Kawan-Kawan Saya

Nak Cari sesuatu?

Loading...

Monday, December 02, 2013

Jualan Gudang Pureen


Sabtu lepas sempat terjah jualan gudang pureen. Walaupun dah cukup 40minggu, masih lagi larat nak terjah jualan2 gudang nie. Baby bagi peluang ibunya ke jualan gudang. hehe.. last pergi masa lepas bersalin kan si izzul. masa tu cuti berpantang. kali ni terjah memang nak aim baju baby yang harga RM6 sepasang jer.

Puas hati aku kali ni sebab dapat rembat baju yang harganya RM6 sepasang banyak. Siap dapat rembat untuk yang mengirim. Sambil tu boleh puaskan hati memilih baju gegirl. hehe..

Meh tengok hasil rembatan aku kat pureen stock clearance.













geram tengok baju gegirl. cecantik.. RM6 je sepasang. Yang dress RM3 je sepasang. kesemuanya aku dapat 27 pasang baju. 

Selain tu, aku tak banyak beli barang lain. Cuma tambah sikit baby wipes, disposable panties and toiletteries jer...

lepas ke pureen stock clearance, aku sempat terjah jualan gudang DKSH. heaven juga kat situ. Sempat beli water dispenser RM60 jer yang ada hot and cold tu. dan Oven 50loter RM180. Kalau lah ada bajet lebih, boleh amik deep freezer. Mueah sangat2. Deep Freezer yang palingh besar ada 2 pintu tu RM700 jerr.. murah kan.




Friday, November 29, 2013

Genap 40minggu





Hari ini genaplah kandungan aku 40minggu. Syukur alhamdulillah merasai sehingga genap 10bulan mengandung. Tapi bilahlah agaknya baby ni nak keluarkan...? dan sekali lagi aku merasai baby keluar lebih hari dari tarikh due date. perkiraan anak 1st dulu genap 40minggu. anak ke 2 cukup 41minggu. nak ke3? harapan aku biarlah lahir sebelum kena serah diri supaya aku tak kena induce dan sakit sensorang kat hospital... Baby.. please keluar selepas 1/12 tapi sebelum 7/12 boleh sama besday dengan ayah.

Perasaan bila dah masuk genap 40minggu tapi belum bersalin lagi..
* semestinya semakin berdebar
* jenuh menunggu sakit
* Semakin hari semakin x larat
* Rasa sakit sikit je igt rasa nak beranak

Tapi untuk kali ni, masih mampu lagi berjalan dengan laju. Kalau di ajak pergi shopping laju jer nak ikut. hikss.. Cuma apa yang  di risaukan ialah rasa pergerakan baby agak kurang. tak seaktif mana pun. kadang2 terpaksa tekan2 perut untuk rasa pergerakan baby. 

Pape pun, hope segalanya di permudahkan. Isnin (2/12) check up terakhir kat KK Salak untuk 40minggu. Hope semuanya Okeh!


 udang galah goreng kunyit je pun


siput sedut masak lemak

makan-makan sedap sebelum beranak. hikkss!


Wednesday, November 13, 2013

37weeks - Ready for birth


Assalamualaikum wbt..

Hari ni dah 37weesk. Jumaat ni masuk 38weeks. Maksudnya dah masuk minggu2 terakhir untuk bersalin. So, dalam kata lain "dah menunggu hari". Ikut pada pengalaman yang lepas, iman zafran lahir cukup 40weeks dan izzul zafry pulak 41weeks. Maknanya, aku takde pengalaman bersalin awal. But, untuk kali ini tak tahu la.. Hope tak terlebih hari lagi.. 


baru-baru ni scan berat baby dah 2.7kg. DOc kata baby kecik sikit dari kiraan sebenar. But, still Ok.



focus kat weight : now 73.5kg. hujung2 ni berat aku naik mendadak. Now, dah start check up 2minggu sekali. dalam 2minggu leh naik 1.6kg + 1.9kg + 1kg. hehehe...HB kali ni memang Superb.. tak pernah bawah 11g/dl. Cuba focus kat fundal height pulak. patutmya 37week tapi dapat ukuran 35week. kecik sikit.


