Kawan-Kawan Saya

Tuesday, December 20, 2011

Spectra3 VS Medela Harmony VS I-spectra

Rentetean dari ENTRY yang lepas. Nak bercerita mengenai breastpump (BP) pulak kali nie. BP yang aku pernah guna iaitu Spectra3, Medela Harmony dan I-spectra. Ketiga-tiga bp nie ada kelebihan dan kekurangannya. bp paling aku suka dan pakai lama spectra3, tetapi aku dah jatuh cinta pada medela harmony pulak sekarang ni. untuk i-spectra pulak, aku rasa agak menyesal membelinya.. huhuhu..

spectra3

hasil dari spectra3

inilah bp yang pertama aku beli masa bersalinkan iman dulu. means dah masuk 3tahun menggunakannya. Alhamdulillah aku suka dengan performance bp ni sebab aku boleh buat double pumping, letrik yang tak melenguhkan tangan serta hasilnya pun ok. banyak jasa spectra3 ni kat aku. But, sekarang nie, aku dah jarang menggunakannya atas sebab aku dah jatuh cinta pada medela harmony pulak. Semuanya gara2 sebab masa aku kena bengkak susu dan N crack tempoh hari.  boleh baca kat sini dan sini. Suction untuk spectra3 nie, agak kuat berbanding dengan harmony. Now, untuk s3 nie, dah sebulan aku tak menggunakannya. simpan sahaja dalam gobok. lagipun sekarang suctionnya dah slow, maybe minta di hantar servis agaknya. nantilah.. kalau rasa rajin aku hantar lah servis. nak jual, maybe tak kot. sebab aku sayangkan lagi s3 nie. cuma skang aku tgh gila2kan harmony pulak.. hehehe.. 

Tapikan, sekarang aku baca testi org mengenai s3 ni dah mcm tak berapa best. maybe yang s3 skang nie performance nya tak ok kot. ada yang kata suction terlampau kuat, suction tak kuat even dah pusing abis, leaking, dan mudah rosak.. errmm.. tak tau lah aku.. maybe sbb syarikat dah kuarkan pattern baru kot nak gantikan s3 nie spt unimom modu, dew350 dsb.

 medela harmony

 hasil dari medela harmony

inilah bp yang aku sekarang gunakan 24jam. Medela harmony tak kira di mana jua. sebab aku suka bp nie ialah mudah di bawa kemana saja, tak perlu mencari port letrik, ringan serta mudah untuk menggunakannya. Cuma yang tak best bp ni ialah memakan masa lebih sikit untuk setiap sesi mengepam, tak boleh double pumping. itu shj. walaupun sesi mengepam mengambil masa lama sikit, but hasilnya tetap OK bagi aku. cuma, bila time susu merundum tue dah biasalah bagi aku kalo dapat 2-3oz jer. dah boleh terima kenyataan wpun dulu mula2 agak stress juga.

Insyallah, kalau ada rezeki untuk anak ke-3, aku akan upgrade kan medela harmony nie kepada medela FS pulak.. ekekeke.. skang berangan jer la dulu.. uppss..! tapi aku lum mengandung lagi tau. maybe 2-3tahun lagi kot.

i-spectra

hasil dari i-spectra

bp paling aku menyesal beli ialah i-spectra sebab harganya mahal seperti s3 juga tapi performance ia tak sehebat s3. cuma kelebihannya leh battery operated dan letrik. Yang tak bestnya sebab suction dia tak berapa best, agak berbunyi bising sedikit, kalau guna batteri, bateri cepat abis. asyik nak tukar bateri jer kejenya..  But, yang bestnya.. hasil nya tetap tak mengecewakan, ringan serta kecik mudah untuk di bawa ke mana-mana. Yang pasti sekarang pihak syarikat dah stop pengeluaran i-spectra nie. maybe banyak komplen agaknya.. huhuhu.. pembaziran bagi aku membeli bp nie.. :-(

1 comment:

nome said...

minat la dgn medela harmony...byk reaksi positif psl medela...akak hengat nak sambar satu...insyAllah...niat nak bf anak kedua nih sepenuh masa...amin

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...