Kawan-Kawan Saya

Monday, November 14, 2011

demam urat atau demam bengkak susu..?


tak tahu nak kategorikan yang mana satu tapi itu yang aku alami semalam petang. Demam urat atau demam bengkak susu? sepanjang 8bulan lepas bersalin, inilah pertama kali aku kenan demam seteruk ini. ingat lagi dulu pernah kena masa breastfeed iman.. setiap bulan aku akan kena demam nie. xlarat kalo kena demam nie.

semalam tghari aku dah mula rasa sejuk2 badan dan badan pun lemah jer. layankan tidur jer masa tue. masuk petang aku dah mula rasa kesejukan ya amat. terus sarungkan stokin dan pakai sweater. dah mcam orang berpantang pulak. lagi2 petang tue hujan. memang kesejukan sangat2 la aku.. dah bersweater, aku selubung dengan comforter lagi. petang tue mmg xlalu makan. sempat minta asben belikan air kelapa.

kepala pun dah mula pening2 dan sakit kepalamula datang. masuk maghrib, terus panas menguasai diri. panas sesangat mencecah 40c. iman pegang pun cepat2 dia tarik tangan dia.. dia kata panas.. betapa panas nya badan aku masa tue. dan mula aku xlarat nak bangun. memang xleh bangun la.. minta asben amikkan kain letak ais supaya badan cepat kebah.

gagahkan juga diri bangun untuk solat maghrib. solat maghrib secara duduk lepas tue sambung balik tidur dan di temani iman serta asben yang mengurut kepala aku. kepala sakit sampai rasa nak hantuk kepala ke dinding. lama2 demam itu sendiri mula kebah tetapi sakit kepala masih x ilang lagi. sampai ke malam tak boleh tidur. Alhamdulillah, pagi nie sakit kepala dah kurang, demam pun dah kebah. itulah dia demam urat ataut demam bengkak susu.

Kalau dah kena demam nie, memang tak larat abisssssssssssss..! rela demam biasa dari demam nie. sakit kepala dia tak boleh nak habaq!.. demamnya kejap tapi sakitnya hanya tuhan sahaja yg tahu... sebab kena demam nie, maybe salah penyusuan aku sendiri. tak mana tak kena sekali terbengkak susu pulak.. huhuhu..! taubat!

1 comment:

MuzZz said...

Salam kenal..

Saya pernah kena demam susu 2 kali..kali pertama just demam gigil je..kali kedua baru je kena..mmg gigil + sakit kepala yg amat..hoyon je rasa. Serik daa..hehe

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...