Kawan-Kawan Saya

Wednesday, January 05, 2011

Tungku Moden


Antara barang yang perlu masa berpantang adalah Tungku.Kebiasaanya orang akan beli tungku yang dah siap jual kedai or amik batu sungai kan..?Ataupun pakai seterika jer..  Kali nie, berpantang aku nak menggunakan Tungku Moden pulak. hehehe.. Memandangkan tungku moden nie tgh Femes, jadi aku apa salahnya mencuba. Tungku lama masa pantang iman pun ada lagi lum di buka... Ini beli yang lain untuk memodenkan diri pulak.. ekekek..

Bagaimanakah bentuk Tungku Moden nie?

Inilah rupanya bentuk tungku Moden. Harga Pasaran aku nengok dalam RM45-RM60.
Tapi aku beli dgn harga separuh dari tue.. hehehe....
.

Hanya perlu di cucuk dengan wayar dan di panaskan. Bila bantal nie dah panas, lampu akan padam dan terus leh pakai.
.

siap ada sarungnya lagi.... Mudah dan praktikal dengan menggunakan Tungku Moden nie.

Fungsi :
1. Mengelakkan artritis.
2. Baik untuk pesakit strok.
3. Mengurangkan sakit servikal vertebra.
4. Mengurangkan sakit kepala, sakit gigi
5. Melegakan sakit leher, bahu dan belakang badan.
6. Melegakan masalah sengugut (period pain)
7. Membantu mengurangkan berat badan.
8. Mengurangkan masalah lenguh-lenguh lutut dan sakit pinggang
9. Mengurangkan masalah perut kembung.
10. Melegakan bahagian tulang patah

Ciri-ciri:

Cecair merupakan air garam bukit dan gel antiseptik, mudah di bawa ke mana-mana.
Berat = 1.8 kg++ setiap satu
Siapa yang sesuai memakainya?
* orang dewasa 12 tahun dan ke atas.
* wanita yang baru lepas bersalin dan menghadapi senggugut.
* Menghadapi masalah lenguh badan dan angin.
* Juga untuk lelaki sesuai untuk seluruh badan kecuali bahagian kemaluan.



5 comments:

e.l.i.z.@ said...

eh bagus nye..murah lak tuh..
pastu terus letak kt perut je ek?

Fieza said...

Jue kat mana beli..tapi ringan eh

Jue a.k.a Ibu Iman Zafran said...

k.eliza >> aah kak.. pas panaskan, terus letak jer kat tempat yang kita nak tungku.. mudah dan senang kan..

fieza >> jue beli kat KL jer fieza... ada kedai jual kat situ..

nome said...

cute la tungku moden nih...rege pun berbaloi2...sok2 kalau akak nak cari tungku...harus akak roger jue nih...

Jue a.k.a Ibu Iman Zafran said...

k.nome >> ramai skang pakai tungku nie jer.. mudah dan senang.. boleh jer... hehe

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...