Kawan-Kawan Saya

Friday, May 16, 2014

selamat hari guru


dah  lebih 13tahun tinggalkan alam persekolahan. Tapi bila hari guru, teringat balik zaman persekolahn pulak. Rasa rindu dengan kawan2, memori sekolah, dan zaman nakal2 dulu. dulu belajar kat sekolah tidak lah pandai mana. Tapi kadang2 rasa seronok juga bila dapat report card tu. siap ada saingan bagai lagi. 

tapi yang tak boleh di lupakan aku ialah mata pelajaran sejarah. Subjek yang paling aku  tak suka sekali. Asalkan periksa pasti FAIL. selalu markah dapat dlm 20% lebih jer.. hahaha boleh tak? yang pasti SPM aku lulus. itu cukup2 makan jer. tak kredit pun. giler teruk kannnn..?? But, subjek paling aku terer subjek agama and tasawwur islam. A jer manjang sampai SPM dapat A1 gitu. Gila alim aku dulu.. hahaha..

But, alhamdulillah even tak la sebijak mana, aku dapat jugalah jejakkan kai ke alam universiti. Macam tak caya jer bila dpt panggilan masuk UiTM. biar betikk? hebatnya aku.. hahaha!! perasan jer tu... Lepas amik diploma, dpt kerja. terus jer la aku bekerja. bukan senangkan nak dapat kerja kerajaan. even dalam masa yg sama aku dapat further study utk dgree juga masa tu. lepas di pikir2 kan aku nak DUIT!.. hehe alhamdulillah now, dah masuk 10 tahun aku bekerja sebagai kakitangan awam. Alhamdulillah.. perjalanan hidup aku yang senang.. ;)

Nowadays, bila hari guru, pasti aku akan ingatkan anak2 aku untuk appreciate guru diorang sebab separuh hari dorang memang sentiasa bersama guru. Dari kecik kita ajar menghargai guru. So, malam tadi aku ajar iman buat kad untuk hari guru. 

Gigih juga la iman buatkan kad untuk cikgu dia dan cikgu adik2 dia. Alhamdulillah dia sendiri yang offer nak buatkan untuk adik2 dia.. abang yang prihatin ni.. saaaayaaangg Iman. 

Inilah hasilnya. ada gambar cikgu, ada bintang, bulan dan matahari. dia saja yang paham apa maksudnya tu ;)


Selamat Hari Guru buat semua guru2 di Malaysia. dan tak lupa juga untuk my asben yang juga seorang Guru.

Note : balik karang mesti bawa banyak balik hadiah.. hehehe


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...