Hari ini genaplah kandungan aku 40minggu. Syukur alhamdulillah merasai sehingga genap 10bulan mengandung. Tapi bilahlah agaknya baby ni nak keluarkan...? dan sekali lagi aku merasai baby keluar lebih hari dari tarikh due date. perkiraan anak 1st dulu genap 40minggu. anak ke 2 cukup 41minggu. nak ke3? harapan aku biarlah lahir sebelum kena serah diri supaya aku tak kena induce dan sakit sensorang kat hospital... Baby.. please keluar selepas 1/12 tapi sebelum 7/12 boleh sama besday dengan ayah.
Perasaan bila dah masuk genap 40minggu tapi belum bersalin lagi..
* semestinya semakin berdebar
* jenuh menunggu sakit
* Semakin hari semakin x larat
* Rasa sakit sikit je igt rasa nak beranak
Tapi untuk kali ni, masih mampu lagi berjalan dengan laju. Kalau di ajak pergi shopping laju jer nak ikut. hikss.. Cuma apa yang di risaukan ialah rasa pergerakan baby agak kurang. tak seaktif mana pun. kadang2 terpaksa tekan2 perut untuk rasa pergerakan baby.
Pape pun, hope segalanya di permudahkan. Isnin (2/12) check up terakhir kat KK Salak untuk 40minggu. Hope semuanya Okeh!
udang galah goreng kunyit je pun
siput sedut masak lemak
makan-makan sedap sebelum beranak. hikkss!
No comments:
Post a Comment