everything is OK.



scan pun kurang 2week. seriau la pulak. takut lebih hari.



yang penting 7/12 kena serah diri juga jika tak bersalin lagi. dapat waran tahan. haha! dah macam waran tangkap pulak. seriau nyaaa!



papepun..., tempat dan semua persiapan nak berpantang dah get ready! Just menunggu masa jer. Hope segalanya di permudahkan.. amiin... ;)



Thursday, October 31, 2013

Abang Izzul Zafry


Ragam dan keletah izzul. Semua nak buat sendiri. nak paki seluar sendiri, makan sendiri. semuanya sendiri..
inilah jadinya.









Wednesday, October 30, 2013

Iman Zafran dan Izzul Zafry


Wordless Wednesday

Mereka adalah hero2 kami. dan bakal menerima sorang lagi hero.

IMAN ZAFRAN
IZZUL ZAFRY
I.....  Z.....

coming soon..

Inshallah.. ;)
















Tuesday, October 29, 2013

Set Berpantang : Tropical Herbs dari Amway


Assalamualaikum..

Setelah berpikir-pikir, akhirnya aku kembali akan menggunakan set bersalin Tropical Herbs from Amway. Maknanya, untuk ketiga-tiga anak masih setia dengan set bersalin amway. Mula-mula ingat nak cuba set bersalin lain seperti nona roguy or tanamera sebab nampak menarik dan set serba lengkap juga. 

Tapi, bila di pikir2 balik takut pulak tak serasi dan tak selesa pulak nnt. Mcm membazir pulak beli mahal2 dan tak guna. Inshallah dengan set amway ni, aku serasi dan kesemuanya aku guna even ada lebihan sikit2 mcm param dan pilis. Yang lain semua habis. Di samping itu, asben aku kata better amik amway je sebab senang dia nak handle. Semua dalam sachet boleh pakai ikut hari dan siap jadual. senang dia nak jaga aku dlm pantang. ekekeke.. ok! baik boooosss..!

Ahli amway aku dah expired, so, aku order dengan kawan jer.  Apa ada dalam set tropical herbs amway nie?

boleh review post aku yang lepas.


percuma bengkung. dah ada 3 bengkung kat rumah. tak kurus juga x tau la. hehe..

Friday, October 11, 2013

Medela Freestyle Breastpump ~ Idaman Qalbu


Assalamualaikum wbt

Dah masuk 32minggu. Sikit2 barang dah pun beli. Just topup apa yang perlu sahaja. Yang lain semua pakai yang lama. Sebab pregnant kali ni aku ada satu benda jer yang aku nak beli iaitu Medela Freestyle breastpump. Inshallah kali ni pun aku akan meneruskan Penyusuan Ibu. Para-para  ibu yang menyusukan anak sepenuhnya pasti akan mengidamkan benda alah ni. macam aku dulu. Dulu $$ tak mengizinkan, aku mampu beli spectra3 jer sebagai pump utama di tambah dengan medela harmony untuk manual. But, spectra3 dan medela harmony pun antara breastpump yang terbaik. banyak jasanyanya dengan aku sehingga aku pakai untuk 2-2 anak. Sangat tidak mengecewakan.

Memandangkan spectra3 pun dah banyak kali servis, spare part pun dah banyak kali tukar, kali ni ada $$ lebih boleh mencapai impian untuk dapatkan medela freestyle. Alhamdulillah berkat menabung sikit2 inshallah hajat akan tercapai.

Now, masa untuk survey antara harga yang termurah. dekat qoonip xder stok. so, aku cari lain jumpa kat http://kidsbranded.blogspot.com/2013/05/medela-free-style.html


My BF journey will be begin..... Inshallah ;)


Monday, October 07, 2013

32weeks - Persiapan Baby


Alhamdulillah dah pun masuk 32weeks bersamaan 8bulan. lagi 8weeks @ 2bulan jer nak bersalin dah. Ada kawan opis nie, 32week dah bersalin dah.. takut la pulak dengar. Aku ni persiapan apa pun tak buat lagi. huhuhu! nak keluarkan balik baju2 baby yang lama dalam stor tu berzaman agaknya nak kuar kan. Tak larat pulak rasanya nak berpunggah bagai dlm stor tu. huhuhu!

counting days


ni benda pertama yang aku beli. hehe

then, ada la sikit baju baby belikan yang baru. yang lama kebanyakan aku dah buang sebab dah 2generasi pakaikan. sian laks baby baru pakai yang lama jer. Setakat ini, ini sahaja yang sempat aku beli. hehe

Para peniaga online, sila tunggu.... akan ku terjah online shop u all.. sebab lagi murah dan senang. semua di hujung jari.

