Kawan-Kawan Saya

Thursday, December 29, 2011

Di saat susu merundum


Di saat susu merundum, originally uploaded by pinky_gal25.

Ginilah rupanya tiap kal4 dtg bulan, susu merundum. Sedih mmg sedih tp lama2 dah biasa. Nasib lah ada stok ebm yg leh cover aku tiap2 bulan.

Time cik p dtg, aku mampu dpt 2-3oz je stiap kali pump. Jika biasa leh dpt 5-7oz. Pg td lg sedih. Tak sampai 1oz je. Huhu smlm dpt bw blk 8oz je dr 3 sesi.. Hopefully, production kembali ok selepas ni. Leh sambung wat stok.

Last week, aku tak sht. Mgkn juga sbb tu production turun gila2.. Skang izzul pun x kuat minum. 3oz je skali minum. Bekalan 20oz ari2 pun tak abis. Dan berat dia pun dah trn 7.5kg.

Sent using a Sony Ericsson mobile phone

Wednesday, December 28, 2011

Ayam penyet AP.


Ayam penyet AP., originally uploaded by pinky_gal25.

Sedang mengilainya.
Hari2 pun mau.!
Dapnya!

Sent using a Sony Ericsson mobile phone

Wednesday, December 21, 2011

Ibu, anak tak sihat


Ibu, anak tak sihat, originally uploaded by pinky_gal25.

Entry direct dari klinik kesihatan salak. Sambil tgh tunggu giliran.

Harini kami sekeluarga tak sihat. Ayah, ibu dan izzul demam. Iman je yg sihat. Antibodi kuat agaknya. Selalu org dmam, dia mst tak demam.

Kisah demam bermula dgn izzul. Last week izzul dmam. Panas sangat sampai mencecah 39c. Dalam 3hari panas tak kebah juga. So, doktor amik darah. Alhamdulillah semuanya ok. Takde pape yg teruk. Sehari lepas tu, demam kebah tp, bdn naik bintat2. Mak aku ckp campak. Tp, campaknya tak kuar abis. Lgpn ckt je yg kuar.. Dlm 2hari je dah ok. Tp, stat smlm izzul demam blk. Cuma tak sepanas minggu lepas.

Lepas izzul demam, ayh dia pulak demam. 5hari juga dmamnya tp panas surut je demamnya. Skrg di ikuti sakit kepala pulak. Dan semalam aku berjangkit dmam dari dorang. Huhu

Hopefully kami sekeluarga cepat sembuh.

Sent using a Sony Ericsson mobile phone

Tuesday, December 20, 2011

Spectra3 VS Medela Harmony VS I-spectra

Rentetean dari ENTRY yang lepas. Nak bercerita mengenai breastpump (BP) pulak kali nie. BP yang aku pernah guna iaitu Spectra3, Medela Harmony dan I-spectra. Ketiga-tiga bp nie ada kelebihan dan kekurangannya. bp paling aku suka dan pakai lama spectra3, tetapi aku dah jatuh cinta pada medela harmony pulak sekarang ni. untuk i-spectra pulak, aku rasa agak menyesal membelinya.. huhuhu..

spectra3

hasil dari spectra3

inilah bp yang pertama aku beli masa bersalinkan iman dulu. means dah masuk 3tahun menggunakannya. Alhamdulillah aku suka dengan performance bp ni sebab aku boleh buat double pumping, letrik yang tak melenguhkan tangan serta hasilnya pun ok. banyak jasa spectra3 ni kat aku. But, sekarang nie, aku dah jarang menggunakannya atas sebab aku dah jatuh cinta pada medela harmony pulak. Semuanya gara2 sebab masa aku kena bengkak susu dan N crack tempoh hari.  boleh baca kat sini dan sini. Suction untuk spectra3 nie, agak kuat berbanding dengan harmony. Now, untuk s3 nie, dah sebulan aku tak menggunakannya. simpan sahaja dalam gobok. lagipun sekarang suctionnya dah slow, maybe minta di hantar servis agaknya. nantilah.. kalau rasa rajin aku hantar lah servis. nak jual, maybe tak kot. sebab aku sayangkan lagi s3 nie. cuma skang aku tgh gila2kan harmony pulak.. hehehe.. 

