Kawan-Kawan Saya

Wednesday, December 23, 2009

"Curious Kids Need To Be Tough Inside"




Klik sini untuk JOINT


Sekarang ini pihak Nuffnang bersama dengan Friso sedang menganjurkan contest untuk semua nuffnang bloggers. jadi, saya di sini ingin mengambil kesempatan untuk menyertai contest ini. Saya agak tertarik dengan contest ini kerana ia teringatkan saya tentang pengalaman saya semasa melahirkan anak saya "Muhammad Iman Zafran". Selain itu, hadiah yang di tawarkan juga sungguh menarik sekali yang membuatkan saya ingin menyertai contest ini. Contest ini berkaitan dengan bagaimana anak kita boleh melawan bakteria-bakteria dan kuman yang ada di sekelilingnya..

For me, 1stly saya ingin ceritakan atas pengalaman saya dalam membantu anak saya untuk melawan kuman yang telah berjangkit di paru-parunya semasa lahir dulu.

Muhammad Iman Zafran yang terkini. 1year 4Months.
Alhamdulillah sihat walafiat..

Semasa Iman di lahirkan, doktor memberitahu saya yang anak saya dah tertelan najis sendiri. Jadi, anak saya akan dihantar ke Wad NICU. Ketika itu saya hanya sempat memberi satu kucupan sahaja tanpa dapat memegangnya.. Sungguh sedih ketika dalam keadaan itu di mana saya masih lagi dalam keadaan yang lemah. Apapun saya Redha kerana anak saya memerlukan rawatan yang segera dan dia memerlukan oksigen secepat yang mungkin.

Selepas saya dah cukup rehat, suami saya membawa saya untuk melihat anak saya di NICU. Setibanya di sana, alangkah terkejutnya saya kerana melihat keadaan anak saya. saya seperti tidak percaya kerana anak saya di serang seteruk itu. Anak saya di tahap kritikal rupanya. Terus airmata saya menitik menahan kesedihan. Titisan airmata ini menitis kerana melihat wayar-wayar yang berselirat di muka, kaki dan badan anak saya. Di samping dia bergantung pada oksigen untuk bernafas. Betapa kuatnya anak saya yang baru lahir ini untuk melawan semua itu. Saya terus rasa tersentap seketika.

Saya terus bertanyakan kepada doktor macamana keadaan anak saya. Doktor memberitahu jangkitan kuman sudah sampai ke paru-parunya tetapi belum sampai ke kepala lagi. Peratus untuk hidup doktor kata ada.. 50-50 kerana kuman tersebut boleh merebak dan boleh juga di hapuskan. Apa-apapun kita kena usaha bagaimana untuk menghapuskan kuman2 yang ada sebelum ia merebak ke kepala dan seluruh badannya. Dia memerlukan antibodi yang kuat. Kita mengahrapkan pada antibodinya untuk melawan kuman2 tersebut.

Jadi, doktor meminta saya untuk Fully Breastfeed untuk membantu menghapuskan kuman serta meningkatkan antibodinya di samping ubat antibiotik yang mereka berikan. Mulai hari itu, saya akan usahakan untuk anak saya dapatkan susu saya supaya dapat membantu dia untuk melawan kuman-kuman tersebut. Terutama sekali susu kolustrum. Saya akan pastika anak saya dapat secukupnya. Alternatif saya adalah membuat sesi pumping memandangkan saya tidak boleh direct BF. Hari-hari saya akan hantar susu ke hospital. Even, setiap pumping saya hanya dapat 1/4 oz sahaja. doktor mengatakan ianya dah cukup untuk bayi. Alhamdulillah.. walaupun saya tidak dapat direct BF anak saya, tetapi anak saya masih boleh menikmati susu dari ibunya.

Selepas anak saya dapat susu dari saya, proses perkembangannya amat baik sekali. dari hari ke sehari doktor cuba untuk melihat anak saya bernafas sendiri tanpa bantuan oksigen. Dan bila masuk hari ke 7, alhamdulillah.. anak saya dah boleh bernafas dengan sendirinya... dan doktor mengesahkan yang jangkitan kuman tiada lagi dalam paru-parunya..

TETAPI..


Doktor mengigatkan saya bahawa di kemudian hari, anak saya akan mudah dijangkiti kuman lagi kerana kesnya itu. Apa-apapun doktor meminta supaya berwaspada dengan keadaan sekeliling di samping menjaga kebersihannya supaya kuman dan bakteria tidak mudah terkena pada anak saya..

Alhamdulillah sehingga hari ini, anak saya sihat walafiat...

Inilah dia anak kesayangan saya :


Saya dapat bayangkan keadaan anak saya ketika melawan bakteria dan kuman di dalam badannya :


Sungguh kuat anak saya nak melawan semua ini ketika dia dalam keadaan sebegini.
Bayi yang baru lahir yang imun dia yang belum berapa kuat lagi.


Dan inilah anak saya ketika umurnya mencapai 1 tahun. Sihat walafiat..

I love u dear..

Bagaimana saya membantu anak saya meningkatkan imun badannya?


"IMMUNE SYSTEM":
"The immune system is the body's defense against infectious organisms and other invaders. Through a series of steps called the immune response, the immune system attacks organisms and substances that invade body systems and cause disease."

