloi. 
Jom singgah.. :-)


Tuesday, January 11, 2011

Beriadah di Putrajaya...

Di waktu petang sabtu, ayah iman ajak gie berjoging. Dah lama katanya tak berjoging. So, kami decide untuk beriadah ke Putrajaya,. Bergerak lah kami ke arah Putrajaya...

Kali ni, kami memilih untuk ke arah menara pulak...
Yang paling seronok ialah Iman.. sebab dia bebad berlari2an.. Memang suka betul dia..
Aku nie exercise kaki jer laa..
jalan pelan2 jerr.. kang malam nnt sakit kaki pulak..
hehehe...

Pemandangan masjid Besi di waktu petang

Berlatar belakangkan jambatan wawasan
 .

berlatarbelakangkan Masjid Besi
 .

 Mari belajar membaca...
.

Muka sedang bertanyakan "apa nie..?"

 Kapal Terbang... Sangat Suka pada kapal terbang..
.

In Action! Nampak kapal terbang kat atas dia...
.

last sekali sebelum balik... Family Picture...
kenangan @ 020111


Baby Iman

Selepas mendobi baju2 baby Sabtu lepas,  Iman pun memunggah baju2 tersebut sambil berkata 
"Ini baby punya..." Ya... baby punyaa.. hehe..

Then, dia nampak bedung dia.. Dia kata "Nak pakai baby.."

Aku tak bagi, marah dia... 
So, layankan jer la....

Suka dia pas di bedung..
Katanya " Ini baby Iman.."
Teringin nak jadi Baby balik rupanya.. hehehe....
Siap suruh puk2 dia lagi.. Sabo jer laa...

Dia buat muka nanges dan dia kata :
"Baby Iman nanges..."

Sampai tak nak buka bedung nie..
bila di buka, marah diaaa.. hehehe...

Ada2 jer la kamu iman niehhh....
Nak merasa jadi baby semula sebelum adik dia lahir.. hehehe..

Monday, January 10, 2011

Masa Untuk Mendobi..

Minggu nie aku tak kemana2.. Just duduk umah saja untuk merehatkan badan, mata dan duit.. ekekekek.. Memandangkan tak kemana2.. Aku pun mulalah start untuk mendobi baju2 iman masa bayi dulu. Kiranya buat persiapan sikitlah untuk adik Iman..

Seriusly, kali ni mmg aku xder beli baju langsung untuk adik Iman. Disebabkan scan nampak lelaki, Jadi pakai saja baju iman yang ada.. nak shopping tunggu dah lahir nnt lah yeaa.. Lagipun baju Iman pun berlambak lagi.. Ada satu container.. Ada gaks baju baru yang lum smpt digunakan lagi.

Inilah baju2 iman yang di isi dlm container..

baju baru yang masih belum digunakan. Ada yang aku grab dr BabyAndKids jer. hehehe 

Longgokan untuk di rendam dulu sebab warna putih kan...

Longgokan yang harus terus di cuci...


So, selesai membasuh, petang2 sikit kami hanya ke area Putrajaya untuk beriadah di waktu petang..
nnnt update next entry la yeaa.. :-)

Saturday, January 08, 2011

Ustaz Iman Menulis




Kalo dia nak pakai kopiah or songkok, dia akan kata "Nak Ustaz.. Nak Ustaz..."

Bila dah pakai, terus dia akan kata " Ustaz Iman.. Nie Ustaz Iman.."

hehehe... Then, bila dia dapat pen dan buku dia akan kata..

"Ustaz Iman Nulis..."

Iyo la nak...

Sambil nulis.. "Alif. baa taa.."

Tapi aku nengok ntah apa2 yang di lukisnyaaa....

Cara Menamakan Bayi..


Just nak share cara menamakan bayi bila kelahiran bayi nanti :


a. Hendaklah nama yang dipilih itu memberi pengertian dan maksud yang baik. Sehubungan dengan itu kita dilarang untuk menamakan anak-anak kita dengan nama yang buruk yang boleh menjejaskan kehormatan dan mungkin menjadi sendaan dan memalukan anak tersebut.


b. Jangan namakan anak dengan nama-nama yang khusus kepada nama Allah seperti Ahad, Ar-Rahman, AL-Khalid dan sebagainya. Sekiranya nama ini hendak diberikan kepada anak kita maka hendaklah disertai dengan nama lain di hadapannya seperti Abdul Rahman, Abdul Khalid dan sebagainya.


c. Jangan menggunakan nama yang dikaitkan dengan Abdul (hamba kepada lain dari Allah seperti Abdul Uzza (hamba berhala Uzza), Abdul Nabi (hamba kepada nabi) dan sebagainya.Ulama bersepakat mengatakan bahawa menamakan sedemikian adalah haram.


d. Elakkan dari menamakan anak dengan nama-nama orang kafir atau nama-nama yang menyerupai nama bukan Islam seperti Jon, Sally, sebagainya.