Tapikan, sekarang aku baca testi org mengenai s3 ni dah mcm tak berapa best. maybe yang s3 skang nie performance nya tak ok kot. ada yang kata suction terlampau kuat, suction tak kuat even dah pusing abis, leaking, dan mudah rosak.. errmm.. tak tau lah aku.. maybe sbb syarikat dah kuarkan pattern baru kot nak gantikan s3 nie spt unimom modu, dew350 dsb.

 medela harmony

 hasil dari medela harmony

inilah bp yang aku sekarang gunakan 24jam. Medela harmony tak kira di mana jua. sebab aku suka bp nie ialah mudah di bawa kemana saja, tak perlu mencari port letrik, ringan serta mudah untuk menggunakannya. Cuma yang tak best bp ni ialah memakan masa lebih sikit untuk setiap sesi mengepam, tak boleh double pumping. itu shj. walaupun sesi mengepam mengambil masa lama sikit, but hasilnya tetap OK bagi aku. cuma, bila time susu merundum tue dah biasalah bagi aku kalo dapat 2-3oz jer. dah boleh terima kenyataan wpun dulu mula2 agak stress juga.

Insyallah, kalau ada rezeki untuk anak ke-3, aku akan upgrade kan medela harmony nie kepada medela FS pulak.. ekekeke.. skang berangan jer la dulu.. uppss..! tapi aku lum mengandung lagi tau. maybe 2-3tahun lagi kot.

i-spectra

hasil dari i-spectra

bp paling aku menyesal beli ialah i-spectra sebab harganya mahal seperti s3 juga tapi performance ia tak sehebat s3. cuma kelebihannya leh battery operated dan letrik. Yang tak bestnya sebab suction dia tak berapa best, agak berbunyi bising sedikit, kalau guna batteri, bateri cepat abis. asyik nak tukar bateri jer kejenya..  But, yang bestnya.. hasil nya tetap tak mengecewakan, ringan serta kecik mudah untuk di bawa ke mana-mana. Yang pasti sekarang pihak syarikat dah stop pengeluaran i-spectra nie. maybe banyak komplen agaknya.. huhuhu.. pembaziran bagi aku membeli bp nie.. :-(

Sunday, December 18, 2011

Kalendar 2012



sebab utama aku memerlukan kalendar :
  • untuk mengingati hari-hari penting seperti hari lahir, hari anniversary, dsb
  • untuk membuat perancangan tahun depan
  • untuk mengira bajet tahun depan (insyallah lebih baik)
  • untuk mengira hari tua ku.. hehe
  • untuk mengira hari2 cuti yang ada
  • untuk merancang hari cuti sekolah tahun depan (macam biasa setiap kali cuti sek aku akn amik cuti lama)
  • yg paling penting untuk memastikan bila HARI RAYA PUASA tahun depan..! ekekek.. sapa yang paham, paham jer la ekkk bila  dah kena cuti raya gilir2 nie.. tak kira la gilir2 dgn suami dan rakan sepejabat mcm aku.

Saturday, December 17, 2011

sedang berlangsung...


Di saat dan ketika ini, majlis kesyukuran @ cukur jambul untuk adik ipar sedang berlangsung.


Semoga majlis berjalan dengan lancar.. amiin.. :-)

Friday, December 16, 2011

Iman totally FREE DIAPERS..


Alhamdulillah berjaya juga akhirnya menyelesaikan masalah berdiapers iman nie. ekekeke.. anak org lain yg sebaya ngn iman semua dah lama berjaya. Iman baru jer berjaya. wpun baru berjaya tapi aku tetap bangga sebab dlm masa tak sampai seminggu (3-4hari) iman dah berjaya tak berdiapers zero. bermaksud free diapers termasuk hari siang, malam waktu tidur dan waktu gi jenjalan. Nak membuang air besar pun tetap mahu ke tandas. But, yang kelakarnya bila nak berak tue dia akan kata sakit perut.. sampai tandas, bila t**k tak keluar, dia kata "ibu.. tak leh laaa.. berat.. iman tak larat"... hahahaha!! ada ker dia kata t**k tu berat... hehehe

next year iman nak kena school jadi kenalah belajar tak berdiapers kan. semua tak berdiapers, tup2 iman jer yang berdiapers.. malu iiii..! mula2 belajar nak free diapers nie agak penat sikit lah.. terlajak 2-3 kali pastu.. tak sampai 5min nak kencing ajer keja diaaa.. lenguh aku. nasiblah leh bergilir ngn asben.. ekekeke.. tapi banyak ayah dia jer yang handle.. hehehe  ibu curi tulang.. 

sy dah 3thn.. yeaaaa..! saya saaayaang ibu saya..!
 

