Kawan-Kawan Saya

Friday, May 02, 2014

7tahun Bersama



1 May 2007 - 1 May 2014
7 Tahun


Syukur Alhamdulillah.. Kami di panjangkan umur dan disatukan sehingga kini. 7tahun bersama. suka duka, pahit jerit semua kami alami bersama. segala onak dan duri, cabaran dan halangan tetap sama2 menempuhi. Dan sekarang dikurniakan 3orang hero. Syukur ke hadrat Ilahi ;) kerana memberi aku peluang untuk merasai alam perkahwinan di usia yang muda serta menjadi ibu. 

Tatkala, orang lain sibuk mengejar impian untuk menjadi pelajar cemerlang, mencapai cita2 yang di idamkan, tapi aku telah menempuh alam perkahwinan di usia 23tahun. Dengan izin Allah, perjalanan hidupku di permudahkan.. selepas abis belajar, aku mendapat pekerjaan, seterusnya berkahwin dan mendapat anak. Di usia 24tahun aku telah pun dikurniakan seorang cahayamata.

Aku amat2 rasa bersyukur kerana di beri peluang menjadi ibu, melahirkan zuriat. Sesungguhnya pengalaman bersalin itu amat menyakitkan tapi sangat INDAH.. 

7tahun bersama, tetapi 13tahun saling kenal mengenali. Semoga perhubungan ini KEKAL ABADI hingga ke SYURGA..



No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...