Friday, January 07, 2011

Pagi2 dah buat aku gelak


Perbualan antara ibu dan anak ketika pagi tadi time nak gie keje dalam kereta.

Aku : Iman, nnt gie sekolah tau..

Iman : Sekolah tak nak..!

Aku : Gie laa.. kat sek ada zirafah.. (suka ckp cam nie sebab dia mmg teruja ngn zirafah dan cara nak pujuk dia)

Iman : zirafah taknak..!

Aku : haaa.. kat sekolah ada alif baa taa...

Iman : aliff ba taa xnak.. Tak nak sekolah...

Aku : Iman gie laa. Ibu keje, ayah keje....

Iman : Taknak...!! Nie yang iman marah nie....


ekekekeke.. ada ker patut dia ikut cara aku cakap...

sebab aku selalu cakap cam nie :  
" Iman niee.. suka .......... nie yang ibu marah nie..."

Budak yang dah semakin petah bercakap....

Kisah Ibu Tunggal Muda


Salam hari Jumaat buat semua...

U all dah baca Mingguan wanita yang baru? ada gambar anne ngasri dan anak2nya... Aku dah baca dah.. Seriusly, bila aku tengok muka anne, aku rasa dalam senyumannya itu tersirat ada perasaan lain yang tak boleh dia nak huraikan sepanjang temuramah bersama wartawan. Memang tak di sangka takdirnya sebegitu. Sungguh kuat dia nak mengharungi dugaan2 yang datang. Dialah ibu dan dialah bapa untuk membesarkan anak2nya...  Sungguh terharu rasanya...

Sebab apa kisahnya boleh menyentuh perasaan ku? Mungkin disebabkan umur kami yang sebaya dan dia mempunyai anak sebesar iman juga.


Ya Allah, tak dapat aku bayangkan jika aku berada di tempatnya. Sungguh berat tanggungjawab yang akan dia pikul. Ya.. ayah kepada budak2 nie masih ada.. Tapi, dia perlu membawa tanggungjawab itu bersendirian.. Istilah kerjasama sebagai suami isteri tiada lagi untuk dia... Tapi, dia boleh memikul tanggungjawab ini....



Lagi satu kisah artis yang juga sebaya dgnku... Siti Nordiana. Situasi yang sama dgn anne tapi kisah yang lain. Di mana bekas suaminya (Faizal Yusup) baru shj meninggal dunia disebabkan sakit jantung. Tak di duga kematian itu tak boleh jangka. Nana perlu memikul tanggungjawab untuk membesarkan anak dgn sendirian memandangkan ayah rayyan dah tiada di dunia ini. Pasti, dia akan sentiasa mengingatkan kasih sayang mereka yang pernah tersemat  suatu ketika dulu. Bagaimanakah perasaan rayyan bila besar nnt bila dapat tau kisah ibu dan ayahnya..? Sudah tentu dia akan merasakan kurang kasih sayang dari ayahnya... alahai.. siannya anak comel ini. 

Begitu juga dgn isteri faizal yang baru yang sedang mengandung 5bulan.. Bakal ibu ini perlu kuat untuk menerima takdir yang suaminya telah kembali ke Rahmatullah... Dan yang pasti, bayi yang di kandung tak sempat untuk merasai kasih sayang ayahnya... Ya Allah sungguh kuat ibu ini untuk menanggungnya.. Semoga ibu ini tabah menghadapinya,.. Amiin...

" Ya Allah, aku bersyukur kehadrat Ilahi kerana mengurniakan seorang suami dan ayah kepada anakku yang sangat mengambil tanggungjawab ke atas kami. Dan semoga hubungan kami sentiasa berkekalan dan sentiasa di penuhi dgn rasa kasih sayang. "


p/s : Setiap dugaan yang berlaku pasti ada hikmahnya.. Semoga kita semua dapat menghadapinya dgn sabar dan tabah...

pic : from google..

Thursday, January 06, 2011

Cek Nuffnang Dah Sampai....


dah sebulan lebih aku Cash Out kan akun nuffnang aku... Semalam baru jer aku terima.. Alhamdullilah rezeki awaln tahun nie.. Apa yang aku nak buat dengan duit nie? aku dah ada plan sendiri iaitu nak membeli breastpump sebagai persediaan sambut kedatangan baby baru nieh...