Thursday, December 15, 2011

Tangga Gaji SBPA untuk Guru


Permintaan khas untuk akak aku..
hehehe.. yang ni untuk guru. Kalau untuk pensyarah ayu tak sure.
lebih kurang kot..
but, cara pengiraan gaji baru seperti contoh ini :








p/s : alhamdulillah dengan gaji baru ini boleh membentuk semula sistem kewangan kami.. :-)


Wednesday, December 14, 2011

Wordless wednesday..


Wordless wednesday.., originally uploaded by pinky_gal25.

Semoga izzul cepat sembuh yea.. Huhuhu!

Sent using a Sony Ericsson mobile phone

Tuesday, December 13, 2011

Kedai Ikan Rakyat


Kedai Ikan Rakyat baru sahaja membuat pelancaran Sabtu lepas. Ahad lepas sempat terjah nak tengok apa yang menarik.. but, amat mengecewakan sebab tak berapa menarik bagi aku. Ikan tak berapa Fresh, harga pun takder la murah sangat. lepas tue xder banyak pilihan. limited sangat2. so, rasanya inilah 1st time dan inilah yang terakhir kami pergi.. upss..! kedai ini dimiliki syarikat ikan bakar sekinchan. jom layan tengok gambar yang ada..

Depan Kedai Ikan Rakyat

ikan kerabu, ikan terubuk, ikan mata

ikan talapia merah, ikan siakap

ikan masin pun ada.

senarai ikan rakyat

senarai harga2 ikan
bhgn sayur-sayuran.

Monday, December 12, 2011

aktiviti terbaru izzul..


aktiviti terbaru izzul :
sekarang aktiviti dia suka menolak kerusi ala-ala walker.

video

Saturday, December 10, 2011

Selamat Hari Lahir atan_shahrul


10 Disember 2011 - Happy Birthday to my roomate, housemate dan juga ayah kepada iman dan izzul
Insyallah kami doakan sentiasa di panjangkan umur, di murahkan rezeki dan di berikan kesihatan yang baik.

3 cupcake, 3 lilin bermaksud cukup 30thn umur asben saya.

simple celebration kami anak beranak.. :-)

kasi romantika sikit, kad buatan sendiri serta belakangnya hadiah untuk fight main boling..
ekekeke.. peraturannya senang shj.!
  • kalau asben aku menang, aku kena bagi adiah yang dia nak. (birthday present)
  • kalau aku yang menang, dia yang kena bg aku adiah sempena aku mencapai berat 59kg. (dia yang  request tau!)
Nanti kita tengok siapa yang menang ek..?? 3games taaauuuu.... tungggggguuu..!

    Friday, December 09, 2011

    Isu-isu tentang SBPA


    sekarang nie, isu tengah HOT adalah berkaitan SBPA terumtama untuk kakitangan awam. Isu ini akan sentiasa HOT sehingga hujung bulan ini memandangkan sebagai PA kena pilih sama ada nak memilih skim SBPA atau teruskan SSM.
    Jadi, sebelum membuat pilihan, mari kita baca dan fahami konsep sebenar SBPA ini. Ianya tetap ada kelebihan dan kekurangan juga.

    banner ini sgt femes waktu ketika ini.. hehe

    meh aku share kan LINK untuk download berkaitan dengan SBPA ini :

    Pekeliling Perkhidmatan Bil. 11 Tahun 2011

    Pekeliling Perkhidmatan Bil. 13 Tahun 2011

    Pekeliling Perkhidmatan Bil. 14 Tahun 2011

    Sila rujuk Bahagian Sumber Manusia Kementerian/Jabatan/agensi masing-masing bagi urusan mengenai Lampiran C.

     sumber : http://www.jpa.gov.my/

     

    Fail 1: Di Sini. Dasar Baru Perkhidmatan dan Opsyen SBPA
    Fail 2: Di Sini. Persaraan dan Faedah Persaraan
    Fail 3: Di Sini. Perlaksanaan Saraan Baru Perkhidmatan Awam
    Fail 4: Di Sini. Struktur Perkhidmatan 


    p/s : Kita fahami dahulu skim SBPA ini dahulu sebelum sign opsyen.

