dalam sedar tak sedar, dah sebulan iman ke sekolah. Pelbagai hal dan pelbagai ragam dia masa nak ke sekolah. Dari hari pertama ke sekolah sampai lah sekarang nie. ada jer peel ayang di buat masa nak ke sekolah. Yang pasti dlm sebulan dia ke sekolah, hari-hari kena nangis dulu sebelum ke sekolah.. muahahahaha..! sapa anak dia mcm iman? sila angkat tangan. Aku rasa anak aku jer mcm tue.. Bila aku balik keje, dia akan kata "ibuuu.. iman gi sekolkah tadi.." aku tanya. "best tak?".. pandai pulak jawab "besssstttt..!" soklan yang hari-hari aku akan tanya "iman nangis tak".. dengan slumber dia akan jawab "nangisss.. iman nangis tadi".. see.. ari2 nenek dia kata dia nangis. tapi yang peliknya pergi tetap pergi takde memberontak pape pun.. tapi nak ke sekolah mesti nangis.. hehehe.. xtau sengaja di nangiskan ker, sebab takut ker, sebab tau atok nenek dia ada rumah.. ataupun sebab teacher dia garang.
So, bila tengok dia nangis.. mestila aku rasa mcm tak best jer kan.. awal2 minggu selalu lah aku call principal tanyakan dia kat sekolah camner. Teacher dia kata lepas atok dia anta, dia masuk dalam ok dah... ikut semua aktiviti.. cuma dia cepat jemu. kalau dia dah jemu dia wat hal dia la.. ambooii!. patutlah bila aku tanya belajar apa dia leh jawab. "iman tak belajar.. iman baring jer..." Risau aku kot2 dia tak ikut peraturan cikgu dia.. nasiblah cikgu dia kata budak2 mmg camtu.. Kita follow jer.. Tapikan setiap kali aku tanya "hari ni belajar apa kat sekolah?" ada 3 jawapan yang selalu dia akan jawab : "entaaahhhlaaa.." "jangan tanya" dan "bisinglah..." slumber je dia jawab kan? wawawahhhh..! bukan main sedap lagi jawapannya. Hari-hari pagi2 gaduh ngn nenek dia masa nak gi sekolah.. hehe.. almaklumlah atok ngn nenek dia yang anta gi sekolah.
But, dalam sejak 2 menjak nie.. aku dah nampak perubahan dia sikit demi sedikit. Even hari2 gi sekolah masih menangis tapi dah nampak apa yang dia belajar kat sekolah. Kadang2 bagi report kat kita arini dia belajar apa.. contohnya "arini iman belajar kaler-kaler".. "ibu, arini iman solat kat sekolah.. solat dhuha".. dan sekarang aku dengar dia duk nyanyi2 lagu "uka uuu ka.." aku pun confuse lagu apa yang dia nyanyi... puas aku hayati.. akhirnya aku dapat jawapan lagu yang dia nyanyi.. nnt aku tepek sikit video yang aku berjaya ketemukan lagu yang dia selalu nyanyi tue...
aku buka page tadika dia kat FB. dapatlah sikit gambar-gambar iman yang principal tepek kan. meh aku sahre kat sini :
suka sangat senyum cam nie. bersama hasil tangan dia
kusyuk bebenor membuat kolaj
bersama rakan-rakan sebaya.
dengan gaya sendiri membuat kerja
part kaler2 pun dia suka juga wpun lum pandai kaler2..