Kawan-Kawan Saya

Nak Cari sesuatu?

Loading...

Monday, December 21, 2009

Tiket PERCUMA...???


Entry ini khas untuk rakan-rakan yang bertanyakan aku mengenai tiket penginapan di Palace of The Golden Horses (PoTGH) yang aku terima secara PERCUMA itu. Kebanyakan yang bertanyakan pada aku mengatakan Macamane boleh dapat percuma..? Ada masuk pape ker leh dapat Free.. Mustahil leh dapat Free hotel mahal nie...

Iyer.. Percuma sahaja.. Tak perlu bayar paper pun.. Tiket parking pun dapat percuma... Nak tau macamane aku leh dapat percuma..? Ini Al-kisahnya..

2 bulan yang lepas.., asben aku ada menerima panggilan dari seorang yang bernama SEHA. Dia memperkenalkan diri dari PoTGH. So, dia meminta asben aku membawa isteri ke sana untuk mengambil baucer penginapan secara percuma di samping dia minta untuk mendengar sedikit penerangan yang mengambil masa dalam 1 jam. Apabila dengar panggilan seperti ini, kitorg tak terkejut.. kerana sebelum ini, kitorg pernah menerima pelawaan seperti ini juga tetapi dari LEGEND Hotel. Jadi, asben aku dengan teruja nya berkata "ya, Sabtu ini kami datang tapi lewat sikit" then, Seha berkata.. "OK". so, dah kira confirm yang kitorg akan ke sana pada minggu ini.

Tiba hari tersebut, pagi itu kami berada di Salak Tinggi.. Selepas itu kami ke Klang untuk menghadiri open house umah Kak melati di klang bersama blogger2 yang lain (Ryn & Alya). masihkah korang igt..?? hehehe.... Pada hari ini lah kejadian itu berlaku...

Selepas majlis di umah kak mel, kitorg terus gerak ke Sri Kembangan untuk appointment dengan Seha di sana.. Masa dalam perjalanan, si Seha nie asyik dok telefon bertanyakan kami datang atau tidak. Kami tiba agak lewat.. sebab itu yang dia telefon banyak kali. Dia ingat kitorg tak jadi datang.. Sebab dia kata makanan untuk kitorg dah disediakan sekali.. Biasalah taktik perniagaan kan..?? Macam-macam taktik dia buat untuk kita beli barang dia...

Setibanya di sana.. kitorg kena isi Form dan sign kedatangan di situ. Dan selepas itu, Cik SEHA pun keluar menjemput kitorg ke bilik khas... Waaahh..!! mula2 memang teruja la.. Tapi, kitorang memang dah tau motif dorang panggil sebenarnya... Selepas berbual mesra, seha terus bertanyakan "Rasanya akak dan abang tau tak kenapa kitorga panggil akak dan abang ke mari". Kitorg sambil tersenyum dah beritahu "Rasanya tahu"... waceeehhh..!! still control lagi...

The, seha pun terus meneruskan tugasnya.. Dia menceritakan sejarah dan latar belakang PoTGH. selepas cerita itu ini..., dia bawa kitorg mengelilingi PoTGH. Kesemua tempat dan facilities yang ada kitorg lawat. dari bilik Deluxe room sampai la Head of State Suite. Giler MEWAH semua bilik2nya... especially yang Head of state suite. bayangkan harga untuk sebilik itu ialah : RM1.5k tak terbayar aku di buatnya untuk 1malam sahaj.. Belum yang Golden Suite RM12k. arghh...!! Tunggu aku jadi jutawan boleh la..

So, selepas selesai jalan2.. kitorang kembali ke bilik khas tadi untuk membuat perbincangan lain.. dan dah masuk dalam bilik tue, terus kitorang berterus terang bertanyakan KOS untuk menjadi ahli berapa... hehehe.. Seha tue dah tergamam daa.. Oh..!! akak dan abang dah tau la yea..? kitorang iye kan ajer.. Sebab kitorg bgtau yang kitorang pernah dapat pelawaan sebegini sebelum ini.. Terus dia bertanyakan dari mana.. dan selepas itu dia buatkan perbandingan antara Legend Hotel dengan PoTGH.

Apa-apapun kitorg tak terpengaruh langsung untuk menerima permintaan mereka untuk menjadikan kami member's of PoTGH. So, terus kitorg minta diri kerana time tue dah petang sangat... Dan.. dengan muka kecewanya terus bertanyakan berulang kali.. " betul ke akak dan abang tak nak nie..??"... hehehe... tak nak la dik.. lain kali la ekkk..

dan, selepas itu dia terus memberi kami vaucher yang telah di janjikan.. Antara Vaucher yang kitorg terima :
  • 2D1N penginapan di PoTGH
  • Mines Cruise untuk 2org
  • Medical Check Up Free
  • Spa @ JojoBali Spa
  • 20% Vaucher makanan.
** sori.. gambar tiket2 nie semua dah hilang dalam simpanan..

