Kawan-Kawan Saya

Friday, January 04, 2013

Im ready go to school - Tadika Khalifah Alaf Baru

Wahhh!! Tajuk mcm betul2 excited nak le sekolah je kan?... inilah kisah si iman zafran nak ke sekolah semula. Seminggu sebelum hari persekolahan, hari2 aku ingatkan iman supaya gi sekolah nnt. Ini antara jawapan dia :

"iman dah sekolah dah. Tak payah hantar iman sek mana2"..
"Tcer iman kata kat sek baru tu ada tcer gemuk. Tcer gemuk tu garang"
"Kalau ibu antar iman sek, iman buang sek tu nanti"
"Iman xnak sek. Sekolah tu tak best. Cuti lagi best"

Dia kalau cakap memang bukan main lagi. Tapi, jiwa sensitif. Hehe

Puas aku memujuk sampai aku mimpi ngeri di buatnya.. kenapa mcm tu ekk? Hehe.. aku tak pernah citer kat sini pun....

Actually, dari tahun sebelumnya yang iman nie mmg banyak drama setiap kali nak ke sekolah. Sebelum ni mmg atuk and nenek dia yang pergi dan hantar. Jadi, nenek dia citer hari2 ada drama dia.. nak tengok tv la, nak minum susu la, nak makan dulu la, nak terberak laa... pastu akhirnya gi sek lambat. Ada jer benda dia request sebelum gi sek. Pergi sek tetap nak gi tapi sebelum gi tu mmg banyak drama.

So, pagi hari pertama gi sek kelmarin mcmane? Ramai yang tanya apa drama dia?.. hehe Drama pertama, seawal jam 6pagi dah kejutkan dia. Pastu main kejar2 atas katil. Then, minta nak mandi air panas. Dah siap pakai baju request nak bawa bekal pergi sek. Sambil tu mulut tetap bising cakap "tak payah hantar iman sek. Iman dah gi sek dah.."




Kami berdua dah ready nak ke taska dan tadika yang baru.. testing untuk hari pertama!




Now, rutin aku pulak menghantar dan mengambil dorang. Hari ni aku cuti tapi tetap pakai baju kerja sebab kang iman ingat aku cuti lagi payah aku nak hantar dia. (Apasal tetiba muka aku dah macam juon pulak nie. Putih semacam.)

Mula2 antar izzul dulu kat taska jpn. Pastu baru ke arah tadika iman. Izzul ok ker. Tak nangis pun. Lupa laks aku nak snap gambar.








Ni drama depan pintu sek. Dah mula mengeluarkan airmata.. huhu manja sungguh anak aku nie.

Mula2 ok jerr.. pastu nangis pulak.. tapi tetap masuk juga dalam sek. Aku tunggu kat luar jer sampai pukul 10am sebab tunggu member aku (lin) antar anak situ juga untuk 4year. Anak dia nangis sampai peluk badan mak dia. Aku sambil tu tengok iman. Mula2 nangis pastu ok daaahh.. dia nampak aku tengok kan dia. Nasib ok!

Lepas tu aku and lin ke jpn balik sebab lin nak tengok anak dia yang kecik (baru 3bln). Next week dia masuk keje dah. Tu yang dia testing antar anak 3org.. pas sarapan, kitorg ke alamanda dan mydin jenjalan sambil beli brang untuk anak serta makan lunch terus.



Kitorg makan kat kedai beriani tapi tak amik nasi beriani. Amik nasi mandy ayam roasted nie.

Pastu, dah kul 3 lebih terus ke jpn. Solat dulu. Dah kul 4 lebih barulah amik budak2.

Sampai tadika iman tu, iman tengah tidur... amik juga la.. yang kelakarnya sampai tertukar baju dengan aqil (anak lin) gara2 beg sek sama. Lawak sungguh!. Takpe la, baru 1st day. Cikgu x tau lagi.

Dalam kereta iman terus cakap.. "ibu, sek iman bestt.. ramai kawan, ramai tcer. Tcer semua baik. Tak garang pun".. hehe aku ckp esok leh la gi sek lagi. Dia kata "tak yah gi sek da.. iman dah sek tadi.. bessssst" "kenapa ibu tengok iman belajar tadi? Ibu gelak2".. oo perasan rupanya aku perhatikan dia..

Huhuu....!! Aku garu kepala!...


posted from Bloggeroid

2 comments:

nurulfarehah said...

untungla iman x nangis o xnak tinggal kat tadika tu. :)

atanayuiman @ Jue said...

nangis tetap nangis.. pergi pun tetap pergi gaks.. hopefully next week tak nangis laaa... :-)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...