Ini antara cara-cara yang saya lakukan :
  1. BreastFeed Milk - ianya memang amat membantu sekali kerana susu ibu penuh dengan khasiat yang selengkapnya. Bayi memerlukan susu ibu sekurang-kurangnya 6bulan (alhamdulillah saya dapat laksanakan) dan boleh meneruskan sehingga 2tahun
  2. Environment - Persekitaran adalah faktor yang amat penting kerana persekitaran yang bersih bebas dari sebarang allergic dan jauh dari bakteria, kuman dan hama. Persekitaran yang kotor boleh menyebabkan kuman dan bakteria mudah merebak. Kuman dan bakteria memang suka pada bayi. Jadi, kita perlu memastikan persekitaran kita sentiasa bersih.
  3. Bottle Sterilizer - Di rumah, saya menggunakan bottle sterelizer untuk meNYAHkan kuman2 dan bakteria2 yang melekat pada botol susu anak saya. Setiap kali selepas basuh botol, saya akan sterilkan dahulu sebelum menggunakannya.
  4. Hand Sterilizer - Hand Sterilizer ini saya di perkenalkan semasa saya duduk di NICU bersama dengan anak saya. Ia digunakan sebelum kita memagang anak kita. Fungsinya sebagai pencegah bakteria merebak pada anak semasa di pegang.
  5. Imunisation Injection - injection dari sejak lahir sehingga anak berumur 12thn amat penting sekali. Kita sebagai ibu bapa kena pastikan anak kita menerima injection yang di perlukan selengkapnya supaya dapat melindungi anak kita di kemudian hari.
  6. Fruits & Vegetables - Buah-buahan dan sayur-sayuran mempunyai gizi makanan yang penuh dengan khasiat-khasiat seperti vitaman A,B,C,D,K, mineral, dan sebagainya. setiap hari saya akan berikan anak saya buah-buahan ataupun sayur-sayuran sebagai pelengkap makanan.
  7. Supplement - Apabila anak dah menjangkau umur 1thn, saya dah mula memberikan vitamin suplement untuk anak saya seperti syrup seven seas dan jus tok guru. Ia sebagai pelengkap seharian iman.
  8. Sleep time - tidur yang cukup juga memainkan peranan yang penting untuk memastikan anak saya dapat meningkatkan imun badan dia. tidur yang cukup membuatkan anak saya sihat dan cergas sepanjang hari.
  9. Increase water intake - Pengambilan air kosong untuk kanak-kanak adalah baik untuk sistem penghadaman mereka. Saya akan pastikan anak saya meminum air kosong setiap hari agar badannya boleh hidrasi dengan baik.
  10. Healthy - Setiap hari saya akan memantau kesihatan anak saya supaya tidak sakit. Jika ada tanda-tanda penyakit nak datang, saya akan bawa ke klinik secepat yang mungkin.

LAST BUT NOT LEAST..


Orang yang penting untuk melaksanakan semua ini ialah :

ayah iman

dan :

Ibu Iman.


Supaya kami menjadi seperti ini :

"HAPPY FAMILY"

*Contest ends on 11.59pm, 27th December 2009.

p/s : Thank U for Nuffnang Friso kerana memberi kami peluang ini..


PhotobucketPhotobucket

10 comments:

Zaila Mohamad said...

waaah, panjang lebarnya penerangan Jue, btw dah dapat invites ek??

Jue @ atanayuiman said...

zaila >> itulah.. syok sangat menaip.. tak sangka panjang lebar rupanya... hehehe.. tak sedar pun..

** jue baru joint... xdapat invite pape lagi.. zaila dapat dah ker..?

~chekuna~ said...

wah panjang jue tulis...
terer jue mengarang..kakna ralit baca..syok.. boleh jadi 1 artikel..ni...

Mrs. Simplicity said...

baru tau keadaan iman agak serious time lahir dulu. ingat tertelan najis takde infection sampai paru2. alhamdulillah, iman skang membesar dgn sihat kan? gudluck to iman & jue!

ku afiqah said...

Terharu plak na bila baca yang jue taip panjang lebar tue...huhu..teruk betul keadaan iman masa baru lahir...

Jue @ atanayuiman said...

chekuna >> itulah kak na.. sampai tak terperasan sehingga panjang lebar di buatnya.. hehe.. terlebih sudah..

alyyani >> aah.. agak serius juga la alya... sebab terpaksa bergantung dengan oksigen jer masa tue.. alhamdulillah sekarang dah sihat...

ku afiqah >> isskk... jgn nangis nnt kami yang susah nnt.. hehe

Zaila Mohamad said...

Jue, tadi orang dr Nuffnang call Zaila tanya dah masuk contest ni ke belom then Zaila kata dah, pastu dia kata tunggu email dr Nuffnang ntok invitations..harap2 dapatlah tapi masa tu dia kata dah dapat tapi selagi xder email rase macam xconfirm juga..hihihi..cuak cuak

Jue @ atanayuiman said...

zaila >> oo iyerke..? erm.. kalo ada rezeki tue, insyallah ada... jue nie lagi la.. agak lewat gaks joint nie.. tapi, tadi baru dapat email confirmation penyertaan jue.. invitations untuk joint family days tak dapat lagi...

miemiey said...

wah panjangnya nak baca..akhirnya abis gak sampai berpina mataku..mmg leh faham keadaan masa tu sebb miemiey ada kengan gak ..tapi ank mie kuning yg teruk samapi doc suh tandatgn surat nk tukar darh sekuruh bdn,,tak leh byng cam ane kl tukar sbb doc kata mgkin ank pekak ke cam lagi..hubby tak tandatgn ..berkat kuasa tuhan esoknya dh turun kuning,,dan sekarang umo nk masuk 9 tuhn...gud luck ye....

Jue @ atanayuiman said...

mimiey >>> thanks mimiey sudi baca.. :-) iyer ke mimiey..? nasib tak sign kan..? kalo tak, sian kat baby.. alhamdulillah dah sihat... kalo tak, hati kita pun runsing.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...