Itulah al-kisah di sebalik tiket percuma penginapan di sana.. So, dari tiket yang diterima itulah kitorg gunakan. Pernah tak u all dengar mengenai tiket Free sebegini sebelum ini..?? Biasanya mesti kita ingat.. "ala... tipu jer tue.. nanti last2 kena bayar itu lah.. bayar ini lah.. jangan percaya laaa.. Mana ada Free.." Betul tak..? Ala-ala gores dan menang la nie.. Dan, kita sebagai pengguna mesti nak berhati-hati kan..? Tapi, jika korang terima panggilan seperti ini, jangan lah korang tolak.. Pergi sahaja TAPI... sebelum pergi mesti kuatkan hati supaya tidak akan terpengaruh dengan kata-kata mereka... Kecuali kalo u all mampu untuk menjadi member's Club mereka.. itu memang tak de masalah....

Percutian kami di Legend Resort tempohari pun percuma. Itupun penerimaan voucher seperti ini juga.. di samping ada lagi 1 voucher yang masih belum di gunapakai lagi (The Legend Hotel).. Lepas ini, aku mengharapkan panggilan dari Berjaya pula. Nak tau pakej member's club yang di tawarkan. Pastu dari Sunway pulak la yeaa.. hehehe... almost are FREE.. Bestnyer...

Kalau korang ada terima panggilan seperti ini, cubalah pergi... :-)

Itulah Seha..

melawat kawasan termasuk bilik2.

aku & iman yang dah agak kebosanan sedikit.. hehe... Nak dapat benda free kena banyak sabar... kan..?


** dengar-dengar prospek utama dorang ialah guru-guru sebab cikgu kan banyak cuti... dorang sendiri pun cakap.. kebanyakan yang amik pakej member's club ni adalah di kalangan cikgu... ohh..!! patutla dorang contact saben aku.. hahaha..!! mesti antara kawan2 dia yang bagi no. fon kat dorang nie.."


PhotobucketPhotobucket

12 comments:

fazilzura said...

ye penah jgk dpt col dari PTGH ni .. but tuk medical .. mmg sgt2 besh , diorg nye check up mmg tip top... begitu jgk ler dgn duit keahlian nye... huhuhu mmg x mampu ler...

Jue a.k.a Ibu Iman Zafran said...

kak zura >> iyer ke kak..? yg medical, kitorg tak sempat nak guna voucher diaa.. memang tak mampu kak.. lagipun rasa macam membazir jer la pula.. sekali skala boleh laa..

e-caR NazRin aka ibuEiymann said...

k.e-caR pun pnh dpt call cenggini.. dan pnh gak dpt duk hotel free kt Legend & Palace.. hehe.. tp, mmg kena tahan asakan dorang suh kite joins travel club dorang tue..giler hape nk byr smpi rm20k..??

mcm weolls, start weolls pi MATTA fair 2005 dlu mmg weolls ade isi form peraduan hape ntah..since dat, mmg org2 travel club agent neh slalu call..ade gaks yg malas nk pi..hehe..

Jue a.k.a Ibu Iman Zafran said...

kak ecar >> betul2.. memang kena sabar la semasa di berikan penerangan tue.. just dengar amik tau jer.. then, kena tahan nafsu supaya tak terjebak.. memang dorang akan cerita keBEST'an jer.. yang TAK BEST dorang tak citer.. so, sebab tue kita akan rasa macam nak terpengaruh.. paper pun.. kena kuatkan hati kena kata TIDAK...

** cuma pie nak dapatkan FREE ajer kan... hehe

miemiey said...

takkan ku tolak kl dapt ofer gini..bestnyaaaaaaaaaaaa...

Jue a.k.a Ibu Iman Zafran said...

miemiey >> tul miemiey.. jangan tolak tau... cuma perlu luangkan masa sedikit untuk ke sana untuk dengar penerangan dari mereka2..

Ryn said...

rezeki rezeki...merasa jugak dok kat PoGH tu haa...

takde sape2 ke nak kol daku bg tiket FREE eh...hahahahahaha...

Jue a.k.a Ibu Iman Zafran said...

ryn >> itulah.. kalo tau aritu, aku letak nama ko skali laa.. sebab masa sebelum balik, dia ada minta isikan nama2 dan no fon kawan2 yang ada..

** nnt kalo ko dapat, jgn lupa letak nama dan no fon aku skali ekk...?? hehe

nome said...

berbaloi2 la jue dpt nginap kat hotel tuh percuma...walaupun masa abis berejam2 tuk dptkan adiah tuh...tp sgt berbaloi

mamashasha said...

huhu berbaloi-baloi ye jue.bukan senang nk dpt dok free kat hotel 5 star tuh!!akak mmg mampu la....bg free bleh kahhhh

ku afiqah said...

wah bestnyerrrrr....jue.hehehe.
begitu kisahnya. na pernah alami perkara yang lebih kurang sama ngan jue, org tue telefon husband na. tawaran yang na dapat..menginap di hotel melaka(lupa hotel mana)ngan voucher spa. tapi na tak guna voucher tue sbb risau kena bayar...mmm rugi plak rasanya.

fawwaznuha said...

salam..
wah entry dh lama..sy dok search pasl ni sebab x yakin juga..bru dpt call td..dh agak mesti de udang di sebalik mee huhu..esok dia nk tipon lg nk confirmkan...xtaulah nk pegi k x..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...