 1st present untuk baby. Hadiah dari kakak aku. hehe t.kasih banyak2.. ;)


belum beranak lagi tapi HUKM dag bagi adiah da.. hehe dapat masa check up aritu. sambil tunggu giliran, ada taklimat pasal penyusuan lepastu dapat gift. ada mcm2 dalam nie.. tq2.

Inshallah start minggu ni akan cuba siapkan segala kelengkapan untuk bersalin dan berpantang nnt. Minggu nie stat beli barang online. hehe i like it!

Monday, September 30, 2013

Mengandung Dan Demam



23/9/13 - 29/9/13 adalah minggu sakit kami sekeluarga secara berjemaah. Serius, kali ni kena demam memang teruk. demam semua serentak dan melebihi 5hari. Sehingga hari ini, asben aku jer lum recovery sepenuhnya. Hope dia cepat baik hendaknya.

nak cerita terlalu panjang kisahnya. Cuma hanya boleh di simpulkan dengan gambar ini sahaja :

stok ubat kami yang dapat sepanjang sakit last week. 
Boleh buat stok untuk setahun. huhuhu!



Thursday, September 19, 2013

Gambar Scan 3D/4D : 29 Minggu

Assalamualaikum wbt..


Seperti entry yang lepas aku ada maklumkan yang aku nak buat 3d/4d scan baby kan? Alhamdullilah dah dapat tau jantina dan dah dapt tengok muka baby. Walaupun pada permulaannya agak susah nak tengok tapi akhirnya dia tunjuk juga mukanya.


Lepas maghrib dah terpacak kat klinik Fauziah Ampang. Masa sampai tu ada patient lain tgh buat scan. Tunggu dulu. Dalam 8.20pm, baru dapat masuk. Mula2 baby taknak tunjuk mukanya. Sebab dia tidur. tangannya tutup abis kat muka. gerak2kan dia baru lah dia alihkan tangannya.


Baby sangat mengantuk! tidur ajer dan asyik menguap ajer. Sonographer Jezlyn kata dia belum makan itu yang dia tidur. Silap aku tak makan dulu sebelum datang. hikksss!


Jom tengok muka baby IZ...




Jantina? tengok pic ni leh tau dah kot kan...
i will to be as a SUPERMAK for SUPER ULTRAMANs!


video
sedikit video of baby IZ



Nota : mak dah buntu nak bagi nama anak ni. Any idea for IZ..................???


Wednesday, September 18, 2013

Check Up 7months : MGTT



Assalamualaikum wbt..

Semalam 17 sept 2013 kena minum air gula kali ke2. Biasalah bila ada keturunan diabetes ni, kena MGTT 2x. Kali pertama aritu bacaannya sebelum dan selepas sama jer 4.4mmol.. hehe sebab apa sama? sebab aku termuntah but aku tak bagitau misi seba kalau aku bgtau, confirm kena repeat.. hiksss!

Selain buat MGTT, aku kena jumpa doc juga untuk scan 7bulan. tengok kedudukan baby dan keadaannya. Nasib xder la aku menunggu sesaja je 2jam. Alhamdulillah, semua ok cuma kedudukan baby je masih breech lagi. Baby, cepat lah berpusing di kedudukan yang sebenar... 

im 29week!


details pemeriksaan untuk 7bulan


berat terkini 67.5kg, hb : 12.8g/dl


nampak tu... Presentation : breech, placenta : upper


Inshallah, bila uri di atas, ada can la baby nak berpusing sehingga di kedudukan yang betul... ;)


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...