Kawan-Kawan Saya

Nak Cari sesuatu?

Loading...

Tuesday, January 08, 2013

Ular Sampah Masuk Rumah


Ni kisah hari Ahad lepas di rumah mak aku. Malam Sabtu aritu baru jer tengok Fear Factor selebriti yang kena duduk dalam limpahan ular. memang geli geliman lah aku! Kalau aku masuk sudah tentu aku jadi mcm didi alias.. ekekekeke..

Kisahnya pagi Ahad tue, mak aku ternampak mcm cicak tersepit tepi pintu kabinet. Baru nak nolong cicak tu. Tetiba nampak macam ada benda melingkar.. Sekali tengok betul2 ada ular nak makan cicak! Menjerit lah mak aku.. Terkejut aku dan adik aku.. kebetulan yang ada kat umah aku, mak aku dan adik aku serta 2 orang hero aku jer.. Ayah aku masuk wad, asben aku balik kampung.

Jadi, dijadikan cerita kami 3 beranak memang takut ular.. So, panggil penyelamat la.. Lelaju la aku call JPAM minta bantuan. Serius, tak berani aku nak menangkap ular tue even tak besar mana pun.. Sesekejapan jer pihak JPAM datang. Abis di korek2 tepi pintu kabinet mak aku tue. Akhirnya! keluar juga ular tue, Terus ada sorang JPAM pompuan nie pijak dan tangkap ular tue. Berani nya budak pompuan nie! Pihak JPAM kata ni ular sampah namanya. Tak bahaya dan memang selalu masuk umah orang. Ular tu dorang letak dalam satu bekas bersama dengan ular sampah lain yang dorang baru jer tangkap kat satu rumah sebelum dtg umah mak aku nie.




Ni lah ular sampah yang masuk dalam rumah mak aku. Nak kata kecik sgt tak juga. Tapi tak la besar sangat!

Risau aku di buatnya bila ular dah masuk umah ni. Hopefully, takde la yang masuk lagi. Terima kasih untuk pihak JPAM.

1 comment:

Anonymous said...

Terbaik la JPAM

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...