Spectra3 yang lama masih ada.. leh gunakan lagi... But, aku memerlukan yang lebih flexible memandangkan opis aku dah takde port baik untuk membuat projek mengepam.. sebab dalam bilik aku kerja nie dad ada kaum adam.. agak susah nak menjalankan projek mengepump. Jadi, aku memerlukan yang boleh pakai baterry dan letrik untuk memudahkan aku nnt...


dalan entry lepas aku dah survey dah.. so, masa untuk memilih.. hehehe..


p/s : hanya dengan berblogging, kita boleh menjana pendapatan... Kalo lagi rajin, lagi banyak lah dapat... But, aku nie ada masa malas2 juga.... 

Menggamit Kenangan 2010


Sepatutnya Entry nie puiblish awal2 tahun haritu.. But, tak sempat nak abiskan entry nie dan terus jadi draft memanjang.. ekekeke... memandangkan dah pun masuk Tahun 2011, aku nak menggamit balik kenangan2 masa tahun 2010.. Tak sangka.. dgn adanya blog nie, aku leh ingat balik apa yang berlaku pada hari2 sebelum.. Dan ianya menjadi segar dlm ingatan ku...

Dan tak sangka, dlam tahun 2010, ada banyak kenangan MANIS dan PAHIT aku lalui sepanjang tahun.. Macam2 kisah dan macam story rupanya telah aku lalui.... 

Jom aku highlight kan apa yang berlaku setiap bulan.. Aku amik yang paling memberi kenangan kepada aku...

Insyallah untuk tahun ini, segala kenangan Manis dan Pahit akan tercatit sekali lagi dalam blog ini.. Semuanya adalah kisah empunya blog untuk di abdikan sebagai kenangan yang boleh di simpan untuk tatapan masa akan datang.... :-)

Happy Viewing my blog and thanks to all my reader.....


Wednesday, January 05, 2011

Tungku Moden


Antara barang yang perlu masa berpantang adalah Tungku.Kebiasaanya orang akan beli tungku yang dah siap jual kedai or amik batu sungai kan..?Ataupun pakai seterika jer..  Kali nie, berpantang aku nak menggunakan Tungku Moden pulak. hehehe.. Memandangkan tungku moden nie tgh Femes, jadi aku apa salahnya mencuba. Tungku lama masa pantang iman pun ada lagi lum di buka... Ini beli yang lain untuk memodenkan diri pulak.. ekekek..

Bagaimanakah bentuk Tungku Moden nie?

Inilah rupanya bentuk tungku Moden. Harga Pasaran aku nengok dalam RM45-RM60.
Tapi aku beli dgn harga separuh dari tue.. hehehe....
.

Hanya perlu di cucuk dengan wayar dan di panaskan. Bila bantal nie dah panas, lampu akan padam dan terus leh pakai.
.

siap ada sarungnya lagi.... Mudah dan praktikal dengan menggunakan Tungku Moden nie.

Fungsi :
1. Mengelakkan artritis.
2. Baik untuk pesakit strok.
3. Mengurangkan sakit servikal vertebra.
4. Mengurangkan sakit kepala, sakit gigi
5. Melegakan sakit leher, bahu dan belakang badan.
6. Melegakan masalah sengugut (period pain)
7. Membantu mengurangkan berat badan.
8. Mengurangkan masalah lenguh-lenguh lutut dan sakit pinggang
9. Mengurangkan masalah perut kembung.
10. Melegakan bahagian tulang patah

Ciri-ciri:

Cecair merupakan air garam bukit dan gel antiseptik, mudah di bawa ke mana-mana.
Berat = 1.8 kg++ setiap satu
Siapa yang sesuai memakainya?
* orang dewasa 12 tahun dan ke atas.
* wanita yang baru lepas bersalin dan menghadapi senggugut.
* Menghadapi masalah lenguh badan dan angin.
* Juga untuk lelaki sesuai untuk seluruh badan kecuali bahagian kemaluan.



Pembiayaan Ujrah (1%) - PTPTN


Baru-baru nie aku ada dapat poskad dr PTPTN mengenai tawaran pertukaran pinjaman (5% dan 3%) kepada pembiayaan Ujrah (1%). Katanya aku layak untuk menerima tawaran ini dan perlu mengemaskinikan maklumat akaun di website nya.

So, sekarang aku dah pun selamat mengemaskinikan maklumat aku. Hopefyully, proses permohonan ini berjaya. Tak la banyak hutang kena bayar.. ekekekke... Kalo tak, sampai ke sudah tak abis byr.. Asyik dok bayar interest jerrr.. hehehe..

Sesiapa yang berminat nak tukar sistempembiayaan nie, leh :


Akan terpampang ruangan nie, masukkan no KP dan email Dan pihak PTPTN akan hantar email ke kita untuk update maklumat.


