Kawan-Kawan Saya

Thursday, January 17, 2013

Medical Health Check Up

Pernah citer pas nak buat health medical check up masa beli voucher kat dealmates sempena besday asben tempohari. Voucher ni valid untuk redeem start january. Masuk january terus booked sebab nak buat awal. Tak nak tangguh2 dah...


So, sabtu lepas 12/1/13 aku and asben ke hospital pantai di cheras untuk buat health check up. Ini beli health check up yang basic jer.. sampai sana terus register dan dengar serba sedikit penerangannya.. then, dorang suruh gi amik air kencing dan amik darah.


Thats all! Itu sahaja.. bagi kat dorang dan lepas tu leh balik. Hari isnin dtg balik untuk amik result. Sebelum tu, sehari sebelum kena puasa 10jam...



Waktu operasi kat sana.




Ni lah voucher dari dealmates. Rm98.. tapi kecewa aku sebab kat sana pun dorang cuma caj rm100 jer. Xder la murah mana pun kat dealmates tu. Rasa tertipu uuuuuuuu...!!




Hehe... kena amik air kencing dulu...



Disebabkan agak nerves, so x banyak la gambar di ambil... pas amik air kencing, terus gi amik darah... orang laki kalau tak pernah amik darah, cam gitu ek gayanya?? Hehe lawak je aku nengokkan laki aku amik darah...... org x pernah buat katanya.. mcm fobia semacam la pulak...


Then, hari isnin 14/1/13 aku kuar opis awal semata2 nak amik result. Sampai sana, terus dapatkan report dan tunggu jumpa doc untuk consultation.



Selepas diterang2kan pasal result tu.. alhamdulillah aku punya result semuanya baik belaka dan cantik jerrrr.. cuma air kencing jer ada kotor sikit... lega rasanya.. tak sia2 sejak akhir2 ni aku jaga makan dan diet..



But, agak tidak baik untuk result asben aku. Ada 3 benda agak tak cantik la bacaannya. But, doc kata masih tahap tak membimbangkan lah cuma kena amik langkah berjaga2... first pasal sel darah merah kurang, second, kolestrol tinggi dan third bacaan untuk buah pinggang boderline. Doktor kata mungkin sebab kurang bersenam dan kurang minum air kosong. Exactly tetap sekali!... lepas ni memang kena lah jaga2... orang kurus memang kolestrol tinggi ek? Aku pun heran kenapa kolestrol dia tinggi padahal yang banyak makan aku, yang suka makan ayam goreng pun aku... dia pulak jenis kurang makan tapi boleh kena kolestrol tinggi pulak. Ermmm..



Pastu asben aku request nak wat ECG. Nak check jantung. Sebab pas dia berhenti merokok 5thn lepas, tak pernah check lagi. (Ikutkan dulu dia memang seorang perokok tegar).. alhamdulillah result ecg ok. Xder masalah. Bayaran untuk ecg rm57.




Result ada dalam ni. Leh bawa balik dan simpan.


Lepas tau result, bila aku tanya asben nak makan apa arini? Terus dia cakap x nak makan. Kolestrol tinggi...! Pulok dahhh...




Note : start semalam aku dah start suruh dia minum green tea tiap2 mlm mcm aku. Insyallah membantu... banyak kelebihan green tea ni. Aku dah 4bulan amalkan... badan rasa ringan jer!

posted from Bloggeroid

1 comment:

azhariahzuber said...

Wah green tea tu. Pahit x jue

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...