Nak cerita pasal Mastitis. Selalunya terjadi untuk ibu2 yang menyusukan anak dia.
Apakah itu Mastitis?
Mastitis adalah keradangan buah dada yang mungkin (dan kadangkala cepat) menjadi infeksi. Ia akan membuat anda berasa seperti anda dijangkiti selesema pada masa-masa anda amat memerlukan seluruh tenaga anda. Anda akan mendapati keadaan radang, keras, sakit atau panas dan bengkak di kawasan yang dijangkiti. Selalunya ini dinamakan "duktus tersumbat" sebab anda akan terasa benjolan – disebabkan ketakungan susu dalam duktus buah dada.
Tanda-tanda mastitis yang sering berlaku dan serius temasuklah seram sejuk, sakit kepala, suhu badan melebihi 38.5 darjah C / 101 darjah F dan keletihan. Simptom-simptom ini selalunya disebabkan oleh kongesi tisu di sekitar kawasan jangkitan.
Jika anda mempunyai mastitis, anda bukanlah keseorangan: kira-kira seorang dalam 10 orang ibu yang menyusu badan akan dijangkitinya dan sesetengah ibu yang memberi susu formula juga boleh dijangkiti. Walapun anda mungkin dijangkiti mastitis lebih daripada satu kali, jangkitan itu jarang melibatkan kedua-dua buah dada pada satu-satu masa. (Harap ini menyenangkan hati anda!)

tanda-tanda kemerehan itulah tanda mastitis.
Pengalaman aku sendiri :
Pengalaman aku sendiri :
Masa anak pertama (iman) boleh dikatakan tiap2 bulan aku kena. Masa tua aku pun x sure kenapa. Aku anggap sebagai bengkak susu jer. Then, bila dah terbaca mengenai mastitis nie, barulah aku tau.. itulah dinamakan Mastitis.. Owwwhh..! patutlah setiap bulan aku selalu demam dan ada tanda2 merah tue.
tanda2 kena mastitis ni :
- demam sehingga 39c
- tanda2 merah pada breast
- sakit kepala (pening)
- saluran tersumbat
- sakit dari bawah ketiak sampai ke breast
sebenarnya ia tanda2 lebih kurang dengan bengkak susu, tapi kalo sampai demam dan ada tanda merah2 nie.. ia di panggil mastitis. seriusly, bila kena mastitis nie, aku akan rasa sangat takut dan fobia. sakitnya, tak boleh di tahan. Tapi, ianya cepat hilang. orang kata, punca mastitis dan bengkak susu nie lah menyebabkan ramai ibu2 surrender untuk meneruskan penyusuannya. ialah, dah sakit pastu nak bagi baby isap lagi.. berdouble lah sakitnya. tak tertahan sampai kaki pun tertendang2 menahan sakit.
Cara Merawatnya :
• Pastikan bayi anda melekap dengan baik pada buah dada anda dan dia menyusu dengan betul.
• Cuba gunakan beberapa posisi menyusu untuk mendapatkan posisi yang paling membantu bayi melekap dengan baik.
• Untuk memastikan buah dada yang dijangkiti dikosongkan sepenuhnya, susukanlah bayi anda sekerap yang dia mahu.
• Perahkan susu menggunakan tangan atau pam selepas menyusu jika anda merasakan bayi anda tidak menyusu dengan baik.
• Ada ibu mendapati pam buah dada dapat mengeluarkan susu dengan lebih baik daripada hisapan bayi, terutamanya ketika mereka mengalami puting perit.
• Jika anda berasa tidak sihat, rehatlah sebanyak mungkin.
• Anda akan dapati bahawa anda merasa lega jika dikenakan haba kepada kawasan yang terjejas dengan menggunakan kain panas atau jaram atau mandian panas. Sesetengah ibu mendapati bahawa jaram sejuk lebih berkesan.
• Jika urutan buah dada melegakan, urutlah perlahan-lahan semasa bayi anda sedang menyusu untuk melancarkan aliran susu. Urutan yang kuat boleh menjejaskan mastitis sebab susu yang telah "terbocor" akan tertolak masuk kembali ke dalam tisu buah dada.
• Anda juga boleh mengambil ubat penahan sakit untuk membantu melegakan sakit. Parasetamol boleh diambil sepanjang tempoh penyusuan dan boleh membantu mengurangkan keradangan dan juga kesakitan

No comments:
Post a Comment