Email yang di hantar akan berbentuk begini. After update maklumat, pihak PTPTN akan confirmkan pernerimaan kemaskini tersebut.

TARIKH TUTUP : 28 FEBRUARI 2011

So, cepat2lah joint skim ini sebelum terlambat. Nanti melepas pulak.. :-)

Ini antara salah satu hutang yang perlu di jelaskan dengan cepat.. Alhamdulillah dah nak masuk 5y aku membayar hutang nieee... hehehe.. tak sabar nak abiskan hutang.. Relax minda sikit...

Tuesday, January 04, 2011

Perkara Paling Tak Suka Bila Pregnant...


Dalam banyak2 perkara, hanya q benda jer masa mengandung aku paling tak suka.. Iaitu kena buat MGTT iaitu minum air gula untuk test kencing manis kita.. Arrrggghh.! aku sangat tensen bab nie... tak suka tak suka,,,!!! Arini aku kena buat MGTT kali ke-2. Tapi di HUKM pulak.. Malasnyaaaaa....!!! Terpaksa la ku telan jua nnt...

Start pukul 6ptg aku dah stop makan apa2.. just minum air kosong jer sebelum kul 10mlm tadi. Pastu aku tido sebab nnt aku pikir2 jerr.. ekekekeke...!!

apa itu MGTT..??

A glucose tolerance test is a medical test in which glucose is given and blood samples taken afterward to determine how quickly it is cleared from the blood.[1] The test is usually used to test for diabetes, insulin resistance, and sometimes reactive hypoglycemia or rarer disorders of carbohydrate metabolism. In the most commonly performed version of the test, an oral glucose tolerance test (OGTT), a standard dose of glucose is ingested by mouth and blood levels are checked two hours later. Many variations of the GTT have been devised over the years for various purposes, with different standard doses of glucose, different routes of administration, different intervals and durations of sampling, and various substances measured in addition to blood glucose.
- from Wikipedia

 Prosedur untuk MGTT.. Kena ikut yea.. kalo tak, sah2 sangkut nnt kena buat BSP pulak.. Hopefully result ok nnt...

Ginilah kena minum air gula secawan.. Sampai nak termuntah dan pening2 nnt ps minum. Tak Suka!!

1999 WHO Diabetes criteria - Interpretation of Oral Glucose Tolerance Test
Glucose levels NORMAL impaired fasting glycaemia (IFG) impaired glucose tolerance (IGT) Diabetes Mellitus (DM)
Venous Plasma Fasting 2hrs Fasting 2hrs Fasting 2hrs Fasting 2hrs
(mmol/l) <6.1 <7.8 > 6.1 & <7.0 <7.8 <7.0 >7.8 >7.0 >11.1
(mg/dl) <110 <140 >110 & <126 <140 <126 >140 >126 >200
Result untuk MGTT..

Pastikan result yang terima mestilah sekurang2nya bawah 7.0 mmol. Kalo tak, sah2 sangkut kena repeat or kena buat BSP.... huhuhu.. dan di sahkan ada diabetes....

Gud Luck for me...!!

Monday, January 03, 2011

Wishlist : Nursing Cover


Wislist untuk 2nd baby :
1. Medela electric breastpump
2. Mei tai
3. Nursing Cover (DONE)
4. Service Spectra3
5. Set Bersalin Amway

Untuk pembuka tahun baru nie, wishlist untuk 2nd anak dah pun dapat di laksanakan.. Memang rancangnya semua whislist akan di laksanakan tahun ini. So, sebagai pembuka tahun ini, aku dah dapatkan pun nursing cover... Secara kebetulan dan tak di rancang.. hehehe.. lain yg di rancang, lain yang jadi..
The First Fews Nursing Wrap

Sebelum beli nie, aku dah survey2 kat online. Mostly harga dlm RM35 ke atas. So, mmg ingat dah decide nak amik yang mana cuma lum beli jer lagi.. Kebetulan aku ke Jualan Gudang Skiva, sekali ada jualan barangan baby gaks.. Tak sangka ada. sebab jualan2 sebelum nie takde pulak jualan barangan baby sekali... So, tgk harga untuk nursing cover RM25.00 jerr. hehehe.. haruslah amik kan..? sebab takyah dah nak beli online dgn perlu bayar postage lagi.. sekurang2nya beli online dah RM41 termasuk postage.. Kat sini aku bayar RM25.00 jer. hehe.. Swaddle moden pun murah RM30 jerr. Aku tak beli, sebab iman punya dulu pun ada lagi.. leh guna.

Aku beli kat sini kelmarin..

Di samping tue, dapat gaks beli Nursing Bra.. hehehe.. menambahkan koleksi yang ada. supaya misi akan dpt di laksanakan.. Insyallah... :-)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...