     

     carian terbanyak di blog saya

     


    Thursday, December 08, 2011

    walaupun tak banyak, tapi aku SUKA... (update EBM bulan 11)


    Bulan 11 aktiviti mengepam kurang sebab banyak cuti so, hasil bulan 11 tak banyak. walaupun tak banyak, aku suka sebab aku tengok gemuk2 hasilnya.. rasanya hasil bulan 10 lagi banyak dari bulan 11 nie. paper pun, syukur alhamdulillah dpt nyusukan izzul masuk 9bulan dah.. sekarang nie, sepenuhnya aku menggunakanpam medela harmony. spectra3 dah simpan.. huhuhu.. sebab menyubabnya, nanti aku cerita entry lain tentang breastpump.

    setelah di longgok2, nampak mcm banyak jer..

    sekali susun, banyak ni jer. ada 16pack. total = 150 oz

     stok bulan 9 dah get ready beratur untuk di gunakan. sekarang sedang menggunaka stok bulan 9. huhuhu.. nasib sempat lagi sebelum expired.

    semua susu-susu ni, hak milik budak keciki nie.. hehe dah boleh duduk dlm troli tesco.
    skill terkini dia : menolak kerusi sambil jalan.. amboii..! dah mcm walker pulak

    Wednesday, December 07, 2011

    Main boling 3games = RM5.50 saja.. murahkan..???


    sekali lagi sudah terjebak dengan voucher online nie. dulu pernah beli yang INI
    aku ni xleh singgah. ada jer nak beli.
    hehehe.. kali nie beli games pulak. Nak berboling. dah lama tak berboling. alang2 nak besday asben nie, leh la main bowl ngn dia kan..

    daku dah beli.. korang tak nak beli ker? sempat lagi sebelum pukul 12mlm nie
    jom terjah kat website ni :

    tu diaaaa.. kan murah kan?


    yeaaaa..! berjaya membelinyaaa.... tak sabar nak berboling dah nie. nasib dekat jer ngn umah mak aku.. bila2 jer leh terjah!

    Jadual Tangga Gaji Baru Gred N dalam SBPA


    Gaji baru Penjawat Awam tahun 2012 untuk Gred N.



    p/s : errmmm.. daku gred KP..  asben aku gred DG.


    Tuesday, December 06, 2011

    Ke Perhimpunan UMNO

    Actually, bukan nak ke Perhimpunan UMNO sebenarnya. Plan asal sebab saja nak bawa iman naik Tren disebabkan har2 sebut keretapi.. nak naik keretapi. Memandangkan last week aku amik cuti lama. jadi, amiklah kesempatan bawa iman naik tren. Tak tau kemana, alang2 ada perhimpunan umno nie, bawalah naik LRT dan turun sampai PWTC.. Jalan2 kejap dalam PWTC pastu balik semula naik LRT. tak larat nak jalan2 jauh sebab aku tak bapa sihat pulak masa tue.. sebenarnya, banyak gerai jualan dalam tue ada jual baju, makanan dan sbgnya. tapi, yang sempat asben snap adalah gambar2 motor jer.. layankan jer laaaa...

    excited dapat naik LRT lagi.. Mcm Thomas katanya..

    bukan main lagi.. mcm mat motor daaa..!

     Pilihlah mana nak.. nanti ayah bayar.. ekekeke..!

     2-2 motor nie berharga RM200k ke atas.. fuuhh.. pengsan!

    Harley davidson

    "mcm motor atok" kata iman.. Vespa model baru..

    model kereta TUAH

    Proton keluarkan model kereta baru - TUAH

    cuba tengok ekzos motor nie.. dasaaaat!

    "macam motor pak su"  kata iman.. nama dan kaler jer sama.. tapi jenis lain laaa..

    "ni iman punya" kata dia.. hehehe.. layankan jer laaa.. kang minta beli pengsan kami..

    muka kesembapan aku.. hahaha! 

    aku suka tengok motor nie.. ala2 old skool gitu..

    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...